Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Jun 2012

LELAKI DITEMBAK DARI JARAK DEKAT DI HADAPAN SEKOLAH




PETALING JAYA - Seorang lelaki yang sedang menunggu dalam kereta di luar sekolah anaknya, Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini, maut selepas ditembak dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata ketika kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa berumur 32 tahun sedang menunggu isterinya yang menghantar anak lelaki tunggal mereka berusia lapan tahun masuk ke dalam sekolah.

"Mangsa yang duduk di tempat pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi, tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal dan bertopi keledar penuh sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arahnya dari jarak dekat.

"Tembakan itu terkena rusuk kanan dan menembusi bahu kirinya. Mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit kemudian dihantar ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pukul 9 pagi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Abd Razak berkata hasil siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Yamaha LC bewarna merah dan menggunakan pistol jenis semi auto.

"Siasatan lanjut juga mendapati mangsa yang tinggal di Sungai Chua, Kajang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan menurut isteri mangsa, suaminya tidak mempunyai musuh," katanya.

Abd Razak berkata polis dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam dan telah dirancang rapi oleh suspek tersebut.

"Di sekolah tersebut tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup. Sehubungan itu kami meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya. - Bernama

Lelaki sedang menunggu dalam kereta maut ditembak - Semasa - Sinar Harian
Baca Lagi

ASMARA DENGAN ISTERI ORANG , LELAKI CEDERA DIBELASAH PENDUDUK




BESUT - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.


Araublogger - ini baru balasan di dunia belum lagi balasan dia akhirat nanti bertaubat lah !!
Baca Lagi

INILAH GAMBAR ULAR TEDUNG YANG DILAPAH HIDUP-HIDUP




BANTUL, Indonesia - Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka.
Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari.
Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi
Araublogger - geli rasanya tengok gambar ni ,mcm mereka lapah ular tu !! Aku ni tengok ular pun dah seram !!

Baca Lagi

29 Jun 2012

GADIS DIROGOL TEMAN LELAKI KETIKA MANDI SUNGAI



KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubungan seks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Araublogger - kesian tengok budak pompuan ni , patutnye x pyh le pergi kawasan air terjun tu dah mmg tempat tu tempat tak elok . Dah kena baru nak nyesal

Dirogol ketika mandi sungai - Selangor & KL - Sinar Harian
Baca Lagi

FILEM MONSTER UNIVERSITY BAKAL DITAYANGKAN PADA 21 JUN 2013



Klik sini untuk maklumat lanjut pasal Monster University

Monster University  yang ditayangkan  pada 2013 ia adalah  filem komputer animasi 3D  yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures, bertujuan untuk menjadi prequel kepada 2001 Monsters filem, Inc.  Dan Scanlon adalah pengarah dan Kori Rae adalah produser.

 John Goodman, Billy Crystal, Steve Buscemi, Jennifer Tilly, Frank Oz, dan Ratzenberger John akan mengulangi peranan mereka dari filem sebelumnya. James Coburn, yang berlakon  Henry J. Waternoose III dalam filem yang pertama, meninggal dunia sebelum penggambaran bermula pada Monsters Universiti. Peranan Waternoose akan diambil alih oleh Kelsey Grammer. Filem ini bakal ditayangkan pada 21 jun 2013

Klik sini untuk maklumat lanjut pasal Monster University
Baca Lagi

' Nenek gengster ' belasah warga emas sampai patah tulang rusuk


GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 50-an yang sudah bercucu, layaknya digelar ‘nenek gengster’ apabila tergamak membelasah seorang warga emas sehingga mangsa retak tulang rusuk kerana masalah hutang dalam kejadian di Bandar Baru Farlim, Air itam, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu, mangsa, seorang wanita berusia 68 tahun dari Bukit Mertajam, datang ke rumah nenek itu untuk menuntut hutang sebanyak RM3,600 yang tertunggak sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, nenek itu berada bersama seorang cucu perempuannya berusia 29 tahun dalam rumah dan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu dengan mangsa.

Menurutnya, apabila nenek itu masih enggan membayar hutang, mangsa yang kecewa bertindak menyimbah cat di depan rumahnya.


“Berikutan itu, suspek berang lalu menerkam dan memukul mangsa dengan teruk.
Apabila mangsa lemah, tangannya diikat bagi mengelaknya melawan.

Araublogger - ganas nenek ni ada belajaq kung fu kot ....


myMetro | Nenek gengster
Baca Lagi

Pak Lebai terkejut jumpa mayat di tangga masjid ( seram )



KAPAR: “Kebumikannya mengikut cara Islam.” Itu antara kandungan dalam nota yang ditemui di sisi mayat bayi lelaki dalam plastik hitam yang diletak di atas tangga Masjid Badariah, Kampung Batu 12, di sini, awal pagi semalam.

Mayat bayi terbabit yang masih bertali pusat ditemui bilal dan siak masjid berkenaan yang tiba di masjid itu untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi.

Nazir Masjid, Zulkifli Ayub, 50, berkata pada mulanya kedua-dua bilal dan siak terbabit menyangka bungkusan hitam yang diletakkan di atas tangga itu sampah, namun terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

“Bilal itu hampir pengsan sebaik membuka bungkusan plastik itu apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki,” katanya.

Zulkifli berkata, mayat bayi itu hanya dibaluti kain lampin putih selain terdapat sekeping nota yang memintanya dikebumikan mengikut cara Islam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada bilal masjid berkenaan berhubung penemuan itu pada jam 6.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat bayi terbabit yang belum diketahui bangsanya dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang masih bertali pusat.



“Siasatan awal mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan dan sudah meninggal dunia ketika pihak polis tiba di tempat kejadian. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Araublogger - ada orang kahwin nak dapat anak pun susah , mereka ni buang anak mcm tu je. Tak hargai langsung pemberian Allah . Apa salahnya bagi je anak tu kpd orang  yg dah kahwin bertahun2 tak dpt anak  .

myMetro | 2 bilal terkejut
Baca Lagi

Boleh Kahwin Kurang 15 minit di Pekan Betong



PENGKALAN HULU: Proses akad nikah yang mudah dan situasi yang lebih selamat menjadikan pekan Betong, Thailand yang bersempadan dengan daerah ini, kini menjadi lokasi utama untuk pasangan dari Malaysia untuk ‘kahwin lari’ atau mengamalkan poligami.

Keadaan itu secara tidak langsung memberi sumber rezeki baru kepada penduduk daerah ini yang menjadi ejen tidak rasmi serta menyediakan pakej nikah untuk pasangan yang berhasrat bernikah di Betong.
Difahamkan, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 10 ejen menyediakan pakej nikah dengan bayaran antara RM1,500 dan RM3,000, sedangkan bayaran kos nikah cuma RM450.

Ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 40, berkata, pakej disediakan merangkumi khidmat pengangkutan dari daerah ini ke Betong serta semua urusan akad nikah dengan jurunikah bertauliah di pekan berkenaan.


“Sediakan RM1,500 dan proses akad nikah di Betong, Thailand, selesai dalam masa tidak sampai 15 minit. Proses itu lebih pantas berbanding pejabat kadi di kawasan lain di Selatan Thailand,” katanya.

Araublogger - siap duit je boleh boleh nikah cepat . Balik ke Malaysia kena bayar denda pula dengan pejabat agama . Masih jimat lagi sbb kenduri tak payah buat . Asalkan sah dan halal  sudah le !! Tepuk dada tanya selera .....

myMetro | Kurang 15 minit
Baca Lagi

28 Jun 2012

MACAMANA NAK ELAKKAN LAPAR WAKTU MALAM


Pening juga memikirkan macamana aku nak elakkan makan wantu malam. Malam je mesti bedal makan betul2 punyer.

Ada org kata makan waktu petang jadi mlm tak payah makan dah. Tapi masalah juga sbb petang aku exercise.

Ada org kata makan susu Slim Diet II   boleh tahan lapar bila makan susu tu . Ada org suruh try Jusmate 5 keluaran Dr Rozmie.

Tapi aku makan sikit saje waktu mlm , berhenti sebelum kenyang je jangan tak makan langsung nanti lapar tengah malam.




Baca Lagi

SAKIT SANA SAKIT SINI APASAL NI !! MAKAN TAK PANTANG KOT !!


Terasa pening ni belum hilang lagi . Semalam makan seafood banyak sangat .Sampai sakit kepala.
Balik rumah pula anak yang kecil buat hal . Pukul 2 pagi baru tidor.



Jenuh berjaga aku ni . Dah la kepala terasa berat sgt. So pagi ni terjaga lewat . Tapi masih sampai on time ke tempat kerja.

Sakit kepala masih terasa  datang pula sakit lain . Ni sakit tak cukup tidur pulak . Pagi tadi datang opis pun tertidur kejap 15 minit.

Masih segar di ingatan , rakan sekerja yang meninggal hari Selasa 26 Jun 2012 sebab sakit penat kritikal.Al-fatihah untuk arwah. Kalau rasa sakit sikit2 tu cepat2 jumpa doktor.

Kadang2 kalau kita tau kita ada penyakit , kalau dr suruh pantang makan ni tak boleh makan tu tak boleh , ikut je nasihat doktor , jangan jadi mcm aku ni main bedal je.

Doktor pesan aku hanya boleh makan makanan bergoreng seminggu sekali je .  Aku bedal setiap hari.Bukan pantang , ni PANTANG JUMPA.  Kolestrol dalam badan aku masih di tahap 5.7  ha ha lebih sikit dari yg dibenarkan iaitu 5.2.

Aku rasa petang ni kalau jogging atau skipping boleh hilang kot pening ni. Petua aku amalkan selepas makan benda berminyak , cubit sikit asam jawa yang org buat air asam tu , kulum sampai tinggal biji, insyaAllah boleh potong kolestrol .

Kat rumah aku mmg ada standby asam jawa seketul besar tu hr tu beli kat C-Mart . Kalau sakit tekak pun boleh bancuh dengan air gula . 

Ni petua org tua2 yang masih sihat sampai hr ni . Makan asam  jawa je . InsyaAllah sihat sampai tua . 






Baca Lagi

Lagi bayi meninggal tersedak susu di Damansara



PETALING JAYA: Seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Kali ini seorang bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara, di sini pagi semalam.

Tahun ini saja, tujuh kes kematian akibat tersedak susu dilaporkan di negara ini.
Dalam kejadian semalam, Mohd Affan Syahin Mohd Rizal (gambar), cucu bekas Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang yang baru dua minggu dihantar ke pusat asuhan itu, ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya pada jam 11 pagi.
Penjaga pusat asuhan kemudian menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia empat jam sebelum tiba di hospital.

Azman berkata, menantunya, Shafariza Abdul Rahim, 31, yang baru habis pantang dua minggu lalu, menghantar Mohd Affan ke pusat asuhan berkenaan jam 7 pagi sebelum ke pejabat.

Katanya, kira-kira jam 11 pagi, penjaga pusat itu menghubungi Shafariza memaklumkan anaknya tidak bergerak ketika dikejutkan daripada tidur untuk diberikan susu.

Sementara itu, Shafariza berkata, beliau terkejut sebaik dihubungi penjaga pusat asuhan itu yang memaklumkan bayinya tidak bergerak.
"Saya tanya kepada pengasuh bagaimana anak saya ditidurkan dan mereka kata anak saya tidur meniarap.

Bedah siasat mengesahkan dia meninggal dunia kerana tersedak susu, katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih, Batu Caves malam tadi.

Araublogger - lagi kes bayi tersedak susu kat pusat asuhan , mcm2 kisah pasal tersedak susu ni , pusat asuhan tu ramai bayi , penjaga mmg tak leh nak tumpu kat sorang  bayi , itu pasal le byk kes tersedak susu, pasal tu ben ashaari pilih nak jaga anak dia sendiri ,sanggup berjhenti kerja tu jadi Mr Mama . Tapi tak pe le income dr blog dia pun dah banyak . 


Berita Harian Online | Lagi bayi meninggal tersedak susu
Baca Lagi

PELAJAR PEREMPUAN DICABUL 10 PELAJAR LELAKI DALAM TANDAS



GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.


Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.

Araublogger - masalah remaja sekarang ni adalah terdedah kepada seks ni terlalu awal jadi macam ni le  jadinye

myMetro | Cabul rakan dalam tandas
Baca Lagi

' KAMI SUDAH TAK BAHAGIA ' JALANI DAN RAJA AZMI SAH BERCERAI


KUALA LUMPUR: “Perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga,” kata bekas jaguh beregu badminton negara, Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49, selepas sah bercerai dengan Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, petang semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Jalani berkata, perceraian itu disifatkannya sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya itu.

“Saya setuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini. Kami juga sudah tidak bahagia. Jadi, buat apa kami terus hidup bersama dan inilah takdirnya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Menurutnya, pelbagai konflik dan fitnah melanda rumah tangga mereka terutama kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus.

“Begitupun, saya bersyukur Allah menjadikan saya seorang yang penyabar. Bagi saya, pengemudi rumah tangga harus kuat untuk menghadapi segala dugaan yang datang.

Araublogger - kalau kata sepakat dah diambil itu le keputusannye . Kalau cerai adalah jalan terbaik  nat wat cam ne
Baca Lagi

27 Jun 2012

MAKAN DI MONA IKAN BAKAR PAK SU BELANJA


Terbaik le Mona Ikan Bakar di Kuala Perlis tu . Malam ni pak su belanja makan ikan gerut , sotong , kerang , tomyam dan macam2 lagi .



