Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 May 2013

Jobdirumah.com nampak macam best , boleh try ni ...



Hari ni saja nak try promote Jobdirumah.com  mana tau boleh dapat income , cuma perlu ada kepakaran sikit untuk mendaparkan job ni , anda kena bida juga , anda juga perlu ada kepakaran membuat karangan pendek .

Prospek anda nak dapat kerja adalah tinggi dengan bantuan video dan tutorial yang diberikan . Harap anda berjaya mendapatkan  jobdirumah . Haaa , bagi anda yang duduk saja di rumah tu boleh lah try job di rumah ni mana tau kot dapat income sampingan , panduan yang diberikan amat mudah dan berkesan boleh cuba  di sini
Baca Lagi

30 May 2013

Patah lagi ...


Hari tu dah patah pemegang pintu , hari patah pemegang drawer dashboard pula , itulah kualiti kereta kita , tapi .......spare part cukup mudah nak dapat . Tapi harga dia  terkejut juga RM45 , tawar dapat RM43 , lepas tu pergi pasang di kedai lain , pasang murah je RM3.

Saya tak penah kereta luar negara jadi macam ni , tapi kereta kita !! jangan marah , itu pasal kereta kita murah ! Sekarang baru saya tau . Tapi dari dok bagi untung kepada kereta luar , baik kita support barang buatan Malaysia.' Belilah barang buatan Malaysia ' ......

Kereta Malaysia tetap terbaik walau kerap rosak.....
Baca Lagi

Juara Kilauan Emas " Otai madi berbisa " MEOR Rock Brader



Juara Kilauan Emas 2013 , Meor " Rock Brader " , dapat anugerah khas pulak tu , rezki anak-anak dia , 6 orang anak , dapat Grand Livina satu , sapa kata nanyi tak leh buat duit , cuma kena fokus je kan ? Total RM55000 dia bawa balik campur sebiji Grand Livina , pergh ! Sapa nak bagi free kan ?

Kekadang tu waktu muda tak popular , dah setengah abad baru popular , ikut rezki memasing kan ?
Baca Lagi

29 May 2013

Meeting cancel pulak !


Baguslah cancel meeting tu , tak payah turun KL lagi , Last week dah turun KL , harap dua tiga minggu lagi lah baru meeting , bukan apa kalau meeting kat hotel tak pa , buka pintu bilik terus saja pergi ke bilik mesyuarat . Ini tak, meeting kat pejabat cawangan Shah Alam , Kota Kemuning , Seksyen 34, Batu 6 .

Bukan tak puas hati , tapi kalau tanpa surat ,  baik tak yah cakap terus ' ada meeting ' , buat kita kalut dan tertunggu-tunggu saja . Memang ada kebaikan dan keburukan dapat info awal ni , antaranya .....

Kebaikannya adalah , dapat prepare awal agenda meeting , dapat siap awal , bgtau isteri awal-awal nak pergi meeting ,boleh plan siap-siap anak nak tinggal kepada siapa , nak tekan duit siap-siap , nak bawa pergi meeting , kan ?


Keburukannya , dah tak leh nak buat kerja lain dah , asyik fikir meeting saja , walhal surat tak sampai lagi , tidur malam pun fikir pasal meeting , malam kelmarin tak leh tidur , nak kena bantai apa pasal meeting ni , panggil orang sebelah KL dah le , kan dekat , kan ?

Tapi gitulah berurusan dengan dengan manusia juga , kita ni kan manusia , buat silap , semua tak kekal , semua orang buat silap , aku pun kekadang buat silap , war war sana sini , tengok tengok tak jadi , pengajaran , lebih baik diam diam saja .....


Baca Lagi

28 May 2013

Comfom meeting Jumaat !



Tadi dah double comfom , mmg jadik meeting Jumaat ,dah hafal saya jalan Kota Kemuning ni ,  nak buat camna , orang dah rasa kita ni antara orang penting , comfom susah nak tukar jabatan lepas ni , jangan duduk HQ dah le , jgn jadi org Putrajaya dah le , dengan kawan cakap , 3 tahun apply baru dapat kuarters , kecuali kabel kuat  , kabel ? Terpaksa guna kabel juga ....kalau nak cepat .

