Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Oct 2014

Ultraman turun ke Malaysia



BERMULA 27 Oktober hingga 9 November 2014, karakter adiwira terkenal Jepun, Ultraman dan watak jahat siri tersebut, akan membuat penampilan khas di Pavilion Kuala Lumpur, sempena persembahan ‘Ultraman Live in Genting 2015’ di Resorts World Genting pada 19 Februari 2015 nanti.

'Roadshow' selama dua minggu ini akan menampilkan ahli keluarga terbaru Ultraman yang baharu menyambut ulang tahun ke-50 siri terbitan Tsuburaya Production, iaitu Ultraman Ginga.

Selain itu, dua lagi karakter siri tersebut, Ultraman Zero dan Ultraman Tiga akan turut serta sebagai satu pasukan untuk beramah mesra bersama peminat.



Sepanjang 'roadshow' berlangsung, peminat boleh menonton siri kegemaran mereka itu di skrin plasma yang disediakan.

Malah, peminat berpeluang mengambil gambar bersama karakter siri berkenaan di lokasi terpilih Pavilion pada masa yang ditetapkan.

Selain itu mereka  juga berpeluang menyertai peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Persembahan ‘Ultraman Live in Genting 2015’ yang bakal berlangsung pada 19 Februari hingga 22 Mac 2015 itu membawa keseluruhan produksi daripada Jepun.

Malah akan menampilkan ramai lagi watak Ultraman termasuk Ultraman Seven, Taro, Mebius dan Cosmos, serta dua raksasa kaiju.

Peminat siri ini boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan tersebut semasa road show itu nanti. Harga tiket bermula daripada RM48 sehingga RM88, dan pembeli terawal akan menerima diskaun sehingga 30 peratus.-Sinar Harian
Baca Lagi