Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Jan 2012

Rumah Wardina Safiyyah kena pecah lagi


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Rumah Wardina Safiyyah kena pecah lagi  | 
SHAH ALAM - “Saya tidak sangka kejadian ini berlaku dua kali dalam tempoh yang singkat.”

Demikian luah Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, apabila rumah barunya yang sedang diubahsuai di Petaling Jaya turut dipecah masuk.


Menurutnya, kejadian itu menyebabkan beliau mengalami kerugian hampir RM20,000, sama seperti kerugian ditanggung Khamis lalu.

“Saya tidak menyangka insiden sama berlaku ke atas rumah baru itu yang masih belum diduduki.

Beliau berkata, kejadian Khamis lalu itu juga memaksa suaminya, Ikhwan Johari, 37, meningkat tahap keselamatan dengan memasang beberapa kunci tambahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, polis me-ngesan beberapa sampel cap jari yang boleh membantu siasatan.


Bawa anak bercuti

Kejadian samun itu turut membawa kesan terhadap tiga anaknya yang kini mengalami trauma.

Sebagai langkah terapi, Wardina bersama suaminya, membawa anaknya bercuti untuk mendapat ketenangan.

Anak pasangan itu, Amna Nafeesa, 8, Azra Fareera, 5, dan Imran Ar-Razi, 3, kini tidak berani pulang ke rumah, selepas kejadian itu.

“Selepas kejadian hitam itu, mereka kurang bercakap. Sering bersendirian dan kerap terjaga daripada tidur. Selepas dua hari di sini, mereka nampak tenang, tetapi masih trauma dan tidak mahu pulang ke rumah,” katanya, semalam.

Menurutnya, kejadian itu bukan hanya sebagai samun harta bendanya malah turut meragut kekuatan dan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“Saya sebagai orang dewasa menerima kejadian ini dan boleh membina kekuatan diri tetapi bagaimana dengan anak saya? Mereka sebelum ini kuat, tabah dan ceria tetapi semua itu turut diragut oleh penjenayah tersebut.

“Saya tidak kisah jika barang di dalam rumah dilarikan, tetapi apabila dikenang, saya berasa amat marah kerana bukan mudah untuk mengembalikan kekuatan dalam diri anak-anak,” katanya.

Katanya, beliau tidak pasti bila mereka akan pulang ke rumah memandangkan anak-anaknya masih terkenangkan kejadian tersebut.

“Jika kesan trauma ini tidak hilang, saya bersama suami akan menggunakan khidmat pakar. Anak-anak amat bermakna. Saya sebagai ibu tidak sanggup melihat mereka menderita,” katanya.


Kaunseling atasi trauma

Sementara itu, Wardina Safiyyah dan keluarga disaran menghadiri sesi kaunseling, bagi mengatasi kesan trauma selepas kejadian malang itu.

Ketua Program Pembangu­nan Manusia, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Khadijah Alavi berkata, jika tidak, kesan trauma itu akan berpanjangan.

“Bagi kanak-kanak, mereka mudah cepat lupa. Namun untuk jangka masa panjang, kemungkinan insiden ini akan menghantui jiwa.

“Oleh itu, terapi kaunseling adalah jalan terbaik. Pakar lebih mengetahui kaedah terbaik,” katanya.

Beliau berkata, sebagai orang Islam, Wardina sekeluarga perlu menganggap kejadian yang menimpa itu sebagai takdir ALLAH SWT, di mana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Mereka harus bertawakal dan berserah kepada ALLAH. Selain itu, kita juga harus ambil inisiatif bagi mengelak perkara itu berulang dengan memasang alat keselamatan rumah,” katanya. -sinarharian

Redhalah dengan apa yang berlaku  sebab ada hikmahnya.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Post a Comment