Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Jan 2012

Punca Batu Karang Terbentuk


Punca Batu Karang Terbentuk | Zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Buah Pinggang


Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Sakit Pada Tepi Perut


Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor Risiko Batu Karang

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :

* Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

* Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

* Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

* Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

* Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

* Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

* Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan Batu Karang

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani 3 ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis Batu Karang

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

# Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan 2 bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

# Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

# Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

# Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala Batu Karang

* Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

* Air kencing berdarah.

* Air kencing keruh dan berbau busuk.

* Mual dan muntah.

* Sentiasa terasa hendak kencing.

* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).
Moral - Terdapat gejala juga iaitu sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit. Seeloknya jika terdapat tanda-tanda yang dijelaskan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan lanjut.-Melayukini.net
Baca Lagi

Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah


Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah | Apa itu Ulser Mulut? Kebanyakan daripada kita mesti pernah menghidap ulser. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutamanya bagi wanita yang mengandung dan datang haid. Ulser mulut ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.


Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.


Ulser mulut ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser mulut tadi.


Tanda-tanda Ulser

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :

* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah Pencegahan
Langkah-langkah Pencegahan Awal Ulser Mulut :

* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan

 Moral- Ingat ye, jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari 3 minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.-Melayukini.net
Baca Lagi

Ustaz Azhar Idrus : Petua Mencari Jodoh


Ustaz Azhar Idrus : Petua Mencari Jodoh | Semua orang mahukan ditemukan dengan jodohnya dengan cepat. Tetapi ramai yang tidak berusaha untuk mencari jodoh. Berikut merupakan ulasan video dan artikel dari ustaz ranking no 1 Malaysia (LINK), Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkenaan dengan tajuk : Petua Mencari Jodoh. Semoga bermanfaat kepada semua.


Soalan dari hadirin?

Apa yang payah sangat nak nikah, macam mana eh ustaz?

Jawapan ustaz :

1) Nikah sebenarnya adalah perkara yang mudah.

Sahabat bertemu dengan nabi, memberitahu hajat untuk meminat seorang perempuan. Lalu nabi kata, pergilah merisik perempuan itu.

2) Jumpa Ibu bapa

Jika berkenan dengan seseorang, terus berjumpa dengan ibu bapa tersebut dan nyatakan hajat untuk memperisterikan anak mereka. Jika mereka bersetuju, beritahu ibu bapa kita untuk hadir merisik keluar si perempuan.

3) Susah Cari Calon

Jangan susahkan diri untuk mencari calon. Cari wanita yang ada disekeliling kita. Beranikan diri untuk merisik wanita tersebut.

 P/S- Pada zaman sekarang kita hanya pandai bercakap mengenai soal jodoh, tetapi jika diminta untuk merisik, takut seribu bayangan. Perkara itulah yang menyebabkan seseorang itu lambat berkahwin. Maka, jika kita suka pada seseorang, maka risiklah dia dengan niat kerana Allah SWT.-Melayukini.net
Baca Lagi

29 Jan 2012

Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah


Bayi gigit kepala ular yang masuk ke dalam rumah |

BAITULMAQDIS 28 Jan. – Seorang bayi berusia setahun mengejutkan ibunya apabila dia menggigit kepala ular yang masuk ke dalam rumahnya di timur bandar pelabuhan Haifa, semalam.

Ghadir Aleeyan berkata, dia berasa amat terkejut selepas melihat terdapat kepala ular sebesar 30 sentimeter dalam mulut anaknya, Imad Aleeyan.


“Ketika kejadian, saya sedang membancuh susu untuk Imas dan ternampak kepala ular di dalam mulutnya.

Saya menjerit kerana tidak percaya yang anak saya menggigit ular tersebut,” katanya.

Jeritannya telah menyebabkan semua ahli keluarga dan jiran datang untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami mendapati bayi tersebut dengan kepala ular di dalam mulutnya, ia sangat menakutkan kami semua,” kata Yasmin Shahin, makcik kepada bayi tersebut.

Seorang jiran yang telah tergesa-gesa untuk melihat apa yang berlaku terkejut apabila melihat kepala ular di dalam mulut bayi tersebut, katanya.

“Apabila dia menarik, Imad mula menangis,” katanya menerangkan kepala ular tersebut  ”sangat teruk dimamah” apabila ia muncul dalam mulut kanak-kanak lelaki.

