Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Dec 2013

Saja bawa huda pi taman sat , dah sampai tahap beku dok dalam rumah ni


Bawa Huda pi taman sat dah sampai tahap beku dah kepala ni termasuk aku juga , kena refresh minda sat ,ambik angin luar sat .

Kasi otak mereka berkembang sikit

Baca Lagi

22 Dec 2013

Safee Sali nikah gadis Indonesia


Penyerang skuad bola sepak kebangsaan Mohd Safee Sali menamatkan zaman duda selepas dinikahkan dengan gadis dari Indonesia dikenali sebagai Shasha, di Indonesia pagi tadi.

Foto
"Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan.
"Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak," kata pentadbir laman FB rasminya yang disiarkan tengah hari tadi.

Selepas selesai majlis perkahwinan di pihak perempuan, pemain berusia 29 tahun yang dipinjamkan daripada kelab Pelita Jaya ke Johor Darul Takzim (JDT) tahun lalu dan kekal beraksi dengan kelab Liga Super itu untuk musim ini dijangka mengadakan majlis perkahwinan di pihak lelaki pada 28 Disember ini di Bidor, Perak.
Foto
FOTO IHSAN FB RASMI SAFEE SALI

Dalam posting FBnya 10 Disember lalu, Safee mengumumkan pernikahan beliau hari ini serta majlis resepsi pernikahan itu di Bidor pada 28 Disember ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya.

"Saya harapkan semua majlis nanti akan berjalan lancar. Dengan tanda syukur saya ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih. Salam satu jiwa untuk semua," tulisnya.

Safee sebelum ini berkahwin dengan Sabrina Yusoff pada 2007 namun bercerai pada 2012. Hasil perkongsian hidup dengan Sabrina dia dikurniakan dua cahaya mata.-metro
Baca Lagi

7 Dec 2013

Rumah paling sesuai masa banjir



JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.-Sinar
Baca Lagi

5 Dec 2013

Polis cari petunjuk baru kes tiga beradik



GEORGETOWN - Selepas hampir seminggu berlalu, kes kematian tiga beradik dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, masih menjadi misteri yang tidak terungkai.

Malahan sehingga kini, pihak polis juga tidak mempunyai petunjuk baru mengenai kejadian berkenaan, bagaimanapun polis tetap meneruskan siasatan dan akan mengstruktur semula kejadian bunuh itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk baru berhubung kejadian tersebut termasuk suspek yang terlibat.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenalpasti punca pembunuhan dan percaya dapat merungkai kejadian bunuh tersebut.

“Tiada perkembangan lanjut berhubung kes ini dan harap bersabar kerana kita sedang menjalankan siasatan bagi mencari pentunjuk untuk merungkai bagaimana kejadian berlaku.

“Saya meminta kalau ada saksi-saksi yang nampak budak-budak itu sebelum kejadian berlaku supaya datang memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Kontinjen Pulau Pinang bersama komuniti di Pangkalan Marin Batu Uban di sini hari ini.

Sementara itu di Alor Setar, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, tempoh reman seorang pelajar berusia 16 tahun yang ditahan dirumahnya, Arau Perlis berakhir hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, pelajar berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan yang menyayat hati.

Dia direman selama empat hari bermula Isnin sehingga hari ini untuk membantu siasatan.

Setakat ini, pihak polis telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Misteri kehilangan tiga kanak-kanak perempuan pada Jumaat lalu terjawab apabila mereka dijumpai mati di dua lokasi berasingan.

Anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Nor Syafikah Nadia, ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang, Sabtu lalu.

Sementara dua adiknya pula, Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui Ahad lalu, kira-kira jam 3 petang dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, di sini. -sinar
Baca Lagi

1 Dec 2013

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA



Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.

Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.

"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.

Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.

"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.

Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.

"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.

"Kemudian?," celah saya.

Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.

"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.

"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.

"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.

"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.

"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis. 

Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.

Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.

"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami  attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali  kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.

Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan sama.

Di bawah, gambar bekas pejabat Elis. 


Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.

"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos.  Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.

"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.

"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer.  Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andaitelemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600  Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.

Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.

"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.

"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.

Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.

"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"


[ Diskaun 40% kepada pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan  tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua  tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira  menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepadatelemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis. 

"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.

"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.

Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.

"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.

Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.

"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.

Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.


"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.

"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.

"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi  atau ...?," tanya saya.

Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.

"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk  pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.

"Wow! Semurah itu?

Saya terkejut.

"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.

Klik di sini, untuk melihat bukti dokumen diperolehi oleh agensi.

NOTA 

Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.

Justeru telemarketer laintidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.
Baca Lagi

27 Nov 2013

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3


  • Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.-Sinar Harian 
Baca Lagi

22 Nov 2013

Macau Scam akhirnya ditangkap



SEBAHAGIAN warga asing terlibat dengan sindiket penipuan Macau Scam di Melaka semalam.


MELAKA - Tindakan satu sindiket Macau Scam dianggotai warga Taiwan dan China menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan itu terbongkar apabila 10 ahli sindiket berkenaan dicekup polis di Taman Puncak Bertam, Cheng di sini semalam.
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor kira-kira pukul 11 pagi itu berjaya menahan sembilan warga Taiwan dan seorang warga China berusia 20 hingga 30-an termasuk empat wanita yang mempunyai pas lawatan sosial.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sindiket berkenaan menjadikan dua rumah kedai yang disewa di situ sebagai pusat untuk memperdaya mangsa yang kesemuanya warga Taiwan dan China sejak bulan lalu.
"Mereka mempunyai beberapa pusat komunikasi berasingan untuk menghubungi mangsa menggunakan teknik spoofing menerusi Suara Melalui Protokol Internet (VoIP).
"Sindiket ini dipercayai menggunakan taktik sama iaitu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman dan bank untuk menipu mangsa.
"Ahli sindiket ini menyatakan kononnya wang dalam akaun bank mereka dibekukan dan mangsa perlu memasukkan semua wang ke dalam akaun diberikan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini semalam. -kosmo


Baca Lagi

16 Nov 2013

SPPBS : Guru tertekan , syukur jika ditambah baik



SHAH ALAM – Usaha kerajaan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) disambut baik para guru.

Capaian SPPBS akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyebut bahawa kementerian memandang berat isu capaian SPPBS oleh guru-guru ketika mengisi prestasi pelajar bagi tahun ini.

Seorang guru dari Perak akui sistem SPPBS yang lembap menyumbang kepada bebanan para guru setiap kali mengisi data pelajar.

“Kami memang berdepan macam-macam masalah. Lagi-lagi jika pelajar ponteng sekolah sampai berbulan-bulan atau pelajar dari sekolah agama yang bukan kerajaan kemudian mendaftar masuk ke sekolah kerajaan.

“Untuk cikgu yang pegang banyak kelas memang terbeban,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, masalah ‘server’ yang diperkatakan sejak kebelakangan ini memang berlaku setiap kali  guru mahu memasukkan data pelajar.

"Masalah utama saya rasa ‘server’ sebab kita nak bergerak dari satu petak ke petak lain untuk seorang pelajar pun akan sangkut. Kadang-kadang apabila kita ‘log in’, ia akan ‘log out’ semula.

“Kalau masa tengah teruk, seorang pelajar pun kita tak mampu nak masukkan datanya. Tengah-tengah kita isi markah pun, ia boleh ‘log out’ semula dan tak ‘save’ pun data yang kita isi dari awal.

“Sekarang ini saya nampak mereka fokus pada sistem yang lembap. Mungkin mereka akan ‘upgrade server’ di sana, itu saya tak pasti. Yang beban di sekolah ini mereka tak peduli,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak menolak bahawa perancangan sistem itu memang bagus namun gagal dalam pelaksanaan.

“Cakap tentang perubahan, dah banyak kali mereka buat tapi tak ada kesan yang besar sangat.

