Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Sept 2011

BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM



Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Baca Lagi

D' Kontena Cafe , Western Food pun ada


Assalaamualaikum ...selamat pagi...agak lama juga araublogger tak update tentang restoran yang sedap kat blog . Ni ada satu kedai nama dia D' Kontena Cafe  di hadapan C'Mart Arau , Perlis. Kedai dia berkonsepkan santai , menu dia ada kat depan kedai . kalau nak makan goreng-goreng ada , western pun ada . Dibuka hampir setiap hari . Masuk kedai ni tulis sendiri order  dan tunggu . Saya try Nasi Goreng Kampung  ......fuuuh ...mak ooi sedap ...harga RM 4.50 . Burger dia pun sedap macam dalam gambar .Air dia satu gelas boleh kongsi dua orang  ...gelas dia besar beb......apa apa pun ...layan dulu gambar kat bawah......




Baca Lagi

Tsunami di Jepun : Pengorbanan Seorang Ibu


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.



Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Sumber alameenserve.com
Baca Lagi

29 Sept 2011

KWSP harap Bajet 2012 lanjut umur bersara swasta, gaji minimum



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata tindakan melanjutkan umur persaraan itu diharap diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
“Saya berharap (umur persaraan) pada 58 tahun, jika tidak 60 tahun,” kata dipetik Berita Harian selepas hari ini.
Berucap pada satu majlis di ibu negara semalam beliau juga berharap gaji minimm dimasukkan dalam bajet tahun depan.
Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru khusus bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan  had bersara mandatori 60 tahun.
Di bawah akta baru yang bakal dinamakan undang-undang umur persaraan sektor swasta, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.
“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan perubahan itu akan membawa pindaan ke atas Akta Kerja dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Jika perubahan itu menjadi kenyataan ia akan memanfaatkan hampir enam juta pekerja.
The Malaysian Insider juga difahamkan kesemua pihak berkepentingan telah melahirkan persetujuan ke atas undang-undang baru ini kecuali satu wakil majikan.
Halim berkata perkara itu telah dihalusi oleh jawatankuasa teknikal yang mengkaji rang undang-undang tersebut tetapi MTUC mahu aspek kebajikan dan ganjaran pekerja turut diambil kira.
Sebelum ini, MTUC telah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk menggunakan dengan optimum tenaga kerja negara ini.
Sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.

Sumber themalaysianinsider.com
Baca Lagi

Penyanyi Siti Nordiana Juga Sudah Bertudung!



"Alhamdulillah, imej bertudung sudah menjadi imej kekal saya sejak ramadan lalu. Saya sudah mengenakan tudung seminggu sebelum menyambut Aidilfitri. Jujur sebenarnya, saya sudah lama nak berubah dengan memakai tudung. Barulah sekarang saya mempunyai keberanian untuk berimej seperti ini.
"Niat saya untuk bertudung lebih mendalam selepas minat saya membaca buku-buku Islamiah semakin tebal. Saya juga melihat kebanyakkan saudara baru Islam lebih banyak mengenakan tudung sebaik saja mereka menganut agama Islam. Jadi, saya rasa ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah.
"Lagipun saya mahu jadi contoh terbaik buat anak saya. Apapun, saya sebegini bukanlah bermaksud saya terus menjadi alim atau tidak akan bekerjaya sebagai artis. Saya masih lagi belajar dan berharap saya dapat terus mendalami Islam dengan baik serta sempurna," katanya.
Dalam pada itu, Nana turut mendakwa orang yang pertama mengetahui niat murninya itu adalah kakak angkatnya bernama Kak Zihan.
"Apabila hati saya kuat mengatakan mahu memakai tudung, saya terus SMS Kak Zihan. Dia adalah orang yang selalu membantu saya jikalau saya menghadapi kesukaran. Dialah tempat saya berkongsi masalah. Saya selalu meminta nasihat dia kalau saya ada sangsi dalam apa jua masalah.
"Waktu itu, saya bercakap kepadanya bahawa hati saya dah terbuka untuk memakai tudung. Selepas mendengarnya, dia gembira dengan keputusan saya dan memberikan hampir kesemua tudungnya kepada saya," ujar Nana yang sememangnya menyukai fesyen berhijab.
Sungguhpun niat Nana berhijrah tiada kena mengena dengan mencari publisiti murahan, namun Nana tidak boleh lari daripada tuduhan itu.
"Masa saya mula-mula memakai tudung, memang ramai orang mengata saya. Ada yang kata saya memakai tudung sebab saya nak menutup kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum itu. Ada pula yang menuduh saya mahu cari publisiti murahan. Biarlah apa orang nak kata.
"Saya memang bertudung sebab saya ikhlas. Tiada kena mengena langsung dengan karier seni saya. Lagipun, saya masih seperti dulu dan saya tidak mahu jadi hipokrit. Saya pun nak jelaskan, tiada sesiapa pengaruh saya untuk berubah. Sebelum ini, saya pun ada bercakap dengan pengurusan saya dengan niat ini.
"Namun, sekalil lagi, waktu itu saya belum bersedia. Ramadan lepas membuka hati saya dan Alhamdulillah, saya mendapat respon yang baik. Saya juga masih lagi mahu tunjuk ajar dari mereka yang sudah lama berimej muslimah," jelasnya.

