Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Aug 2012

Tragedi bas ekspress menjelang Kemerdekaan ke- 55



DI sebalik penurunan kadar kemalangan yang dicatatkan dalam Op Selamat yang berakhir Ahad lalu, kejadian kemalangan terutama membabitkan kenderaan berat masih berlaku.

Terbaru, dalam kemalangan berasingan, dua bas terbabit dalam kemalangan.

Kes 1 : Maut selepas bas rempuh treler

Keadaan bas remuk di bahagian hadapan selepas melanggar belakang sebuah lori treler sehingga meragut seorang nyawa di KM 362.7, arah Utara, Lebuhraya Utara Selatan, di sini.


DI SLIM RIVER, kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler membawa muatan besi di Kilometer 362.7 Lebuhraya Utara Selatan, kelmarin, mengakibatkan pemandu bas, Husain Jaafar, 29 maut, empat penumpang bas parah dan lapan lagi cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superitenden Othman Nanyan memaklumkan, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.45 malam dan ketika itu, bas ekspres dipandu mangsa yang membawa 18 penumpang sedang dalam perjalanan dari Klang menuju Butterworth.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, bas berkenaan dipercayai telah merempuh bahagian belakang lori treler dari arah sama yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun menyebabkan kedua-dua kenderaan tertunda sejauh 100 meter ke hadapan.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu bas ekspres berkenaan dan maut serta merta akibat kecederaan dalaman. Mayatnya telah dikeluarkan oleh lima anggota Bomba dan Penyelamat Slim River.

"Penumpang bas yang parah dan cedera ringan dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, adik kembar mangsa, Hassan Jaafar, 29 berkata, dia merasa tidak sedap hati secara tiba-tiba pada malam kejadian, bagaikan ada sesuatu akan terjadi sehingga sukar melelapkan mata.

Menurutnya, dia baru cuba melelapkan mata kira-kira jam 12 tengah malam apabila mendapat panggilan dari adik beradik lain memaklumkan Husain meninggal dunia akibat kemalangan.

"Panggilan itu memang mengejutkan saya. Kali terakhir saya berjumpa Husain adalah pada Rabu lalu di rumahnya, di Kampung Dato' Manan, Tiak, Baling, Kedah.

"Arwah sempat minum air dan menyerahkan sejumlah wang kepada kami untuk membaiki keretanya tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara ketika itu, selain lebih banyak mendiamkan diri," katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Slim River, semalam.

Katanya, Husain bekerja sebagai pemandu bas di kem latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Limau, Kedah secara kontrak dan sedang bercuti, sebelum menyambung kerja pada September nanti.

"Dia memandu bas persiaran secara sambilan sejak sebulan lalu untuk mengisi masa lapang sebelum menyambung kontrak di kem berkenaan," katanya.

Kes 2: 10 pelajar nyaris maut

Rempuhan bas menyebabkan pelajar politeknik yang sedang bersarapan bertempiaran lari.

DI DUNGUN, Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan apabila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, di Kampung Batu Tujuh, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu dipercayai berpunca apabila bas ekspres dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Dungun itu dikatakan menghadapi masalah brek.

Sebaik tiba di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat, hadapan PSMZA itu, bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah kereta Honda Civic lalu merempuh sebuah Perodua Kembara yang berada di sebelah kiri.

Bas dinaiki 10 penumpang itu kemudiannya merempuh tiang konkrit sebuah kedai makan menyebabkan 10 pelajar PSMZA yang sedang bersarapan pagi di kaki lima hadapan kedai tersebut lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Bagaimanapun empat daripada pelajar tersebut, Azizul Hakimi, 18; Muji Rahman, 18; Ainil Iqmal, 18; dan Shahrul Azwari, 18, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai terkena serpihan kaca dan besi dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika dirempuh bas terbabit.

Pemandu kereta Honda Civic, Ahmad Qasimi Mohamed, 27 dan rakannya yang duduk di tempat duduk hadapan, Melcolm Wee, 25, berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah kiri dan kedua-duanya dilaporkan cedera ringan.

Seramai 10 penumpang bas tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas, Zahari Muda, 39, dari Pengkalan Arang, Kuala Terengganu hanya cedera ringan.-sinar


Baca Lagi

Kejam : Kerat sebelum bakar



Di Nibong Tebal , kepulan asap di sebuah lorong kecil berhampiran ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki terbakar dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua tangan dikerat pada paras siku dan kaki dipotong di bahagian paha.

Mayat lelaki dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap dekat ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.

Kejam betul , orang yang buat tu tak ada hati perut .

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, ketika ditemui sebahagian mayat masih terbakar itu dan mangsa hanya berseluar dalam.

Menurutnya, siasatan anggota forensik yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit dan menganggarkan usia mangsa dalam 30-an.-metro



Baca Lagi

Bas melekat belakang treler di Slim River




“Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk.”

Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Agaknya pemandu mengantuk tu kot .

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.


Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.


“Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.

“Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong,” katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.


Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.

Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.


Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak “Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.


“Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.


Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.


Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler. -metro



Baca Lagi

30 Aug 2012

Asrarudin akan ke Eropah ikut jejak Nazmi Faiz



Ini namanya kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya , rezki lagi bagi seorang pemain bolasepak Malaysia .

Setelah Mohd. Nazmi Faiz menyertai kelab Portugal, SC Beira-Mar Mei lepas, kelibat pemain negara terus meraih perhatian kelab antarabangsa dengan terbaru pertahanan kiri Harimau Malaya dan Selangor, Asraruddin Putra Omar mungkin mengikut jejak Nazmi.

Asraruddin, 24, diintai dua kelab iaitu Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), Internacional FC yang berpusat di Santander.