“Dalam kementerian ini, perancangannya bagus tapi pelaksanaan di bawah yang bermasalah. Orang bawah tidak bersedia untuk melaksanakan arahan orang atas,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru dari Johor Bahru mengakui berdepan masalah sama ketika menggunakan sistem tersebut.

“Sistem sedia ada wajar dipertingkatkan lagi. Mungkin akhir tahun ini guru-guru serentak mengisi penilaian, sistem semakin bermasalah.

“Apabila masukkan data pelajar, sampai dua, tiga pagi masih ‘loading’,” katanya.

Beliau mengharapkan penambahbaikan itu bakal menyelesaikan masalah sedia ada.

“(Kementerian mahu memastikan sistem itu lebih efisien) itu yang kita harapkan. Kalau boleh tak ada masalah.

“Sebab ia berpanjangan. Setiap bulan perlu masukkan data pelajar, jadi, saya harap selepas ini ia lebih baik dan berkesan,” katanya. -sinar
Baca Lagi

11 Nov 2013

Man United masih berpeluang rangkul trofi Barclays



MANCHESTER: Manchester United masih dalam pertarungan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mengalahkan Arsenal 1-0, awal pagi tadi.
Tandukan Robin van Persie pada minit ke-27 terhadap kelab lamanya itu mencukupi untuk menolong United ke tangga kelima selepas kekalahan Manchester City dan Tottenham sebelum itu. 
Kemenangan ini dikatakan paling bermakna bagi pengurus United, David Moyes, selepas mengambil alih daripada Alex Fergusan. 

"Ini merupakan kemenangan besar bagi kami. Arsenal hebat musim ini," kata Moyes.

"Secara keseluruhan, tiga mata ini sangat penting bagi kami.”

United kini terletak hanya lima mata di belakang Arsenal. 

Kekalahan kedua bagi Arsenal ini juga menyaksikan jurang dengan Liverpool yang terletak di tempat kedua dikurangkan kepada dua mata. - AP
Baca Lagi

7 Nov 2013

PRIMA kini dibuka untuk pemohon rumah kedua


KUALA LUMPUR: Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan membuka permohonan kepada mereka yang sudah memiliki rumah tetapi mahukan rumah kedua di ibu negara.

Peruntukan RM88 Juta Untuk Kurangkan Jurang Pendapatan Rakyat KUALA LUMPUR: Sebanyak RM88 juta telah diperuntuk bagi melaksanakan pelbagai peningkatan keupayaan dan kebolehan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dalam tempoh 2011 hingga kini.

Melaka Kaji Semula Syarat Pemilikan Harta Warga Asing -Idris Haron MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula syarat pemilikan harta bagi warga asing di negeri ini dalam usaha menambah pemilikan harta di kalangan warga tempatan terutamanya anak Melaka.

Baca Lagi

5 Nov 2013

Aku dapat satu email. Boleh caya ka email ni ?!




Salam,

Saya Norazah Binti Abu Bakar dan sekarang bekerja di London sebagai Pegawai Pemasaran (Marketing Officer) di sebuah syarikat pemprosesan batu permata di London.Untuk pengetahuan anda terdapat peluang perniagaan yang hendak saya perkenalkan dan keuntungannya akan diperolehi daripada kerjasama dan bantuan segera yang saya perlukan daripada anda.

Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu lepaskan peluang yang ada di dalam syarikat kami buat masa ini dan juga pada masa hadapan. Saya perlukan anda sebagai pembekal (supplier/agent) kepada syarikat kami supaya kita boleh sama-sama merebut peluang perniagaan yang terbuka sekarang ini.

Syarikat kami memerlukan produk bernama (DANBURITE LIQUID). Produk Danburite Liquid ini merupakan bahan cecair kimia saintifik yang baru dan merupakan pelincir yang digunakan di dalam makmal permata (gemological laboratory) untuk rawatan penulenan berlian (purification of diamonds clarity treatment). Pelincir yang digunakan semasa rawatan tersebut akan menembusi jauh ke dalam berlian dan semua kotoran hitam kecil di dalam berlian dan batu permata akan meruap keluar.

