Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Jul 2013

Abby Abadi dan suami....



“SAYA bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT,” jelas Abby mengenai perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 9 Julai lalu.

Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.

“Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan,” katanya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, turut berkongsi kebahagiaannya melayari kehidupan berumah tangga setelah lima tahun bergelar ibu tunggal.

“Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan menenangkan setelah hampir sebulan melayari kehidupan bersama Farhan,” ujarnya.

Berkongsi penerimaan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan aktor, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, Abby berkata anak-anaknya itu kadangkala berasa
cemburu dengan Farhan yang dipanggil Abi.

“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.

“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.

Ditebak dengan perjalanan karier seninya kini, Abby berkata, biarpun tidak pernah membuat pengumuman rasmi, namun dia kini terpaksa berhenti seketika daripada industri seni.

“Maaf cakap, tapi bagi saya industri seni kini tidak mengikut syariat Islam. Jadi lebih baik saya berhenti dan memberi tumpuan terhadap perniagaan dan keluarga,” jelasnya. -Sinar
Baca Lagi

28 Jul 2013

Angkara internet , tak pasal 2 orang ni didakwa



Orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak berwajib jika terlihat pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang masih memuat naik gambar atau apa-apa kenyataan berbaur hasutan di laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata masyarakat juga boleh memantau perkara itu dan jika berulang boleh membuat aduan.

Sehubungan itu, beliau berharap pasangan terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan oleh mahkamah dengan tidak mengulangi perbuatan itu.

"Dalam hal ini, saya minta supaya orang awam turut memantau apa yang dilakukan oleh pasangan ini dalam blog mahupun laman sosial mereka agar perkara yang sama tidak berulang.

"Tidak semestinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang boleh memantau perkara ini, orang ramai juga boleh memantau dan jika ternampak boleh buat aduan terus kepada pihak berwajib," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membenarkan Alvin dan Vivian dijamin RM30,000 seorang berserta empat syarat iaitu pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah; melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan; dilarang memuat naik artikel, komen, gambar lucah serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman; serta dihalang menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Dalam perkembangan lain, Jailani berkata SKMM hanya akan bertindak jika menerima aduan berhubung penyalahgunaan internet atau laman sosial termasuk blog-blog.

Bagaimanapun beliau berkata dalam kebanyakan kes, kehadiran SKMM lebih kepada membantu siasatan memandangkan kes-kes itu akan dirujuk kepada pihak yang berkaitan terlebih dahulu.

"Sebagai contoh, penyebaran ajaran Syiah di internet adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama manakala isu kantin sekolah yang kecoh sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan.

"Dalam hal ini, SKMM akan membantu apa yang perlu termasuk dari segi pemantauan. Jadi, sebab itulah saya rasa kita perlu wujudkan kawalan kendiri bagi mengatasi masalah ini. Mana-mana orang awam yang ada maklumat mengenai perkara ini, mereka boleh buat laporan terus kepada kami," katanya. -mstar
Baca Lagi

Salah Guna Facebook dan internet



Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak akan teragak-agak untuk mengkaji semula kemudahan serta akses Internet di Malaysia berikutan penyalahgunaannya di negara ini menghampiri tahap kritikal.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet tidak betul.

"Saya lihat kebebasan yang diberi (disalah guna dan kini) sudah semakin kritikal. Sudah tiba masanya kita tegas dan tanganinya dengan cara serius," katanya selepas menghadiri majlis Tamu Ramadan bersama 261 imam, bilal dan pengerusi masjid di dewan Majlis Perbandaran Kemaman pada Sabtu.

Beliau juga berkata penyebaran fitnah atau sesuatu yang tidak betul menerusi Internet perlu dibendung dari awal sebelum menjadi lebih buruk.

Antara penyalahgunaan berkenaan ialah penyebaran fitnah dan gambar yang mengaibkan seseorang serta penipuan melibatkan wang ringgit.

Terbaharu ialah penyebaran dakwaan bahawa terdapat gelombang kedua pencerobohan Suluk ke Sabah serta penghinaan terhadap Islam oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee.-mstar
Baca Lagi

26 Jul 2013

Kepala pelatih dibaham buaya



Seorang pelatih buaya di Bangkok nyaris maut apabila seekor buaya yang terlibat dalam satu persembahan bertindak membaham kepala pelatih tersebut sebelum menghempasnya beberapa kali ke tanah, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Insiden yang menakutkan itu berlaku apabila buaya terbabit bertindak merapatkan rahang mulutnya sebaik sahaja pelatih taman buaya berkenaan meletakkan kepalanya di dalam mulut buaya tersebut.