Harap tak lah ditukar ke HQ , berkawan baik dgn orang HQ tak pa , tapi nak ditukar? jangan !, tapi HQ apa-apa pun boleh buat , semuanya melalui surat je , dengan sekeping kertas , boleh buat orang merana woo . Harap tak ditukar , datang HQ sekali-sekala tak pa , kesian kengkawan yang duduk HQ , dalam seminggu tu asyik outstation je , asyik naik flight je , haa kalau sapa nak naik flight free , nak makan angin free boleh lah dok HQ , tak mau la aku ....bujang tak pe le !!

Tak pa kalau top management dah nak kepakaran kita tak pa , tapi tak pakar setakat mana pun , cuma kita jadi diri kita saja , tapi pandangan orang macam lain kat kita ni , tak sama setiap orang , pening woo dok main atas highway saja . Camna la orang KL sekali sekala balik kampung kan ??
Baca Lagi

27 May 2013

Kalau setiap minggu outstation di KL ?



Pening juga , tapi tak dapat nak ngelak lah , puas pujuk tak mo pergi , tak leh juga , siap bagi alasan ...dah mangli turun KL ni , tak tau nak wat camna lagi , kalau turun KL gerenti duit mengalir macam air , jalan sikit duit ?

Tak tau lah macamana nak buat ni  nasib baik bini paham , sbb dia pun kerja dengan orang gak ! Ada orang terpaksa berhabis duit nak pergi KL , ini datang free tak mau ?

Baca Lagi

26 May 2013

Setelah sekian lama tak pergi gym !!


Baru terasa nikmat bila berpeluh satu badan , keluar semua 2-3 minggu punya toksik , asyik makan saja , segala toksik ada dalam badan , tak dapat nak keluarkan , hanya dgn cara ni saja , berpeluh dapat keluarkan toksik .

Patutlah semenjak 2 menjak ni rasa sakit sangat kepala , rasa cepat letih , rasa cepat nak pitam , bila berdiri lama , sekarang rasa lega sikit , bila buat workout sikit , seluruh badan bekerja , hari minggu saja boleh buat gini , hari kerja dok ngadap komputer saja .

Ambik masa juga nak ambik stamina kembali kepada asal , pinggang pun dah berlipat ni , mana ada six pack lagi dah , tak pa ada masa terluang boleh pergi lagi , nak buat workout kat rumah pun boleh tapi , tak ada ' feel ' ....haha
Baca Lagi

25 May 2013

Mak Bapak gaduh punya hal !


Sian dia , kepala tercucuk gunting , mak bapa gaduh punya hal ! kekadang bebudak ni selalu jadi mangsa bila mak bapa gaduh tak hengat dunia , pinggan mangkuk terbang , gunting pun terbang , tu pasal tercucuk kepala !

Itu asam garam rumahtangga , kalau tak gaduh tak meriah , sedangkan lidah ladi tergigit , ini kan pula laki bini , macam-macam sebab , kekadang tu pasal org ketiga , kekadang tu pasal lain , tapi banyak tu pasal org ketiga lah . Cer baca cerita bawah ni ...dr Kosmo hari ni ...

MIRI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa pertelingkahan ibu bapanya apabila kepala tertikam dengan gunting sedalam tiga sentimeter di rumah mereka di Jalan Tanjung, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga sebelum dia mengambil sebilah gunting.

Bagaimanapun, cubaan wanita itu untuk menyerang suaminya berakhir dengan dia tertikam kepala anaknya sendiri yang kebetulan bermain di situ.

 " Haaa !!  Kan dah kena "  anak jadi mangsa kan ? Nasib baik lah kena kepala , sikit je , kalau tertusuk mata , sian budak tu boleh buta tu , kena jantung ka , leh mati terus , nyesal tak sudah sudah ....

Baca Lagi

23 May 2013

Adakah ini tanda kiamat dah dekat ?


Orang Tabung Haji sendiri kena tangkap khalwat , menurut Sinar Harian hari ni , walhal mereka lah yg paling dekat dengan Baitullah , sbb mereka menguruskan orang pergi haji , tapi manusia ni tak boleh lari dari buat dosa , kecuali insan yg ' maksum ' , junjungan besar , Nabi kita .