Kelab berkenaan telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor.

Mesti confirm dapat ni ...

Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Urban Bash Sport Management, Faliq Firdaus rundingan terhadap Asraruddin masih pada peringkat awal kerana kelab Internacional hanya baru bertanyakan harga serta soal gaji yang boleh ditawarkan.

"Internacional FC telah menyatakan minat secara rasmi dengan menghantar satu surat kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengenai kedudukan Asraruddin.

"Setakat ini belum ada sebarang perbincangan serius di antara kedua-dua pihak dan masih terlalu awal untuk mengatakan Asraruddin akan menerima tawaran itu tetapi kelab dari Sepanyol itu memang berminat mendapatkan khidmatnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelab Internacional FC yang baru sahaja ditubuhkan dua tahun lalu merupakan juara Divisyen Enam Sepanyol pada musim 2011/12.

Selain Internacional FC, satu lagi kelab yang turut berminat dengan kemampuan Asraruddin adalah kelab dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), O.S Belenenses, namun belum ada tawaran secara rasmi dikemukakan setakat hari ini.

OS Belenenses merupakan antara kelab yang pernah meraih pelbagai kejuaraan di Portugal seperti Piala Portugal sebanyak tiga kali dan menjuarai Piala Intertoto pada 1975.

Siapa cepat dia dapat kan !!

Asraruddin merupakan tonggak penting yang membawa kejayaan skuad Bawah 23 tahun negara pada Sukan SEA Indonesia tahun lalu.

Dia menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir sebelum permainan diheret ke masa tambahan yang menyaksikan Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas buat kali kedua berturut-turut.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu sering menjadi pilihan utama jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengisi posisi bek kiri dalam kesebelasan utama berbanding pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Azmi Muslim.

Berketinggian 1.83 meter, mak ooi tingginya !! Asraruddin pernah mendapat pengalaman menjalani percubaan selama seminggu bersama kelab utama Belanda, PSV Eindhoven pada 2007.-utusan
Baca Lagi

Muhdalina pakai topeng Power Rangers elak dikenali


Hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pakai topeng Power Rangers  untuk elak dikenali,  Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Ada 2 pertuduhan yang dibacakan ke atas dia .....

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

Berbaloi tak dia buat keje ni ?  -sinar harian
Baca Lagi

Mudahnya janda ditipu Mat Afrika , RM200 K lesap


Mudahnya janda ni kena tipu ....

Cair dengan pujukan ‘Dr Michael Clinton’ kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kerugian RM233,000.

Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial, awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Jangan cepat percayakan orang

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, untuk meyakinkan mangsa suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang AS$380,000 (RM1,186,38) kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.

Menurutnya, selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak, namun untuk mendapatkannya mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.

Bagi aku cara paling selamat adalah simpan duit di tempat yang kena guna buku untuk buat simpanan dan withdraw , susah orang nak curi kan ? -metro


Baca Lagi

Peragut semakin berani , terbaru mangsa ragut hampir putus tangan di Kota Bahru


Di Kota Bahru , seorang pembantu klinik hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang ketika diragut dua lelaki di Jalan Che Su, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, akibat kecederaan parah yang dialami. Takziah untuk mangsa ...

Dia sebelum itu dikatakan baru keluar dari kereta yang diparkir berhampiran tempat kejadian dan berjalan bersendirian ke kedai untuk membeli kain tudung.

Menurut saksi, Hidayah Daud, 21, dia mendengar suara wanita menjerit meminta tolong sebelum ternampak mangsa bergelut dengan seorang daripada peragut.


Katanya, mangsa cuba melawan sebelum suspek melibas parang dan menetak pergelangan tangannya namun gagal melarikan beg tangan mangsa. Peragut sekarang ni semakin berani .


“Saya lihat wanita itu ditetak berkali-kali namun mangsa masih tidak melepaskan beg tangan. Disebabkan itu, peragut bertindak melibas parang dan menetak tangannya.

“Bagaimanapun, peragut itu melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian sebelum orang ramai memberikan bantuan,” katanya.


Difahamkan, ibu kepada dua anak itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di HRPZ II. Adik mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke HRPZ II bersama ibu saudaranya dan untuk melihat keadaan kakaknya itu.

Katanya, dia terkejut melihat tangan kakaknya yang terbelah dan hampir putus akibat ditetak peragut terbabit. Kesian ....

“Saya terima panggilan daripada pihak hospital namun tidak menyangka kecederaannya begitu teruk malah saya terkejut apabila melihat tangannya yang hampir putus,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Katanya, setakat ini polis masih belum mendapat maklumat tepat berhubung suspek dan akan menjalankan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Harap peragut dikenakan hukuman setimpal... -metro


Baca Lagi

29 Aug 2012

Rumah kartunis Imuda kena ceroboh , perompak sempat jamah kuih raya !


Kejadian berlaku di Ampang ...

“Perompak itu sempat menjamah biskut raya dan minum air sirap dalam peti ais seolah-olah beraya dalam rumah kami pula.

Ha ha ha...

“Malah, mereka sempat meletakkan tiga gelas air itu dalam sinki. Mereka lakukan itu kerana tahu kami tiada di rumah,” kata pelawak, Imuda atau nama sebenar, Abdul Rahim Muda, 52.

Beliau yang juga penyanyi, pelukis serta pelakon popular menerusi sitkom komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, mendakwa mengalami kerugian hampir RM7,000 selepas barang berharga miliknya dilarikan kumpulan yang memecah masuk rumahnya di Jalan Mamanda 12, di sini.

Tak ade rezki tu .....