Sampai pening kepala nak makan yang mana  mmg banyak. Hari ni tak bw Huda sebab dia duduk rumah  Aunty Putri . Malas nak kacau . Lagipun malam ni ibu dia kerja.

Seperti biasa aku akan terasa pening jika aku makan seafood banyak2. Mungkin sebab kolestrol dalam badan aku ni . Dan mungkin ada sbb2 lain.!!

Ok di mana Mona Ikan Bakar tu ? Lokasi dia di  Koma Laut  dekat Hotel Putra Brasmana. Cari je le Hotel Brasmana lepas tu tanya staff hotel tu mana dia KomaLaut.



Anyway , tq pak su sbb belanja , semoga murah rezeki , panjang umur . Apa ? Pak su tu sapa ? Adik ipar akulah !!

Yang best nye tempat ni adalah kebersihan dan tak ada nyamuk langsung . Angin laut bertiup sepoi2 bahasa.


Ni wife aku tengah tenung ikan  bakar tu  . Stop baca doa makan dulu ni sotong belom sampai lagi ni . Kak Long ni orang makan sotong dia makan tepung sotong je .


Aku juga yang makan banyak sampai tambah nasi , camna nak kurus ni , dah tu kerang yang aku promise tak nak makan pun aku tibai , sedang update blog ni pun tengah pening ni . Thanks pak su dan mak su sekali semoga murah rezki , panjang umur dan penting sekali semoga dapat anak cepat !!





Baca Lagi

Bas ekspres di Malaysia tak mesra pengguna Islam !!



Berikut adalah luahan hati seorang pelajat IPT tentang bas ekspress yang tak berhenti di RNR untuk penumpang tunai solat.

Kami sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah.

Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api.

Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya.

Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini.

Araublogger - kalau macam tu bawa sejadah sendiri aje lah , kalau bas tu berhenti kat mana pun hampar sejadah dan solat je kat situ , jangan lupa bawa kompas sekali nak tengok arah kiblat . Amacam pendapat saya ok tak ??

harian-metro-online.com
Baca Lagi

Berbelanja dengan Ambank / AmIslamic Bank Credit Card Menang iPad !



Hari ini saya nak share dengan satu promosi  penggunaan Kad Kredit Ambank  atau AmIslamic yang dikeluarkan oleh Ambank.

Bagi sapa2 yang ada kad kredit ini berbelanjalah seperti biasa sebab anda berpeluang memenangi iPad baru atau sebuah Printer Canon.

Anda cuma perlu ikut arahan ni je

To participate, just SMS Gift6 <space> New IC No. <Space> Last 4 Digits of Credit Card No. to 36663 from 1 June to 31 July 2012.

Paham ke bahasa English , boleh kot no !!

Maklumat lanjut boleh klik kat bawah ni selamat mencuba 
Spend with Ambank / AmIslamic Bank Credit Card and Win !
Baca Lagi

Laung azan ketika lihat atap terbang semasa puting beliung



KUALA TERENGGANU – “Saya hanya mampu melihat satu persatu atap rumah diterbangkan angin sambil melaungkan azan dan membaca surah al-Fatihah.” Demikian cerita Hatijah Ali, 58, yang kudung kaki kanannya ketika menghadapi angin puting beliung, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebanyak 40 buah rumah penduduk kampung di sekitar Dun Teluk Pasu rosak akibat dipukul angin puting beliung yang melanda kawasan tersebut
kira-kira seminit.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Bukit Petiti Dalam, Kuala Belara, Lapang Sira dan Rumah Murah Banggol Peradong.

Ketika puting beliung melanda Hatijah, seorang ibu tunggal kepada dua anak lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu tidak berupaya untuk lari menyelamatkan diri kerana kehilangan
kaki kanannya akibat penyakit kencing manis sejak enam bulan lalu.


Tidak dapat lari kerana kaki kudung

Menceritaka n semula detik cemas itu, Hatijah yang tinggal diKampung Banggol Che Abas, Bukit Petiti berkata, ketika kejadian dia tinggal seorang diri di rumah manakala dua anaknya bekerja.

“Ketika puting beliung menerbangkan atap rumah, saya berada di ruang tamu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak berdaya untuk melarikan diri apatah lagi menyelamatkan barang yang ada di dalam rumah.

“Melihat angin yang begitu kuat, saya panik dan hanya mampu melaungkan azan serta membaca surah al-Fatihah sambil berserah kepada takdir agar saya terselamat daripada bencana ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hatijah bersyukur kerana terselamat daripada malapetaka itu dan sebaik sahaja keadaan reda dia membersihkan rumahnya yang berselerak dan membuang air bertakung dengan pinggan sementara menunggu kepulangan dua anaknya.


Runsing kenduri kahwin tiga hari lagi

Sementara itu, seorang warga emas dari Kampung Lapang Sira, Kuala Belara, Wan Hitam Komeng, 67, berkata, dia runsing memikirkan keadaan rumahnya kerana tiga hari lagi, mereka sekeluarga akan mengadakan majlis kenduri kahwin.

“Memang ini dugaan yang sangat besar buat kami sekeluarga, tetapi nasib baik barang hantaran dan perkakasan untuk kenduri tidak musnah dalam kejadian angin puting beliung ini, namun empat buah bilik, dapur dan ruang tamu rosak teruk,” katanya.

Menurut Wan Hitam, sebelum kejadian dia sedang berkumpul bersama saudara mara bagi membincangkan kenduri kahwin anak perempuannya yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

“Tiba-tiba, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat. Kami tidak syak apa-apa kerana bunyi itu hanya sekali, itu pun tidak sampai seminit tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat sebahagian besar atap rumah saya hilang diterbangkan angin,” katanya.

Pada masa itu katanya, tiada apa yang dapat dilakukan kerana kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan masing-masing keluar dari rumah untuk melihat keadaan rumah jiran yang turut mengalami nasib sama.


Mohon bantuan kerajaan baiki bumbung

Walaupun runsing memikirkan kenduri kahwin anaknya dan terpaksa tidur berbumbung langit, Wan Hitam tetap bersyukur kerana mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya harap, kerajaan dapat membantu membaiki bumbung rumah saya dengan segera kerana masih banyak persiapan perkahwinan perludisiapkan,” katanya.

Seorang peniaga, Rozita Said, 30, dari Kampung Bukit Petiti pula berkata, kejadian itu menyebabkannya kerugian hampir RM1,000 apabila pelbagai jenis barang runcit rosak akibat terkena air hujan setelah bumbung kedainya diterbangkan angin.

