Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

28 Aug 2015

Minggu lepas di gym


Lama juga tak pi gym selepas raya ni. Tapi badan tak naik banyak sebab baru lepas puasa 6 Syawal. Seminggu sekali pun dah kira ok. Tapi setiap malam sebelum tidur mesti push up 50 x dan sit up 50 x , tu wajib kekadang terlupa

Baca Lagi

25 May 2015

Fit Malaysia - "FM Run" Perlis Indera Kayangan



Salam Sejahtera,
Setelah menjelajah ke beberapa buah Negeri, seperti Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Negeri Sarawak dan Negeri Johor (30 may), kini giliran Negeri Perlis pula akan berlangsungnya Fit Malaysia 2015.
Jadi kepada peminat-peminat larian di seluruh negara,
Kami dari Rainbow Jersey Events sekali lagi akan bekerjasama dengan KBS (Kementerian Belia Dan Sukan) untuk menganjurkan acara 
Fit Malaysia 2015 peringkat Negeri Perlis pada:
13hb Jun 2015
Acara ini dibahagikan kepada tiga kategori dan 
Terbuka Kepada Semua.
5km - Open
10km - Men Open
10km - Women Open
Yuran penyertaan adalah PERCUMA. 
Harap maklum TIADA T.shirt diberi kepada para peserta.
Semua peserta akan mendapat medal finisher, sijil dan snack pack makan.
Jadi kepada pengemar "FM Run", datanglah beramai-ramai bersama keluarga memeriahkan acara "FM Run" ini.
Selain larian, banyak acara-acara lain disediakan.
Anda boleh mendaftar ke website kami :
No plate boleh diambil pada 11 & 12 Jun 2015
Bermula jam 9.00am - 6.00pm
Bertempat di :
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis
Jalan Hospital, Kangar, Perlis,
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi : 
M.kumaresan : 016-225 5695
Nazry : 012-610 5043
Azhar : 019-626 5257
Aznita : 011-233 19704 
Lela : 018-915 5586
Sham : 017-313 0264
Terima Kasih Kerana Menyokong Fit Malaysia.
Baca Lagi

23 May 2015

Bersama Mehmet Durakovic jurulatih Selangor


Best

Pergi kursus di Por Dickson , Aveleon Cove , tengok pasukan Selangor sedang buat Team Building . 
Baca Lagi

29 Apr 2015

DIET ATKINS - Cara paling berkesan KURUS TANPA PRODUK


( COPY PASTE DARI http://bicikut.blogspot.com/2011/04/13-april-2011.html )



TESTIMOL SAYA SENDIRI, SEBULAN TURUN 14KG. 
TOTAL LOST 30KG 4 BULAN.


Saya juga pernah mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..tapi tak pernah berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan dengan "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,
 menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 1 bulan pertama saya berjaya membuang 14 kg, bulan ke 2 8kg  & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.



DIET ATKINS
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda
  1. Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

    Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
    1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
    2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
    3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
    4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
    5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
    6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
    7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
    8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
    9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
    10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
    11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
    12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
    13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
    14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

    Boleh Makan:
    1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
    2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
    3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
    4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
    5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
    6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
    7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
    8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
    9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
    10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
    11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
    12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
    13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

    Syarat-syarat Induction:
    • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
    • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
    • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
    • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
    • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
    • Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
    • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
    • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
    • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
    • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

  2. Ongoing Weight Loss (fasa 2)
  3. Pre-maintenance (fasa 3)
  4. Lifetime Maintenance (fasa 4)
Peringatan: Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)



NOTA TAMBAHAN:

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kg dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan. berjalan sudah memadai bagi yg tidak mampu bersukan.


"IT'S NEVER TOO LATE 
TO CHANGE YOUR LIFE"

FACEBOOK KELAB DIET ATKINS [MALAYSIA]
Baca Lagi

28 Feb 2015

Trip ke Langkawi


Bestnye ke Langkawi, kalau boleh nak pi lagi , tapi bukan sewaktu musim perayaan , hujung minggu dan sewaktu dengannya. Yang bestnye, trip kali ni , makan , penginapan dan transpot ditanggung halal, yang tak bestnye, waktu nak balik , Jetty Kuah jem, bot jem, delay pulak tu, berebut naik bot pulak tu, tapi kalau pergi pantai Chenang, mata jgn liar sangat hehe. Anyway, thanks KSK ILP KANGAR.

Baca Lagi

18 Jan 2015

Sepagi di gym Rock Fitness


Dah 3 minggu x pi gym , rasa kekok pulak , sapa nak try Rock Fitness , Seriab, Kangar,Perlis

Baca Lagi

16 Jan 2015

Huda saja belum demam...


Semua orang dalam rumah ni dah demam, Huda belum lagi , harapnya tidak , aku mc 2 hari sebab sakit mata, doktor kata allergik, mungkin makan seafoodmalam tu kot .....tapi Huda demam sekejap je .....harap tidak ...

Baca Lagi

13 Jan 2015

Pengalaman Ditipu Sindiket Gores & Menang ..