Difahamkan, Imuda sekeluarga pulang beraya ke Pulau Pinang sejak 17 Ogos lalu bagi menyambut Aidilfitri sebelum pulang semula ke rumahnya, kelmarin.

“Saya tiba di rumah pada jam 3 petang semalam (kelmarin) dan langsung tidak menyedari rumah sudah dipecah masuk kerana tiada kesan umpil pada pintu. “Bagaimanapun, sebaik naik ke tingkat atas, saya terkejut melihat lima bilik berselerak. Malah, jeriji tingkap juga terbuka dengan kesan umpil,” katanya.
Selepas memeriksa, katanya, barang berharga seperti komputer riba, dua telefon bimbit dan empat jam tangan berjenama hilang.

“Saya tidak tahu bila rumah saya dipecah masuk kerana lebih 10 hari meninggalkan rumah. Malah, jiran juga tidak menyedari kejadian itu,” katanya. Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku selepas setahun berpindah di situ bersama isteri, Zabarina Haja Mushadi Ali, 30, dan tiga anaknya Raihana, 17, Mohd Redza, 11, dan Muhammad Rayyan Ziqri, 17 bulan.

Barang hilang tak pe , janji nyawa selamat...

Menurutnya, beberapa bulan lalu, isterinya hampir diragut, namun kejadian disedari jirannya yang menjerit menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.

“Saya difahamkan, beberapa jiran lain juga pernah mengalami kejadian sama apabila rumah dipecah masuk dan menjadi mangsa ragut. “Saya bimbang keselamatan keluarga dan berharap polis mempertingkatkan rondaan di sini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian. -metro




Baca Lagi

Penggali kubur maut tertimbus kubur yang sedang digali


Kejadian berlaku di Temerloh , Pahang . Seorang penggali kubur maut selepas kubur yang sedang digalinya tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak, dekat sini, jam 10 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Zailan Hitam @ Hamid, 46, sedang menyiapkan liang lahad sambil diperhatikan bapanya yang berusia 60-an serta seorang rakan, Mohd Nasir Musa, 40.

Mohd Zailan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala lehernya patah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood ketika mengesahkan insiden itu berkata, Mohd Zailan sedang menyiapkan kubur seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia malam kelmarin akibat sakit tua.

“Mohd Zailan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan lehernya patah. Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang berusaha menyiapkan bahagian liang lahad.



Jarang berlaku kes sebegini ...

“Secara tiba-tiba, tebing kubur runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa. Mangsa tertimbus lebih setengah meter. Hanya kaki kanan mangsa saja dilihat terjulur keluar.

“Bapa, rakan serta beberapa penduduk yang berada di kawasan berkenaan menjalankan kerja awal untuk membantu menyelamatkan mangsa dengan mengorek tanah menggunakan tangan dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zundin berkata, polis menolak kemungkinan unsur jenayah dan menyifatkan sebagai kemalangan biasa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya semalam.

Sementara itu, sepupu mangsa, Zainal Abidin Mohamad Ali, 48, berkata kejadian itu berlaku kira-kira lima minit selepas dia pulang ke rumah Minah memaklumkan perkembangan kubur yang sedang digali.

“Tiba-tiba, saya menerima panggilan rakan memberitahu kubur yang digali itu runtuh dan menimbus arwah. Saya bergegas kembali ke tanah perkuburan dan sebaik tiba, saya lihat tangan dan kaki kanannya terjulur keluar. Kami mengorek tanah dengan tangan kerana bimbang dia cedera jika menggunakan cangkul.

“Ketika itu juga saya terdengar bunyi rengusan yang agak kuat dari arwah. Saya yakin arwah sedang berada dalam keadaan yang sangat sakit serta menderita. Hampir menitis juga air mata saya. Beberapa minit kemudian, kami berjaya mengeluarkannya dan ketika itu dia sudah nyawa-nyawa ikan. Dia meninggal sebelum ambulans tiba,” katanya.

Kuasa Allah semua tu....

Jenazah Mohd Zailan dikebumikan di tanah perkuburan sama.-metro


Baca Lagi

Raptai merdeka satu kemestian


Raptai merdeka 2012 tiap tahun kena buat. Tahun ni genap 55 tahun merdeka , 'Janji ditepati ' ? Apa pendapat anda adakah janji ditepati ?
Baca Lagi

28 Aug 2012

Malaysia pun banyak kes tembak jarak dekat , bukan kat Siam je



Kejadian berlaku di Marang , Teganu. Seorang peniaga yang leka bermain dam di depan kedai bersama seorang rakannya mati ditembak di Kampung Bukit Cempedak di sini kelmarin.

Kat Malaysia pun tak selamat nih ...

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, kejadian berlaku pada 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, bermain dam dengan seorang rakan baiknya yang berusia 51 tahun di depan rumah kedai miliknya.

"Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki yang mencari lelaki bernama Pok Mat sebelum mereka kemudian meminta untuk membeli minuman.


"Bagaimanapun, belum sempat mangsa mengambil minuman salah seorang suspek terus melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta yang jaraknya hanya tiga meter sehingga mangsa rebah dan ketiga-tiga suspek melarikan diri," kata beliau kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, tembakan itu mengenai rusuk belakang sebelah kanan dan rusuk depan sebelah kiri mangsa.

Nak selamat , duduk je dalam rumah , kebarangkalian nak kena tembak tu kurang sikit , tak yah le lepak kedai lama-lama. -kosmo

Baca Lagi

Ambulan terbalik, pemandu dan jururawat cedera di Kuching


Ambulan terbalik di Kuching , kes kemalangan terbaru di Kuching , Sarawak . Seorang pemandu ambulans dan seorang jururawat nyaris cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di atas pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Wan Alwi di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Hospital Pakar Kuching, Tabuan Stutong di sini ke Tabuan Dayak untuk mengambil pesakit. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.