Araublogger - Negeri Trengganu ni selalu berlaku ribut , bangunan runtuh  baru2 ni , beberapa tahun lepas pula , bumbung stadium jatuh , puting beliung dan mcm2 lagi . Sebabnya bila perubahan angin monsun timur laut angin bertiup kuat di pantai timur  dan akan mula lah musim tengkujuh kat sana . 

Laung azan ketika lihat atap terbang - Terengganu - Sinar Harian
Baca Lagi

Bola api masuk rumah bila disambar petir ( SERAM )



MARANG – "Semasa isteri saya sedang memasak di dapur, hujan agak lebat di luar, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum isteri menjerit ada sebiji ‘bola api’ sebesar bola tenis masuk ke dalam rumah dan meluncur laju menuju ke arah bilik mandi.

Demikian cerita Said Abdul Rahman, 68, yang terselamat selepas rumah didiami bersama isteri, Fatimah Mamat, 58, dan tiga anak mereka disambar petir ketika ditemui Sinar Harian di rumah
mereka di Tanjung Belor, Pengkalan Berangan di sini, semalam.

Menurutnya, susulan kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu, dia dan isteri termasuk tiga anak yang berada di dalam rumah, panik apabila asap hitam memenuhi ruang tamu dan dapur rumah kesan selepas ‘bola api’ itu memasuki rumah mereka.

“Saya yang berada di dalam bilik ketika itu bergegas keluar dan melihat suis elektrikdalam rumah turut terbakar manakala kotaknya hancur, di samping bahagian atas mesin basuh pecah dan simen dalam bilik mandi pula berlubang kerana ‘bola api’ itu.

“Ini merupakan kejadian pertama rumah kami disambar petir sejak lebih 10 tahun tinggal di sini. Mujur saya, isteri dan anak-anak yang berada di dalam rumah serta rakan anak-anak yang
berteduh kerana hari hujan di luar rumah ini terselamat,” katanya.

Said berkata, kejadian itu turut menyebabkan pagar batu di rumah jirannya pecah dan anak-anaknya berpendapat penahan petir itu menuju ke arah pagar rumah jiran mereka itu terlebih dahulu sebelum ‘bola api’ itu terhasil dan masuk ke rumah mereka.

Menurutnya, dia sekeluarga masih mengalami kesan trauma dan bimbang akan keselamatan mereka jika kejadian hujan lebat dan ribut petir melanda semula di kawasan berkenaan sekali gus insiden sama berlaku lagi.

“Namun, kami bersyukur kerana perkara itu juga sudah mendapat perhatian pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan dan kerosakan berlaku di rumah ini termasuk fius terbakar dibaiki hari ini (semalam),” katanya.

Araublogger - Allah lebih mengetahui atas segala sesuatu .

Bola api masuk rumah - Terengganu - Sinar Harian
Baca Lagi

Sasha Saidin Dilihat Ambil Borang Fail Cerai



Penyanyi Sasha Saidin,36, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian.

Bekas ahli kumpulan Elite itu hadir mengenakan baju kurung hitam dipadankan dengan tudung berona sama ditemani ibunya, kira-kira pukul 10 pagi.

Ditanya mengenai tujuan ke mahkamah berkenaan, Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga.

"Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut.
"Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya.

Sasha yang turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

Araublogger - banyak artis yang kahwin dan cerai , mereka ni hidup mewah hasil kerja artis mereka . Tapi mereka tak ingat ,artis ni pendpaatan tak menentu mmg lah sekali dapat bayaran puluh2 ribu tapi bukan selalu . Kalau tengah popular tak pe le , bila tak popular nak wat keje ape !! Jadi wahai artis , buat lah backup plan seperti buka reatoran ke meniaga lain ke sebagai persediaan bila dah tak popular.
mStar Online : Sasha Saidin Dilihat Ambil Borang Fail Cerai
Baca Lagi

' ORANG KANAN ' BUJANG SEBELAK DITANGKAP




SARATOK – Peribahasa tidak dapat rotan akar pun berguna mungkin sesuai untuk menggambarkan nasib seorang tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Embol Asum, apabila hasratnya untuk membalas dendam membunuh sang bedal bergelar Bujang Sebelak tidak kesampaian semalam.

Sebaliknya, Embol, 48, hanya dapat membunuh dua ‘orang kanan’ buaya tersebut yang dapat ditangkap selepas termakan umpan dipasang oleh pawang buaya tersohor di sini, Indet Sanabong, 49, di Sungai Anak dekat Pekan Kecil Roban di sini.

Difahamkan, buaya pertama merupakan buaya betina bergelar Dara Nanga berukuran 2.6 meter yang ditangkap pada pukul 9 pagi, kira-kira satu kilometer dari Kuala Sungai Anak manakala seekor lagi buaya jantan bergelar Bujang Muara sepanjang 1.6 meter ditangkap satu jam setengah kemudian.

Embol merupakan suami Siah Munsong, 42, yang mati selepas diserang seekor buaya berukuran lima meter panjang serta ukur lilit badan sebesar tong drum pada 19 Jun lalu. Buaya itu buta mata kirinya.

Araublogger - tak dapat pembunuh sebenar dapat orang kanan dia pun tak pa dah boleh balas dendam . Nasib baik ada pawang buaya yang teror dapat tangkap juga buaya-buaya tu .


Kosmo! Online - Negara
Baca Lagi

26 Jun 2012

AZIZ SATAR STABIL , OSMAN KERING KRITIKAL



Keadaan artis veteran Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lalu, dilaporkan stabil.

Aziz, 87, yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan, masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau dikenali sebagai Zed Zaidi yang berada di hospital berkenaan hari ini bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keluarga Aziz, berkata keadaan artis veteran itu disahkan anaknya.

Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan Sabtu lalu.

Aziz adalah antara pelakon dan pelawak yang popular dan pernah membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi.

Sementara itu, pelakon dan pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, pula dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.

Isteri beliau, Che Norhayati Che Omar,48, berkata tekanan darah dan nadi suaminya tidak stabil.
"Suami saya dirawat di HUKM sejak 11 Jun lalu masuk hari ini sudah 16 hari dan doktor juga mengesahkan suami saya terkena jangkitan paru-paru dan jangkitan pada buah pinggang," katanya.

Antara filem yang dibintangi Osman Kering ialah Kantoi, Senario The Movie I, Tentang Bulan dan Man Laksa. - Berita Harian Online | Aziz Satar stabil, Osman Kering kritikal
Baca Lagi

ZIZAN RAZAK HADKAN WAKTU BEKERJA SAMPAI 12 MALAM SAJA


Ini cerita pasal Zizan Razak yang tengah meletop sekarang ni dengan watak Mael Lambong .Dulu dia pernah dimasukkan ke wad kerana radang otot kerana berkerja tanpa henti sampai tak cukup tidur.

Sampai rancangan Melodi pun kena cari orang lain sebagai hos pengganti  iaitu Awal Ashaari.  Sekarang ni dia menghadkan wantu bekerja sampai 12 tengah malam saja.




"Sejak dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot pada 29 April lalu, saya menyedari penjagaan kesihatan amat penting.
"Alhamdulillah, sejak keluar daripada hospital, doktor menasihatkan supaya mengehadkan waktu bekerja dan kini, setiap kali menerima tawaran berlakon, saya menetapkan syarat untuk bekerja sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.
"Mujurlah setakat ini, tiada produksi yang merungut dan mereka sangat memahami dengan keadaan saya ini," katanya.
Araublogger - Aku pun tak leh kerja sampai tak cukup tidur nanti jantung aku berdegup kuat rasa macam nak tercabut. Maklum lah ada anak kecil sebab anak kecil ni kerap terjaga malam. Aku yang selalu bangun bancuh susu. Lepas tu nak tidor tak leh . Apa lagi mengadap komputer le . 

Baca Lagi

JIRAN SAMA JIRAN BERGADUH SAMPAI ADA YANG PATAH TANGAN



AMPANG: “Pak cik itu menolak ayah hingga terjatuh dan saya yang cuba membantu juga diangkat sebelum dihempas ke lantai menyebabkan tangan kiri patah,” kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Amir, 17, yang mendakwa dicederakan jirannya hanya kerana tidak puas hati.

Difahamkan, suspek yang berusia 40-an itu, dikatakan menuduh mangsa merosakkan motosikal anak lelakinya menyebabkannya tidak puas hati hingga tercetus pertengkaran.

Berikutan kecederaan itu, Amir terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Taman Melawati, di sini, Khamis lalu.

Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata, kejadian bermula 19 Jun lalu ketika anaknya berada di rumah sebelum didatangi anak jirannya berusia 13 tahun yang meminta bantuan selepas mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah.

“Anak saya yang bersimpati kemudian membantu menyelesaikan masalah anak jiran itu, tetapi malangnya motosikal anak jiran itu turut dipecahkan ketika diletakkan di tempat letak motosikal di sekolah mereka.

“Tanpa usul periksa, dia (suspek) menuduh konon Amir yang melakukan perkara itu menyebabkan dia bersama dua anaknya dan seorang saudara merosakkan pula motosikal anak saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Menurutnya, suspek mengaku bersalah dan sudi membayar ganti rugi selepas meminta penjelasan merosakkan motosikal Amir.

“Saya sangka perkara itu selesai, namun pada keesokan hari, dia datang ke rumah jam 3 petang dan mengugut mahu mencederakan isteri jika kami melintas di depan rumah mereka.

“Isteri saya turut diludah di muka dan menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Ahmad berkata, selepas diadu sikap biadab jiranya itu, dia dan Amir pergi meminta penjelasan daripada suspek kira-kira jam 9 malam di rumah lelaki terbabit.

“Namun, lelaki terbabit tidak mahu berbincang, sebaliknya menolak saya hingga terjatuh dan kebetulan Amir yang berdiri di sebelah cuba membantu turut sama menjadi mangsa selepas diangkat dan dihempas ke lantai,” katanya.

Berikutan itu, Amir mengadu sakit pada tangan kiri sebelum dibawa ke HKL, Khamis lalu dan doktor mengesahkan tangannya patah.

Ahmad yang tidak puas hati dengan kejadian itu akhirnya nekad membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Araublogger - jiran sama jiran bergaduh ini dah kes teruk sampai patah tangan , berpada - pada  lah dengan jiran kita sebab  adik berdaik pun bergaduh inikan pula jiran


myMetro | Jiran ludah muka isteri
Baca Lagi

GADIS DI CULIK DIROGOL DAN DIKAHWINI SECARA PAKSA



Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.

Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.


“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Araublogger - takut juga biarkan anak gadis kita jalan sorang2 bukan apa takut kena culik . Sekarang ni nak culik senang je tarik masuk dalam kereta je dah banyak kes dah terjadi.
 
myMetro | Gadis dirogol dikahwini secara paksa
Baca Lagi

GADIS DINODA DALAM TIDUR TANPA DISEDARI



KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.


Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

Araublogger-pelik tapi benar itulah ungkapan sesuai dengan kes ni  mcm mana dia boleh dirogol tapi tak sedar dan yang peliknya macam mana perogol tu boleh masuk rumah dia.

myMetro | Dinoda dalam tidur
Baca Lagi

25 Jun 2012

NAMPAK MACAM BIJI NANGKA RUPANYA JANIN



KEPALA BATAS - Kira-kira 30 peserta Kursus Program Kraf Kreatif di Dewan Nur Parlimen Kepala Batas, Bertam di sini pagi semalam gempar berikutan penemuan satu janin di tepi tong sampah.

Janin belum sempurna sifat tetapi mempunyai bentuk seakan-akan bayi itu dipercayai berusia lebih kurang dua bulan, dikesan baru dibuang di hadapan bangunan berkenaan.

Sewaktu ditemui janin tersebut masih mempunyai kesan darah beku tidak dibungkus atau dibalut sebaliknya tanpa sebarang alas di atas jalan oleh seorang peserta program yang tiba awal sebelum memaklumkan kepada rakannya.

Salmiah Salleh, 58, yang menemui janin berkenaan berkata, sebaik sampai di hadapan dewan itu sekitar jam 9 pagi semalam, dia meletakkan motosikalnya bersebelahan tong sampah.

“Saya terkejut lihat objek seakan biji nangka berwarna kekuningan berada di tempat parkir motosikal.

“Saya mendekatinya dan terkejut mendapatinya ialah janin yang masih mempunyai kesan darah tetapi sudah beku,” katanya.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepada pencuci kebersihan di bangunan itu dan peserta lain yang tiba kemudian mengesahkannya sebagai janin.

Salmiah melaporkan penemuan itu kepada anggota polis di Balai Polis Bertam yang terletak bersebelahan dewan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi mengesahkan penemuan janin berkenaan.

“Sebaik terima laporan Salmiah, anggota bertugas di balai berkenaan melakukan siasatan dan mengesahkan objek ditemui itu janin.

“Ia dihantar ke Hospital Kepala Batas dan kini berada di Unit Forensik,manakala kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan pelakunya sedang dijejaki,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Hospital Kepala Batas, Dr Norsidah Ismail yang dihubungi mengesahkan objek ditemui berkenaan adalah janin.

Menurutnya, pihaknya hanya menyimpan janin berkenaan atas arahan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.

Araublogger - ni mesti kes gugur atau kes terlanjur ni malu nak bagitau keluarga main buang kat tepi tong sampah je agaknya !!