Tu la , kiamat dah hampir , dah akhir zaman , mmg betul penerangan dari Al-Quran dan Hadis , terjadi depan mata kita dah sekarang ni .....
Baca Lagi

22 May 2013

Antara ' prosedur ' dan kemanusiaan


Kesian juga baca entri Mazidul Akmar pasal Izan dam Maryam yg terkandas airport Vietnam , kononnya Maryam kena Chicken Pox , kesian .

Bila berada di negara orang gitulah jadinya , susah nak dapat bantuan , lebih lagi , bawa bayi kecil pulak tu , nasib baik cepat dapat bantuan , kalau tidak tah berapa hari nak terkandas .

Kekadang kita teraniaya sbb lemah , kita tak tau cara pulak tu , pesanan utk semua , nak pergi luar negara atau outstation , pastikan banyak bekalan , kad kredit , telefon , kemudahan internet dsb . Ini perlu ada kot kot berlaku kes kecemasan mcm ni , kesian sungguh , nasib baik semua selamat .....kekadang menda free ni bersebab......
Baca Lagi

Terpaksa bekerjasama , walau pahit ku telan jua , demi sesuap nasi !


Bukan tak nak tolong , tapi itu lah hakikat, terpaksa berjauhan dgn keluarga sementara , harap tak kekal, asyik outstation saja , bila kerja sendiri nak settle , asyik buat kerja orang saja ?

Tapi disbbkan bekerja di bawah satu ' bumbung ' walau lain cawangan , kawan punya pasal , tolong juga , sbb knowledge tu kita ada , itu lah untung dan rugi jadi orang lama ni , ' kepakaran ' dan ' kekaratan ' kita senantiasa di tagih .

Walau pun sekali sekala dah bosan asyik outstaion saja , duit pun habis , tapi claim lebih juga .

Tapi syukur juga dapat kerja , ramai kat luar sana yang berebut nak masuk gomen , tapi belum diizinkan olehNya , terimalah seadanya .....
Baca Lagi

21 May 2013

Kes masjid runtuh di Hulu Teganu


Ada hikmah di sebalik kejadian , bumbung runtuh sebaik saja jemaah selesai solat Isyak , tiada kemalangan jiwa di laporkan Buletin Utama mlm ni .

Setiap sesuatu yg berlaku ada sebabnya , itu urusan Allah , tak tau lah kenapa apsal di Teganu banyak sangat bumbung runtuh , dulu bumbung Stadium , la ni masjid pulak ....
Baca Lagi

20 May 2013

Malang tak berbau , angkara brek rosak


Punca kemalangan pasal brek rosak , selalunya dengar pasal lori brek rosak , tapi lepas baca Kosmo hari ni , kereta pun brek rosak , hand brek ? Kalau ada lesen mesti tau nak guna hand brek , ini rasanya tak ada lesen ni , rasanya kot .

Pentingnya sebelum naik kereta cek brek , manatau lah kan ? Saya pun selalu servis brek setiap 40 ribu km , jangan miss tau , penting tu .

Kemalangan di susur keluar Bukit Antarabangsa ni , ada yang terkorban tu putus kepala , ngeri , takziah kepada keluarga mangsa . Na'uuzubillah.......
Baca Lagi

18 May 2013

Besarnya buaya ni !!


Besarnya buaya ini , ditangkap di Texas Amerika , gambar ni diambik dari Metro hari ni , panjang 4.34 meter , fuh panjangnya , berat 363 kg , tiga kali ganda berat manusia biasa , amacam kalau terserempak gerenti lari
Baca Lagi

16 May 2013

Ada penurunan kolesterol...


Tadi ambik result darah , kolestrol 5.3 , gula 4.2 dan asid 342 , kolestrol tak berapa ok , tapi masih ada penurunan dari tahun lepas , tahun lepas punya bacaan 5.7 .

Makan quaker oat bagus juga , tapi kena pantang makan juga , makanan bergoreng dan bersantan , tak boleh makan ...
Baca Lagi

Rahsia dan petua mudah hamil !


Ramai pasangan yang inginkan anak tapi tak dapat anak , malahan dah cuba berbagai cara , tradisional dan moden tapi , tak mudah hamil , di sini saya ingin berkongsi petua mudah hamil iaitu ebook mudah hamil , jika anda inginkan maklumat lanjut sila klik pautan di bawah ini ...

Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita

Anda juga boleh amalkan doa mudah hamil , usaha mau ada doa kepada Allah pun mau buat , dan anda juga boleh tanya kengkawan yang dah hamil tentang panduan hamil dengan mudah , selamat mencuba !!
Baca Lagi

Rumah murah untuk dujual !



Siapa tak mau rumah murah kan ? Asalkan murah , dan berkualiti semua orang berebut nak beli kan ? Dengan harga rumah baru yang sedang meningkat dari tahun ke tahun sekarang ni , ramai yang tak mampu nak memiliki rumah baru , saya pun dah tak mampu lagi nak beli rumah baru , jadi nak mendapatkan rumah murah anda perlu beli rumah yang dilelong oleh bank , anda  tunggu saja bank buat lelongan , untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut , klik link bawah ni...
Tunggu saja bank buat lelong , rumah murah untuk dijual , harga yang dijual memang tak masuk akal , kadang-kadang tu kurang sampai 70% dari harga asal , anda perlu klik link di atas saja , dan penuhkan ilmu di dada  untuk buat bisnes dengan rumah lelong

Baca Lagi

Kerja sambilan dari rumah



Kerja sambilan dari rumah boleh juga menambahkan pendapatan keluarga , bagi ibu-ibu atau suri rumah yang tak bekerja , rebutlah peluan ini , buatlah kerja sambilan dari rumah . Bagi anda yang bekerja makan gaji atau kerja sendiri juga boleh buat kerja sambilan dari rumah , asalkan kena gaya dan teknik yang betul , anda akan menjana beribu ringgit dari rumah .

Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu e-book yang berkesan memberi panduan kepada anda. Anda boleh klik link di bawah ini .....
Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
 
Bukan senang nak senang , dan bukan ada jalan mudah untuk berjaya , sesuatu kejayaan itu bergantung kepada usaha yang berterusan dan tidak kenal putus asa .  Ikuti panduan yang diberikan oleh saudara Gobala ini , selamat mencuba .
Baca Lagi

14 May 2013

Pengaruh Raja Kamil....



Siapa tak kenal Raja Kamil , seorang internet marketer yg berpengaruh di Malaysia ni , dia berjaya menjual banyak produk  digital seperti ebook dan sebagainya . saya pun pernah beli satu produk dia , servis X  di Facebook , memang berkesan tapi kena selalu buat apa yang dia suruh . Tengok sini   Raja Kamil Facebook
Baca Lagi

11 May 2013

Nyaris-nyaris lagi ....


Tadi nyaris-nyaris lagi dia nak terlelap kol 630 ptg tadi . Saja 'rasuah' dia nak pi taman , terus tak ngantuk dah .

Saja ajak pi taman supaya hilang ngantuk , bahaya tidur petang ni , bukan saja tuk bebudak , org tua pun sama.

Saya pun kalau tertidur petang komfom malam jadi kelawar , susah tidur .

Pas tu balik dari taman lepas mandi , dia nak terlelap lagi dalam kol 830 cam tu . Tetiba ibu dia balik , terus hilang ngantuk , tapi malam ni dalam kol 11 cam tu , seperti org ngantuk disorong bantal , zasssss , terkulai atas sofa , terus sy angkat masuk bilik , sejuk sikit , ada air cond , he he he ini lah kelebihan rumah pasang air cond ni , tapi bil letrik , mak ai !!
Baca Lagi

Pi mai pi mai , KFC juga !


Banyak kedai yg tutup , akhirnya Kfc juga , sekali sekala apa salahnya , fast food ni tak elok utk kesihatan , tapi memandangkan itu yg cepat , malas dah nak masak , malas nak pergi jauh-jauh , makan juga akhirnya . Bebudak ni kalau dengan Kfc memang cukup teruja , kalau boleh hari kari mau makan .

Bukannya makan banyak sangat  tapi , dgn suasana yang ceria , nak juga makan kat Kfc , kalau tapau tak sedap dah Kfc ni , kena makan kat sana juga . Walaupun order burger sebiji , tapi kena makan kat Kfc juga baru ada 'feel'.

Tapi nasi Kfc mmg sedap ....
Baca Lagi

9 May 2013

Cuti lagi ....


Cuti sebab jaga dia , pengasuh ada masalah , kalau besar sikit boleh hantar tadika sama kakak dia .