Pemandu ambulan memang dilatih untuk memandu laju . Malang tak berbau .

Kemalangan dikatakan berlaku apabila pemandu ambulans tersebut hilang kawalan ekoran jalan licin ketika hujan lebat di sepanjang perjalanan.



Kalau faktor jalan licin memang tak leh nak wat apa dah , bukan kecuaian manusia ...

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Polis percaya kejadian itu disebabkan jalan licin ekoran hujan lebat. Pemandu ambulans dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terhumban melepasi penghadang ke jalan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Nasib baik le tak de kenderaan lain yang melanggar mereka ...

Kejadian itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira dua kilometer ekoran pemandu bertindak memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kemalangan tersebut. Apa pun takziah kepada mangsa tu !! -Kosmo

Ambulan terbalik , pemandu dan nurse cedera

Baca Lagi

Pengakuan Gadis diperkosa berkali-kali oleh bomoh dalam ' rawatan buang sial '


“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.

Ceh ..tak guna punya tok bomoh ...patut kena report polis ni ..

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula  rakan lamanya, dia terjerumus  buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani jadi tempat mereka berteduh .......

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka.-sinar



Baca Lagi

Gambar Kambing panjat pokok di Maghribi


Kejadian ni berlaku di Rabat , Maghribi...pelik kambing panjat pokok ....

Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube.

Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis.

Pelik ! Pelik !

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter.

Nanti kita tengok kambing panjat gunung pulak ... - kosmo


Baca Lagi

Lee Chong Wei bakal kahwin tahun depan , 2013


Tahniah Chong Wei sebab menang  pingat perak di Olimpik London, Lagi Tahniah sebab nak kahwin tahun hadapan dengan Mew Choo.

Bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bakal mengikut jejak langkah Lin Dan yang akan melangsungkan perkahwinan selepas merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.

Pemain yang kini berada di ranking kedua dunia bakal mengahwini bekas ratu badminton negara Wong Mew Choo, meskipun pernah berpisah.

Jangan cepat pancit dah le lepas kahwin ...

Begitupun Chong Wei belum menetapkan tarikh dan tempat melangsungkan perkahwinan.

Tahun depan bakal kahwin...

“Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda seperti dulu,” kata Chong Wei.

Mew Choo, 29, kini bergelar jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selepas bersara sebagai pemain tahun lalu.


Biasa la sedangkan lidah lagi tergigit .....

“Kami saling mengenali sejak sekian lama. Ada kalanya berdepan situasi sukar dan bahagia, itulah hubungan kami kerana saya fokus kepada kerjaya dan salah faham sering berlaku,” kata Chong Wei mengulas mengenai kisah cintanya dengan Mew Choo yang pernah terputus sekitar 2009, ketika dia menjalani latihan di Korea Selatan -metro


Baca Lagi

27 Aug 2012

Niat dan Kelebihan puasa 6 bulan Syawal


Bawah ni adalah niat puasa 6 bulan Syawal
Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.



Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Sumber

Baca Lagi

Tembak anak sendiri atas pokok ingatkan monyet curi buah !




Tembak anak sendiri atas pokok ingatkan monyet curi buah ! Sampai tahap tu pemikiran bapa ni , anak sendiri pun tak cam ...

Seorang petani di selatan Nepal, menembak mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya, kata polis semalam.

Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan.

Kalau anak tu cedera tak pa la , ini mati terus ... menyesal tak sudah si bapa tu ...

Deputi Superintenden daerah Arghakhanci, Arun Poudel berkata, “Anak lelakinya itu menyorok di atas pokok di kebun mereka untuk menghalau monyet yang sering ke situ untuk mencari makanan di ladang jagung.” Katanya, kanak-kanak lelaki itu mati serta-merta selepas Gupta melepaskan tembakan. Siasatan awal kami mendapati, bapanya tidak sedar anak lelakinya itu pergi ke ladang jagung untuk menghalau monyet,” katanya.

Yang budak ni pon satu kalau nak halau monyet tak yah lah naik pokok .....

Arun berkata, Gupta kini dalam tahanan polis dan senjata yang digunakan ketika menembak anak lelakinya itu, turut dirampas.

Tiga spesies monyet, berasal dari Nepal iaitu Rhesus dan Assam dan lotong biasa dianggap suci dan petani biasanya akan cuba menakutkan haiwan itu tanpa mencederakannya dari ladang mereka.

“Saya hanya sedar mengenai kesilapan saya apabila anak lelaki saya jatuh dan tersangkut di dahan pokok,” kata petani itu.

Dah terhantuk baru terngadah.....sifat semulajadi manusia!!

sumber
Baca Lagi

Kisah Neil Amstrong dengar laungan Azan sewaktu jejak kaki ke bulan




Saje aku nak berkongsi kisah ni agar dijadikan panduan kepada kita tentang kebesaran Allah . Sejauh mana cerita ni betul atau tidak  tak  tahu.

Neil Armstrong dikatakan adalah orang yang pertama mendarat di bulan. Neil pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah luput di dalam pemikiran Niel.

30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti. Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja.

Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan.

Allahuakbar... Allahhhuakbar..

ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya.

Kemudian dia duduk, berdiri dan berjalan mundar mandir sambil mengambil makanan ringan sebelum turun ke tingkat bawah untuk makan malam.

Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan selawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia cuba menghayati kalimat azan.

Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah kamu boleh berbahasa Inglish?"

Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit"

Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?"

Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh tuan"

Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar"

Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat dan ianya berlaku 5 kali sehari"

Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?"

"Ah tidak, bukan filem!!..  aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan sekali lagi dia mendengar seruan azan.

