Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Jun 2013

Lawak ! Simbah air ke muka ketika Talk Show !



JAKARTA - INDONESIA . Seorang wakil Barisan Pertahanan Islam (FPI), Indonesia, enggan mengaku bersalah selepas menyimbah air ke arah pakar sosiologi Universiti Indonesia dalam satu program bual bicara yang disiarkan secara langsung  menerusi stesen televisyen tempatan, kelmarin.

Lapor media kontan.co.id, Munarman berkata, beliau berhak menyimbah air selepas tidak berpuas hati dengan tindakan Thamrin Amal Tomagola.

Insiden tercetus apabila Thamrin menyampuk ketika Munarman bercakap mengenai pengharaman laman web hiburan sepanjang Ramadan. -Sinar
Baca Lagi

Ini Fakta benar ! 45 peratus penjawat awam tak mampu beli rumah ! Jom tengok ...



Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.
  
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
  
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
  
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.

Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera.
  
"Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman.
  
"Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang," katanya.
  
Malah katanya, mereka juga tidak mampu memohon skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kerana harga rumah PR1MA yang mencecah RM250,000 adalah di luar kemampuan penjawat awam.
  
Justeru katanya, Cuepacs menggesa kerajaan mengkaji isu itu dan mencadangkan supaya Jabatan Perumahan Negara menyediakan rumah kos sederhana untuk penjawat awam.
  
"Seboleh-bolehnya biarlah ia berharga RM250,000 ke bawah. Saya harap kerajaan dapat kaji isu ini secara serius," katanya. - Bernama
Baca Lagi

Terbongkar !! Rupanya mamat ni bakar hutan sebabkan jerebu , jom baca !



Polis Indonesia, mengesahkan telah menahan lagi empat suspek melakukan pembakaran hutan dan semak secara haram di wilayah Riau sekaligus menjadi punca jerebu yang melanda negara itu termasuk Singapura dan Malaysia, semalam.

"Setakat ini, seramai 18 orang ditahan termasuk empat suspek baru," kata jurucakap polis Riau, Hermansyah.

Katanya, dua daripada 18 suspek dikenali sebagai S dan H, ditangkap kerana dipercayai membakar lebih 100 hektar tanah gambut di kawasan Bengkalis.

Sementara itu, seramai 11 suspek telah ditahan kerana turut terlibat membakar kawasan hutan dan semak di daerah Rokan Hilir.

"Tangkapan terakhir berlaku di bandar Dumai membabitkan dua suspek dalam dua kes berlainan," kata Hermansyah. - JakartaPost
Baca Lagi

28 Jun 2013

Tahfiz 'jualan amal ' ditutup kerana memperalatkan budak



Alor Setar: “Mereka tidak menggunakan sistem pendidikan nasional dan banyak melakukan kegiatan yang tidak bertepatan dengan aspirasi pendidikan Malaysia.”

Itu kata Nazir Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah (JAIK) Ismail Zakaria selepas membuat lawatan mengejut ke sebuah pusat tahfiz di sini yang sering dipersoalkan orang ramai kerana disyaki memperalatkan pelajarnya untuk menjalankan ‘jualan amal’.

Berikutan itu, kata Ismail, pihaknya akan menutup operasi pusat tahfiz terletak di Jalan Yan-Kuala Kedah itu kerana didapati menggunakan pelajar bagi menjual pelbagai barangan kononnya ia aktiviti kokurikulum.

Difahamkan, pusat berkenaan yang beroperasi sejak enam tahun lalu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa walaupun sudah diberi notis penutupan sebanyak dua kali kerana tidak menepati syarat ditetapkan.
Berikutan itu, seramai enam pegawai JAIK termasuk Ismail membuat lawatan mengejut ke pusat tahfiz itu jam 9 pagi semalam. -Metro
Baca Lagi

Pelakon baru lega ' Pengarah C4BUL ' ditahan



Seorang pelakon baharu yang mendakwa diC4BUL oleh seorang pengarah drama pada minggu lalu berasa lega apabila individu itu ditahan polis pada Rabu lalu bagi membantu siasatan.

Pelakon yang mahu dikenali sebagai Ffarrah Ismail, 23, berkata, dia menganggap maruahnya terbela dengan penahanan itu dan berharap kes C4BUL tersebut dapat dilaksanakan seadil mungkin agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.