Masalah pengasuh adalah masalah kita juga , sbb anak kita dia yang jaga. Ada give and take juga . Kalau tak nak masalah , jaga sendiri lah .Kekadang tu kita nak pi kursus , tinggal rumah pengasuh , kali ni dia ada masalah , kena faham masalah orang sama . 

Tapi rasanya dia dah boleh hantar ke tadika dah , dah boleh berdikari dah sikit ....cuma ...angin monsun ni tak menentu , kepala angin juga budak ni , kalau time angin timur laut , jangan sesiapa membangkang.

Huh ...sementara nak besar, dah besar tak pa dah ...........
Baca Lagi

Padah ubahsuai tangki kereta


Kalau  pendapatan secara haram dan tak berkat , mmg tak akan kekal lama , satu hari akan dapat balasan ...


Seorang lelaki ditemui rentung apabila menyelamatkan diri selepas kereta dipandunya terbakar sejurus melanggar pokok akibat hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 12.4, Jalan Padang Melangit-Guar Jentik, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, mangsa, Chong Swee Voon, 43, dikatakan masih hidup tetapi badannya terbakar apabila minyak petrol dari tangki minyak ubah suai di bahagian penumpang belakang dalam kenderaan itu melimpah.
Baca Lagi

Sedetik Cinta Episod 21



Nampaknya drama ni semakin menuju klimaks , lepas satu-satu rahsia terbongkar , lepas selesai satu masalah , masalah lain pula timbul ,masalah Hakimi dan Emilya selesai , masalah bapa Hakimi pula timbul . Layan drama ni boleh  ketagih woo. Sedar-sedar Maghrib dah nak habis . Time iklan mandi dan solat kejap .
Tapi malam ni tak tengok langsung time maghrib, tapi tengok juga tonton.com.my  haha . So petang le jogging ......tak yah dok melangut depan tv dah ....
.
Baca Lagi

8 May 2013

Mujur Allah pelihara


Dia hilang kejap tadi , tak tau dia pergi mana , sedar-sedar ada di taman permainan yg 100 meter dari rumah .

Berani dia kayuh basikal sejauh tu ......mujur Allah pelihara....berkat doa .....
Baca Lagi

6 May 2013

Tiap bulan turun KL ni !! Meeting lak ....



Penat tiap bulan turun KL lak , ehhh silap Putrajaya lak , duit habis utk berjalan je ni , meeting lagi , kena prepare dokumen , harap khabar angin tak jadi kenyataan ....sabar 20 tahun lagi ....
Baca Lagi

Yang dapat balik dan yang terlepas !



Keputusan PRU dah dapat semua dah , ada yang dapat balik dan ada yang terlepas , lagi 5 tahun  nikmatilah ' pemerintahan ' pemimpin yang kita pilih dan menang , yg kita pilih dan tak menang ? Tak pa , kita berserah kepada Allah , hanya kita dgn Allah .

Pemimpin yang kita pilih nak majukan negara atau nak bawa kita sampai ke akhirat ? Pilihan di tangan anda , jgn kata nak promote pulak , cer pikir sendiri .

Kita  mengundi , kita  jawab nanti ....., tahniah kepada yg menang !! Yang kalah cuba lagi ... 
 
Baca Lagi

5 May 2013

Keputusan Terkini PRU13



Nak tahu keputusan terkini PRU13 ,boleh tengok link ini http://www.myundi.com.my/pru13/keputusan.aspx .
Baca Lagi

Tunggu keputusan PRU13 ...



Macam tunggu keputusan SPM pulak , berdebar-debar juga , siapa yg akan mentadbir negara kita esok , sama-sama kita tunggu keputusan malam ni , melekat di depan TV .

Siapa pun yg dapat mandat mentadbir negara , harap kerja dgn penuh rasa tanggungjawab terhadap rakyat , yg dok janji sebelum PRU harap tunaikan , manifesto harap ditunaikan dalam masa 5 tahun ini .

Harap kekalkan dan utamakan rakyat , bukan semata nak raih undi , bukan janji kosong semata , tapi penuh makna ....
Baca Lagi

Jom pi mengundi !