Allahu akhbar... Allahhuakbar...

Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuma mengamati seruan azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku".

Kemudia dia berseru dalam bahasa Inglish tanpa sedar, "Wahai tuhan yang maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku mendengarnya di Kairo iaitu di bumi"

Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi. Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa yang dialaminya.

Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya "apakah awak dengar apa yang saya dengar"

"Ya" jawab mereka.

"Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini? Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969."

Rakanya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan mulai berbincang mengenai perasaan anehnya.

Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya.

Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan bergema..

Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar...

 Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula. Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan."

Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka dengan rakannya.

Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut. Kesemua rombongan balik semula ke Amerika.

Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan dengan telinganya sendiri di permukaan bulan.

Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh
Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh..

Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat tidak dapat diterangkan disini kerana tidak saya tidak jelas mengenainya.

Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah"

Allahualam..
Sumber asal

Baca Lagi

Punca Sharbinee gatal seluruh badan




Puncanya Sharbinee gatal adalah akibat alergik pada makanan dan ubat.

 “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Mujur tak berbogel atas padang.. kalau tidak tak pepasal dapat tengok wayang free

Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Banyak betul kes yang berlaku di padang bola ni , ada yang mati pun ada .......

Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.


“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.

Semoga Sharbinee sembuh dan dapat main bola macam biasa....

berita penuh
Baca Lagi

Neil Amstrong nampak UFO semasa di bulan




Benarkah Neil Amstrong nampak UFO ?

LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu.

Satu perasaan yang menakjubkan pada masa tu .

Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting.

Ada orang kata dia nampak UFO , ada juga yang kata dia terdengan azan .

Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan.

Semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap.

Menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.

Kalau betul UFO , dah lama krew Apollo kena serang.

Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.

Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat, oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak."

Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.

Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Apollo 11.

Kalau nak baca Neil Amstrong terdengar Azan klik sini 
Baca Lagi

26 Aug 2012

Kagum aku dengan masjid terapung di Kuala Perlis


Kagum aku dengan masjid terapung di Kuala Perlis ni . Semua jemaah menghadap ke kiblat menghala ke laut . Ramai juga pasangan pengantin yang buat shooting outdoor , jangan shooting saja ye , solat sekali le !
Baca Lagi

Apex kemalangan jalan raya




Kejadian ini berlaku di Kota bahru .Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.

Malang tak berbau , nak buat camna apex kan ...

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

Nasib baik le dia tak cedera teruk , jika tidak tak ada orang nak jaga gol .

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

Apa pun takziah kepada Apex ...


Baca Lagi

25 Aug 2012

Gadis ini sanggup panjat tingkap untuk jumpa kekasih ..



Kejadian berlaku di Tampin , gadis ni sanggup ponteng sekolah , ikuti kisah ni .....

Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini ponteng sekolah.

Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika   umat Islam lain berpuasa.

Ini mesti dalam uniform sekolah ni , nak pergi sekolah tapi melencong ke tempat lain ....

Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.

“Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.

Ha ha kantoi tu , patut balik le waktu malam .....

“Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Isshhkkk !! Dirogol atas dasar suka sama suka  ? Pelik  kan !!

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan  ibu mangsa membuat laporan polis pagi 23 Ogos lalu.

Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Ogos lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

“Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan," katanya.

Bersetubuh dengan gadis bawah umur  samada suka ka tak suka ka tetap kena penjara 30 tahun , tak berbaloi lah !!  berita penuh

Gambar hiasan

Baca Lagi

' Aku bangga kerana hilang dara '



Pelajar-pelajar ni bangga sebab hilang dara , mereka dah join satu kelab ' tiada dara ' ..


Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Isshhkk !! Sampai tahap tu mereka ni ..

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Baru terima balasan dunia tu , bertaubatlah !!  Berita penuh
Baca Lagi

Selamat Pangantin Baru Ustaz Don Daniyal !



Tahniah Ustaz Don , selamat pengantin baru ...


Pendakwah muda popular, Don Daniyal Don Bijayid, 28 selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie, di Balik Pulau, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) itu yang menjadi perhatian ramai melalui program 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al-Hijrah diijabkabulkan dalam majlis sederhana di rumah pengantin wanita, tanpa mengundang wakil media.

Menurut sumber terdekat dengan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, majlis hanya dihadiri keluarga terdekat, saudara-mara dan kenalan rapat berikutan penceramah muda berkenaan enggan menghebahkannya kepada umum.

Katanya lagi , satu lagi majlis akan di buat di lembah Klang , katanya ...


“Majlis persandingan dijadual di rumah pengantin wanita hari ini (semalam) dan selain satu lagi majlis di dewan Kuis di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada 1 September depan.

“Persandingan kali kedua pasangan itu dibuat di Dewan Kuis bagi memudahkan kenalannya di sekitar Lembah Klang dan penuntut Ustaz Don di Kuis hadir,” katanya.

Ustaz Don yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir sebelum ini bertunang dengan Husna, penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, 6 Mac tahun lalu.

30 minit Ustaz Don tu tak cukup sebenarnya , 60 minit Ustaz Don ok tak ?  Berita penuh


Baca Lagi

24 Aug 2012

Restoran Umbut lagi ....


Banyak kedai masih tutup , jadi Restoran Umbut juga jadi sasaran, kedai tu je selera aku. Malam ni order bihun goreng je tarok daging dalam dia tak mau ayam . Minggu depan , kedai banyak buka kot , feveret aku Sajian Rasa Utara raya ke sebelas baru buka . Pening juga nak cari kedai makan kalau malas masak ni .

Kedai western food aku kat Kangar tutup terus sbb tukang masak lari, nama kedai tu Chilli Esquina . Nasi daging black pepper sedap kedai tu . Hari-hari atur kedai je , kalau semua kedai tutup macam raya hari tu , KFC lah destinasiku.....

Kalau nak dikira berapa belanja makan sebulan? Tak yah kira le , nanti tak gamak nak makan . Yang penting kita cari jalan macam mana nak tambah income , kan ? Ada orang kata nak makan pun berkire ke wei ? Doa kan bagi rezki lebih je .....
Baca Lagi

Awas geng langgar belakang kereta dan terus samun


Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berhenti jika kereta dilanggar dari belakang , sebaliknya  pandu  terus ke balai polis


Geng langgar belakang dan acu parang sekarang ni berleluasa , mereka langgar belakang nak suruh kita berhenti , lepas tu acu parang dan larikan kereta . Harap-harap kejadian ini di jadikan pengajaran kepada kita semua .

Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.

Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab (gambar kecil) berkata, kumpulan penyamun yang terdiri daripada dua hingga empat suspek tersebut dikesan aktif di daerah ini sejak setahun lalu dan memilih lokasi-lokasi tersebut sebagai lokasi menyamun kerana kawasan tersebut sunyi dan kenderaan yang disamun pula mudah dilarikan.

"Kumpulan penjenayah ini akan melakukan kegiatan tersebut mengikut peluang seperti jika ada kenderaan yang melalui kawasan tersebut memandu seorang diri tanpa mengira jantina, penjenayah terbabit akan bertindak," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, semasa melakukan jenayah itu, suspek membawa parang untuk mengugut mangsa supaya menyerahkan barang berharga mereka dan keluar dari kenderaan selepas diarahkan.

"Modus operandi penjenayah ini senang iaitu suspek-suspek menaiki sebuah kereta dan melanggar kereta sasaran mereka dari arah belakang.

"Sebaik mangsa berhenti dan turun untuk melihat kes perlanggaran tersebut, kumpulan suspek terbabit terus menyamun mangsa dan melarikan kenderaan tersebut," kata beliau.

Kata beliau, terdapat beberapa kes mangsa dicederakan oleh suspek yang cuba melawan.

Polis telah menahan beberapa suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu tetapi saki-baki ahli kumpulan yang masih bebas meneruskan aktiviti jenayah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemandu kereta yang memandu seorang diri supaya tidak memberhentikan kenderaan sekiranya kereta mereka dilanggar dari belakang.

"Mangsa sepatutnya memandu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," nasihat beliau.-kosmo
Baca Lagi

Ratah anak rakan sendiri , kes ini berlaku di Trengganu



Ratah anak rakan sendiri , kes ini berlaku di Trengganu , anak rakan sendiri pun sanggup diratah , mangsa baru berumur 14 tahun dan masih mentah , kerap sangat kejadian ratah meratah ni berlaku di Trengganu. Baca dulu kisah ni ...

Seorang lelaki dikatakan menggunakan alasan hendak memperkenalkan seorang gadis dengan anak lelakinya sebelum dia mengambil kesempatan merogol remaja berusia 14 tahun itu dalam kejadian berhampiran Pantai Penarik, Setiu, kelmarin.

Akibat perbuatannya itu, lelaki berusia 49 tahun dan bekerja sebagai nelayan terbabit direman selama tujuh hari selepas perintah reman dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Rusila Nik, di sini, semalam.

Suspek yang juga bapa kepada lapan anak disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan sebelum kejadian, suspek yang juga kenalan bapa mangsa mengambil gadis itu di rumahnya kira-kira jam 4 petang dengan alasan hendak memperkenalkan mangsa dengan anak lelakinya.

Selepas perjumpaan itu, mangsa dikatakan meminta suspek menghantarnya ke Pantai Penarik, Setiu, kerana dia hendak bertemu rakannya sebelum suspek mengambil kesempatan merogol mangsa ketika dalam perjalanan ke pantai berkenaan.

Bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak, suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 malam.

Mangsa yang ketakutan menceritakan kejadian itu kepada keluarganya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Setiu pada jam 1 pagi semalam. Susulan laporan itu, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Telaga Papan, Setiu, kira-kira jam 3 pagi semalam.  Berita penuh

gambar hiasan

Baca Lagi

Lelaki kena patuk ular balas dendam , gigit ular tu sampai mati




Ini dah termasuk kes balas dendam ni , lelaki ini kena patuk ular tedung , kejar ular tu sampai dapat , dan gigit  ular tu sampai mati , nak balas dendam konon.

Seorang lelaki Nepal yang dipatuk ular tedung menggigit semula haiwan itu dan membunuhnya dalam serangan balas, lapor akhbar semalam.

Akhbar harian Nepal, Annapurna Post melaporkan, Mohamed Salmo Miya, 55, mengejar ular yang mematuknya di sawah padi Selasa lalu, menangkap dan menggigit haiwan itu hingga mati.


“Saya boleh membunuhnya dengan kayu, tetapi saya menggigitnya kerana sangat marah,” katanya yang tinggal di sebuah desa kira-kira 200 kilometer di tenggara Kathmandu. Ular itu yang dipanggil ‘goman’ di Nepal turut dikenali sebagai tedung biasa.