Sumber dari  Sinar Harian
Baca Lagi

SAIFUL APEK BEBAS DARI TUDUHAN HISAP KANABIS


Tahniah bro Saiful Apek  kerana dibebaskan oleh mahkamah tanpa perlu membela diri . Kesalahan yang dia lakukan adalah kerana memasukkan kanabis ke dalam badan.

Dia dibebaskan kerana terdapat percanggahan bukti dalam pendakwaan. Apa keraguan tu  iaitu air kencing dia didimpan terlalu lama sehingga menimbulkan keraguan. Sebab tu dia terlepas.

Tarikh air kencing diambil tu pun perlainan tarikh  dan ini menimbulkan keraguan. Pihak pendakwa pula tak ada bukti lain cuma air kencing tu je  jadi kes ini agak lemah.

Kalau tidak dia dah tentu kena penjara dua tahun dan denda RM5000. Nasib baik mereka mengaku tidak bersalah November tahun lepas.

Apa pun tahniah dan syukur Araublogger ucapkan kepada Saiful Apek.

Sumber dari mstar


Baca Lagi

LEMBAGA PUTIH DIPERCAYAI HANTU POCONG BERKELIARAN DI RAWANG


RAWANG – Pengunjung terutama pelancong asing di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching di sini didakwa sering diganggu lembaga misteri.

Kelibat lembaga dikatakan berpakaian putih seolah-olah hantu pocong itu menakutkan pengunjung dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah yang mencuri barangan pengunjung.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.

“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.

Perkara yang sama pernah berlaku pada empat tahun lalu tetapi selepas individu itu ditangkap oleh pihak berkuasa, ia kini timbul semula.

“Kami penduduk menggelar lembaga itu hantu pocong kerana dia berpakaian dengan menyelubung kepala sebelum meragut dan menyamun mangsa,” jelasnya.

Katanya, lembaga itu disyaki mereka yang mahir selok-belok hutan kerana menjadikan jalan hutan sebagai laluan keluar masuk.

Zainal - ni pencuri yang jadi hantu pocong ni  jangan pencuri itu sendiri kena usik sudah le !!

Kosmo! Online - Negara
Baca Lagi

PEMINTA SEDEKAH HADIAH PENUMBUK KEPADA PENDERMA


KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita memberi sedekah 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah mengundang padah apabila lehernya dijerut dan ditumbuk di muka sehingga pengsan oleh pengemis terbabit sebelum wang tunai dan telefon bimbitnya dicuri.

Mangsa, Nurhayati Kamisan, 28, berkata, akibat kejadian itu dia terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari kerana mengalami kecederaan teruk di muka selain retak di dahi gara-gara dibelasah lelaki terbabit.

Menceritakan kejadian itu, Nurhayati berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam 19 Jun lalu berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, di sini.

Menurutnya, ketika itu dia berjalan kaki menuju ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng dan tiba-tiba disapa seorang lelaki yang meminta sedekah.

Zainal - macam2 kes kita dengan la ni  peminta sedekah pun boleh jadi perompak. orang buta pun boleh bw motor pergi minta sedekah mcm mana dia bawa motor tu siap boleh samun orang lagi

myMetro | Penumbuk balas budi
Baca Lagi

KAKI SKODENG BAGI PENAMPAR SEBAB KACAU MEREKA SEDANG SKODENG



ALOR GAJAH: Niat murni seorang lelaki mengusir beberapa pasangan yang sedang memadu kasih di Pantai Tanjung Bidara di sini, membawa malang kepadanya apabila pipi kanannya lebam ditampar beberapa lelaki dipercayai kaki skodeng yang berang dengan tindakannya itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamil, 22, sedang bertugas sebagai sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), membuat rondaan pantai bersama seorang rakan.

Shamil mendakwa, ketika meronda di sekitar batu di hujung pantai, dia melihat beberapa pasangan sedang leka berasmara tanpa mempedulikan pengunjung lain.

“Kami menghampiri pasangan berusia awal 20-an itu lalu menegur perbuatan mereka dan meminta mereka segera beredar dari kawasan berkenaan.

“Pasangan berkenaan beredar sebelum disusuli sepasang lagi kekasih yang berada tidak jauh dari situ,” katanya di sini, semalam.

Zainal - jadi kerja dok skodeng orang , dah la tu penampar orang pulak sebab kacau tengah skodeng !!

sumber hmetro.com.my


Baca Lagi

ISTERI MINTA RM3 SETIAP KALI BERASMARA


KANGAR: Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja.

Araublogger - macam2 kes rumahtangga kita dengar sekarang ni  harap tak jadi pada kita
Baca Lagi

24 Jun 2012

TERJATUH DARI BOT DI TASIK KENYIR MANGSA DITEMUI LEMAS




Keriangan seorang kontraktor untuk memancing di Sungai Tetuang, Tasik Kenyir bertukar tragedi apabila mangsa terjatuh dari bot sebelum dijumpai lemas di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, mangsa, Tan Thung Foo, 40, seorang kaki pancing dari Selangor pergi ke sungai berkenaan untuk memancing bersama seorang rakannya berusia 37 tahun kira-kira 2.45 petang.

Katanya, mangsa ke tempat tersebut dengan menaiki bot yang dikemudi oleh rakannya dan apabila sampai di tempat kejadian mangsa cuba mengikat bot berkenaan pada tunggul kayu di tengah tasik tetapi Tan terjatuh kerana gagal mengimbangi badan.

"Kita dimaklumkan mangsa memakai jaket keselamatan tetapi ia hanya disangkut di badan dan tidak diikat dengan kemas menyebabkan hanya jaket tersebut dan topi mangsa timbul selepas mangsa terjatuh," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, selepas melihat mangsa tenggelam, rakannya panik dan tidak mampu berbuat apa-apa dan dia cuba mendapatkan bantuan melalui telefon namun ia agak sukar memandangkan lokasi berkenaan adalah di luar rangkaian talian.

Mohd Ismail berkata, bertindak atas laporan pihak polis dan 13 anggota jabatan bomba dan penyelamat Hulu Terengganu bersama dua buah bot tiba di tempat kejadian pada 6 petang, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Pengkalan Gawi.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 7.40 pagi tadi yang terapung tidak jauh dari tempat dia terjatuh dan mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, Mohd Ismail mengingatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan untuk melakukan sebarang aktiviti di Tasik Kenyir terutamanya perlu memakai jaket keselamatan dengan betul.

