Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Dec 2013

Polis cari petunjuk baru kes tiga beradik


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

GEORGETOWN - Selepas hampir seminggu berlalu, kes kematian tiga beradik dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, masih menjadi misteri yang tidak terungkai.

Malahan sehingga kini, pihak polis juga tidak mempunyai petunjuk baru mengenai kejadian berkenaan, bagaimanapun polis tetap meneruskan siasatan dan akan mengstruktur semula kejadian bunuh itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk baru berhubung kejadian tersebut termasuk suspek yang terlibat.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenalpasti punca pembunuhan dan percaya dapat merungkai kejadian bunuh tersebut.

“Tiada perkembangan lanjut berhubung kes ini dan harap bersabar kerana kita sedang menjalankan siasatan bagi mencari pentunjuk untuk merungkai bagaimana kejadian berlaku.

“Saya meminta kalau ada saksi-saksi yang nampak budak-budak itu sebelum kejadian berlaku supaya datang memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Kontinjen Pulau Pinang bersama komuniti di Pangkalan Marin Batu Uban di sini hari ini.

Sementara itu di Alor Setar, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, tempoh reman seorang pelajar berusia 16 tahun yang ditahan dirumahnya, Arau Perlis berakhir hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, pelajar berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan yang menyayat hati.

Dia direman selama empat hari bermula Isnin sehingga hari ini untuk membantu siasatan.

Setakat ini, pihak polis telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Misteri kehilangan tiga kanak-kanak perempuan pada Jumaat lalu terjawab apabila mereka dijumpai mati di dua lokasi berasingan.

Anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Nor Syafikah Nadia, ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang, Sabtu lalu.

Sementara dua adiknya pula, Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui Ahad lalu, kira-kira jam 3 petang dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, di sini. -sinar
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment