Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Jul 2012

Leya Hot FM pula bertudung , dah seminggu sejak bermula Ramadhan......


Seorang lagi artis bertudung , kali ni Sharifah  Aleya atau Leya , penyampai Hot FM, pula bertudung dah seminggu lebih , sejak bermula Ramadhan. Alhamdulillah bertudung tu kan wajib bagi umat Islam,  dia pun malas nak bagitau kenapa dia bertudung kerana ia terlalu peribadi , dan biar masyarakat tahu yang dia dah bertudung , itu pun dah cukup.

Harap -harap begitu lah seterusnya , pakai tudung terus baru rezki tu berkat, abg harap-harap artis lain pun turut ikut jejak Leya tu . Gambar atas tu diambil dari Intagram Leya

mstar

Baca Lagi

Menu Ramadhan Tambahan abg hari ni ? .....Kerabu Mangga....Fuuhh !!



Apa menu tambahan abg hari nie ? Dah tentu kerabu mangga, rasam masam-masam sikit, ada kacang , ada bilis , bawang dan lain lagi. Kredit kepada blogger ni  Nabila Najwa , macam kenal je , boleh le makan dengan Sambal Kembong  memang mengancam, nasi confom 3 kali tambah , ingat sama orang belakang ,jangan dok pulun sorang-sorang .
Baca Lagi

Menu Ramadhan pilihan abg hari nie ? Sambal Tumis Ikan Kembong......



Inilah menu pilihan abg hari ni , sambal tumis ikan kembong , aduuuh !! sedapnya, kredit kepada Dapur Ummi  memang best nampaknya sambal ni, kalau makan ni tak cukup 3 ekor sorang ni , maunye 5 ekor.

Apa ? Bahan yang diperlukan ? Ni bahan-bahan dia ......


Bahan-Bahan
5 ekor ikan temenung - Bersihkan, kelar dan letak garam kunyit.
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar)
1 biji bawang besar - potong bulat (optional)
Sedikit daun sup/daun bawang (optional)
1 keping asam gelugur
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Apa ? Cara membuatnye ? Ini caranya ......

Cara-cara membuatnya
Ikan tu goreng ikan sampai masak. Letak tepi.
Kemudian tumis cili kisar.  Tunggu sehingga cili bertukar warna atau naik minyak. Kacau sekali sekala.
Masukkan pula  asam keping, garam dan gula. Kacau sebati.
Tuangkan sedikit air. Kacau lagi.
Rasa kuahnya. Kalau ok boleh letak ikan. Kemudian balik-balikkan ikan supaya sambalnya meresap dan sebati dengan ikan.
Bolehlah masukkan hirisan bawang besar.
Setelah siap hiaskan dengan baun sup/bawang dan hidangkan.



Baca Lagi

" Tentang kontrak duta tudung tu , tak pe rezki ade di mana-mana "





Pelakon Abby Abadi yang menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup baru-baru ini berkata, dia menerima penamatan kontraknya sebagai Duta Tudung dengan terbuka.

"Tentang kontrak Duta tudung tu, takpe sahabat-sahabat ku, rezeki di mana-mana. Saya terima itu memang bukan rezeki saya. Insya-ALLAH, ada je rezeki lain nanti," kata beliau.

Rezki ada di mana-mana, kalau rajin mencari , rajin usaha insyaAllah dapat .

sumber
Baca Lagi

'Sabar duhai hati', status terakhir BlackBerry isteri ditemui mati



Sekadar berkongsi cerita .....



"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas  panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

sumber
Baca Lagi

" Saya bukan berpolitik, saya cuma nak dekatkan diri dengan Islam "



 Sekadar berkongsi cerita .........

“Saya mempelajari agama disebabkan ia kewajipan saya sebagai seorang Islam kerana mungkin sebelum ini saya lalai, tetapi itu bukan bermakna saya hendak menyertai parti politik,” kata penyanyi terkenal, Adam AF selepas timbul spekulasi dia bakal menyertai sebuah parti politik berikutan perubahannya yang kini mendalami Islam.

Adam atau nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 28, berkata, spekulasi itu mungkin timbul selepas gambarnya yang memakai jubah dan berkopiah tersebar di laman sosial.


“Baru-baru ini saya mengikuti tazkirah di masjid di kampung saya di Sabah dan ada orang yang mahu bergambar dengan saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk bergambar cuma apabila disebarkan di laman sosial, ia menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan saya kononnya mahu menyertai parti politik.

“Saya tegaskan, saya tidak mempunyai kecenderungan menyertai mana-mana parti politik kerana perubahan yang saya alami sekarang semata-mata daripada hidayah Allah kepada saya,” katanya, semalam.


Adam berkata, Allah memberi hidayah supaya dia memperbaiki diri, bukan untuk menyertai mana-mana parti politik.


Sehubungan itu, dia meminta spekulasi itu dihentikan kerana memberi banyak kesan kepada dirinya. Mengenai perubahan dilaluinya, Adam berkata, kesedaran bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon, Ashraf Muslim tahun lalu dan dipertemukan dengan seorang haji berusia 22 tahun di Makkah.

“Saya masih lagi dengan karier nyanyian dan terbabit dalam bidang lakonan kerana ia adalah mata pencarian saya setakat ini. Kalau perlu menari, saya akan menari cuma tidak berlebihan.


“Saya sedang memperbaiki diri dengan melaksanakan semua perintah Allah dan masih bergantung kepada bidang nyanyian sebagai sumber rezeki,” katanya.

Adam berkata, dia gembira dengan penghijrahan ramai artis sekarang, cuma baginya seseorang itu tidak boleh terlalu cepat mengisytiharkan dia berhijrah, tetapi masih belum mengenali diri sendiri.


“Kita kenal diri sendiri, kenal Allah dan seterusnya seseorang itu mengikut perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Seseorang yang mengikuti perjalanan itu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain,” katanya.

sumber

Baca Lagi

Suami staff TV9 kena tahan polis untuk bantu siasatan......



Sekadar berkongsi cerita......

Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.

Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

sumber
Baca Lagi

30 Jul 2012

Hasrat nak main mercun sampai 40 biji tercapai....


Lagi kes mercun , kali ni di Alor Setar,Kedah, hasrat seorang budak nak main mercun sampai 40 biji tercapai apabila kesemua 40 biji mercun bola meletup , terkena mata ,kemungkinan buta, budak jiran sebelah yg sibuk nak tengok pun terkena serpihan , cedera parah di kepala , aku pun penah terkena mercun dulu ,tapi tak parah, kena tahan 3 jam kat kecemasan, sampai sekarang aku fobia dengan mercun, tak leh tangok
Baca Lagi

Isteri ini dapat habuan angkara perbuatan suami



Suami buat honar , isteri yang dapat habuan, si isteri dirogol musuh si suami semasa dalam bilik air , siap ada tinggal nota ugutan kepada si suami, ingatlah pada suami, kalau kita buat jahat pada orang lain ,kalau kita tak dapat balasan, anak dan bini kita yang akan dapat balasan.

‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.



Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.
“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.

“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

Gambar hiasan je kat atas tu nak bagi sedap cerita.....la la ...moga kisah ni dapat dijadikan panduan...
sumber

Baca Lagi

29 Jul 2012

( Kisah Benar ) Kisah Iktibar DI Penjara Sg. Buloh


Sekadar berkongsi cerita........


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.


Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air. Wallahualam.


sumber
Baca Lagi

Beli baju Raya awal untuk elak kesesakan.....tapii...



Beli baju raya awal untuk elak kesesakan , tapi .....tak banyak yang offer, betul tak ! Pergi nak beli baju tapi harga masih harga asal, kalau nak offer kena tunggu dekat-dekat nak Raya, tapi kalau nak tunggu dekat Raya , sesak pula , nak ke pasaraya pun trafik jem satu hal , nak cari parking pun satu hal , lepas tu nak gi bayar pun satu hal kena beratur panjang.

Kalau waktu bujang dulu tak pe , parking je kat mana pon , pergi dgn motor pun tak pe, tapi sekarang ni kena gi dgn kereta, dah tu tempat sesak-sesak ni mmg tak sesuai dgn budak-budak. Kalau ade duit lebih tu beli siap-siap , tak yah tunggu bonus , nanti malam raya , tak yah le dok sesak-sesak kat pasaraya. He He...
Baca Lagi

Buffet Ramadhan kat Hotel ? Adakah ia berbaloi ?...



Berbaloi tak Buffet Ramadhan kat Hotel , dengan duit yang dibayar ? Mungkin ade yg kata berbaloi sbb tempat tu nampak " class gitu " makan kat hotel  . Satu kepala anggaran RM40 , kanak-kanak RM28, mcm Hotel Sri Malaysia Perlis , aku pergi semalam , makan sampai puas , tapi , kita ni manusia , bukan boleh isi banyak-banyak, kena nasi sepinggan kenyang dah. Tak kan nak pulun makan sampai pecah perut kot .

Apa ? Duit abg banyak ? Tak pun , dah kumpul setahun dah sbb semata-mata nak gi Buffet Ramadhan kat Hotel ni ......

RM 40 kalau pergi kat kedai makan biasa  boleh dapat 10 pinggan nasi lauk ayam , betul tak ? Tapi kalau makan kat hotel , boleh makan apa saja , RM40 satu kepala , mana pilihan anda ? Bagi aku , sekali-sekala boleh le kalau ada duit lebih  tu , tapi kalau kerap tak leh le .

Tapi semalam , darah tinggi aku naik agaknye , pening kepala ,balik  telan ubat , sebabnya aku makan kamping golek sampai 2 pinggan , yang lain aku tak makan langsung , tengok gambar bawah ni , satay dan daging bakar semua campur sekali, ......balik semalam telan ubat tahan sakit ponstan ...terus pengsan sampai pagi......

Apa ? Kolestrol abg? Kolestrol abg confom naik malam tadi ..........


Lega , pagi ni dah lega , dah boleh update blog, semalam asyik nak marah orang je ,sebab sakit kepala, tu la jangan makan kambing, satay, daging bakar banyak sangat , kan darah tinggi dah naik ....Berbaloi tak dengan darah tinggi yang aku dapat dan sakit kepala ? .....BERBALOI  ????
Baca Lagi

Alahai kereta rosak !! Macam tau je 9 hb nak dapat bonus......



" Kenapa air cond ni tak sejuk , terasa bahang panas ade le , makin kuat makin panas , hurrm , tutup dulu air cond " keluh aku dlm hati.

" Abg buka lama-lama tunggu jap , nanti sejuk le " pesan wife.

" Apsal kejap panas kejap sejuk ni !!! pelik !! " keluh aku dlm hati. 

Sampai je kat parking kat rumah ....

" Abg !!! kereta berasap !! " jerit wife.

Keadaan jadi cemas seketika , aku terus tutup enjin , ahaaaa, tayar depan sebelah penumpang berasap, aku biarkan sejuk dulu, lepas setengah jam , aku beranikan diri buka enjin , tu dia air tangki dah hampir kering, rupanya kipas tak jalan , apa lagi menggelabah le.

Aku cuba tenangkan diri, biarkan je kereta tu sejuk , besok kita settlekan problem tu, tidor dulu, 

Besok pagi aku telefon tauke kedai nak repaire kereta, ...

" Halo tauke !! kereta saya air sudah hampir kering semalam , kipas tak jalan , camna mau buat sekarang !! " 

" You bawa mai kereta , isi air kasi penuh , jalan pelan-pelan , tengok suhu , kalau lebih setengah berhenti dulu, biar sejuk, lepas tu jalan balik , ok kita tunggu sini !! " terang tauke kedai tu . 

" Oraiiit !! " jawabku ringkas. 

Sampai kat kedai , lepas mereka check , motor kipas rosak, macam gambar kat bawah ni , apa nak buat , tukar je , BERAPA ??? RM 280 ......


Pening kepala , apa nak buat , memang kena tukar , $$$$$$  terpaksa dikorbankan kalau tidak kereta tak jalan...........

ps-SAPE YANG RASE AIR COND KERETA TAK SEJUK DAN TERASA BAHANG PANAS, ELOK CHECK AIR TANGKI , MUNGKIN KIPAS TAK JALAN ATAU ROSAK .
Baca Lagi

27 Jul 2012

11 Golongan Manusia yang Mendapat Doa Dari Malaikat


Cerita ni sungguh menimbulkan kesedaran di jiwa, jom baca sehingga sampai habis , adakah kita tergolong dalam golongan ini ? Abg kadang-kadang saja tergolong dalam golongan ini, harap-harap pada hari mendatang abg sentiasa berada dalam golongan ini , apa pun abg sekadar berkongsi cerita ......

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

 2.Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

 3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

 4.Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

 5.Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6.Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7.Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9.Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10.Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

sumber
Baca Lagi

( Foto ) Inilah gambar rangka bot Firaun ditemui di Mesir




Sekadar berkongsi artikel.....

Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.

Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga

sumber
Baca Lagi

Guru rogol guru , terkam sebelum noda......teruknye !!



Sekadar berkongsi artikel , kejadian berlaku di Sabak Bernam, Selangor....


Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar,  disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah  sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke  atas penjenayah," katanya.

sumber
Baca Lagi

Jogging adalah cara terbaik nak kuruskan berat badan ? Buktinya mana ?......




Adik nak tanya apa silakan , kalau abg boleh jawab, InsyaAllah abg jawab , kalau tak adik jawab sendiri je lah  yea ......!!

Soalan :" Betul ke jogging adalah cara terbaik nak kuruskan badan "

Ya  betul !!...jogging boleh membuatkan kita rasa berpeluh dengan cepat . Jogging adalah senaman yang terbaik untuk menurunkan berat badan . Jogging tidak memerlukan sebarang peralatan senaman seperti yang terdapat di gymnasium. Jogging hanya perlukan kasut sukan dan pakaian sukan . Tentu sekali jogging perlukan trek untuk jogging.

Soalan :" Mana lebih baik , jogging atas trek atau atas treadmill ? "

Sesetengah orang tidak suka jogging di atas trek, mereka suka jogging dalam gymnasium menggunakan treadmill. Terpulang kepada individu untuk berjogging samada indoor atau outdoor. Bagi saya , jogging atas trek lebih baik dari jogging atas treadmill sebab kita boleh mengawal kelajuan di atas trek. Tetapi  treadmill memaksa kita  mengikut  kelajuannya ,adakah kita mampu mengikutnya?