Pembekal utama produk ini berada di Malaysia tetapi pembekal produk terus kepada syarikat kami telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia di UK, beliau merupakan Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan semenjak kemalangan tersebut, monopoli perniagaan telah terputus.

Sesiapapun boleh membekalkan produk dan bergabung untuk membuat perkongsian dengan syarikat kami dan ini adalah sebabnya saya menulis email kepada anda untuk meminta bantuan, di mana saya memerlukan anda untuk bertindak sebagai ejen perantara yang akan mengisi kekosongan di antara pembekal utama dan pembeli iaitu syarikat kami.

Ini adalah perniagaan yang besar dan akan memberikan dividen yang baik kepada kita berdua. Saya hanya memerlukan kerjasama anda untuk menjadikan perniagaan ini berjaya. Maklumat lanjut akan saya berikan sekiranya anda sanggup menjadi ejen yang membekalkan produk ini kepada syarikat kami. Pertama, saya akan mendapatkan satu perjanjian bekalan kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada syarikat di mana saya bekerja. Berdasarkan peratusan, harga belian produk daripada syarikat adalah 4,000.00 USD per karton, manakala di Malaysia harga jualan produk adalah 2,100 USD. Jumlah yang diperlukan oleh syarikat adalah tidak kurang daripada 200 karton.

Tujuan mengapa saya mahu anda untuk menjadi ejen kami adalah untuk menjadi pautan yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secara langsung kepada syarikat yang membeli. Maka margin keuntungan akan dikongsi oleh kita berdua 40% untuk anda manakala 60% untuk saya.

Bantuan utama yang diperlukan daripada anda adalah supaya anda memberitahu kepada pengurus saya bahawa anda boleh membekalkan produk ini kepada syarikat kami dan juga untuk mendalami butiran tentang harga dan cara bayaran. Kemudian, kami akan ambil langkah selanjutnya daripada situ.

Hubungi saya setelah terima emel ini supaya saya boleh berikan nama dan butiran pembekal utama di Malaysia. Setelah menerima butiran pembekal utama ini, anda perlu menghubungi pembekal tersebut untuk bertanya samada, sekarang ada stok atau tidak untuk bekalan segera kepada kamu, sebelum saya maklumkan kepada Pengarah Syarikat (Company Director) kami tentang anda. Seterusnya Pengarah Syarikat akan hubungi anda dan membuat persediaan kepada Pengurus Pembelian (Purchasing Manager) terbang ke Malaysia. Purchasing Manager ini akan membeli produk daripada anda dan bayaran adalah secara tunai melalui bank di Malaysia.

Harap boleh balas dengan segera.

Yang Benar
Norazah Binti Abu Bakar
Baca Lagi

3 Nov 2013

Huda pergi bercuti


Huda pi bercuti ikut ibu dan baba dia ke kl sana nuh . Dekat 2 minggu juga la . Tak pa la sesekali pi jalan , tapi kalau tak pi jalan pun tak la aku nak bawa pi kerja di pejabat ? . Tol tak .

Sunyi sekejap rumah kalau dia tak ada , hilang kejap riuh rendah . Moga perjalanan diberkati Allah , selamat pergi dan balik ,amin ...........

Baca Lagi

29 Oct 2013

Love u mr arrogant


Dulu tengok cerita ni macam tak best , tapi semakin lama aku tengok semakin syok juga , dah mula beremosi , ternanti-nanti episod seterusnya.

Nak solat maghrib pun kena tunggu iklan , tapi solat khusyuk lah , tak lah dok ingat cerita ni . Agaknya ending cerita ni macam mana ya ?

Baca Lagi

28 Oct 2013

Sepetang di taman permainan


Nampak macam nak hujan tapi tak jadi , bawa jua Jannah ke taman permainan , kasi dia release tension sikit setelah seharian di sekolah .

Dulu aku selalu jogging keliling taman tapi ,tak sekarang sebab masa singkat, jam 7 dah azan maghrib , tak puas .