Sumber : murai.com.my
Baca Lagi

NORANIZA IDRIS SELAMAT BERGELAR ISTERI KEPADA JEFFRI UDA



Tahniah diucapkan kepada Dengan sekali lafaz Noraniza Idris, 43, penyanyi etnik kreatif, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.
Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.
Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.
Noraniza anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Eilla Faiz Shah (Busana Cinta), sementara pelamin ditaja oleh Juwein Bridal Gallery.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Plaza Angsana, Johor Baru.
Ia diadakan seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.
Selain perkahwinan berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.
Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

 Sumber  bardbahtiar.com
Baca Lagi

Bajet 2012 - Kakitangan diramal naik gaji lagi


Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
 
Baca Lagi

Bajet 2012 - CEUPACS Optimis Najib akan laksana 80 peratus tuntutan


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas dan mengharapkan berita baik bakal diumumkan bagi menjaga kepentingan penjawat awam di negara ini.

"Ini adalah keputusan kongres berdasarkan kepada permintaan dari penjawat awam, saya harap ia dapat dipertimbangkan malah Skim Saraan Malaysia (SSM), dapat digubal semula untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama CUEPACS Pulau Pinang di sini, Selasa.

Tuntutan tersebut adalah semakan semula SSM, menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Omar berkata Cuepacs juga yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri dan kemampuan kerajaan dapat memenuhi tuntutan itu yang sememangnya diharap-harapkan oleh lebih 1.2 juta penjawat awam.

"Kesemua tuntutan itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan tidak mustahil untuk ditunaikan kerana ada tuntutan yang tidak membabitkan kewangan," katanya.

Berkenaan tuntutan pemberian bonus dua bulan, katanya jika kerajaan berbuat demikan, ia akan mencipta sejarah baru dalam memenuhi permintaan penjawat awam.

"Diharap (bonus) dapat dipertimbangkan, kalau tidak dapat bonus dua bulan, sekurang-kurangnya (kerajaan) dapat memberi bonus sebulan atau sebulan setengah pun sudah dikira mencukupi," katanya.

Sumber dari CEUPACS
Baca Lagi

28 Sept 2011

Selamat Hari Deepavali 2011


Selamat petang ...arau blogger ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua pelawat dan follower araublogger.blogspot.com yang beragama Hindu . teruskan menyokong araublogger.blogspot.com...tanpa anda siapalah  saya . 
Baca Lagi

Cardiff City tawar Safee satu lagi sesi latihan


Aksi memikat 'Harimau Berantai Malaya', Safee Sali pada ujian dan latihan hampir dua minggu di Cardiff City, mendorong pengurus kelab bola sepak Liga Kejuaraan England itu, Malky Mackay menawarkannya satu lagi sesi latihan bagi tempoh yang sama pada masa hadapan.
Menyifatkan penyerang handalan Asia Tenggara itu sebagai kebanggaan negaranya dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Mackay berkata: "Kami memintanya agar kembali ke sini bagi dua minggu lagi pada masa hadapan, kerana ia akan memanfaatkan semua pihak yang berkenaan.

