Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 May 2014

Takdir bayi dua wajah


Sydney: Kasih sayang seorang ibu bukan saja mampu membawa ke syurga, malah turut membolehkan seseorang menghirup udara sementara diberi nyawa.
Ketika doktor memberitahu Renee Young dan Simon Howie mengenai keganjilan anak mereka, nasihat yang diberikan ialah supaya janin berkenaan digugurkan.
Ketika itu kandungan Renee berusia 19 minggu.Namun, selepas berbincang, pasangan suami isteri itu enggan.
FotoFAITH dan Hope di hospital.
Sebaliknya mereka nekad meneruskan kehamilan sehingga takdir menentukan kesudahannya.
Kata Renee, mereka memang bimbang apa yang bakal berlaku pada anak mereka apabila lahir nanti.

“Tetapi kami tidak sampai hati menggugurkannya kerana saya dapat merasakan degup jantung kandungan saya begitu kuat dan indah,” katanya.

Akhirnya Renee bersalin dan lahirlah anak unik itu - pasangan kembar siam yang berkongsi badan, namun mempunyai wajah dan otak berbeza.

Renee menggelar anak perempuannya itu “pejuang kecil.”

Kata Renee, dia dan suaminya amat menyayangi kembar berkenaan yang diberi nama Hope dan Faith.

Keganjilan itu katanya, dikenali sebagai “diprosopus” dan menyebabkan Hope dan Faith berkongsi tengkorak, namun berasingan otak yang bercantum pada bahagian pangkal.

Semua organ lain dikongsi. Pasangan Hope dan Faith kini ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kanak-kanak Westmead.

Di sebalik jangkaan awal, perkembangan positif ditunjuk kembar itu memang mengejutkan doktor.

Howie berkata, anaknya itu tiada masalah bernafas atau menyusu.

“Setakat ini, kami tidak tahu berapa lama mereka akan berada di hospital kerana doktor masih tidak dapat menjangka implikasi keadaan mereka itu.

“Apa yang penting adalah kami tidak sabar membawa mereka pulang,” katanya.
Difahamkan setakat ini hanya 35 kes seumpama itu dilaporkan di seluruh dunia.

Pada masa sama, rekod menunjukkan tiada kembar diprosopus - bermaksud “dua wajah” dalam bahasa Yunani - berjaya hidup lama.

Kata Howie, dia dan Renee tetap gembira dengan kehadiran Faith dan Hope.

“Jika mereka hidup dua hari, dua harilah tempoh kami dapat nikmati bersama mereka.

“Sekurang-kurangnya ada waktu yang dapat diluangkan bersama mereka biarpun singkat,” katanya.

Renee pula berkata, dia mahu umum mengetahui kewujudan kembar siam diprosopus kerana ia terlalu jarang berlaku.

“Kita tidak boleh menafikan ia boleh terjadi,” katanya.- AFP
Baca Lagi

5 May 2014

MH370: Kos Mencari Cecah RM180 Juta


Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 12:35 PM
(Ubah saiz teks)
CANBERRA: Kos operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sehingga kini dianggarkan mencecah kira-kira RM180 juta (AUS$60 juta).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia dan China berhubung misi mencari pesawat berkenaan.

"Anggaran kos sepanjang operasi ini akan dibincangkan lebih lanjut," katanya ada sidang media bersama selepas mengadakan rundingan tiga pihak terbabit di sini, Isnin selepas rundingan berkenaan, Isnin.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perbincangan tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia berjalan dengan baik.

"Malaysia berterima kasih kepada Australia dan China kerana terus komited membantu dalam usaha mencari MH370 yang kini sudah memasuki fasa baharu.

"Usaha mencari yang sudah memasuki hari ke-57 itu dianggap semakin mencabar kerana kawasan pencarian diperluaskan dengan penambahan beberapa aset dari Australia, China dan Amerika Syarikat," katanya.

Hishammuddin berkata, operasi yang dijalankan kini sangat fokus dan dirangka dengan teliti serta berada pada landasan yang betul.

Beliau berkata, penyelesaian yang baik pasti ditemui sekiranya tiga negara berkenaan terus bekerjasama rapat.
Baca Lagi