Tengok bebudak main sudahlah.....

Baca Lagi

27 Oct 2013

" Happy birthday abah ! "


Hari ni dapat wish happy birthday dari anak aku Nuruljannah Aqilah, tak perasan pula hari ni aku punya besday .

Waktu kecik dulu tak ada majlis pin nak raikan besday ,tapi zaman sekarang , dah serupa kenduri kawen .

Esok Huda punya besday pulak , comfom mak dia beli kek , siap buat majlis , aku tumpang sekaki . Happy birthday to me.....

Baca Lagi

Cara hidup yang sihat ?


Hari ni pi gym sat . Sendirian saja sebab Jannah pi tuition english , seminggu sekali saja sekarang ni sbb x sempat . Oklah tu sbb saya dah tak makan dah waktu malam .

Dulu senaman hari hari tapi , malam makan nasi siap tambah lagi , kekadang makanan anak tak habis aku yang habiskan hehe. Camna nak turun berat badan ?

Tapi sekarang ni aku dah ubah diet , makan sebelum pukul 7 malam , kalau lapar juga minum milo saja , dah seminggu aku try , harap turun berat badan ......

Baca Lagi

Tak sangka Kelantan menang ....


Malam tu aku tengok bola Kelantan vs Atm setakat first half je sbb ada kerja , ATM dah leading 2-0, malas dah aku nak tengok. Ingatkan komfom Kelantan kalah , rupanya dalam 10 minit terakhir mereka jaringkan 2 gol , syabas TRW, see u in final ........lawan Pahang nanti .

Baca Lagi

Bihun sup Simpang Empat Perlis terbaik


Balik dari Penang terus makan bihun sup di Pekan Simpang Empat , peeergh mmg terbaik , nak sup apa semua ada ,sup lidah, perut kelempong ? semua ada ,harga?  Biasa -biasa ja ...n

Baca Lagi

Makan kenduri di Penang


Bertolak pagi tadi dalam kol 11 ke Penang , Sg Dua nama tempat tu , besar juga kenduri tu , kawan wife punya pak cik tu, besarnya kenduri. Rumah Dato Seri tu , mmg besar kenduri tu VVIP semua datang .

Sesekali jalan Penang , syok juga hehe

Baca Lagi

21 Oct 2013

Ajar awal pakai telekong ,bukan apa nak biasakan diri


Cantik tak ? Saja nak biasakan dia pakai telekong , nanti nak ajar solat pulak . Ni telekong kakak dia ,pinjam sat no ,setahun lagi nak kena hantar pi taska dah .

Tapi dia ni kepala angin sikit , kekadang mood tak baik siap kita . Seminggu lagi genap 3 tahun umur dia , nak kena bawa pi  klinik untuk cek 3 tahun . 

Baca Lagi

20 Oct 2013

Brother gym and fitness centre


Boleh tahan juga gym ni , rm5 sekali masuk , kalau nak banding dgn depan maybank tu , rm10 sekali masuk , mau botak kepala mcm ni , aku bagi rating 8/10.

Tapi yg ni pemiliknya melayu , yg kat tokong tu pemiliknya cina , datang dari kl katanya . Tapi mahal beb , kalau nak ambik pakej bulan seribu lebih kena bayar .

Kat sini peralatan dijaga dgn baik , tak mcm halily gym , treadmill pun manyak 8 biji , tak yah nak berebut . Senang ja lepas hantar jannah tuisyen , aku pergi layan gym dulu 3 jam , pastu terus ambik dia . Memang best .

Baca Lagi

19 Oct 2013

Smart reader terbaik ?


Jannah dah nak masuk darjah satu jadi supaya tak kasi dia JAKUN sangat bila nak 'speaking' dengan cikgu english nanti , so far ' yes no oraiit thank you ' tak ada masalah la , yg lain belum lagi ,baru nak mula kenal perkataan english .