"Apabila mendapat tahu dia ditahan, saya rasa maruah saya akhirnya terbela selepas beberapa bulan saya simpan rahsia ini kerana terlalu takut. Sekarang ini ia sudah pun menjadi kes polis dan kita tunggu sahaja apa akan berlaku," katanya.

Ffarrah ditemui pada sidang media khas anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang ingin membela nasib pelakon baharu itu di Plaza Damansara, di sini, Khamis.

Bagaimanapun wanita ini memohon agar wajahnya dikaburkan semata-mata ingin mengelak daripada menjadi perhatian ramai.

Turut hadir Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Pada 17 Jun dan 23 Jun lalu, Ffarrah telah membuat laporan masing-masing di Balai Polis Mutiara Damansara di sini dan Tampin, Negeri Sembilan dengan mendakwa seorang pengarah drama berusia 60-an yang memegang jawatan dalam sebuah persatuan seni telah menC4BULnya ketika di lokasi penggambaran.

Dalam penggambaran yang dijalankan awal bulan Januari lalu di Tampin itu, Ffarrah mendakwa telah diC4BUL beberapa kali dan turut dipaksa menjadi pembantu peribadi pengarah itu bagi memudahkan dia mengambil kesempatan.

Tambah Ffarrah, dia tidak menyangka banyak cabaran yang perlu dilaluinya untuk bergelar seorang pelakon.

Sementara Freddie berkata, pihaknya akan membantu Ffarah dalam memastikan dia tidak membuat sebarang tindakan melulu selain akan memberi pandangan daripada aspek perundangan untuk kes tersebut.

"Sebagai persatuan yang membantu artis-artis negara ini, pihak kami ingin menolong Ffarrah dalam menyelesaikan masalahnya dengan menghulurkan bantuan guaman selain memberikan khidmat nasihat kepadanya," kata Freddie.

Terdahulu akhbar pada Khamis melaporkan seorang pengarah drama telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes C4BUL selepas mendapat laporan daripada pelakon baharu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, pengarah tersebut ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah itu bagi membantu siasatan berhubung laporan berkenaan.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menC4BUL.
Baca Lagi

27 Jun 2013

Proses ' cipta' awan berjaya , hujan dah mula turun !




Hanya satu daripada lima lokasi disasarkan untuk operasi pembenihan awan petang semalam tidak berjaya menerbitkan hujan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Che Gayah Ismail.

Menurutnya, operasi digerakkan 10 pegawai JMM itu mensasarkan ruang udara Ipoh, Rawang, Batang Kali, Kuala Selangor dan Melaka mengguna pakai dua pesawat iaitu C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Cessna C340A.

“Ini adalah operasi pembenihan pertama dilakukan sejak fenomena jerebu yang teruk beberapa minggu lalu dan empat lokasi yang kita sasarkan berjaya menerbitkan hujan meskipun tidak lebat iaitu Ipoh, Rawang, Batang Kali dan Kuala Selangor.

“Hanya ruang udara Melaka tidak berjaya meskipun laporan mendapati awan di kawasan itu sudah kembang (berat dengan wap air) dan berupaya hujan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Che Gayah berkata operasi berkenaan dilaksanakan bagi menangani masalah jerebu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang beberapa kawasannya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101 mata.-Metro

Baca Lagi

Al-Fatihah ! ADUN Kuala Besut meninggal , takziah buat keluarga !



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam akibat kanser paru-paru.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata, A. Rahman, 55, dimasukkan ke HSNZ pada Khamis lepas dan ADUN berkenaan tidak sedarkan diri sepanjang dirawat di hospital tersebut, namun keadaannya stabil sejak beberapa hari lalu.

"Arwah yang diberi bantuan pernafasan sepanjang dirawat, bagaimanapun mula tenat pagi tadi (semalam) sebelum meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi," katanya.

Sementara itu, balu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri itu, Azizah Nik Omar, 53, memberitahu, suaminya banyak merahsiakan keadaan kesihatannya daripada keluarga.

Katanya, A. Rahman hanya memberitahu yang dia mengalami masalah paru-paru sejak enam bulan lalu tetapi tidak menyatakan secara jelas mengenai penyakit tersebut.