Mereka dengan serta-merta memeriksa bayi itu jika terdapat tanda-tanda gigitan tetapi mendapati tiada dan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan bayi tersebut tidak dipatuk oleh ular tersebut.

“Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar berbisa tetapi kami sangat bernasib baik kerana ular melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk,” katanya.

Dr Boas Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP bahawa iaadalah daripada spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper.

Ular tersebut mampu membesar sehingga tiga kaki panjang dan ia  ”terlalu muda”.

“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak kerana sejuk,” kata Dr Shacham yang ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

“Mereka tidak benar-benar aktif dalam musim sejuk.”– AFP
Baca Lagi

28 Jan 2012

Haji Di Mekah Tahun 1885 Masihi (11 Gambar)


Haji Di Mekah Tahun 1885 Masihi (11 Gambar) | Mekah, yang mempunyai bangunan Kaabah, merupakan pusat ibadat kepada semua umat Islam di seluruh dunia sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Setiap tahun Mekah juga menjadi tumpuan dunia apabila menjadi tempat umat Islam menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji. Pernahkah anda terfikir bagaimana umat Islam menunaikan ibadah haji 126 tahun yang lampau, iaitu sekitar tahun 1885? Mari kita lihat gambar-gambar suasana ibadah haji di Mekah pada zaman dahulu. Jom! (Kredit: Waraqat.net) - Kredit kepada Melayukini.net.
Baca Lagi

Kucing Yang Mempunyai Sayap (4 Gambar Lain Dari yang Lain )


Kucing Luar Biasa Mempunyai Sayap | Kalau sebelum ini kita pernah dihidangkan dengan cerita-cerita kartun bertajuk catdog yang mana berkisar seekor kucing dan anjing mempunyai satu badan yang sama. Tetapi kali ini ia agak berlainan dan nyata berlaku di alam realiti. Kucing luar biasa ini mempunyai sepasang sayap di atas badannya. Jom kita tengok gambar pelik kucing bersayap ni.


Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa. Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.

“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu yang membentuk sayap. Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tersebut tak menggangu kehidupan anak kucing tu.

P/S - Walaupun kucing ini mempunyai sepasang sayap di atas badannya, ia tidak dapat digunakan sebagaimana yang kita tahu fungsi sayap tersebut. Ia boleh diklasifikasikan sebagai satu ketumbuhan yang menyerupai sepasang sayap yang lain.-Melayukini.net
Baca Lagi

Tu Dia !! Buaya Terbesar Dunia di Filipina (7 Gambar)


Tu Dia !!  Buaya Terbesar Dunia di Filipina (7 Gambar) |  Pernahkah anda melihat seekor buaya yang mempunyai saiz sangat luar biasa? Buaya jenis ini amat jarang sekali ditemui di kawasan negara Malaysia, walaubagaimanapun, jika anda pernah bertandang ke Taman Buaya, Melaka sudah pasti anda akan dapat melihat seekor buaya bersaiz besar betul-betul di hadapan pintu masuk pusat tersebut. Namun demikian, buaya tersebut telah lama mati, dan pihak kerajaan telah mengawetkan buaya tersebut dan sehingga kini ia kekal dari segi bentuk fizikalnya.

Kini lain pula ceritanya, seekor buaya jantan gergasi berukuran 21 kaki (6.4 meter) telah ditangkap hidup-hidup di tebing sungai di Bunawan, sebuah bandar di wilayah Agusan del Sur pada 03 September 2011. Buaya, seberat 1,075 kilogram, ini adalah yang terbesar ditangkap hidup di Filipina sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pegawai-pegawai hidupan liar cuba untuk mengesahkan sama ada buaya tersebut adalah tangkapan terbesar di dunia, kata Theresa Mundita Lim kerajaan Kawasan Perlindungan dan Biro Hidupan Liar. Mari kita lihat gambar buaya terbesar di dunia ni. Jom!


 P/S- Kebiasaanya buaya jenis ini banyak juga dijumpai di perairan negeri Sabah & Sarawak. Di semenanjung pula, kebiasaanya ia bersaiz normal seperti yang biasa kita lihat. Itu sebablah, di Sarawak ramai orang gelar buaya sebagai Bujang Senang. Masyarakat di sana perlu berhati-hati apabila melalui tempat-tempat seperti sungai, kawasan pokok bakau kerana bimbang terdapat buaya yang sedang melalui kawasan tersebut.-Melayukini.net
Baca Lagi

27 Jan 2012

Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata (Ngeri!)


 Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata (Ngeri!) | Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata (Ngeri!) | Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak. Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.


Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya. Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ. Jom kita lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut.

P/S – Bagaimanakah ulat sebesar ibu jari itu boleh menetap di bawah kelopak mata lelaki tersebut masih lagi menjadi tanda tanya. Mungkin pengurusan hidup yang tidak bersih membuatkan perkara yang aneh ini boleh berlaku. Bersamalah kita menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal kita. Islam mengajar kita untuk menjaga kebersihan, insyaAllah dapat pahala. Wallahualam.
Baca Lagi

Bola Logam Angkasa Jatuh Di Langit Namibia


Bola Logam Angkasa Jatuh Di Langit Namibia | Sebiji bola logam yang besar jatuh dari langit ke kawasan padang rumput pedalaman Namibia, yang menyebabkan pihak berkuasa bingung lalu menghubungi NASA dan agensi angkasa Eropah. Bola logam luar biasa ini masih menjadi tanda tanya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.


Bola Logam Angkasa berongga dengan lilitan berukuran 1.1 meter telah ditemui berhampiran sebuah kampung di utara negara itu kira-kira 750 kilometer dari ibu kota Windhoek, menurut Pengarah Polis Forensik, Paul Ludik.

Penduduk tempatan telah mendengar beberapa letupan kecil beberapa hari sebelumnya, katanya. Dengan diameter 35 sentimeter, bola Logam Angkasa yang mempunyai permukaan yang kasar dan kelihatan terdiri daripada dua bahagian yang dikimpal bersama-sama. Ia dibuat daripada logam aloi yang dengan beratnya kira-kira 6 kilogram, kata Ludik.

Ia ditemui 18 meter dari tempat pendaratan. Mempunyai satu lubang berukuran 33 sentimeter dalam dan 3.8 meter lebar. Beberapa bola Logam Angkasa seperti itu telah jatuh di beberapa kawasan seperti di Afrika Selatan, Australia dan Amerika Latin dalam tempoh dua puluh tahun yang lalu.

Sfera itu ditemui pertengahan November, tetapi pihak berkuasa mula-mula melakukan ujian sebelum mengumumkannya. Timbalan Inspektor Polis, Jeneral Vilho Hifindaka menyimpulkan sfera itu tidak menimbulkan apa-apa bahaya. “Ia bukan bahan letupan malah berongga, tetapi kita terpaksa menyiasat dahulu semua ini,” katanya.

P/S- Bentuk bola Logam Angkasa tersebut seolah-olah menyerupai sebuah bentuk bebola kapal besar yang berlabuh. Kejadian misteri ini mengingatkan kepada kita bahawa, seperti terdapat suatu kehidupan misteri di angkasa yang sehingga kini tiada siapa yang dapat merungkainya.
Baca Lagi

Berdosa percaya ramalan kiamat


Berdosa percaya ramalan kiamat| Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.

Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.

“Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.

“Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini. -Kosmo
Baca Lagi

26 Jan 2012

Cara Orang Afrika Tangkap Ular Sawa (Seram)


Cara Orang Afrika Tangkap Ular Sawa (Seram) | Tidak sangka orang Afrika mempunyai keberanian untuk menangkap ular dalam lubang yang sangat berisiko. Walaupun terpaksa masuk dalam lubang sempit, mereka sanggup. Dan pastinya, hanya yang betul-betul berani sahaja mampu melakukannya. Kalau yang baru tengok ular je pun dah takut, lupakan je lah. Mari kita lihat gambar-gambar orang Afrika ni menangkap ular sawa dan telurnya yang sedang beristerirehat dalam sarangnya. Menyeramkan!


Moral – Sungguh berani betul orang Afrika ini. Kalau kita jangan harap nak tangkap macam itu sahaja. Jangan kata tangkap, kalau terjumpa ular sawa mesti lari lintang pukang. Itulah salah satu keberanian mereka, sungguh berani apa jua situasi.-melayukini.net
Baca Lagi

Kisah Akibat Syiling 50sen


Kisah Akibat Syiling 50sen | Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.


Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang solat berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya…

Amat: “jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti…” lalu orang itupun menjawab…

“Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu”. Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata…

” eh, korang nie..dalam solat mana boleh bercakap” Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

” Yang kau bercakap tu aper ?”….Sahlah… sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

Moral – Jangan bercakap dalam solat..lupakan hal-hal dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa. Apabila kita bertakbir dengan mendepakan tangan bermaksud kita telah tolak hal-hal dunia ke belakang dah hanya fokus kepada pencipta kita, Allah yang Maha Esa.-melayukini.net
Baca Lagi

Tu Dia ! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar)


Tu Dia ! Ikan Keli Gergasi (5 Gambar) | Seekor ikan keli bersaiz gergasi telah ditangkap oleh nelayan di Mukah, Sarawak. Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia. Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tidak berjaya. Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni. Mari kita tengok gambar pelik ikan keli gergasi yang terdampar di Mukah Sarawak ini. Jom!




MELAYUKINI.NET
Baca Lagi

25 Jan 2012

Subhanallah! Kuasa Air Membelah Jalanraya


Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.

Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!
 Sumber dari melayukini.net
Baca Lagi

Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus


Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah,  juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Dipetik dari status founder wootmedia.my
Baca Lagi

Drama Penculikan di Kampung Baru


Drama Penculikan di Kampung Baru |

KUALA LUMPUR: Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.

“Tembakan tersebut telah terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.
“Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.

“Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam,” katanya.

Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.

Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.

“Dia minta air, kita bagi air tapi dia minta dadah memang kita tidak bagi,” katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Syafrudin, 47, berkata ketika kejadian, dia berada dalam satu daripada dua bilik di rumah itu manakala isteri, anak serta anak saudaranya di ruang tamu menonton televisyen.

“Pintu rumah ketika itu tidak berkunci, lelaki itu kemudian meluru masuk dan terus menangkap anak saya serta mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut sekiranya ada yang menghampiri, dia akan mencederakan anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata beliau yakin suspek bukan penduduk di kawasan itu (Kampung Baru) kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.

Katanya, suspek mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai tebusan.

Pendapat beliau turut disokong Suhardi Osman, 45, yang memaklumkan sebelum ini, suspek pernah membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.

“Saya dapat tahu suspek terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa beliau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan,” katanya ketika ditemui. BERNAMA
Baca Lagi

24 Jan 2012

Surat Aidil Pasal Anak bukan Penceraian


Rita Rudaini pada hari Jumaat lalu, telah hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam, untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.


Gambar Atas Pelakon Wanita Rita Rudaini hadir ke mahkamah, sedang berbincang bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain di Mahkamah Syariah, Shah Alam, pada Jumaat. -FotoBERNAMA

Rita yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguamnya.

Peguamnya berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.

Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita (Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak, bukan isu perceraian). – bernama
Baca Lagi

Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya


Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya | “Saya tak nak komen apa-apa. Mereka memang dah ada masalah sebelum saya masuk dalam keluarga itu lagi,” ujar Ayu saat diajukan mengenai perang Twitter antara Rita dan suaminya itu.


“Saya tahu tentang Twitter itu, tapi saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya, sepatutnya perkara itu tak patut berlaku. Saya rasa lebih afdal jika hubungi mereka berdua saja kerana saya tak nak terlibat dengan hal ini.”

Apabila ditanya sama ada Ayu tahu apakah punca perbalahan mereka di Twitter petang semalam, Ayu memberitahu, “Saya rasa benda ini terjadi sebab Rita tak puas hati dengan jawapan saya di sebuah program hiburan. Wartawan tersebut tanya macam mana hubungan saya dengan Rita. Dari situ kononnya Rita anggap saya dah tak ada cerita lain kot sebab nak bercerita pasal dia. Saya hanya menjawab apa yang ditanyakan oleh wartawan tersebut saja.”

Menyentuh mengenai isu kononnya suaminya itu pernah menjalin hubungan dengan perempuan lain sehingga meminta perempuan tersebut menggugurkan kandungan, Ayu memberitahu, “Saya tak tahulah apa lagi yang akan keluar selepas ini.

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab apapun, sudah tentu saya sebagai isteri akan berpihak pada suami saya. Mengenai isu itu, apa yang terjadi adalah dia pada waktu dulu, jadi saya tak kisah sebab saya kenal dia sekarang,” ujarnya sambil mengharap isu ini tidak dipanjang-panjangkan lagi. Artikel ini dipetik dari gua.com.my
Baca Lagi