Soalan :" Ada ke kebaikan treadmill ni , apa dia ? "

Ada kebaikannya menggunakan treadmill , seperti boleh adjust speed , boleh dibawa ke mana saja , boleh guna walau dalam rumah, boleh bawa bersama percutian dan macam-macam lagi. Harga treadmill bukan murah, satu unit harganya lebih kurang USD500. Harganya memang mahal. Tapi tiada salahnya belanja lebih untuk menjaga kesihatan .

Soalan :" Awak jogging kat mana sekarang ni ?"

Buat masa sekarang aku cuma berjogging menggunakan trek di taman permainan yang berdekatan dengan rumah aku. Mungkin satu hari nanti aku akan beli treadmill dan letakkan di dalam rumah. Walaupun hujan aku masih boleh jogging dalam rumah aku. Inilah satu-satunya jalan aku cuba turunkan berat badan, dan ia terbukti , sebelum jogging berat badan aku adalah 80 kg , selepas enam bulan jogging berterusan, berat badan aku adalah 73 kg.

Diedit semula

Akhir sekali, bagi saya, jogging adalah cara terbaik untuk turunkan berat badan. Banyak lagi tips pasal jogging dan bersenam yang anda MESTI baca dalam blog ini  seperti di bawah....

Jogging setempat pun boleh keluar peluh
Dah dua hari dapat jogging dengan selesa
Jogging juga pagi tadi walaupun ....
Jom jogging kasi peluh sikit
Petang ni ok kot , pagi tadi dah terlepas ..
Dah mula ketagih nak keluar peluh , esok plan nak jogging ...
Tips kuruskan badan dengan cepat


Baca Lagi

26 Jul 2012

Menu pilihan abg hari ni : Ikan Gerut Bakar ..part2



Abg pilih ikan gerut bakar ,sbg menu pilihan abg hari ni , kalau nak bandingkan gerut dengan terubok , abg pilik gerut lagi , sbb tak de tulang , sbb sedap dan budak-budak senang makan .Dan selalu abg makan ikan gerut ni di Zaina Ikan Bakar , Kuala Perlis, mmg kedai tu je yg abg lalu makan , Apa ? Mona Ikan Bakar? , dah try hari tu , tak sedap pun , TomYam dia pun masam sangat. 

Satu lagi abg suka ikan gerut ni kalau dipotong kecil dan digoreng , mmg sedap makan dengan nasi kuning dan kuah kari , kalau abg pekena nasi kandar , mmg ikan gerut lah pilihan abg , 

Apa? Ikan lain tak lalu ke ?

Ikan lain abg lalu , tapi kurang sikit , berbanding gerut ni , mmg sedap , tak caya try makan , bye, selamat berbuka..... 

Baca Lagi

Lawak bulan puasa " Macam biasa , nasi dengan ikan satu " malunya aku.....



" Macam biasa !! Ikan goreng dengan nasi sebungkus " luah aku.

Macam tulah aktiviti harian aku , beli nasi bulan posa sungguh malu , tapi aku tak senyum tersipu-sipu, bulan posa tak leh makan aku tahu, tapi nak wat camana perut anak aku tak larat nak isi susu, budak baru setahun setengah mana tahu, bulan posa ka bulan tak posa ke semua nak sapu.

Kalau tak makan nasi anak aku jadi terketar-ketar, nak wat camna mmg lapar,  kalau tak bagi makan nasi juga mmg aku bapa kurang ajar, beli kat mana lagi mesti beli kat Kangar, masuk ikut pintu belakang  harap bersabar.

Meniaga makanan awal pagi bulan posa ni risiko juga, nak wat camna mmg itu sumber pendapatan mereka , kena tengok sama kalau kena sergah dengan Pejabat Agama , nak sergah sergah le aku beli saja , aku masih puasa yang makan anak aku saja , bukan apa , mak dia malas masak itu puncanya !!!!
Baca Lagi

Bayi kritikal 50-50 sebab pecah usus didera boyfriend ibu....






Kesian , bayi umur 8 bulan , pecah usus , akibat didera teman lelaki , ibunya baru umur 22 , teman lelaki tu umur 19 , budak ni memang tak dak hati perut ,sebab tu lah dia hentam buak kecik tu sampai pecah perut, motifnya cemburu, tak pepasal ditahan kerana membunuh tanpa niat. Budak tu aku rasa 50-50 , tak da harapan dah , melainkan tukar usus baru kot , ada ka doktor boleh buat mcm tu.

Susah nak jumpa manusia kejam macam ni , budak 8 bulan bukan tau apa lagi , nak menangis je kalau kemahuan tak dituruti, harap pelaku tu dapat hukuman setimpal nanti !!
sumber
Baca Lagi

25 Jul 2012

( Gambar + Video ) Perkahwinan Syafiq 16 Tahun Dan Yana 14 Tahun


Ramai mempertikaikan perkahwinan Syafiq dan Yana kerana mereka baru berumur 16 tahun dan 14 tahun masing-masing. Tapi pada pendapat abg , kahwin je la untuk mengelakkan maksiat, rezki boleh cari , tentang anak tu , kalau ada reski dapat lah anak . Camna adik Syafiq nak sara keluarga ? Tok sah fikir le , rezki ada diamana-mana. Nanti ade le rezki anak nanti ...untung le kalau kahwin muda ...kalau dapat anak nanti ...membesar ...jalan sama-sama, orang ingat adik beradik ...ada video kat bawah ni ...




sumber
Baca Lagi

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam, bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan




Sekadar berkongsi cerita......


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

sumber

Baca Lagi

Menu buka puasa pilihan abang hari ni -Kambing Golek ......Part 1






Ini lah menu buka puasa pilihan abg hari ni , kambing golek , kambing black pepper, roast lamb, black pepper lamb, macam-macam nama dia , asalkan kambing abg memang suka. Dulu abg suka makan kat kedai makan tu , setiap kali datang mesti order lamb chop, dia dah chop muka kambing kat abg ni .




Ada org tak leh makan kambing banyak2 sbb lelah dan penat , tapi abg seekor kambing pun abg boleh makan habis sorang. Tak caya tanya kakak.

Kalau gi makan buffet kat Hotel Sri Malaysia tu confirm, abg le orang yang akan beratur berkali-kali, utk ambil lamb steak, sampai adik tu cakap  .....

" Abang , steak kambing dah habis dah tinggal ayam je !! " , ayam pun ayam le .

Terima kasih le baca coretan abg ni jgn lupa add jadi  friend abg kat FB,  jg lupa like blog abg kat sini , keep in touch......








Baca Lagi

Ada juga orang yang tak puasa walau dah berumur.....



" Abang tolong belikan nasi dengan ayam goreng ye , Huda lapar sangat ni " wife suruh tadi.

Kesian juga tengok anak bongsu abg tu , batu setahun setengah umur dia mana nak larat nak puasa, ok lah terpaksa juga abg tebalkan muka pergi beli nasi kat tempat tu ( rahsia -nanti kena cekup) .

" Nasi dengan ayam goreng tak mau kuah yea !! "

" Aik !! Apasal tak nak ambik duit pulak ? "  tak nak ambik duit ?

" Esok je lah " katanya. Macam tau-tau esok aku nak datang lagi .
Begitulah rutin aku hari wife keje petang.

Yang aku sedih tu , sewaktu aku order makanan tu , ada ramai orang kat kedai tu kebanyakannya warga mas , order makanan sama macam aku, mcm aku tak pe le , sbb nak bagi kat anak aku, tapi mereka2 tu , nak bagi kat sape , kat perut sendiri ? Dah tua2 ni ingat kubur sama , posa tak penah yang cukup , asyik tak cukup je . Kalau remaja tak pe le , ni dah separuh abad.

Baca Lagi

" Apa ? Nak kena transfer ke Shah alam ? "



" Apa ? Nak kena transfer ke Shah alam ? "

Terkejut juga aku dengan kata nak kena transfer ke Shah alam , ada kengkawan kata nak kena transfer , tapi tunggu surat dulu , official le katakan.  Dalam 2 tiga minggu ni sejak balik Melaka memang hati aku tak berapa nak sedap , sbb ada berita nak kena pindah.

" Kakitangan gref  F  ( Teknologi Maklumat ) jangan syok sangat dok kat tempat masing-masing , sebab be prepare utk pindah , ke Shah Alam , hampa dok kat situ bukan buat apa pon !! " lebih kurang mcm tu la kat boss.

Aku harap sangat tak kena pindah , harap depa penuhkan dengan orang baru , org lama ni biarkan duduk kat tempat masing-masing.  Kalau ditakdirkan aku kena pindah , aku rasa , kejap je aku pergi , mungkin 6 bulan , lepas tu mohon tukar jabatan le , balik ke negeri .
Baca Lagi

24 Jul 2012

Layan cerita lawak sebelum buka puasa dulu !!




Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.

Maka Polis trafik pun berfikir ” Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain”

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya ” Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?”

“Makcik” polis trafik menjelaskan ” makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain”

“lambat dari had laju ?” wanita itu merasa hairan.

“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

” Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat” polis trafik itu bertanya kehairanan

“Oh… jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”

sumber
Baca Lagi

Kisah Misteri dan Teladan : ' Telekong dari Ibu '



" Balik dulu yea , jumpa lagi esok "  getus Nadia sambil membetulkan tocang rambut  pada kawan-kawannya di Kedai Makan  D'Farda, kedai feveret budak UiTM Arau.

"Ok" balas kawan Nadia . Mereka pun balik juga selepas Nadia balik .

Hari pun dah lewat malam . Kawan-kawan Nadia tinggal menyewa di rumah sewa. Tapi Nadia tinggal di rumah ayahnya . Ibunya dah meninggal . Tinggal kakaknya , Nadia dan ayah kat rumah tu .

" Vroooom " enjin kereta dihidupkan . Bunyi enjin kereta memecah kesunyian malam yang gelap gelita . Nadia melayan fikiran sambil memandu. Tiba-tiba Nadia nampak sesuatu  kat tapi jalan .  Bulu romanya meremang, peluh mula keluar , jantungnya berdegup kencang , sekencang  detikan jam di tangannya. Tangannya mula menggeletar sebab lembaga tu semakin dekat dengan keretanya , dia dah mula rasa lain macam . Ti ba- tiba....
" Emmmmmbeeek !! "
" Ceh ! Kambing rupanya !! "

" Kambing sesat mana pula tengah malam buta ni ? " getus Nadia . Nasib baik tak dilanggarnya kambing tu .
Sampai dia di rumah keadaan gelap sebab lampu kat luar ditutup , binatang kecil tu banyak masuk .

"Krioooot" pintu dibuka,  lampu dibuka, terkejut besar Nadia , ingatkan sape tengok TV tu , rupanya TV yang tengok kakak dia . Kakak dia , Salmah , terlena depan TV , maklumlah dah pukul 12 tengah malam.
Nampak macam cerita kat Astro best je , Nadia pun salin baju lepas tu tengok cerita " Telekong Dari Ibu  "   .
Sambil berbaring dia pun tengok cerita tu , cerita " Telekong Dari Ibu " mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang tidak pakai tudung ,atau  tutup aurat senang cakap, bila mak dia suruh solat dia tak nak , mak dia suruh pakai tudung dia tak nak. Pada suatu hari bulan Ramadhan mak di pergi pekan nak beli baju raya , untuk keluarga, tetiba budak dalam cerita ni dapat panggilan telefon ...

" Cik , boleh datang Hospital sekarang , mak cik terlibat kemalangan jalan raya !! "   sesampai je kat hospital , yang sadisnye , dalam dakapan ibunya ada telekong untuk dihadiahkan kepada anaknya sempena hari raya .
Semenjak itulah gadis tu berubah dengan memakai tudung.

Tetiba jalan cerita ni jadi tunggang-langgang, Nadia nampak sesuatu , dia nampak kelibat bayangan putih di belakang langsir TV , semakin lama semakin dekat, peluh membasahi seluruh badan Nadia kerana terlalu takut, degupan jantungnya berdegup pantas.

" Dammmm " cicak jatuh atas lantai .
" Ceh ingatkan apa tadi ! " keluh Nadia .

Tumpuan Nadia adalah kepada sesuatu kat belakang TV tu , bayangan putih tu semakin dekat , semakin dekat , seperti membawa sesuatu, macam kain putih je , semakin dekat , nampak macam susuk tubuh seorang wanita pertengahan umur , wajahnya macam kenal ,semakin dekat , betul-betul tercegat kat depan Nadia .....

" Astagfirullahalazim  , ibuuuuuuuuu ! " jerit Nadia . Di tangan ibunya ada kain telekong nak diberikan kepada Nadia . Lantas Nadia peluk ibu kuat-kuat sambil menjerit nama ibu , Air mata mengalir ke pipi Nadia , dia lihat ibunya pun mengalirkan air mata......

Tiba-tiba.....

" Nadia ...Nadia ...Nadia " bahu Nadia seperti digoncang. Dia nampak ayah dan kakak dia .
" Kau mimpi apa Nadia ?" tanya ayah Nadia . 

" Ibu " jawab Nadia pendek , Nadia membisu seribu bahasa sambil memikirkan mimpi tadi.

Besoknya , Nadia telah berubah menjadi Nadia yang baru , dia kini BERTUDUNG, dia kini tak akan meninggalkan solat , dia ingin menjadi seorang taat pada suruhan ibu bapa , walaupun ibunya dah lama meninggal, dia anggap kakaknya sebagai ibu.

p/s-cerita ni rekaan abg semata-mata , tak dak kena mengena dengan yg hidup atau mati, saja belajar tulis cerpen / novel pulak bulan puasa ni , semoga kisah ni dijadikan iktibar dan panduan dlm bulan puasa ni , so abg harapkan adik semua terhibur membaca , ingat 'Membaca Jambatan Ilmu ' kalau terhibur tu tolong like kejap kat bawah ni .....
Baca Lagi

22 Jul 2012

Senarai Buffet Ramadhan 2012 Di Malaysia (Menarik!!)


Kita dah masuk hari ketiga puasa Ramadhan , ramai antara kita yang tercari-cari buffet Ramadhan terbaik kat Malaysia ni  .Di sini terdapat senarai buffet ramadhan yang ditawarkan mengikut harga yang berpatutan. Ini adalah senarai buffet dan promosi untuk dikongsikan beberapa tempat dan lokasi buffet berbuka puasa untuk anda nikmati.





1. The Window Restaurant & The Terrace, The Royale Bintang Damansara
Harga : RM60++
Tempahan : 03-78431111 ext 1405
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

2. Serena Brasserie, Hotel Nikko Kuala Lumpur
Harga : RM90++
Tempahan : 03-27826128
Website : http://www.hotelnikko.com.my/

3. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur
Harga : RM50++
Tempahan : 03-21439898
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

4. Oceania Cafe Summit Hotel Subang Jaya
Harga : RM66 nett (Dewasa), RM33 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-80233000
Website : http://www.summithotelusj.com/

5. Verandah Restaurant, Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya
Harga : RM70++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-83127015
Website : http://www.cyberview-lodge.com/

6. Brasserie, Legend Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM85++
Tempahan : 03-40429888/27719888 ext 9032
Website : http://www.legendsgroup.com/

7. Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM65++ (Dewasa), RM33++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21413333 ext 506
Website : http://www.swissgarden.com/

8. Utara Coffee House, Hotel Armada PJ
Harga : RM62++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-79546888 ext 4557
Website : http://www.armada.com.my/

9. The Mill, Grand Millennium Kuala Lumpur
Harga : RM88++ (Dewasa), RM42++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21174163
Website : www.millenniumhotels.com/my/

10. Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Resorts Kuala Lumpur
Harga : RM49++ (Dewasa), RM40++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-20266060 ext 7703
Website : http://www.ancasa-hotel.com/

11. Sime Darby Convention Centre
Tempoh Diskaun : Ahad, 1 May 2011 – Ahad, 31 Jul 2011
May Voucher – RM50 Nett
Jun Voucher – RM60 Nett dan Julai Voucher – RM70 Nett
Tempahan : 03 2089 3688

12. Raintree Cafe, Hotel Maluri
Harga : RM 58.00 net (Dewasa) dan RM 32.00 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-92878833 ext 630

13. Restoran Chakri Express
Harga : RM39.00
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-2277 357 (Affandy)

14. Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Tempahan : (603)-7956 2100
Website : http://hspj.com.my

15. Restoran Cerana, Cheras
Harga : Rm49.50 (Dewasa) dan RM27.50 (kanak-kanak)
Tempahan : MOHD ALI (ASST MANAGER) : 017-3096511, 019-2953450
Website : Cerana.com.my

16. Paya Serai, Hotel Hilton, Petaling Jaya
Harga : RM109++ Dewasa, RM69++ Kanak-kanak
Tempahan : (03) 7955 9122 extn. 4260/1
Website: http://www.zestpj.com

17. Chatz Brasserie, Parkroyal Kuala Lumpur
Harga : RM75++ Dewasa, RM39++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-27828301
Website : http://www.parkroyalhotels.com

18. Hotel Grand Continental, KL
Harga : RM52++ Dewasa, RM26++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-26939333
Website : http://www.ghihotels.com.my

19. Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Harga : RM85++ Dewasa, RM50++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-55118811 ext 2612
Website : http://www.bluewavehotels.com

20. Nipah Coffeeshop, Hotel Equatorial, KL
Harga : RM92++ Dewasa, RM46++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-21617777 ext 8220
Website : http://www.equatorial.com/kul

21. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Harga : RM80++ Adult, RM40++ Child
Tempahan : 03-83127091
Website : http:// http://www.cyberview-lodge.com

22. Dorsett Regency Hotel, KL
Harga : RM69++ Dewasa, 50% Diskaun untuk Kanak-kanak
Tempahan 03-27151000 ext 188
Website : http://www.dorsettregency.com.my

23. PNB Darby Park Cafe
Tempahan: 03-7490 3838
Harga: RM65++ Dewasa, RM35++ Kanak-kanak

24. Quality Hotel Shah Alam
Tempahan : 03 55103696
Harga : RM68 ++ Dewasa, RM38 ++ Kanak-kanak
Website : http://quality.com.my

25. Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL
Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga : RM135 ++ Dewasa ,RM75 ++ Kanak-kanak

26. Restoran Sri Melayu
Tempahan: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga: RM70++ Dewasa, RM40++ Kanak-kanak, 15% Warga tua

27. Hotel Century, Johor Bahru
Harga : RM46 ++ dewasa,RM25 ++ kanak-kanak
Tempahan : 07-333 3300.

28. Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru
Harga : RM55++ Dewasa, RM35++ kanak-kanak
Tempahan : 07-221 6666

29. Hotel Mutiara, Johor Bahru
Harga : RM68++ dewasa, RM40++ kanak-kanak
Tempahan : 07-330 0300

30. The Puteri Pacific, Johor Bahru
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-2199999
Website : http://puteripacific.com

31. Hotel Equatorial Bangi
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-82102222/03-89251111
Website : http://equatorial.com

32. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Harga : RM88 ++ Dewasa, RM50 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03- 78025245/78025200 ext 2915
Website : http://eatanddrink-hiklg.blogspot.com

Sebagai orang Islam kita digalakkan bersederhana dalam berbuka puasa, bukannya tak boleh berbuka kat tempat mewah seperti kat atas , tapi makan biarlah setakat kenyang je agar tak mengganggu ibadat solat nanti , jangan lupa solat maghrib , kalau boleh tu solat terawih sekali .

sumber
Baca Lagi

Cerita lawak ...layan sebelum buka puasa....



Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi (bukan nama sebenar ) menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??

Lawak tak ?  ok lah tu layan dulu sebelum buka puasa ....ha ha


sumber
Baca Lagi

Kisah lucu bulan puasa .....



"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.
" Kenapa? " tanya Abah.
" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi

Kat bawah ni ada satu kisah lagi , gambar ni menceritakan sesuatu, lucu betol .....

sumber
Baca Lagi

UMPAMA ' NYAWA KEDUA ' SELEPAS DIBEBASKAN DARI HUKUMAN MATI




"Alhamdulillah, saya seperti mendapat 'nyawa kedua' apabila dibebaskan selepas 26 tahun menjalani hukuman," kata Pak Ali yang dibebaskan selepas mendapat pengampunan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Pak Ali, 60, (bukan nama sebenar) adalah antara lapan banduan yang mendapat pengampunan Sultan Johor sempena Ramadan, tahun ini. Katanya, dia pernah 'patah jiwa' dan putus harapan selepas rayuan kali ketiganya ditolak sehingga pernah terfikir untuk menamatkan saja hidupnya.

"Namun, kekuatan diri kembali apabila kakak yang tidak jemu datang melawat memberi semangat supaya tidak lagi menambah dosa diri ini.

"Hari ini saya seperti mati hidup semula dan seperti bayi yang baru dilahirkan semula. Pada saat saya mula menerima hakikat akan berdepan hukuman mati pada bila-bila masa, pengampunan ini memberi harapan dan peluang yang tidak pernah disangka.