Aksi berbahaya dengan meletakkan kepala di dalam mulut buaya adalah sebahagian daripada salah satu acara tarikan pelancong di Thailand.

Kejadian yang mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh para penonton di Taman Buaya Samut Prakan, Bangkok.

Para penonton yang berada di tempat kejadian menjerit ketika reptilia tersebut membaham kepala pelatih taman berkenaan.

Menurut laporan akhbar tempatan, pelatih taman buaya yang berusia 27 tahun itu berjaya meloloskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala.

Sebelum itu, buaya tersebut telah menghempaskan badan pelatih buaya berkenaan beberapa kali sebelum melepaskannya.

Beberapa akhbar tempatan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di taman tersebut-Kosmo



Baca Lagi

25 Jul 2013

Hattan nikah bekas isteri



Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya.

Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Marriott Putrajaya di sini hari ini.

Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005 -Utusan
Baca Lagi

24 Jul 2013

Nokia Lumia 1020: Telefon dengan kamera 41 megapiksel



Nokia memperkenalkan telefon pintar dengan ciri kamera 41 megapiksel di bawah jenama PureView yang mempunyai skrin 4.5 inci iaitu Lumia 1020.

Ia akan dilengkapkan dengan RAM sebanyak 2GB serta kapasiti simpanan 32GB selain menggunakan Xenon flash and lensa F/2.2.

Selain kamera yang baik dan penstabil imej sendiri Nokia, mereka turut menawarkan aplikasi yang membekalkan akses kepada tetapan imbangan warna putih, ISO, kelajuan shutter dan menu lain pada antaramuka ringkas.

Telefon ini akan disediakan pada platform Windows Phone 8 yang datang dengan perisian MS Office, ciri unik seperti Nokia Music dan navigasi lengkap suara secara percuma.
Baca Lagi

23 Jul 2013

Jawatan kosong terkini 2013 !



Ni senarai jawatan kosong terkini , mana tau dapat , cuba dulu bagi yang belum ada kerja yang bagus , semoga bermanfaat di bulan Ramadan ni.....

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu - Tarikh Tutup : 12 Ogos 2013
http://myadha.blogspot.com/2013/07/jawatan-kosong-kerajaan-negeri.html

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - Tarikh Tutup : 25 Julai 2013 
http://myadha.blogspot.com/2013/07/jawatan-kosong-universiti-sultan-zainal.html

Jawatan Kosong Yayasan Terengganu (YT) - Tarikh Tutup : 24 Julai 2013
http://myadha.blogspot.com/2013/07/jawatan-kosong-yayasan-terengganu-yt.html

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - Tarikh Tutup : 30 Julai 2013
http://myadha.blogspot.com/2013/07/jawatan-kosong-lembaga-kemajuan-ikan.html

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Tarikh Tutup : 30 Julai 2013
http://myadha.blogspot.com/2013/07/jawatan-kosong-universiti-pendidikan.html
Baca Lagi

21 Jul 2013

Jom Buat Pelaburan Emas 2013 !!



Harga emas jatuh baru-baru ni dan inilah masa terbaik untuk membuat pelaburan emas . Ketahui rahsia pelaburan emas di sini Rahsia Emas  . Kebanyakan orang yang memiliki duit simpanan yang banyak , tak tahu di mana nak melabur , selalunya ASB , makan dividen tahunan . Tak terfikir langsung nak melabur membeli emas . Pembelian  emas dibuat pada waktu harga jatuh macam sekarang ni . Ramai juga kawan di pejabat yang beli emas  dan simpan , zakat pandai-pandai bayar sendiri . Semua tahu , nilai emas semakin hari semakin meningkat , dan kalau harga jatuh , berebut-rebut orang nak beli . Tapi awas , harga emas ni bukan senantiasa naik , kekadang turun juga . Ketahui emas yang anda beli itu emas tulin atau palsu . Ketahui 3 Jenis pelaburan emas yang wajib anda ketahui. Jadi anda boleh pilih yang mana satu.Miliki ebook ini sekarang  Rahsia Emas

