Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

19 Oct 2012

Tidur lepas solat subuh ni tak bagus , kenapa ye ?


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Ngantuk ni lepas solat subuh tadi , gi update blog , sekarang ni ngantuk gila , hasil dari carian aku dalam internet pasal tidur lepas solat subuh ni , hasilnya  baca kat bawah ni  ..




“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

Dialog atas tu adalah antara yang selalu mak kita dok berleter ....

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.Aku ambik dari sini

Makruh tidur lepas subuh ni , tapi tak dilarang sama sekali , kalau sampai menjejaskan kesihatan sebab tak tahan mengantuk , kena tidur gak .

Tabiat Pemalas Solat Subuh Yang Perlu Aku Ubah 
Cuba semak diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Bagi pembaca yang hari-hari tak tinggal without fail solat subuh , aku tabik hormat kat korang , macam aku ni ada gak tertinggal , tapi bersebab, bukan saja-saja nak tinggal , tapi aku qada balik , ganti balik mana tertinggal , tak lupa tu .

Fuuuh tak leh jadi macam ni kena ubah ni , semua 5 perkara  kat atas tu ada kat aku , tapi yang paling banyak tu adalah............. , malau nak cakap sini  he he ........
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

2 comments:

OKje said...

Ni memang patut kena rotan ni....sebab dah lebih umur 10 tahun...he..he..

dulu-dulu masa anak2 kecik rajin jugaklah tido lepas subuh... alhamdulilah sekarang tak lagi....

zack mus said...

kadang Huda buat hal tido lewat , kol 3, kol 4 baru tido , terus lajak , tak leh nak wat pe

Post a Comment