"Saya akan tebus semula setiap kesilapan dan kesalahan dengan menjadi manusia paling bersyukur serta berjanji tidak akan mensia-siakan 'nyawa kedua' ini," katanya ketika ditemui di Penjara Kluang, di sini, semalam.
Pak Ali yang masih bujang, didapati bersalah mengedar 6.71 kilogram ganja dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 15 Februari 1992 mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Saya bercadang meneruskan minat dalam pembuatan perabot dan kraftangan dengan membuka bengkel sendiri, malah mahu melatih anak muda dalam bidang ini supaya hidup mereka tidak tersasar," katanya.

Sementara itu, banduan warga Singapura yang hanya dikenali sebagai Pak Min, 57, yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup ketika berusia 18 tahun mengikut Seksyen 5 Akta Senjata Api, bersyukur apabila mendapat pengampunan selepas 38 tahun dipenjara.

"Saya sudah tinggal di penjara sejak 38 tahun lalu ketika baru berusia 18 tahun. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakan perasaan saya, ia bercampur antara gembira, hiba, syukur dan insaf.

"Sebelum ini saya adalah manusia yang liar, buas dan jahat. Namun selepas dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat, baru saya sedar. Apa yang paling dikesalkan adalah tidak berpeluang memohon ampun dengan ibu bapa yang sudah meninggal dunia," katanya.

Pak Min kini bercadang kembali bertemu adik-beradiknya di Singapura dan membuka kedai jahitan dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran ketika mendapat latihan di penjara.

Dalam pada itu, Pengarah Penjara Kluang, Mat Rasid Jahlil, berkata pembebasan tiga banduan Penjara Kluang termasuk seorang banduan akhir itu mencipta sejarah penjara di Malaysia.

"Ini juga mencipta sejarah di negeri ini berikutan ini adalah kali pertama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi pengampunan baginda selepas seingat saya amalan begini tidak dilakukan berbelas-belas tahun lamanya," katanya.

sumber
Baca Lagi

Bazar Ramadhan sedap ke makan kat situ ?


Kelmarin aku pergi jalan-jalan kat bazar Ramadhan dan aku dapati banyak lagi gerai yg belum buka seperti tahun-tahun lepas , tak meriah lagi , dalam pertengahan Ramadhan nanti meriah le . Aku dapati orang yg jual sama je mcm tahun-tahun lepas , dan aku boleh agak makanan tu sedap ke tidak sbb semua aku pernah rasa.

Hurrm...yang aku heran ni student Uitm atau Matrikulasi ni , mereka beli makanan macam 10 orang nak makan , banyak betol , tambahan pula yang pompuan tu , kilik kiri dan kanan , dua-dua belah tangan penuh .  Mungkin mereka beli makanan sekali dengan sahur.

Aku pun belek lah makanan yg boleh aku beli untuk anak aku ni , sebab dia nak buka posa awal,  yang aku cari adalah nasi kuning dan ayam goreng. Makk ooooi banyak nye gerai yang jual nasi kuning dan ayam goreng, yang mana satu aku nak beli ni !! Pikir punya pikir , aku beli di gerai yang aku pernah beli , ahaaaa tentu rasanya sama macam aku beli dulu, harap-harap begitulah , dah beli balik kat rumah terus bagi anak aku makan , perut dia dah berbunyi tu , habis separuh nasi tu dia makan . Aku ?? tunggu buka posa le baru boleh makan .

Kekadang aku terfikir hirup seperti berniaga ni , adalah perjudian , kenapa aku fikir cam tu ?? Ye lah kalau hari tu jualan habis , oklah untung , kalau tak habis sapa nak makan ?? Syukurlah dengan apa yang ada ....ok  !!
Baca Lagi

' SAYALAH JOKER DALAM FILEM BATMAN TU '




Pemuda yang melepaskan tembakan rambang terhadap penonton di sebuah pawagam ketika tayangan filem Batman, ‘The Dark Knight Rises’ di sini kelmarin, mendakwa kepada polis bahawa dialah ‘Joker,’ musuh Batman.

James Holmes, 24, memberitahu demikian ketika disoalsiasat.

“Dia berkata ‘Sayalah Joker’ kepada penyiasat,” kata pegawai kanan polis New York, Ray Kelly seperti yang dipetik oleh stesen televisyen ABC.

Holmes bukan setakat mengaku demikian tetapi turut bersolek seperti musuh utama Batman itu.

Rambutnya diwarnakan merah seperti penampilan Joker.


Polis juga mendedahkan Holmes yang dituduh membunuh 12 orang dan mencederakan 58 yang lain, mengikuti kursus sains neuro di Universiti Colarado tetapi berhenti daripada program PhD kira-kira setahun lalu.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki yang dikatakan suka menyendiri itu dilapor sudah mempersiapkan diri sejak dua bulan lalu untuk melancarkan keganasan.

Senjata yang dimiliki Holmes ketika melakukan serangan termasuk 3,000 peluru, raifal A-15 bersama-sama dengan 100 magazin peluru yang boleh melepaskan 60 pusingan tembakan seminit.

Dia dilapor membeli senjata berkenaan menerusi Internet tanpa sebarang pemeriksaan untuk memastikan dia tidak berniat jahat.

Rancangan penuh Holmes itu didedahkan oleh Ketua Polis Aurora, Dan Oates, pada sidang akhbar yang menyaksikan dia hampir menangis dan berikrar memastikan Holmes di penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut Oates, Holmes mengumpul senjata itu selama 60 hari sebelum melakukan pembunuhan itu.

“Dia membeli empat senjata di sebuah kedai senjata tempatan dan menerusi Internet, dia membeli 6,000 peluru, lebih 3,000 untuk raifal, 3,000 lagi untuk pistol glock, 300 lagi untuk senapang patahnya.

“Apa yang saya difahamkan, semua senjata itu dimilikinya secara sah,” kata Oates
Holmes melakukan keganasan itu di pawagam Century 16, Aurora ketika 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit.

Dia kini ditahan di Penjara Arapahoe County dan akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Arapahoe esok.

Seorang pelajar yang menetap di kawasan kediaman Universiti Colarado, berhampiran rumah Holmes berkata: “Tidak ada orang mengenalinya. Tidak ada.”

Dia memasang dengan kuat lagu tehcno dari stereonya beberapa jam sebelum pembunuhan itu dan membiarkan muzik itu berulang-ulang ketika meninggalkan apartmennya untuk melakukan pembunuhan. - Agensi

SUMBER

Baca Lagi

TERAWIH BERDARAH DI SIK KEDAH




Ajal maut di tangan Tuhan , begitulah terjadi pada seorang warga mas , difahamkan asalnya merekan nak merompak , tapi jadi pula kes bunuh ...

Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih ‘disambut’ dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.

Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.


“Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.


“Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.

Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.


“Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.


“Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.


Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.


Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.


“Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.
Sumber dari Harian Metro
Baca Lagi

Baru lepas bersahur ...awalnye


Terpaksa bersahur awal sbb , kalau bersahur selepas tidor takut terlajak tido, tak pe lah tak dapat pahala pun , pahala lebih kalau bersahur pagi esok, tapi nak wat camna , aku jenis tido lewat  . Nak update blog pon time ni le. Kalau tido dulu , mesti susah bangun pagi esok . 