"Arwah juga sudah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mac lalu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ semalam.-Kosmo
Baca Lagi

Wah !! Inilah robot yang boleh bergurau senda dengan manusia !



Eksperimen perbualan angkasa lepas yang pertama di dunia melibatkan sebuah robot bernama Kirobo dengan manusia berlangsung di Jepun semalam.

Pemaju projek Kirobo berkumpul di ibu kota Jepun di sini untuk menunjukkan keupayaan mesin tersebut bercakap dan berbual.

Robot kerdil itu memiliki ketinggian cuma 34 sentimeter.

Saintis-saintis terlibat berharap Kirobo boleh mengendalikan perbualan dengan matlamat robot itu dapat menjadi teman angkasawan yang bertugas di angkasa lepas.

Apabila ditanya tentang impiannya, Kirobo memberitahu: "Saya mahu mewujudkan masa depan yang mana manusia dan robot dapat hidup bersama,".

Kirobo dijadual dilancarkan ke angkasa lepas dari Pusat Angkasa Tanegashima Space pada 4 Ogos depan. Projek ini dikendalikan bersama oleh beberapa organisasi termasuk syarikat Dentsu Inc, Universiti Tokyo dan Toyota.-Kosmo
Baca Lagi

26 Jun 2013

Terkini di Putrajaya ! Jerebu dah reda , ribut pula melanda !



“Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat,” kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.

Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.


Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.

“Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.


“Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. “Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini. “Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh,” katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. -Hmetro
Baca Lagi

Tahniah !! Syura Juara MasterChef Selebriti Kedua , jom baca.....



Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron dinobatkan sebagai juara musim kedua program MasterChef Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai bernilai RM 60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Selasa.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

"Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini, ” katanya pada sidang media di sini.

MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

Barisan selebriti yang menyertai MasterChef Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri. -Mstar
Baca Lagi

Geli ! Bila daging anjing dijadikan hidangan , jom baca !



Aktivis-aktivis pencinta haiwan membanjiri bandar ini, dalam wilayah Guangxi bagi menyelamatkan beratus-ratus ekor anjing menjelang festival daging anjing Yulin pada Jumaat ini.

Lebih 20 aktivis dari beberapa bandar raya di China membelanjakan lebih 126,000 dolar Hong Kong (RM51,736) untuk membeli dan menyelamatkan sekitar 400 ekor anjing di beberapa pasar tempatan.

Haiwan itu ditempatkan semula di sebuah ladang ternakan di Shangrao, wilayah Jiangxi.

"Pada tahun ini kebanyakan anjing yang akan dibunuh untuk dijadikan hidangan merupakan anjing betina," kata seorang aktivis berusia 55 tahun, Du Yufeng.

Festival tahunan daging anjing itu tetap diadakan pada tahun ini walaupun mendapat bantahan keras daripada aktivis-aktivis hak haiwan.

Dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan dibunuh pada setiap tahun sepanjang festival itu berlangsung.

Masyarakat di sini gemar memakan daging anjing yang dimasak bersama buah laici yang merupakan hidangan tradisi pada musim panas.

Sekurang-kurangnya sepuluh juta ekor anjing dibunuh untuk dijadikan makanan di China pada setiap tahun.-Kosmo

Baca Lagi

Hebat !! Gadis ini guna tangan tangkap ikan patin 32kg ! Mai tengok .....



Seorang gadis berusia 19 tahun menjadi wanita pertama memenangi pertandingan menangkap ikan menggunakan tangan di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Gadis tersebut, Lucy Millsap menjuarai pertandingan itu selepas menangkap spesies ikan patin seberat 32.7 kilogram (kg) di Tasik Texoma baru-baru ini.

Dia memenangi wang tunai AS$1,500 (RM4,804) selepas menjuarai kategori ikan besar pada pertandingan tersebut yang disertai oleh 200 peserta.

"Ayah bertanya jika saya mahu menyertai kategori wanita, tetapi saya menjawab tidak, saya mahu mengalahkan peserta lelaki," katanya dalam satu temu bual selepas pertandingan itu selesai.

Dikenali sebagai Festival Okie Noodling, pertandingan tersebut memerlukan peserta menyeluk lubang di dalam tasik yang menjadi sarang ikan itu.