Dan bagi anda yang masih pening untuk melabur dalam tahun 2013 ni , pastikan anda membeli ebook lengkap ini .  Pelaburan 2013  .Semua tips dan petua untuk melabur ada diceritakan di sini , dan yang bestnya , update terkini 2013 . Kita tahu kan dunia pelaburan berubah setiap tahun , jadi dengan memiliki ebook ni anda akan rasa berbaloi memilikinya . Tak rugi , buatlah pelaburan untuk masa depan . 
Baca Lagi

19 Jul 2013

6 lelaki rompak barang kemas 3.2 juta



Enam lelaki bersenjatakan parang merompak barang kemas bernilai kira-kira RM3.2 juta dari sebuah kedai emas di bandar Mentakab, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata perompak berkenaan hanya mengambil masa tiga minit melarikan barang kemas itu dalam kejadian 9.30 pagi ini.

Katanya kejadian berlaku ketika pemilik kedai dan beberapa pekerjanya baru membuka kedai untuk memulakan perniagaan.

"Secara tiba-tiba muncul enam lelaki berkenaan antaranya bertopeng dan bersenjatakan parang menyerbu masuk kedai dan mengarahkan pemilik kedai supaya berdiam diri.

"Perompak-perompak tersebut mengaut barang-barang kemas di dalam cermin pameran ke dalam kampit plastik dan melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta, iaitu Honda Accord dan Toyota Camry," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Zundin berkata, perompak berkenaan dipercayai melarikan diri ke arah Plaza Tol Temerloh dan polis telah melancarkan gerakan memburu mereka.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Pihak polis juga percaya dua kenderaan yang digunakan perompak berkenaan adalah kenderaan curi," katanya. - Bernama
Baca Lagi

16 Jul 2013

Bonus Raya 2013 , dapat kot !



Bagi penjawat awam , Bonus Raya 2013 senantiasa ditunggu-tunggu , mana tau kot dapat , tahun ni dah dapat 2 anjakan gaji. Kerajaan nak bagi bonus lagi ka ? Kalau dapat tu syukur dan kalau tak , makan apa yang ada ja . Menurut Berita Bernama hari ini....

Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus raya 2013 kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

“Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

“Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.

Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk ‘Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal ‘Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia’.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Minggu lepas, Cuepacs memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus hari raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. – Bernama

Baca Lagi

15 Jul 2013

Buffet Ramadhan murah 2013 membazir?



KETIBAAN Ramadan disambut meriah saban tahun, tidak kurang juga kemunculan pelbagai tawaran dan pakej untuk merancakkan lagi kedatangan bulan mulia ini.

Namun, tinjauan Sinar Harian mendapati reaksi orang ramai kurang berpuas hati dengan bufet Ramadan yang disajikan di kebanyakan restoran dan hotel kerana disifatkan mahal serta mengundang pembaziran.

Seorang penjawat awam, Nurdin Farhan, 29, berkata, bagi sesetengah orang berbuka puasa di hotel dan restoran mewah kebelakangan ini sudah  menjadi budaya di bulan Ramadan yang kononnya adalah satu gaya hidup berprestij dan satu kemegahan.

“Harga yang perlu dibayar untuk berbuka di tempat seperti ini memang mahal. Kalau tengok iklan bufet Ramadan harga paling murah ialah RM40 seorang, malah sesetengah hotel mengenakan RM120 seorang.

“Jangan terlalu gembira dan mudah terpengaruh untuk berbuka puasa di hotel atau di restoran besar. Sebagai orang Islam yang prihatin, kita  perlu bertanya kepada penganjur atau orang yang mengundang adakah hotel berkenan mempunyai sijil halal yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)?,” katanya.
Dalam pada itu, Norkhairunnisa Din, 27, berkata, walau ada beratus juadah, saiz perut kita tetap sama. Biasanya setelah minum segelas air dan makan dua tiga keping kuih, tidak banyak lagi yang boleh kita makan. Paling-paling pun hanya sepinggan nasi, sepotong kambing panggang, seekor dua udang goreng.

“Kalau dinilai makanan yang kita ambil lebih-lebih pun RM20 seorang. Kalau dibeli di gerai biasa mungkin tidak sampai RM10. Tidakkah satu pembaziran membayar RM100 hanya untuk sepinggan nasi dan sepotong daging? Tidakkah membazir itu sahabat iblis?,” katanya.

Seorang pekerja swasta Fauzi Ahmad, 25, berkata, biasanya pelawaan bufet Ramadan datangnya daripada rakan tempat bekerja untuk berbuka bersama.