Bersahur makan lauk lebih buka posa tadi le , mana nak gi beli tengah malam buta ni , cuma panaskan nasi je  , ni yg buat perut aku ni makin boroi ni , makan sebelum tidor. Bulan posa ni nak kuruskan badan susah le , sebab time buka posa , tibai kaw kaw ..Kalau nak ikutkan hati tak nak sahur , tapi nak wat camna , bos besar suruh makan juga , kalau tidak esok lapar . Tak pa lepas raya nanti aku exercise balik .
Baca Lagi

21 Jul 2012

INILAH SEPULUH LAGU RAYA SEPANJANG ZAMAN



Sepuluh lagu raya sepanjang zaman



Lagu raya bukan sahaja menjadi pilihan di bulan Syawal (di saat anda berada di kampung, dengan sepinggan nasi himpit dan kuah kacang, segelas air sirap selasih dan berbalang-balang kuih raya), malah ia menjadi muzik yang bermain di segenap pelusuk negara sebaik sahaja Ramadhan bermula.
Kami telah memilih sepuluh buah lagu raya terbaik sepanjang zaman yang menjadi dendangan pilihan setiap kali menjelangnya Hari Lebaran.

Dari Jauh Ku Pohon Maaf (1993) 
Penyanyi Asal: Sudirman

Dipetik daripada album "Balik Kampung" yang dihasilkan khas oleh Sudirman sempena Hari Lebaran, lagu ini paling sesuai untuk mereka yang tidak dapat pulang akibat bekerja dan tidak dapat bercuti (biasanya disebabkan masih bujang dan tidak diberi keutamaan untuk pulang beraya). Suara Allahyarham Sudirman yang mendayu-dayu dan menusuk kalbu itu boleh menyebabkan sesiapa saja mengalirkan air mata sambil memeluk radio.

Dendang Perantau (1950-an)
Penyanyi Asal: Tan Sri P. Ramlee

Lagu "Dendang Perantau" merupakan antara lagu raya terawal selain dari "Selamat Hari Raya" nyanyian Saloma dan lagu "Miskin Kaya" nyanyian Nona Asiah. Sesuai ditujukan buat mereka yang sudah lama tidak pulang beraya bersama keluarga dan kekasih di kampung. Lagu hasil nukilan S. Sudarmaji dan P. Ramlee ini tidak pernah luput ditelan zaman sekalipun sangat menjengkelkan apabila dinyanyikan oleh artis lain.

Suasana Di Hari Raya (1986) 
Penyanyi Asal: Anuar Zain & Ellina

Jika anda rindukan zaman suara "Kain Pelekat" Anuar Zain, anda boleh mendengarnya setiap tahun kerana lagu karya Adnan Abu Hassan dan Habsah Hassan ini benar-benar mempamerkan kecomelan Anuar dan pasangan duetnya Ellina yang cukup terkenal di era 80-an. Lagu yang menggambarkan suasana pada hari raya dari kaca mata kanak-kanak ini sesuai untuk mereka yang sangat sukakan Hari Lebaran dan semua tradisi yang datang bersamanya Juga juadah hari raya... dan duit raya.

Satu Hari Di Hari Raya (1994) 
Penyanyi Asal: M.Nasir

Melihatkan terlalu banyak lagu raya yang memberatkan isu-isu tidak balik beraya, ketupat rendang dan kegembiraan makan di siang hari selepas sebulan berpuasa, sifu M.Nasir memilih untuk mencipta sebuah lagu yang menginterpretasi sambutan tersebut daripada perspektif lain. Lebih kepada monolog tentang keindahan rohaniah pagi Syawal, "Satu Hari Di Hari Raya" sesuai untuk mereka yang menghargai hari raya dari sudut emosi dan perasaan bahagia mensyukuri nikmat yang diberikan pada hari tersebut. Tentu sekali bukan lagu untuk mereka yang tertidur dengan zip seluar dilonggarkan selepas makan tiga batang lemang dan dua balang kuih batang buruk.

Cahaya Aidil Fitri (1981) 
Penyanyi Asal: Black Dog Bone

"Cahaya Aidil Fitri" merupakan sebuah lagu syahdu karya S. Atan dan Haron Abdul Majid yang menterjemah hari lebaran dari pandangan mereka yang sudah kehilangan orang tersayang. Namun begitu, jangan sesekali anda menyanyikannya di depan mereka yang sudah kehilangan dengan niat untuk menghiburkan mereka. Anda hanya akan dianggap menjengkelkan dan tidak akan dijemput untuk datang beraya tahun depan.

Kepulangan Yang Dinanti (1981) 
Penyanyi Asal: Aman Shah

Tahun 80-an sememangnya tahun lagu raya. Lebih puluhan lagu-lagu baru dihasilkan, namun lagu Aman Shah hasil ciptaan Osman Taib dan A.S. ini menjadi antara lagu yang masih kekal di hati pendengar kerana tema sedihnya. Entah kenapa, para pendengar sukakan lagu-lagu yang syahdu pada hari raya dan "Kepulangan Yang Dinant" amat sesuai buat ibu bapa yang menantikan kepulangan anak-anak mereka di hari raya.

Selamat Hari Raya (1955) 
Penyanyi Asal: Saloma

"Selamat Hari Raya" merupakan antara lagu raya yang paling klasik dan paling digemari ramai kerana benar-benar dapat menterjemah kebahagiaan dan kegembiraan pada hari raya, apatah lagi apabila korusnya dinyanyikan bersama-sama dengan suara anak-anak dan bunyi tertawa yang menghiasi latar lagu. Dihasilkan oleh Ahmad Jaafar (yang juga merupakan penggubah lagu-lagu hit filem seperti "Ibu" dah "Hujan Lebat"), liriknya yang mudah dan muziknya yang begitu catchy menjadikan ia antara lagu pertama yang akan anda nyanyikan secara tidak sedar apabila diminta menyanyikan lagu raya.

Pulang Di Hari Raya (1981) 
Penyanyi Asal: Noorkumalasari

Pada tahun 1981 juga, penulis lirik dan pencipta lagu Syed Haron telah menghasilkan sebuah lagu bertajuk "Pulang Di Hari Raya" dan telah diberikan kepada model dan penyanyi jelita Noorkumalasari. Lagu khas buat mereka dalam perjalanan pulang ke kampung ini merupakan antara road songs pilihan di musim raya selain daripada "Menjelang Hari Raya" nyanyian DJ Dave dan "Balik Kampung" nyanyian Sudirman.

Sesuci Lebaran (1998) 
Penyanyi Asal: Dato' Siti Nurhaliza

Tidak dapat dipastikan sama ada lagu ini popular kerana ia cukup unik untuk menjadi lagu malar segar atau kerana populariti Dato' Siti ketika itu menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Namun begitu, ia tetap menjadi antara pilihan utama untuk disiarkan di corong radio. Yang anehnya, tidak ramai artis baru cuba menyanyikan semula lagu ini. Mungkin kerana Dato' Siti masih menjadi pilihan utama rancangan TV istimewa Hari Raya dan akan menyanyikan lagu ini.