"Dalam tempoh ujian 10 hari itu (sejak 12 hingga 26 September), Safee menunjukkan sikap dan etika kerja yang terpuji ketika menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cara latihan kami di Cardiff City.
"Memang ada perubahan besar dan gaya serta tahap bola sepak yang berlainan di sini tetapi dia mampu menyesuaikan diri dan menerapkannya dengan baik," katanya," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelab The Bluebirds dan berpangkalan di selatan Wales itu.
Beliau turut menyedari khidmat 'David Beckham Malaysia' seperti digelar media Wales ini, turut ditagih skuad kebangsaan Malaysia dan Pelita Jaya.
Mackay bagaimanapun menjelaskan bahawa agak sukar untuk mendapatkan gambar aksi Safee sepanjang ujian 10 hari itu seperti yang dikehendaki media terutama apabila berdepan sejumlah perlawanan liga dan persediaan yang perlu dilakukan The Bluebirds.

Sementara itu, Safee turut mengulas pengalaman yang ditimba dengan pasukan utama dan simpanan di kelab yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee itu: "Perlawanan di sini jauh lebih pantas. Anda tidak punya banyak masa dengan bola. Ia memang tahap bola sepak yang baru dan berbeza sama sekali.
"Latihan berjalan lancar dan semua rakan sepasukan amat mengalu-alukan kehadiran saya. Walaupun cuma hampir dua minggu, banyak yang saya pelajari sini. Insya Allah, saya mungkin kembali pada masa hadapan," katanya.
Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 ini sempat menonton perlawanan Liga Kejuaraan Cardiff City menentang Leicester City, Ahad lalu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Zakaria Sulong dan isterinya.
Selepas merayakan sambutan Hari Malaysia di sana semalam, Safee pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang kira-kira pukul 2 petang ini bagi menyertai latihan skuad negara menjelang persahabatan dengan Australia di Canberra, 7 Oktober.

Sumber Utusan Malaysia
Baca Lagi

Hari Raya Haji atau Aidil Adha


Hari Raya Aidiladha  atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis

    * Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
    * Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
    * Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
    * Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.


Sumber dari  ms.wikipedia.org
Baca Lagi

27 Sept 2011

Kisah Lucu Ayah dan Anak


Pada satu hari  satu keluarga ini pergi ke Padang Besar untuk makan kenduri  kahwin . Mereka pergi ikut jalan Ladang Tebu . Keluarga ini terdiri dari ibu ayah dan dua orang anak perempuan . Dalam perjalanan pulang dari kenduri tersebut ,apabila sampai kat sekatan jalan UPP / POLIS   si bapa lantas turunkan cermin dan angkat tangan kepada polis tersebit .. Polis pun meninjau-nunjau ke dalam kereta . Lepas tu dia pun bagi isyarat untuk jalan . Setelah jauh meninggal   UPP / POLIS tersebut , si anak bertanya kepada ayahnya  " Abah , kenapa abah tak bagi duit dengan tiket kat uncle polis tu ? "   Lantas si abah ketawa macam nak pecah perut sampai keluar air mata manjawab " Adik , Itu bukan plaza tol  nak kena bayar duit , itu sekatan polis  " . Si anak tercengang .

Pada sebelah malamnya pulak selepas mandi , si anak pun makan malam di temani ayahnya . Setelah makan si anak pun masuk tidor. Si abah pun tanya anaknya kenapa tidor awal sangat sebab pada waktu baru pukul  8.20 malam . Dengan selamba Si anak menjawab " Abah silap tengok jam tu , dah pukul 4.00 pagi  tu  " Katanya sambil menunjukkan jarum panjang dekat angka 4 . si abah terus geleng kepala.

Ha Ha Ha ...
Baca Lagi

23 Sept 2011

Klik je kat Milo Fanpage


Milo sedang promosi Milo Cans Game  atau pun dalam bahasa melayu Permainan Tin Milo  . Anda cuma perlu KLIK LIK KAT MILO FANPAGE     dan main game online kat dalam Facebook dia . Semua penerangan cara nak main game tu ada kat sana . Terima kasih la tolong support kempen ni .