Araublogger - Tak leh seronok sangat pergi tempat macam tu yang semestinya ada makhluk Allah yang lain kat sana. Pakai jaket keselamat ikut peraturan dan ikat kuat-kuat . Takziah kepada kaluarga arwah....sedekah Al-Fatihah

Sumber   bharian
Baca Lagi

PENCURI KELAPA SAWIT DIBELASAH TERUK PENDUDUK KAMPUNG




BESUT - Seorang lelaki cedera teruk dibelasah penduduk kampung setelah ditangkap ketika sedang mencuri buah sawit di sebuah ladang di Kampung Gong Berangan dekat Kerandang, Jabi, malam tadi.
 
Dalam kejadian 8.30 malam itu, suspek berusia 29 tahun cedera dan lebam di beberapa bahagian badannya akibat dipukul ketika sedang mengisi buah sawit curi ke dalam bonet sebuah kereta Proton Saga.
 
Suspek dikatakan dari kampung berdekatan sedang memunggah buah berkenaan bersama dua orang rakan ketika terserampak dengan beberapa penduduk kampung yang sedang melakukan rondaan berikutan banyak kes kecurian buah kelapa sawit di ladang berkenaan.
 
Penduduk kampung mengejar ketiga-tiga penjenayah, namun dua daripada mereka berjaya melarikan diri ke dalam hutan berdekatan.
 
Seorang yang dapat diberkas itu diserahkan kepada polis yang menghantarnya ke Hospital Besut untuk dirawat.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mencuri.

Araublogger - kalau kes curi dan kena tangkap dengan penduduk kampung memang kena belasah sampai lembik baru diserah kepada polis dan yang bestnye polis pun tak salahkan penduduk kampung  tak pepasal kawan tu kena masuk hospital kena gari kat katil.


Sumber sinarharian
Baca Lagi

UP TOWN KAT ARAU BARU BUKA KAT AREA C-MART


Ada satu UP TOWN baru buka kat perlis dekat area C-Mart tadi aku pergi melawat . Ada banyak gerai yang menjual barangan macam up town lain .

Tapi kawasan tu agak sesak sikit dengan pelanggan sebab baru buka  orang mesti nak pergi tengok. Aku pun pergi tengok sekali tadi.

Up Town ni dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kamgar MPK  dan tapak tapak itu khabarnya disewa dari pihak pengurusan C-Mart iautu Kumpulan Chin Hin Jitra.

Lepas ni boleh lah pergi tengok barangan kat situ sampai tengah malam kan  itulah konsep up town  meniaga sampai pagi

Kalau orang Arau nak pergi situ dinasihatkan naik motor sebab susah cari parking situ kalau ada pun jauh kena jalan kaki.

Baca Lagi

KAK SU LAKSA BERAS ASLI KUALA PERLIS PALING BEST !!


Kelmarin pergi Kuala Perlis beli laksa 10 bungkus  harga sebungkus RM3 , dekat kedai kak su , kedai laksa paling popular kat Perlis ni .



Sebenarnya tak plan pun nak pergi sampai Kuala Perlis tu , kedai bihun sup sedap kat simpang empat tu tutup, jadi sebab tu lah pergi Kuala Perlis.

Nak jamu sapa sampai 10 bungkus ? Sebenarnya wife nak jamu ayah mak paksu dan maksu , aku ikut je.

Dia nak pergi melepak rumah mak , jadi beli la sikit buah tangan . Bukan apa nak buat kenduri kesyukuran sikit .

Artikel ni aku nak cerita sikit pasal Laksa Paling Popular Kat Perlis ni tentunya Kak Su Laksa (Gambar Atas).


Lokasinya adalah kat belakang Maybank Kuala Perlis. Koodinat GPS dia lebih kurang macam ni
coordinates: 6°23'51"N   100°7'57"E .  


Tak rugi beli kat kedai ni   nak makan situ boleh nak bungkus pun boleh . Nak bungkus dalam container boleh , nak kira timbang kilo pun boleh . 


Ramai orang luar yang beli bungkus banyak timbang kilo bawa balik KL boleh simpan dalam peti ais seminggu boleh makan , tapi kuah kena panaskan balik .


Ada yang kirim naik kapal terbang pun ada tapi bungkus elok2 dalam kotak le .


Yang bestnye laksa ini boleh dimakan dengan pulut udang !! Pelik kan tapi belum cuba belum tahu sedapnye !!


Bagi anda yang datang ke Perlis ni nak pekena laksa original yang sedap kat Perlis ni jangan lupa datang ke KAK SU LAKSA  Klik sini untuk Video Kaksu Laksa Beras





Baca Lagi

PELIK ! LORI INI TIBA-TIBA TERBAKAR




LEDANG – Sebuah lori membawa muatan pakaian musnah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Masjid, Pantai Layang-Layang, Rawang, dekat ini, kelmarin.

Pemandunya, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an bagaimanapun terselamat selepas sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan lori berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke Muar untuk ke sesi penggambaran sebuah persembahan.

Namun, pemandu terbabit bertindak memberhentikan kenderaan tersebut di tepi jalan apabila mendapati kenderaannya itu mengeluarkan bau hangit dan asap di bahagian enjin.

Berikutan itu, sepasukan 10 anggota bomba bersama sebuah jentera, bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran itu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Rahman Taib berkata, pihaknya mengetahui insiden tersebut selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, kira-kira jam 6.17 petang.

Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan lori berkenaan.

“Kami mengambil masa selama 30 minit untuk memadamkan keseluruhan kebakaran yang sedang marak. Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, mujur pemandu berkenaan bertindak pantas dan segera memberhentikan kenderaan itu sebaik sahaja terhidu bau hangit di bahagian enjin.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya


Araublogger - kenderaan ni sampai masa kena servis , cecah je kilometer yang patut kena servis , jangan tunggu lagi , apa2 yang rosak terus tukar jangan kedekut duit . 


Pemandu terselamat, lori terbakar tiba-tiba - Johor - Sinar Harian
Baca Lagi

LEMBAGA MISTERI MELINTAS JALAN DI KOTA DAMANSARA ( SERAM )



KOTA DAMANSARA – Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi semalam di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.

Penarik kereta berusia 30 tahun itu bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta luka pada bahagian badan.

Dia diselamatkan oleh orang ramai yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa yang hannya mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia cuba mengelak dari melanggar satu lembaga berwarna hitam yang melintas jalan.

“Saya terkejut dan memusing stereng ke bahagian kanan. Apa yang saya ingat, kereta ini langgar pokok di atas pembahagi jalan, berpusing beberapa kali dan terbalik,” katanya yang dalam perjalanan ke Uptown D’Kota, Jalan Teknologi dekat sini. Sementara itu, seorang saksi, Ayob Osman, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas.

“Nasib baik tiada pemandu lain di arah bertentangan, jika tidak keadaan mungkin bertambah buruk,” katanya yang tinggal di kawasan itu.

Difahamkan kemalangan misteri sememangnya kerap berlaku di jalan itu dan pernah meragut nyawa seorang wanita mengandung yang dirempuh sebuah kereta ketika melintas pada 2008.