Menjelang Hari Raya (1977) 
Penyanyi Asal: DJ Dave

Dalam banyak-banyak lagu raya, inilah lagu yang rentaknya begitu sesuai untuk menjadi hiburan tatkala anda memandu dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang ke kampung. Lagu ciptaan S. Atan dan lirik oleh Kamali Hudi ini juga merupakan antara lagu yang dimasukkan ke dalam album "Bergembira Di Hari Raya" selain "Seloka Di Hari Raya" nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir serta "Suasana Hari Raya" nyanyian Sharifah Aini. Oleh kerana temponya yang rancak dan menaikkan semangat, kami akan memaafkan liriknya yang agak no-brainer, seperti "Menjelang hari raya, berakhirnya puasa" dan "Semoga berbahagia, hidup aman sentosa". Sudah tentulah!
Baca Lagi

UCAPAN SALAM RAMADHAN DARI BARRACK OBAMA





Ini lah antara ucapan Obama sempena Ramadhan .....

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isterinya Michelle hari ini menghantar ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia terutama orang Islam di Amerika.

Obama berkata Ramadan tahun ini membawa makna yang istimewa kepada rakyat di Timur Tengah dan Afrika Utara yang berani mencapai demokrasi dan penentuan diri dan bagi mereka yang masih bergelut mendapatkan hak universal mereka.

"Amerika terus berdiri bersama-sama mereka yang mencari peluang untuk memutuskan nasib mereka sendiri, untuk hidup bebas daripada keganasan dan kekejaman dan untuk bebas mengamalkan kepercayaan mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di sini, hari ini.

Obama berkata di Amerika, Ramadan mengingatkan mereka bahawa Islam merupakan sebahagian daripada jalinan yang mewujudkan masyarakat di negara itu, dan dari

perkhidmatan awam kepada perniagaan, dari penjagaan kesihatan dan sains dengan seni, orang Islam Amerika membantu mengukuhkan negara dan memperkaya kehidupan Amerika.

"Walaupun Ramadan mempunyai makna yang mendalam bagi 1.5 bilion orang Islam di seluruh dunia, ia juga satu peringatan kepada semua umat manusia bagi semua kepercayaan berhubung komitmen terhadap keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan yang dikongsi bersama oleh semua agama besar.

"Atas semangat itu, saya berharap satu bulan penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh Amerika dan di seluruh dunia dan saya menanti-nanti untuk sekali lagi menjadi tuan rumah majlis iftar (berbuka puasa) di White House.Ramadan Kareem," katanya. - Bernama


Moga satu hari nanti Obama peluk Islam ....
Sumber
Baca Lagi

ABBY ABADI DEDAH KENAPA DIA SERTAI PAS





Alhamdulillah ....seorang lagi artis bertudung , dah tu sertai PAS pulak , bagus tu saham akhirat semua tu ..

Selepas hampir beberapa bulan berada di pentas ceramah Pas, pelakon Abby Abadi akhirnya secara rasmi menyertai parti itu sebagai ahli seumur hidup.

Dalam majlis yang diadakan di Padang Yayasan Islam Kelantan di sini, malam kelmarin,  Abby menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat disusuli dengan pemakaian selendang hijau oleh Exco Kerajaan Negeri, Wan Ubaidah Omar.

Abby yang terkenal dengan gelaran Inspektor Haliza berkata, tindakan beliau menangguhkan penyertaan dalam Pas sebelum ini kerana mahu memahami mendalam perjuangan parti itu dan akhirnya mendapat petunjuk daripada ALLAH.

Katanya, kesungguhan beliau mendekati Pas adalah kerana mendapati parti itu ikhlas memperjuangkan Islam berdasarkan al-Quran.

“Saya mendapat hidayah ini selepas mengerjakan umrah, tidak ada  siapa yang paksa, malah apa yang saya sampaikan  (dalam ceramah) adalah lahir dari kesedaran dan pemahaman saya sendiri,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri seorang lagi pelakon, Hairie Othman.

Abby berkata, sepanjang mendekati Pas, beliau tidak pernah merasakan parti itu membawanya kepada jalan yang buruk seperti mana didakwa pihak-pihak tertentu.

Sementara itu dalam ucapannya, Abby berkata, beliau akan meneruskan perjuangan bidang seni dan mengharapkan parti itu bersama Pakatan Rakyat mampu menawan Kerajaan Pusat sekali gus dapat memperkembangkan seni dalam Islam.

“Sebagai orang seni, saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam,” katanya.

Sementara itu, Hairie dalam ucapannya mencadangkan kepada Pas supaya menerbitkan drama berkaitan perjuangan Islam bagi membolehkan generasi muda tahu asal usul sejarahnya.

“Kita boleh menerbitkan kisah tokoh terkenal dalam gerakan Islam di Malaya seperti Dr Burhanuddin Helmy yang begitu banyak berjasa. Kalau Pas berminat saya pun boleh jadi pelakonnya,” katanya dalam nada berseloroh.

Tepuk dada tanya selera , siapa yg anda nak pangkah dalam PRU13 nanti ?


Sumber
Baca Lagi

CABARAN HARI PERTAMA RAMDHAN




Ehem...Hari ini adalah hari pertama Ramadhan , bangun pepagi ..nampaknya inilah godaan pertama , kek ni sedap juga , terasa semalam nak makan , tapi dah kenyang , sekarang lapar pulak , ...tak boleh tengah puasa ni .


Pukul 6 petang nanti , masak nasi 3 pot, tunggu bos besar bawa balik lauk , ni masak nasi untuk malam nanti sama , nanti panaskan je , tak yah basuh periuk tu sekali lagi.


Kek  oh kek nanti buka puasa aku makan kau ....
Baca Lagi

20 Jul 2012

QPR BENAM KELANTAN 5-0



Nampaknya QPR menang besar ke atas Kelantan , nampak sangat perbezaan ketara antara Liga Malaysia dengan Liga Inggeris, saiz fizikal dah tentu tak leh lawan, kepantasan lagi le tak leh lawan. 


Kelantan tumpas 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da Silva dan Anton Ferdinand.

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh penjaga gol QPR, Robert Green, lapor Bernama.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-41, namun peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin oleh  Indra Putra Mahayudin apabila sepakan derasnya tersasar.

Pada babak kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri pada minit ke-52.

QPR menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.

Bobby Zamora kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh Heidar Helguson pada minit ke-90.

QPR akan menamatkan prorgram Jelajah Asia mereka dengan menentang Kelab Liga Perdana Indonesia (IPL) Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia, Isnin ini.

Dalam pada ittu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

Sumber sinarharian
Baca Lagi

AKIBAT MENGAKU NABI AKHIR ZAMAN BEKAS KAPTEN DIDAKWA PERMAINKAN AGAMA ISLAM


Apa nak jadi akhir zaman sekarang ni , ramai orang dah rosak akidah dan terpesong, ada yang mengaku ' Imam Mahdi ' dlm kejadian amuk kat Putrajaya baru-baru ni , kali ni mangaku ' Nabi Akhir Zaman ' pula. 

Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.

Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.

Hurrm ....tanda-tanda Kiamat dah banyak , cuma ada beberapa tanda-tanda besar yang belum muncul lagi , tanda-tanda kecil dah banyak , akhir zaman ni macam-macam benda pelik berlaku .

Sumber dr hmetro
 
Baca Lagi