“Bagaimanapun, ia lebih kepada pembaziran berbanding kebaikan.

“Tawaran pakej yang tinggi seolah-olah mendidik kita menjadi pelahap sedangkan selepas azan berkumandang makan sebiji kurma, sepinggan nasi berlauk dan segelas air sudah cukup mengenyangkan dan harganya biasanya tidak sampai RM5,” katanya.

Sementara itu, seorang usahawan, Zulfadli Faiz, 28 pula berkata, tawaran pakej Bufet Ramadan hanya menguntungkan pihak hotel dan restoran sahaja dan merugikan pelanggan.

“Kebanyakan pelanggan hanya memenuhkan pinggan supaya berbaloi dengan harga yang dibayar bagaimanapun  tidak termakan makanan yang di ambil dan terbiar begitu sahaja.

“Itu sebab pihak hotel atau restoran sanggup buat bufet Ramadan ini kerana tahu mereka tidak akan rugi,” katanya.

Seorang anggota keselamatan, Azlan Mohd Noor, 27, pula berkata, tiada manusia pun yang mampu untuk menghabiskan semua makanan yang dihidangkan dalam tempoh dua jam dan ini menjadi punca utama pembaziran.

Sementara itu Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma’amor Osman mencadangkan agar pengusaha restoran dan hotel lebih menyantuni golongan anak yatim, orang tua dan kanak-kanak kurang bernasib baik bukan hanya sekadar mengaut untung semata-mata.
“Tidak dapat dinafikan harga pakej yang ditawarkan Bufet Ramadan sangat tinggi, itu ialah sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan dan memanfaatkan peluang sedia ada. Pengguna harus bijak memilih tawaran,” katanya.

Ma’amor berkata, sepanjang Bufet Ramadan banyak menu enak dihidangkan oleh yang demikian, pengusaha sewajarnya menyajikan nilai tambah kepada setiap pelanggan yang mengunjungi premis mereka dengan mempamerkan jumlah kalori pada setiap makanan agar pemilihan makanan dapat dilakukan bagi mengelak penyakit.

“Selain itu, diharapkan pengusaha supaya menyediakan panduan amalan pemakanan yang sihat dan betul kepada pelanggan,” katanya.

Dari sisi positif pula, Malaysia sebagai destinasi kunjungan pelancong perlu memberi gambaran sebenar rakyat Malaysia sama ada Islam atau bukan Islam meraikan Ramadan dengan penuh kemeriahan.

“Ini akan membawa budaya positif kepada pelancong luar di samping berpeluang menikmati makanan popular Malaysia yang sukar didapati melainkan pada bulan puasa dan musim perayaan. “Dalam pada itu, bagi syarikat-syarikat besar inilah kesempatan mereka untuk berkongsi rezeki dengan meraikan pekerja, pelanggan dan juga  anak yatim,” katanya.

Sementara itu, pengguna seharusnya bertanggungjawab atas perbelanjaan sendiri dan tidak boleh mengharapkan pihak lain dengan mendakwa pengusaha restoran dan hotel cekik darah sedangkan pilihan itu ada di tangan mereka.

“Hotel hanya menjalankan pakej berdasarkan tingkah laku konsumer bagaimanapun, perlu menitik beratkan penghayatan Ramadan dengan menghormati bulan mulia ini dengan memastikan taraf halal yang disahkan daripada Jakim, pakaian pengendali makanan tidak terlalu terdedah dan muzik yang bersesuaian dengan majlis.
Baca Lagi

13 Jul 2013

Ebook Bisness Mainan di Ebay !!


Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay

Ebook ni antara yang terbaik pernah saya tengok , sebab menjual produk fizikal ,sebelum ni saya dok promosi produk digital . Tak beapa laku sangat . Boleh jadi bisnesman berjaya dengsn menjual produk fizikal ni .

Saya sarankan sesiapa nak memulakan empayar perniagaan dengan ebay bolehlah belajar melallui buku ni tentang cara nak dapatkan jualan di Ebay . Klik sini Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay

Baca Lagi

10 Jul 2013

Mimpi kain putih terbang sebelum kemalangan



"12 jam sebelum kemalangan, saya dapat mimpi, mimpi melihat kain putih berterbangan,” kata Abd Ghani Abdullah, 57, bapa kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Allahyarham Mohd Farid Anwar, 32.