Kelas dia pada hari ahad mula jam 8.30 sampai 11:30 , time tu sempai lagi aku nak melepak di gym kat area kangar ni . Dia akan rehat jam 10  , makan bekalan yg dibawa , situ tak sedia makanan , nasi lemak dgn air milo , milo bawa dari rumah , nasi lemak beli je .

Boleh tengok perkembangan terbaru esok , boleh perkataan apa pula tak tau .

Baca Lagi

Huda dan sepupu dia .....Amirul Mustaqim....


Raya hari tu, di rumah tok teh, main la dgn sepupu dia amirul mustaqim , 8 bulan , huda 3 tahun , nampak macam sama besar saja walaupun beza umur dekat 2 tahun lebih kan ?.

Cuma akal je belum sempurna lagi , itu yang bezanya ,dan .....orang tak kenal komfom tarik muka ......lepas tu waaaaaaa

Baca Lagi

18 Oct 2013

Ini nak bergambar ke nak tembak ni ?


Ini gambar sewaktu hari raya haji , nak pi rumah tok wan pa , nak bergambar dulu ,tapi dua-dua nak dok depan , si kakak tu mcm nak kenyit ja , yang si adik asyik nak wat peace je .

Tiga hari makan daging woo, panas badan woo , ada sorang staff kat tempat keje aku masuk wad hari ni , tak tau kenapa silap makan ka ?

Baca Lagi

15 Oct 2013

Derita Ubat Jahanam !!


Shah Alam: “Ubat jahanam tu hancurkan hidup saya,” kata mangsa ubat perangsang seks tiruan hanya mahu dikenali sebagai Mokhsin, 52, yang kini terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kesan ubat berkenaan.
Menurut ahli perniagaan yang menggunakan ‘ubat kuat’ dibeli melalui laman web di Internet itu, dia membeli ubat berkenaan selepas berkahwin dengan isterinya berusia 26 tahun berikutan kematian isteri pertama dua tahun lalu. 
“Pada mulanya, saya hanya mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu dan juga telur ayam kampung dengan madu apabila isteri baru mendakwa saya kurang bertenaga di ranjang.

“Namun, selepas beberapa bulan mencuba, tenaga saya masih tidak bertambah hingga membuatkan saya mendapatkan nasihat doktor dan rakan,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menjalani rawatan di sini, semalam.
Foto

Mokhsin berkata, dia mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama dengan arwah isterinya dan berhasrat mendapatkan anak dengan isteri barunya itu. - Metro

Baca Lagi

10 Oct 2013

Tak sengaja langgar anak sendiri


KUALA TERENGGANU – Luluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam.
Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, maut akibat mengalami pendarahan dalaman.
Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setengah jam kemudian.
Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Fitri Ngah, 40, memberitahu, sebelum kejadian, dia bermain dengan Muhammad Faqih di ruang tamu bersama anak-anak lain.
Kata guru itu, dia kemudian meninggalkan mereka untuk bersarapan di dapur.
“Pada masa sama, isteri saya, Faizah Yusuf, 35, menghidupkan enjin untuk mengeluarkan MPV jenis Proton Exora dari garaj sebelum membawa kenderaan itu masuk semula secara mengundur. Dia sering berbuat demikian untuk memudahkan saya keluar bekerja.
“Ketika itulah mungkin Muhammad Faqih yang baru hendak belajar berjalan pergi ke garaj sebelum dilanggar secara tidak sengaja oleh isteri saya. Faizah hanya berhenti dan turun dari kereta selepas terdengar jeritan seorang jiran yang melihat kejadian itu,” ceritanya ketika ditemui di HSNZ.

INILAH MPV yang merempuh Muhammad Faqih.