Pegawai polis, Niraj Shahi berkata, Mohamed Salmo yang dirawat di pusat kesihatan di desa terbabit tidak akan didakwa kerana membunuh ular kerana reptilia itu tidak termasuk dalam senarai spesies terancam di Nepal.-metro
Baca Lagi

Akhirnya Blin.gd bayar juga hutang aku


Akhirnya blin.gd buat buat bayaran kepada aku , setelah menunggu 2 bulan lebih , setelah aku email tanya kenapa lambat sangat bayar , hasilnya dia bayar juga , tengok gambar bawah , jadi memang blin.gd bayar kepada publisher






Baca Lagi

23 Aug 2012

Makan kenduri di Kuala Nerang


Hari ni makan kenduri di Kuala Nerang , gulai rebung daging tu paling sedap penah aku makan
Baca Lagi

Buaya ' ngap ' peha budak , nasib baik budak tu selamat


Lagi kes mansia dibaham buaya , tapi kali ni budak tu selamat , dia sempat menumbuk mata buaya tu . Kejadian ni berlaku di Kuching...


“Mulanya, saya menyangka rakan bergurau dengan menarik paha, namun sebaik menoleh, saya melihat mereka berdiri agak jauh daripada saya.

“Saya kemudian mengesyaki ada yang tak kena lalu terus meraba lalu terkejut apabila merasai sesuatu benda berkulit keras menggigit kedua-dua paha saya,” kata Ashley Austin Chin, 14, yang terselamat biarpun dibaham buaya air masin di pantai Pasir Pandak, dekat sini, pagi semalam.


Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan menumbuk mata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter itu untuk melepaskan gigitannya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong itu mengalami luka di kedua-dua paha.


Sebelum kejadian, Austin berkata, dia bersama lima rakan pergi ke pantai berkenaan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar raya ini untuk mandi sempena cuti sambutan Aidilfitri, kira-kira jam 7 pagi.


Selepas hampir setengah jam menghabiskan masa dengan mandi, dia tiba-tiba terasa sesuatu cuba menggigit pahanya.

“Ketika itu, saya langsung tidak terfikir digigit buaya kerana pantai berkenaan sering dikunjungi orang ramai, terutama setiap hujung minggu.


“Malah, ketika kedua-dua paha saya dibaham, saya masih mampu mengelak dan cuba menepis. Apabila gigitannya semakin kuat, barulah saya segera melawan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Austin berkata, dia menggunakan seluruh kudrat untuk menumbuk mata buaya itu.


“Hanya itu cara terakhir dan kudrat yang saya ada. Mungkin tumbukan tepat pada mata buaya berkenaan menyebabkan ia melepaskan gigitannya dan kesempatan itu juga saya gunakan untuk menendang badannya,” katanya.


Austin bersyukur kerana terselamat daripada maut, namun menyesal kerana sebelum kejadian, ibu memang tidak membenarkan dia mandi di situ kerana bimbangkan keselamatannya.


“Saya tidak mengendahkan larangan itu, sebaliknya menuruti ajakan rakan yang merancang untuk mandi-manda di pantai berkenaan,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.-metro

gambar hiasan

Baca Lagi

Kereta rempuh bilik tidur di Gua Musang



Malang tak berbau ,  bahaya rumah tepi jalan ni, cuak juga baca cerita ni  ....

“Saya menjerit Allahuakbar berulangkali sebaik melihat sebuah kereta berpusing menuju ke rumah saya. Mujur ketika itu saya berada di ruang tamu kerana kereta berkenaan merempuh bilik tidur saya sehingga runtuh,” kata warga emas, Che Yam Che Wil, 70, yang terselamat apabila sebuah kereta Honda Accord merempuh bilik tidurnya sehingga runtuh dalam kejadian di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Renok Baru, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kereta dinaiki empat lelaki berusia 25 hingga 40 tahun yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai terbabas sebelum berpusing sehingga melanggar pembahagi jalan dan merempuh bilik tidur Che Yam.


Akibat rempuhan kuat itu, bilik Che Yam runtuh dan kereta berkenaan terlajak beberapa meter sehingga melanggar bukit bersebelahan rumah anak Che Yam sebelum terhenti di tepi rumah.

Seorang daripada empat lelaki itu cedera ringan. Menurut Che Yam, pada mulanya dia terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat dari tingkap ruang tamu rumahnya, sebuah kereta terbabas melanggar penghadang jalan dan menuju ke rumahnya yang terletak di tepi jalan.


“Kereta itu merempuh bilik tidur saya dan ketika itu bergegar seluruh rumah. Saya terus keluar rumah dan melihat kereta itu terlajak beberapa meter sehingga melanggar bukit bersebelahan rumah anak saya.


“Rumah anak saya itu terletak bersebelahan rumah saya dan mujur tiada rosak teruk kerana kereta itu terhenti di tepi rumahnya,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian berkenaan.

Katanya, dia bersyukur kerana terselamat dan ketika kejadian tiga cicitnya tidak bermain di halaman rumahnya seperti kebiasaan.


“Jika tiga cicit saya itu bermain di halaman rumah, mungkin berlaku kejadian buruk kerana kereta itu melalui halaman rumah sebelum merempuh bilik tidur saya.

“Bagaimanapun, saya kini berdepan masalah bagaimana untuk membaiki bilik tidur yang runtuh itu dalam tempoh terdekat ini kerana tiada wang,” katanya.-metro

gambar hiasan


Baca Lagi

Tak mengaku pemilik blog hiburan Oh Bulan !!


Tak mengaku mereka adalah pemilik blog oh bulan , fitnah memfitnah , saman menyaman , biasa le tu dunia artis ....


Syarikat Driven Communications Sdn Bhd menafikan bahawa ia adalah pemilik blog portal berita hiburan ‘Oh Bulan!’ yang didakwa memfitnah bekas isteri penyanyi Hattan, Noorfarashikin Othman.

Driven Communications selaku defendan berkata, tindakannya memfailkan pernyataan pembelaan itu dibuat tanpa memprejudiskan haknya untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan oleh Noorfarashikin (plaintif).


Pada 3 Julai lalu, Noorfarashikin, 32, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.