Mangsa yang cedera kemudiannya membuat laporan di Balai Kota Damansara.

Araublogger - anak penakan aku pun ternampak benda yang sama kat jalan Santan , Perlis , terbabas juga  !! Apa benda lembaga hitam itu hanya Allah saja tau !!


Sumber  Sinar Harian
Baca Lagi

MEMANG SAH !! AARON AZIZ KINI RAKYAT MALAYSIA



Teka teki tentang kelulusan MyPR Aaron Aziz dah lulus  terjawab dengan pengakuan dari dia sendiri kepada wartawan kosmo .

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.
"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak,"   
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.

Ini ucapan terima kasih Aaron kepada rakyat Malaysia ...

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya." 

Araublogger- tumpang gembira atas kejayaan Aaron dan yang penting kita bersaudara sesama Islam , orang Islam itu bersaudara kan !

Sumber kosmo.com.my
Baca Lagi

KEDAI MAKAN MAT AFRIKA DISERBU IMIGRESEN



Dua kedai makan yang dimiliki oleh warga Afrika di Desa Aman Puri dan Metro Prima di Kepong di sini akhirnya diserbu Jabatan Imigresen awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan itu seramai 19 warga Nigeria termasuk pekerja kedai makan terbabit ditahan atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Menurutnya, kedai makan di Desa Aman Puri, pihaknya mendapati ia dikendalikan oleh seorang warga Afrika menggunakan permit isterinya yang juga seorang warga tempatan.

"Warga Afrika itu didapati mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi ada dalam kalangan pekerja dan pelanggannya tidak ada dokumen yang sah telah ditahan," ujarnya di sini semalam.

Menurut James Musa lagi, seorang pemilik restoran di Metro Prima pula dikesan memasuki negara ini menggunakan pas pelajar namun kemudian berkahwin dengan rakyat tempatan sebelum menjalankan perniagaan tersebut.

"Restoran tersebut sudah dua kali diserbu dan dikesan menukar nama kedai. Mereka biasanya daftar menggunakan nama lain tetapi perniagaan atas nama orang lain pula," katanya.

Taktik warga Afrika yang menggunakan kesempatan mengahwini wanita tempatan sebelum membuka perniagaan terbukti berlaku di negara ini.

Terdahulu, James Musa memberitahu, 19 lelaki Nigeria itu sebahagian daripada 35 warga asing yang ditahan.

Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 20 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, turut ditahan masing-masing lima lelaki warga Bangladesh dan Myanmar serta enam wanita iaitu empat dari Thailand serta masing-masing seorang dari Uganda dan Indonesia.

Operasi bermula 12 tengah malam itu berakhir pukul 2 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan didapati tidak memiliki sebarang pasport termasuk empat wanita Thailand dipercayai pelacur.


Kosmo! Online 
Baca Lagi

AWAS PENEMBAK CURI SEDANG BERMAHARAJALELA



SEGAMAT - Seorang pemandu trak tunda terpaksa menahan kesakitan ketika memandu sejauh tiga kilometer untuk mendapatkan bantuan selepas tangan kanannya terkena tembakan yang dilepaskan dari sebuah kereta jenis BMW di Segamat Baru di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, A. Nadarajan, 49, memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat di kawasan berkenaan sebelum dihampiri oleh dua suspek yang menaiki kereta mewah BMW.

Difahamkan, ketika kejadian, penumpang kereta mewah itu melepaskan empat das tembakan menggunakan sepucuk pistol dengan dua daripadanya terkena tangan kanan Nadarajan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, selang 15 minit, polis menerima maklumat berlaku satu lagi kejadian tembakan ke atas sebuah rumah dua tingkat di Bukit Siput di sini dipercayai dilakukan oleh penyerang yang sama.

Jarak lokasi Nadarajan diserang dengan rumah berkenaan kira-kira dua kilometer.

"Polis yang menjalankan siasatan tidak menolak kemungkinan dua kejadian tembakan itu ada kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di daerah ini baru-baru ini.

"Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lelaki terlibat tetapi tangkapan masih belum dilakukan," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Hanafi berkata, sejurus terkena tembakan itu, mangsa terus memandu menghala ke Balai Polis Segamat yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Nadarajan kini dilaporkan stabil,'' ujarnya.

Menurutnya, dalam kejadian kedua itu, penyerang melepaskan lima das tembakan yang mengenai tingkap rumah tersebut namun tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, kejadian tembakan tersebut adalah yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh 10 hari.

Pada 12 Jun lalu, seorang pengusaha kedai barangan binaan di sini maut akibat terkena enam das tembakan yang dilepaskan oleh penyerang bermotosikal.

Ketika kejadian pukul 7.45 pagi itu, Lim Ching Hoon, 63, sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Genuang di sini. Dia mati ditembak dari jarak dekat oleh penyerang menggunakan pistol jenis semi automatik.

Araublogger - seram juga cerita ni , takut juga waktu kita sedang drive kereta ada orang potong kereta kita dan tembak , tawakkal kepada Allah !!


Kosmo! Online 
Baca Lagi

AHLI PARLIMEN ZIMBABWE BERSUNAT RAMAI-RAMAI




Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.
Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.
Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.
Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi
Araublogger - kan Islam dah suruh awal2 lagi sunat kan , inilah sebabnya yang manusia tak tahu !!


Baca Lagi

SAMUN DEPAN LIF SHOPPING KOMPLEK, WANITA CEDERA




KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia lewat 20-an bukan saja rugi hampir RM1,000, malah turut cedera di kepala selepas bergelut dengan seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa menunggu lif untuk ke tempat letak kereta di tingkat empat premis berkenaan kerana mahu pulang.


Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa yang sendirian kemudian dihampiri seorang lelaki berusia lewat 20-an sebelum cuba merampas beg tangannya.

Menurut sumber, terkejut dengan tindakan itu, wanita terbabit cuba mempertahankan beg tangannya, menyebabkan berlaku pergelutan.


“Suspek yang berang mencederakan mangsa dengan pisau sebelum melarikan beg tangan mangsa mengandungi telefon bimbit dan wang tunai bernilai hampir RM1,000,” katanya.


Sumber berkata, mangsa yang tercedera di kepala ditemui terbaring di depan lif oleh orang awam, 10 minit kemudian.

“Orang ramai kemudian melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum mangsa diberikan rawatan awal,” katanya.


Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Rashid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Araublogger - hati-hati wahai wanita , anda sentiasa diperhatikan lebih-lebih lagi kalau pakai barang kemas banyak dan bawa beg tangan besar, dan berjalan sorang-sorang, belajarlah seni pertahan diri. 

Sumber hmetro.com.my
Baca Lagi