Tambahnya, dia yang terkejut kemudian bergegas keluar dan alangkah luluh hatinya apabila mendapati Muhammad Faqih telah terbaring dalam keadaan berlumuran darah lalu memangkunya. Mangsa kemudian dikejarkan ke HSNZ namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurut Mohd. Fitri, anak-anaknya sering menunggu di dalam rumah ketika isterinya mengundurkan kereta.
“Biasanya Muhammad Faqih hanya akan pergi sampai ke pintu namun saya tidak sangka pagi tadi (semalam) dia jalan hingga ke garaj.
Artikel Penuh: kosmo.com.my
Baca Lagi

9 Oct 2013

Moto GP Malaysia 2013 dijangka hangat



PERLUMBAAN Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2013 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari Jumaat hingga Ahad ini dijangka menarik lebih ramai penonton berbanding edisi tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC), Datuk Razlan Razlan menjelaskan bahawa sebanyak 90 peratus daripada 80,000 tiket perlumbaan tersebut telah habis dijual setakat ini.

Justeru, Razlan yakin baki 10 peratus lagi tiket berkenaan akan dijual pada hari perlumbaan itu berlangsung iaitu pada Ahad ini.

"Penjualan tiket setakat ini telah semakin meningkat menjelang perlumbaan sebenar MotoGP Malaysia, Ahad ini.

"Tahun lepas kita lihat kehadiran penonton sekitar 77,000 orang, namun tahun ini kami telah berjaya jual 90 peratus daripada 80,000 tiket.

"Baki, 10 peratus lagi saya rasa akan dapat dijual pada hari perlumbaan tersebut nanti iaitu Ahad," jelas Razlan pada Majlis Tayangan Trofi MotoGP Malaysia 2013 yang ditaja Royal Selangor Pewter di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Tun Mahathir dan Pengarah Eksekutif Pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue.

Pada edisi tahun lalu, peminat sukan pemotoran tanah air menyaksikan pelumba kelas Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menaiki podium sebagai naib juara di Sepang.

Pencapaian pelumba wildcard, Hafizh Syahrin Abdullah yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam kelas Moto2 turut melonjakkan lagi populariti sukan pemotoran ini di Malaysia.

Namun, tahun ini Malaysia menampilkan tiga lagi pelumba dengan harapan mengulangi pencapaian bersejarah tersebut iaitu pelumba Honda Team Asia, Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi dalam kelas Moto2 serta dua pelumba wildcard bagi kelas Moto3, Amirul Hafiq Mohd Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik.

"Sudah pasti harapan besar diletakkan ke atas pelumba negara kita untuk mencatat kejutan, terutamanya Zulfahmi dan Hafizh.

"Jadi, saya percaya semua peminat sukan pemotoran akan hadir memenuhi Litar Sepang untuk menyaksikan sendiri kelibat pelumba-pelumba kita dengan mata sendiri," jelas Razlan.

Mengenai peluang Zulfahmi untuk beraksi Ahad ini selepas menjalani pembedahan keretakan pada tangan kanannya, Razlan berkata: "Zulfahmi ketika ini sedang menjalani program fisioterapi dengan lebih intensif bagi memastikan dia bersedia untuk perlumbaan ini.

"Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan (sesi latihan bebas) Jumaat ini kita akan tahu sama ada dia boleh beraksi atau tidak."



Baca Lagi

8 Oct 2013

Berlian putih sebesar telur ayam hatganya RM87 juta !!



HONG KONG - Sebutir berlian putih seberat 118 karat yang mempunyai saiz sebesar sebiji telur ayam dijual pada harga AS$27.3 juta (RM87 juta) dalam satu acara lelong di sini.

Berlian itu berjaya dibida oleh seorang pembeli dari Afrika menerusi panggilan telefon pada malam semalam.

Nilai tersebut mengatasi rekod lelongan berlian putih yang dijual pada Mei lalu oleh firma lelongan Christie di Geneva dengan harga AS$26.7 juta (RM85.2 juta).

Kemuncak acara lelong di Hong Kong itu turut tertumpu kepada berlian biru seberat 7.6 karat yang dijual pada harga AS$16.1 juta (RM51.4 juta).

Bagaimanapun, kedua- dua permata tersebut dijual kurang daripada nilai anggaran asal. - AP



Baca Lagi

7 Oct 2013

Kesian ! 6 beradik ditinggal kelaparan lebih 24 jam



KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.

Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.

"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.

"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.

“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.-sinar
Baca Lagi