Aku ada pengalaman dgn Sindiket Gores dan Menang ni , ada satu petang tu lepas balik keje, singgah rumah kakak di Taman Hijrah , Kangar. Sedang berbual di bangku batu depan rumah, kami didatangi 2 org wanita, sorang Cina dan sorang lagi India, mereka sedang buat survey kononnya , minta isi satu borang , lepas tu ada cabutan , ' hadiah utama ' , Toyota Camry, fuyoooo, abg ipar aku ( arwah ) dok berangan dah , jeng jeng goresan pertama , tak dapat apa2, dorang bg peluang buat cabutan kedua , ada gambar kereta dan duit , wahh ! Mereka melompat kegembiraan , telefon bos lah konon , bgtau ada org dah menang, tapi ada satu syarat , kena pergi ofis diorang di Sg Petani , masuk je opis tu , kena beli 3 set barang dulu, harga 3k lebih.... baru ada satu lagi cabutan, dia pon beli guna kad kredit , nak halang , duit dia , aku pun ikut je , bila cabut dan gores tak kena kereta Toyota  Camry pon , tapi tak palah dapat barang , mcm kena paksa beli je , angkut brg masuk dlm kereta anratanya tilam infra red , urut kaki , dan satu lagi aku lupa dah , gitulah caranya mereka berlakon dan menipu.....
Baca Lagi

12 Jan 2015

Huda semakin matang ?


Mmg nampak terserlah kematangan semenjak masuk tadika , susu pon dah kurang minum. Sebutan pon makin jelas. Sebutan Al-Quran pon semakin baik ,   cuma perangai ' kepala angin ' yg x leh nak ubah , tapi dia tak tunjuk lah depan cikgu . Waktu aku datang ambik, haaa ,time tu dia wat perangai ...... mmg bebudak lain , waktu balik tadika selalu wat perangai ka ?Nak itu, nak ini, nak drive pon susah ....
Ka, anak aku sorang je ?

Baca Lagi

11 Jan 2015

Kejang otot peha !?


Hari tu ada sukan di tempat keje , liga futsal , hampir sebulan tak berlari, tetiba nak lari terkejut dah tentu kejang otot, solat berdiri , haha amik ko !!

Baca Lagi

10 Jan 2015

Sepetang di Pasar Tani Kuala Perlis


Sebenarnya ,tak plan pon nak pi , kebetulan hari tu, wife kena kerja hari Ahad , so , aku kena jaga anak , lepas kerja dia bawak kitorang jln2 Kuala Perlis , saja tengok laut , tak lah bosan sangat bebudak ni dok kat rumah , JJCM lah pulak ......hrrm.....

Baca Lagi

8 Jan 2015

Edry Buat Keputusan Tepat Gantikan Aweera Dalam Mojo


Ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim menjelaskan pemilihan Ryan Brakhma yang berasal dari Jakarta, Indonesia bagi menggantikan Aweera yang mahu bergerak secara solo merupakan satu keputusan tepat.
Edry, 39, berkata, selain vokal yang mantap, pihaknya yakin kehadiran Ryan dapat memberi nafas baharu dan membuka peluang kepada Mojo untuk melangkah ke persada seni serantau seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Dengan vokal Ryan yang universal, dinamik dan unik kami yakin dia mampu membawa Mojo ke peringkat seterusnya dan Mojo sendiri berhasrat untuk menjadi sebuah kumpulan serantau dan bukan sekadar di peringkat tempatan.

"Ini juga salah satu strategi kami untuk terus bertahan lama dalam arena muzik dan evolusi ini adalah langkah pertama Mojo," katanya kepada mStar Online.

Edry ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu mereka berjudul Dahsyat dan sesi memperkenalkan Ryan sebagai vokalis terbaharu Mojo di Hard Rock Cafe di sini pada Rabu.
Ryan yakin peminat dapat menerima kehadirannya sebagai vokalis terbaharu Mojo.
Selain Edry dan Ryan, kumpulan yang popular menerusi lagu Andai Aku Bercinta Lagi itu turut dianggotai oleh Akhadiat Denny dan Johar Lucas.

Dalam pada itu, menjelaskan pemilihan Ryan, Edry memberitahu gitaris kumpulan itu, Denny memperkenalkan Ryan kepadanya dan dia tertarik dengan vokal lelaki itu selepas mendengar demo rakaman yang diberikan.

Tambah Edry, sebelum dia memilih Ryan, pihaknya turut mengadakan uji bakat dengan bakat lain namun kebanyakan daripada mereka cuba meniru gaya Aweera.

"Denny memperkenalkan suara teman baiknya dari seberang melalui rakaman demo dan tertarik dengan kemantapan vokalnya yang cukup berbeza daripada Aweera.

"Tanpa berlengah saya belikan tiket kapal terbang dan minta Ryan datang ke Malaysia untuk mengadakan sesi uji bakat sebelum mengambil keputusan memilihnya," jelasnya.

Ryan dan Denny sebelum ini pernah terlibat dalam projek band di Jakarta sebelum kumpulan itu dibubarkan.
Edry tertarik dengan keunikan vokal Ryan.
Sementara itu, Ryan ketika ditemui berkata, dia tidak bimbang sekiranya peminat akan membuat perbandingan diantara dirinya dan Aweera kerana menganggap ia perkara biasa dalam sesuatu perubahan.

Jelas Ryan, Aweera dan dirinya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan yakin peminat dapat menerima kemunculannya bersama Mojo.

"Menyertai Mojo dan dapat mengembangkan kerjaya di Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan kerana saya cemburu apabila melihat Denny berpeluang beraksi di negara ini selepas kumpulan kami dibubarkan.

"Biarpun sedar akan ada perbandingan dibuat namun saya optimis bahawa peminat dapat menerima kehadiran saya bersama Mojo," katanya.

Dalam perkembangan lain, majlis tersebut turut memperkenalkan bekas Pengurus Saluran Sinar FM, Mohd Rizal Mohd Shahimy sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) KRU Music yang baharu berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mohd Rizal, 32, menggantikan Edry yang memangku jawatan tersebut sejak tiga bulan lalu dipilih berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam penyiaran radio selain memahami selok-belok industri muzik mengikut cita rasa pendengar.
Baca Lagi