Allahyarham Mohd Farid meninggal dunia manakala rakan sekerjanya, Norkumalasari Jamil cedera apabila kereta jenis Perodua Viva dipandu mangsa dipercayai terbabas di Kilometer 244.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang, Kuantan petang kelmarin.

Mangsa yang juga bekas pemain sepak takraw Terengganu itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menyertai kontinjen Terengganu sempena Sukan Malaysia (Sukma) Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, berakhir Ahad lalu.

Abd Ghani dan isteri, Sharipah Md Hanafiah, 57, juga menyatakan terlalu sebak dengan kejadian itu kerana tidak membawa pulang jenazah anak kelima dari enam beradik itu ke rumah, sebaliknya disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Bapa mangsa yang tinggal di Rhu Muda di sini, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa anak lelakinya itu selepas menerima panggilan daripada pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu kira-kira jam 5.15 petang kelmarin.

“Pada 29 Jun lalu, anak saya menghantar pesanan melalui SMS dan dia (arwah) memohon agar saya berdoa untuk masa depan hidupnya dan ketika itu saya berada di Makkah menunaikan umrah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut bekas pegawai Cawangan Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu, dia juga terkilan kerana anak (arwah) tidak menghantar SMS memaklumkan dia akan pulang kelmarin, kerana kebiasaannya dia pasti akan menghantar SMS terlebih dahulu sebelum pulang dari menyertai sebarang kejohanan sukan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Farid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rhu Muda, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang dan kira-kira satu kilometer dari rumahnya di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sementara itu, kerajaan negeri malam semalam, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Ucapan takziah tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Rozi Mamat semasa sidang media selepas majlis Sambutan Hari Belia Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER).

“Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Kami juga turut mendoakan agar seorang lagi mangsa (rakan sekerja arwah) yang cedera parah segera sembuh,” katanya.-Sinar
Baca Lagi

9 Jul 2013

SubhanAllah ! Rakyat Mesir ditembak ketika solat !!



Pergolakan di Mesir semakin membimbangkan hari ini dengan 51 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan pro-Mohammed Mursi di ibu pejabat tentera Pengawal Republikan di sini.

Lebih menyedihkan, daripada jumlah itu, seramai 35 orang penyokong bekas Presiden itu maut ditembak ketika sedang menunaikan sembahyang subuh di kawasan terbuka berhampiran dengan Masjid Rabaa Adawia yang menjadi lokasi penyokong Mohammed Mursi berhimpun.

Pada masa yang sama, pergerakan Ikhwanul Muslimin menggesa pemberontakan diadakan selepas kejadian tersebut yang memusnahkan harapan tentera untuk mendapat sokongan meluas dalam menubuhkan kerajaan awam sementara Mesir.

Lebih 200 orang dilaporkan cedera dalam demonstrasi tersebut.

Tentera menyatakan, 'kumpulan pengganas' yang merujuk kepada penyokong Mohammed Mursi, cuba menyerbu kawasan kompleks Pengawal Republikan, lokasi bekas Presiden itu ditahan, menyebabkan seorang pegawai tentera maut dan 40 orang lagi cedera.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad yang berada di lokasi demonstrasi di Masjid Rabaa Adawia berkata, tembakan dilepaskan pada awal pagi ketika anggota pergerakan itu sedang menunaikan solat subuh dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di luar ibu pejabat tentera tersebut.

Seorang penunjuk perasaan, Abdelaziz Abdelshakua dari wilayah Sharqia, cedera di kaki dipercayai ditembak.

"Kami sedang solat subuh dan mendengar bunyi tembakan. Seorang pegawai tentera memberi jaminan tiada apa-apa, namun kemudian tiba-tiba kami ditembak dari arah ibu pejabat Pengawal Republikan.

"Mereka melepaskan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata,'' katanya.

Dalam pada itu, Jemaah Islamiyah dan sayap politiknya, Parti Pembangunan dan Pembinaan menggesa Presiden sementara, Adly Mansour berundur daripada jawatannya bagi mengurangkan ketegangan yang timbul ekoran konflik politik tersebut.

Pergerakan tersebut dalam satu kenyataan semalam menyifatkan pelantikan Adly 'tidak sah' dan salah di sisi undang-undang. -Utusan

Baca Lagi

7 Jul 2013

Datuk 92 tahun ini kahwin dengan gadis 22 tahun ! Dapat pucuk muda !