Hari in 8 pagi sampai 5 petang boleh mengundi , tunai tanggungjawab anda , jgn tak pi , mcm Hari Raya pula , jumpa sahabat handai , rakan taulan , yg dah lama tak jumpa .....
Baca Lagi

4 May 2013

Esok sudah mengundi #PRU13


Esok dah mengundi , kita pilih siapa nak jadi pemimpin kita , pilihlah yg boleh buat kerja , bukan time PRU nak raih undi saja , lepas menang tak nampak muka , walau siapa menang  harap dapat memerintah Malaysia  dgn jayanya .

Yang kalah jangan masam muka , mcm gambar atas , biar berlainan fahaman politik , kawan tetap kawan , silaturrahim selamanya , yg menang yg kalah  tetap rakyat Malaysia.

Yg mana dok berkelahi , bergaduh sebelum PRU tu , eloklah  bermaafan untuk jernihkan suasana.... 


Baca Lagi

3 May 2013

Adakah ini BE ( Buffer Earning ) ?


Adakah ini BE ( Buffer Earning ) ? Siapa tau minta komen di bawah ni ..... Kalau betul ini BE , ini kali pertama dapat dari Nuffnang , setelah 2 tahun terjebak dlm dunia blog ni .
Baca Lagi

Nasib baik lagi ...!


Semalam makan di Dataran Koma Laut , luas dataran tu , best jua , tapi ada masalah , sbb jadi tempat bebudak ni main lari-lari jenuh ' kutip' .

Kat situ ada stage tempat buat konsert , Huda naik atas , lepas tu main kat tepi , nasib tak jatuh , nasib baik aku cepat panjat ,..... Huh.
Baca Lagi

Orang belanja di MONA Ikan Bakar


Kawan wife belanja , pantang ditolak , ikan bakar lagi malam ni , boleh dapat gout ni , makan 'retak seribu' pulak tu , kali pertama makan 'retak seribu ' , apa pun tq kepada Kak Kiah sbb belanja .......
Baca Lagi

Budak kena 'berkas' !


Kali pertama bawa anak 2 orang letak di sit depan kereta , 'berkas ' dgn sit belt supaya tak 'buas' sangat ke Kuala Perlis , sementara tunggu wife di jeti , nak makan ikan bakar malam ni
Baca Lagi

Bonda Ikan Bakar


Saja singgah di Bonda Ikan Bakar , Koma Laut , tapi tak makan ikan bakar pun , order laksa je , sementara tunggu wife call , balik dari Langkawi ....
Baca Lagi

2 May 2013

Jangan mudah tertipu !


Dah banyak kali terkena , tak sanggup terkena lagi  dari SPAM email ini !!
Baca Lagi

Antara Harum Manis dan Langkawi , Padang Besar....



Ramai yg datang ke Perlis ni semata kerana mempelam Harum Manis ,betol tak , ?  Kalau nak Harum Manis yang ori , kenalah pergi  ladang Jabatan Pertanian di ' Bukit Bintang '  Sg Batu Pahat sana , bukan KL ye , dan bukan Johor ye!

Dan ramai  yg datang semata nak ke Langkawi , nak beli pinggan di duti free , penuh bonet kereta dengan pinggan mangkuk , dan ada yang semata nak pergi shopping sebelah Siam sana tu , huh , alang2 dah datang ..kan ?
Baca Lagi

Trafik bulan lepas.... April 2013 ...


Inilah trafik bulan April 2013 , nampak menjuman sikit dari bulan-bulan lepas , asalkan ada pelawat dari Google sudahlah, rank Alexa terkini , 291,814 , nampak macam ada kemajuan , walau visitor kurang ....InsyaAllah saya akan jadikan ini entri wajib setiap bulan .....
Baca Lagi

1 May 2013

Selamat Hari Pekerja 2013



Setelah setahun bekerja , tiba masa kita meraikan Hari Pekerja pada 1 Mei setiap tahun , siapa yang rajin nak kerja tu kerja lah , patutnya hari ni kita patut bercuti , meraikan hari pekerja , bagi yg bekerja di rumah pun boleh lah bercuti .

Tema hari pekerja tahun ni ' Pekerja Pemangkin Transformasi Negara ' sebagaimana diputuskan oleh YB Menteri Sumber Manusia , jadi penggunaan tema ini perlu dilakukan dalam semua urusan surat rasmi dan memo .

Setiap tahun  lain temanya , tahun depan tema apa pula , bekerjalah dengan penuh keikhlasan ......
Baca Lagi