Sementara itu ketika ditemui media, peguam, Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu, dia sudah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya dan berkemungkinan akan memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan itu.


Menurutnya, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes itu pada 10 September ini.


Dalam pernyataan tuntutannya, Noorfarashikin antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif difikirkan wajar oleh mahkamah.

Plaintif mendakwa pada awal Januari lalu, defendan menyiarkan artikel dan imej di laman web mereka iaitu www.ohbulan.com memberi maksud antara lain dia adalah seorang yang curang dan tidak boleh dipercayai.


Noorfarashikin mendakwa, hasil penyiaran artikel itu menyebabkan reputasi peribadi dan profesionalnya tercemar, selain sedih dan malu atas tuduhan itu.

Noorfarashikin adalah bekas isteri Hattan atau Datuk Mohd Shukri Shahabudin dan mereka berkahwin pada 11 November 2011 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.


Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan dua bulan apabila Hattan melafazkan cerai talak satu di mahkamah rendah syariah pada 19 Januari lalu.

Baca Lagi

22 Aug 2012

Anggota 'Geng Susu Kangkang' diberkas polis di KL



Dulu aku rasa sebahagian geng ini ditangkap di Klang dan kesalahan dilakukan di Perlis , sekarang , saki baki geng ini ditangkap pula di KL , sepandai tupai melompat akhirnya jatuh jua .......

Enam anggota 'Geng Susu Kangkang' yang disyaki terbabit dalam 17 kes mencuri susu tepung berjenama sejak 2010 di Lembah Klang, berjaya diberkas polis dalam serbuan pada 16 dan 17 Ogos lepas.
 
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata turut ditahan tujuh individu bersubahat termasuk dua pemilik kedai yang membeli susu berkenaan.
 
Penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Batu 9, Cheras ketika mereka mencuri 160 kotak susu tepung bernilai RM12,800 dari kedai berkenaan pada pukul 4.30 petang.
   
"Susulan penahanan itu, pada hari yang sama, membawa polis ke sebuah kedai ubat di Kuchai Lama sebelum menahan lima lelaki, dua daripadanya dipercayai pemilik kedai berkenaan yang membeli susu-susu daripada geng itu," katanya ketika dihubungi.
 
Beliau berkata dua wanita warga Indonesia, dipercayai pembantu kedai turut ditahan.

Keesokannya polis menahan dua lelaki dari Sabah, yang merupakan anggota geng terbabit di Klang, menjadikan tangkapan keseluruhan 13 orang, berumur antara 20 dan 48 tahun.
 
Ab. Rashid berkata geng itu dikesan menggunakan modus operandi sama dengan kecurian susu berjenama di Perlis dan Kedah beberapa bulan lalu, iaitu dengan memasukkan kotak-kotak susu tepung berjenama yang dicuri ke dalam jubah mereka sebelum keluar dari kedai.
 
"Sebahagian anggota geng akan menunggu di luar kedai dengan membawa parang, penyembur lada sulah dan batang besi yang akan digunakan sekiranya anggota geng yang berada di dalam kedai itu dihalang pekerja kedai," katanya.
 
Ab. Rashid berkata pekerja terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan diri terancam.
 
Katanya susu tepung berjenama yang berharga RM80 sekotak dijual separuh daripada harga pasaran. Berita penuh di sini


Baca Lagi

Awas !! Teknik terbaru curi kereta



Hurrm , ada cerita terbaru taktik baru pencuri kereta , cerita ni aku ciplak dari Facebook mana tah tadi , layan cerita ni dulu ...

Baru-baru ni , kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

Gambar hiasan 

Baca Lagi

Lelaki ini didatangi lelaki berjubah dan bersongkok putih semasa Sakratulmaut !


Lelai ini mendapat hidayah selepas ' mati ' , dimana mayatnya yang terbaring kaku kembali bergerak-gerak dan bernyawa, katanya dia telah didatangi oleh  seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga. Kejadian ini menyaksikan satu lagi kebesaran Allah , yang mana ini satu keajaiban yang jarang berlaku .



“Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.

Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapan menuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.

“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.

Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.

“Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.

Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.

“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya 'koma',” katanya.

Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.

“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula  kekuatan.-sinar
Baca Lagi

Mat Bangla buka kedai di ' Mini Dhaka ' di Penang



Rupanya dah ada Bangla Town atau lebih dikenali sebagai  ' Mini Dhaka ' di Penang , di Jalan Gurdwara  dah jadi tempat warga Bangla berniaga , jadi geng Bangla banyak yang duduk melepak di situ , ikuti petikan dari Kosmo ni :
Siapa sangka, di sebalik kehebatan Pulau Pinang dengan pelbagai mercu tanda menarik, rupa-rupanya tanpa disedari wujud satu kawasan yang didominasi warga Bangladesh di tengah-tengah pusat bandar raya ini sehingga dikenali sebagai ‘Mini Dhaka’.
Jika sebelum ini deretan kedai lama di Jalan Gurdwara di sini menjual peralatan rumah, kedai membaiki basikal serta kedai runcit, kini ia telah digantikan dengan kedai menjual pelbagai barangan keperluan warga Bangladesh termasuk kedai makan.
Tinjauan Kosmo! di sepanjang jalan itu mendapati lebih 10 premis makanan, minuman, runcit, kedai menjual peralatan telekomunikasi serta pertukaran mata wang asing diusahakan warga Bangladesh.
Setiap hari, beberapa kedai di situ yang diuruskan oleh warga Bangladesh tidak putus-putus dikunjungi rakan-rakan senegara termasuk bersantai di kaki lima sambil berbual kosong atau menghabiskan masa lapang selepas bekerja.-Kosmo
Baca Lagi