SAMMARA - IRAQ. Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.

Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.

Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.-Sinar
Baca Lagi

Inilah golongan yang dimurkai Allah !!



SAYA membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Mursi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika AS yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat AS di Timur Tengah.

ALLAH SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal ALLAH SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. ALLAH SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.

Israel mewakili Yahudi dan AS mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya ALLAH SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan sekular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.

Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?

Itulah Yahudi dan AS. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan AS. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihan raya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.

Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (Pas)

Sumber dari Kosmo
Baca Lagi

Makhluk asing ditemui di Britain ? Betul ke ?!



Beberapa ahli astronomi Britain telah menubuhkan satu rangkaian pakar untuk meningkatkan usaha risikan bagi mengesan makhluk asing, kata Persatuan Astronomi Diraja (RAS) kelmarin.

Menurut pertubuhan itu, kumpulan perintis tersebut terdiri daripada beberapa orang ahli akademik daripada 11 buah institusi di Britain.

Kumpulan tersebut akan meneliti data yang diperoleh daripada teleskop radio dan bertukar-tukar pendapat mengenai cara untuk mengesan sebarang isyarat daripada tamadun lain dan kemudian mentafsirkan maklumat berkenaan.

Kumpulan itu dikenali sebagai Rangkaian Penyelidikan SETI United Kingdom (UKSRN). Salah seorang yang terlibat dalam kumpulan itu ialah ahli astronomi diraja, Sir Martin Rees iaitu bekas Presiden Royal Society yang kini bertindak sebagai penaung kumpulan penyelidik itu.

Satu kenyataan akhbar dipetik berkata, UKSRN membentangkan gerak kerja mereka pada persidangan tahunan RAS di Edinburgh kelmarin.

Sebelum ini, ahli astronomi di Institut SETI di Amerika Syarikat (AS) telah mencari tanda-tanda kehidupan di luar sistem suria sejak tahun 1984.

Sehingga kini tiada sebarang isyarat dikesan. Namun minat terhadap usaha bagi mengesan makhluk asing masih kekal kukuh.

Keadaan itu didorong oleh penemuan beberapa buah planet baharu yang terletak jauh mengelilingi sistem suria. Planet itu dikesan ketika usaha pengawasan makhluk asing dilakukan. Kosmo

Baca Lagi

Gempar !! Gempa berukuran 6.0 melanda Sumatera !



Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera, Indonesia semalam, kata ahli seismologi Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari gempa bumi menggegarkan wilayah Aceh yang mengorbankan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal AS, tiada amaran tsunami dikeluarkan. Tiada laporan kerosakan diterima selepas gempa itu berlaku di kedalaman cuma 23 kilometer di luar pantai barat daya kepulauan Indonesia itu.

Pusat gempa itu berlaku berhampiran kepulauan terpencil di Mentawai.

Seorang pegawai pusat meteorologi, iklim dan geofizik tempatan, Suharjono berkata, gempa bumi pada hari Sabtu (semalam) tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan tsunami.

"Jika dinilai daripada magnitud gempa dan jarak dari pusat gempa ke daratan, saya tidak fikir gegaran itu akan memberi kesan yang signifikan," kata Suharjono yang mendakwa gegaran tersebut turut dirasai di dua wilayah di Sumatera.-Kosmo

Baca Lagi

6 Jul 2013

Pekerja Sambilan di Rumah Diperlukan Segera !!




Anda di jemput untuk melayari laman web berikut:


====================================

Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:


====================================
Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.
====================================



Baca Lagi

'ASTAGHFIRULLAH, ALLAHUAKBAR !! ' Inilah babak terakhir sebelum Presiden Mesri , Mursi ditahan !!



‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. 

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

“Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel.

“Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.

Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando.

“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.

“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.

“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.

Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.

“Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.

“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.

“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi.

“Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!

“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.

************

“Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,” katanya.

“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu.

Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.

“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”

“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.

“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.

“Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam 'alaikum!” Ganggang terus diletakkan.

‘"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati.

************

Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi  askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir.

Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti.

“Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan,” begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen.-Sinar
Baca Lagi

5 Jul 2013

Inilah wanita yang sorok 40 tin susu dalam baju jubah !!



Di Muar, kegiatan jenayah curi susu formula yang menggunakan modus operandi menyorok barang itu di dalam jubah dikesan kembali beroperasi di daerah ini.

Dalam kejadian terbaharu pada pukul 7.20 malam, Sabtu lalu, sebanyak 40 tin susu bernilai RM5,000 dilarikan oleh penjenayah tersebut di sebuah pasar raya di sini.

Menurut pengurus pasar raya itu, Aw Wee Siang, kehilangan susu itu disedari oleh pekerjanya ketika membuat pengiraan stok.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati penjenayah yang dipercayai lebih 10 orang menyamar sebagai pelanggan dan menyorokkan tin susu di bawah bungkusan biskut di dalam troli.

“Mereka kemudian membawa troli itu ke satu sudut tersembunyi dan memasukkan tin susu itu ke dalam seluar tiga wanita berusia 40-an dengan dibantu oleh dua lelaki,” katanya ketika ditemui di sini semalam.- Kosmo

Baca Lagi

4 Jul 2013

Murid pekak kena penampar cikgu !!



Di Ipoh, seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya.

Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya.-Metro
Baca Lagi

3 Jul 2013

Diana Danielle selamat lahirkan anak , Tahniah !!



Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.

Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) kepada mStar Online pada petang Selasa.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online.

David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.

Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia, anak lelaki ku).

Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kononnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.-Mstar
Baca Lagi

'Pelamin anganku musnah'



Di Jempol, Negeri Sembilan, pelamin anganku musnah! Itulah yang dihadapi dua pengantin di sini, apabila pelamin yang ditempah mereka dari sebuah pusat andaman di sini, tidak seindah seperti dikhabarkan.

Ibu kepada salah seorang pengantin, Hasnah Hassan, 46, berkata, anaknya, Nor Hanizam Hassan, 25, tertipu dengan pakej menarik yang ditawarkan pusat andaman itu dengan harga RM6,300.

Menurutnya, pakej itu termasuklah set karaoke, kompang dan hiasan barang hantaran, namun bila tiba hari majlis berlaku sebaliknya.

"Anak saya idamkan pelamin yang 'glamour' pada majlis perkahwinannya pada 24 Mei lalu, namun apa yang dibuat oleh butik andaman itu seperti reka bentuk era 60-an.

"Menitis air mata saya melihat set pelamin anak saya seumpama itu, malah semua pakej yang dijanjikan juga tiada," katanya yang berasal dari Pasir Besar, Gemas.

Hasnah berkata, kini disebabkan masalah itu dia terpaksa berulang-alik dari Pasir Besar, Gemas ke daerah ini untuk menuntut semula bayaran sebelum ini.

"Namun saya terkilan dengan perkhidmatan pusat andaman itu kerana anak saya sudah melunaskan bayaran lebih awal sebelum majlisnya secara ansuran dari 8 Oktober 2012 hingga 15 Mei lalu," katanya.

Kejadian itu tidak berhenti di situ kerana seorang lagi pengantin turut mengalami nasib sama, namun sempat membatalkannya sebelum majlis perkahwinan.

Yati Afrini Jarnis, 29, berkata, dia membatalkan tempahan pelamin dari pusat andaman itu kerana tidak berpuas hati dengan pakej yang disediakan.

Menurutnya, dia bersama suaminya bersetuju untuk menyewa pakej perkahwinan yang ditawarkan pusat andaman tersebut dengan harga RM3,000 yang didakwa sebagai pakej promosi.

"Selepas bersetuju, saya membayar wang deposit sebanyak RM1,500 pada 21 Januari lalu, disusuli RM1,000 pada 28 Januari.

"Walaupun majlis perkahwinan saya pada masa itu lambat lagi iaitu 1 Jun lalu, namun saya nekad membayar wang deposit kerana pakej yang ditawarkan sangat menarik," katanya.

Yati berkata, selepas itu, pada 21 Mei, dia dan suaminya datang ke pusat andaman berkenaan untuk mencuba baju, namun mereka mencadangkan agar datang pada 27 Mei.

"Kami bertegas juga mahu datang pada 21 Mei kerana bimbang ia tidak disediakan seperti yang diidamkan.

“Apabila kami sampai, ternyata hampa kerana pusat andaman tersebut memaklumkan bahawa semua pakej itu belum siap. Saya pelik, kenapa semua pakej yang saya sewa tiada pada tarikh tersebut sedangkan majlis kami
kurang dua minggu lagi," katanya.

Katanya, selepas itu, pusat andaman berkenaan mendesaknya membayar  baki pakej tersebut sebanyak RM500 dengan menjanjikan akan menyediakan kerusi persandingan yang baru.