Baca Lagi

Kway teow Madu - ada ketam dalam dia


 Assalaamualaikum dan selamat petang ..Saya nak kongsi satu gerai makan .Selalu gak saya pi situ . Kway Teow Madu Mat Len. Tau kaa kat mana ? Jalan masuk ke UITM Arau tu sebelum sampai Matrikulasi tu dia ada kat sebelah kanan. Memang best sebab ada rasa madu dan ketam rebus seekor. Nasi Goreng pun ada ketam juga . Memang murah ...Bayangkan  kway teow cuma RM2.50 , Nasi Goreng cuma RM 2.50  yang paling tekejut ..Milo Ais dia cuma RM1.00....memang murah   ..dia buka dari pukul 5.00 petang sampai 11 malam . kalau habis cepat  dia tutup awal. Don't worry memang murah .....jemputla try
Baca Lagi

Jamuan Hari Raya paling best kat ILP Kangar


Assalaamualaikum  ..selamat petang . Hari ini saya nak kongsi event yang berlaku kat  sini  iaitu Jamuan Hari Raya. Sepanjang dok kat sini ini lah jamuan yang paling best...bermacam- macam jenis lauk paun kuih muih ....layan gambar dulu. Gambar ini semua adalah jamuan Hari Raya...nanti ada kedai makan baru ..saya update  ok















Baca Lagi

21 Sept 2011

Najwa Latif Popular dengan Cinta MukaBuku "Angkara" Youtube


Assalaamualaikum dan selamat pagi . Saya ingin berkongsi pasal artis baru Najwa Latif yang popular menerusi lagu Cinta MukaBuku. Lagu ini adalah ciptaannya sendiri dan lirik oleh kakaknya. Bayangkan seorang gadis berumur 16 tahun terus dikenali satu Malaysia "angkara" Youtube. Sape yang nak popular macam dia bolehlah buat lagu upload kat youtube. Bagi saya dia ada bakat yang besar cuma perlu digilap lagi he he macam Dato Siti Nurhaliza waktu menang Bintang RTM dulu tu , umur baru belasan tahun. Maklumat lanjut pasal dia kat sini najwalatifs.blogspot.com  . Tapi memang respek la dia boleh bahagikan masa pelajaran lagipun Parents memang support kat belakang . Nyanyian cuma waktu cuti sekolah dan hujung minggu je. Ramai juga yang download lagu ni nak buat rington . Layan Cinta MukaBuku kat Youtube dulu



Sumber dari najwalatifs.blogspot.com
Baca Lagi

Perkahwinan Ashraf Muslin dan Noor Dayana di Mekah


Assalaamualaikum dan selamat pagi. Dah lama saya tak araublogger tak update blog ni . Terasa sibuk sangat dengan tugas hakiki harian. Walau apa pun kepada supporter dan follower araublogger  selamat melayari laman blog araublogger.blogspot.com dan terus menyokong kempen-kempen yang saya paparkan di atas . Hari ini araublogger nak cerita sikit pasal Perkahwinan Ashraf Muslin dan Noor Dayana di Mekah . Mula mula sekali saya nak kongsi Kad Jemputan Perkahwinan berkonsepkan Al-Quran seperti gambar kat bawah.

Alhamdulillah ..semoga diberkati Allah. Pada 1 Syawal yang lalu dia telah selamat diijabkabulkan dengan Noor Dayana di Mekah. Tahniah  diucapkan kepada nya.  Jom layan gambar perkahwinan mereka ...







Saya petik artikel ini dari tiga sumber iaitu yanmieonline.com   ashrafmuslim.blogspot.com  dan   cari.com.my
Baca Lagi

17 Sept 2011

Promosi terbaru dari P1 Wimax


Bagi yang belum ada broadband atau yang ingin menukar pakej broadband anda ....P1 Wimax adalah pilihan terbaik..  ...ni promosi terbaru dari P1..order P1 4G online dapat potongan RM100 dan kos penghantaran percuma....di bagi 2 modem ..kenapa 2 modem?...untuk dalam rumah dan luar rumah..  nak tahu lebih pasal promotion terbaru dati P1 klik sini








Baca Lagi

HTC Cha Cha ni khusus untuk pengguna Facebook Mobile


Bagi pengguna Facebook secara mobile ...HandPhone HTC ChaCha ni memang best sebab dia ada siap button Facebook. Tak perlu touch dia punya screen dah .....dia siap buat di kilang dia button Facebook. Harga dia mak oooooi .....RM 900 paling tinggi  ...ada yang murah sikit ...yang murah tu kena beli dengan pakej broadband....tapi bagi yang jarang duduk di office ...tapi nak layang Facebook ....ini lah handphone yang sesuai untuk anda .....maklumat lanjut mengenai promosi terbaru HTC ChaCha klik sini



Baca Lagi