"Namun disebabkan beberapa masalah itu, saya dan suami nekad membatalkan pakej tersebut,” katanya.

Sinar Harian difahamkan pasangan berkenaan membuat laporan pada keesokan harinya (22 Mei) di Balai Polis Bahau pada jam 8.05 malam.

Malah mereka juga mahu menuntut semula wang sebanyak RM2,500 untuk tindakan mahkamah dan tuntutan Tribunal Pengguna.

Sementara itu, Nor Hanizam juga membuat laporan pada 27 Mei lalu di Balai Polis Bandar Seri Jempol jam 4.51 petang bagi menuntut ganti rugi.

Bagaimanapun, kedua-dua pengantin itu menghadapi masalah apabila pusat andaman berkenaan berdolak-dalik untuk memulangkan duit mereka semula dengan alasan tiada duit tunai susulan terdapat pelanggan lain masih belum menjelaskan bayaran.-Sinar
Baca Lagi

Luar Biasa ! Tiga gelas air minuman berharga RM45 !



Di Batu Pahar ,Johor, seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.

“Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.

“Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini,” katanya.

Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.

Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.

Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.

“Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan  menindas pelanggan lain pula,” katanya.

Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit. -Sinar
Baca Lagi

2 Jul 2013

Inilah aksi ' Wheelie ' suami isteri depan trafik !



Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam.


Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut.

Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan anggota Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) yang ketika itu sedang melakukan Ops Samseng Jalanraya di sekitar ibu kota.


“Ketika itu, pasangan berkenaan berada di lampu isyarat Jalan Raja Laut sebelum membuat aksi ‘Wheelie’ sebaik lampu bertukar hijau sejauh beberapa meter.


“Pasangan itu kemudian memecut laju ke Jalan Sultan Ismail dan akhirnya dicekup di Jalan Ampang ketika memberhentikan motosikalnya,” katanya.

Katanya, soal siasat mendapati mereka adalah pasangan suami isteri dan melakukan aksi berkenaan akibat dicabar rakan.


“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Si suami ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.

“Isterinya pula dibebaskan dengan dijamin anggota keluarganya,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.-Metro

Gambar Hiasan
Baca Lagi

Terkini ! Kos nak gaji minah Indon RM8000, serupa hantaran kahwin !



Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua buah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang bermesyuarat di sini semalam.

Beliau berkata, penetapan kos itu adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011, yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.

"Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua buah negara," katanya.-Kosmo

Baca Lagi

1 Jul 2013

Shahrizal Jazsle Akui Semakin Tertekan Dengan Isu Khalwat !



Pelakon Shahrizal Jaszle mengakui semakin tertekan dengan kontroversi yang melandanya ekoran ditangkap khalwat bersama seorang wanita selain diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung kejadian itu oleh pelbagai pihak.

Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle, 25, berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan untuk bermuhasabah tentang kejadian khalwat itu.

"Terus terang saya tidak tahu lagi ingin cakap apa mengenai kes tersebut supaya masyarakat dapat memahami situasi saya.

"Saya berasa letih dengan kontroversi tersebut dan ingin berehat seketika supaya dapat menenangkan fikiran," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Shahrizal, dia juga mengambil keputusan itu selepas tidak pernah mengambil cuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu.

Pada 16 Mei lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes tersebut akan disebut di Mahkamah Syariah pada 12 November depan.

Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia enggan lagi mengulas kes berkenaan mahupun hubungan dengan tunangnya dengan Redzwani Puteri kerana sedar jawapannya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Jelasnya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada terus bercakap tentang kes tersebut dan menunggu perbicaraan di mahkamah penghujung tahun ini.

"Macam-macam saya kena hentam dan pelbagai pertanyaan yang diajukan sehingga saya tidak tahu lagi hendak menggunakan ayat apa bagi mempertahankan diri.

"Jalan paling baik adalah berdiam diri selepas ini dan tunggu perbicaraan di mahkamah kelak," ujarnya.

Shahrizal dan Redzwani Puteri bertunang pada 8 Disember 2012 dan mereka dijadualkan berkahwin pada 2015 selepas wanita yang menuntut dalam jurusan perubatan itu tamat pengajian.-Mstar
Baca Lagi

Gempar! Rumah Menteri Belia kena rompak!



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

“Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan  di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM  (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.-Sinar
Baca Lagi