Peserta kemudian akan menangkap ikan patin yang menyambar tangan mereka. -Kosmo

Acara tahunan yang menarik kehadiran beberapa ribu penonton itu dimulakan oleh seorang pembikin filem Oklahoma, Bradley Beesley bagi memperkenalkan sukan tersebut.
Baca Lagi

25 Jun 2013

Wah !! PM nak bagi bonus lagi tahun ni , jom baca !!



Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

''Itu permintaan CUEPACS dan saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(Pembentangan Bajet 2014).

''(Selepas itu) Perdana Menteri sendiri akan umumkan keputusan itu bila masa yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 1,374 pegawai dari 42 jabatan, agensi serta bahagian di bawah JPM menerima anugerah tersebut.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji yang pembayarannya dibuat sebanyak tiga kali iaitu sebelum perayaan Aidilfitri, Disember lalu dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN menyeru penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam (Search and Assist).

"Penjawat awam akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu. Kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka, tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya. -Utusan

Baca Lagi

Wah !! Pemimpin negara kita makan semeja ! Itulah politik .....



Kehadiran semua 89 ahli Parlimen pembangkang pada majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat semalam menunjukkan sistem demokrasi di negara ini diperakui pembangkang di sebalik laungan tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, dengan itu pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara.

"Proses ini (angkat sumpah) menandakan sistem demokrasi di negara kita sudah diamalkan dengan baik dan kita pun termasuk pembangkang telah angkat sumpah taat setia, mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini semalam.

Ditanya mengenai kekecohan yang dicetus segelintir pemimpin pembangkang sewaktu proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ahli Parlimen Semporna, Sabah itu berkata, perkara yang dipertikai hanyalah kecil dan sengaja diperbesarkan. -Kosmo

Baca Lagi

Eksklusif !! Inilah kata Achey selepas menang BMB !



Juara program Bintang Mencari Bintang (BMB) Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah tidak akan meninggalkan kerjanya sebelum ini sebagai mekanik.

Achey, 27, berkata, walaupun bergelar juara dan mungkin bakal memiliki masa depan yang cerah di bidang seni, dia nekad untuk kekal dengan pekerjaan itu dan akan meluaskan lagi bengkel miliknya menggunakan hasil hadiah RM200,000 yang dimenanginya itu.

"Saya tidak akan tinggalkan kerja sebagai mekanik walaupun akan popular nanti. Mungkin tawaran kerja makin bertambah, tetapi bengkel saya tidak akan ditutup.

"Mungkin saya akan kembangkan lagi perniagaan bengkel saya itu. Duit yang dimenangi pula akan menjadi wang untuk menyambung kehidupan. Tiada perancangan lain buat masa ini," katanya.

Tambah Achey yang juga merupakan anak didik Harun Salim Bachik dalam BMB, dia percaya, kerjaya seninya nanti tidak akan menggugat minatnya dalam bidang pembaikan kereta.

Sementara itu, Achey berkata, dia sudah pun bersedia untuk mengharungi cabaran dan dugaan industri seni tempatan, Malah anak kelahiran Segamat Johor ini berharap agar tempoh tiga bulan bertanding dalam BMB dapat memberikan pengalaman dan persediaan untuk mengharungi dunia seni nanti.

"Saya tak sangka boleh menang dan berada sehingga ke tahap ini. Alhamdulillah ini semua berkat daripada pengajaran oleh sifu saya Abang Harun.

"Dia mengajar saya cara untuk menjadi pelawak profesional sepanjang berada dalam BMB. Insya-Allah pengalaman itu akan diterapkan dalam diri untuk mengharungi kehidupan baru saya sebagai anak seni," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada para peminatnya agar dapat mengasah lagi bakat itu menjadi lebih baik.
Baca Lagi

24 Jun 2013

Kemuflisan di Malaysia, Fakta Realiti....


Kebanyakan orang di Malaysia fikir yang bankrap tidak jauh berbeza daripada pokai atau tidak mempunyai wang tunai. Bagi mereka, semua adalah sama – “Saya perlukan wang, saya tidak mampu membeli makanan, keperluan asas atau minyak kereta.”

Pada hakikatnya lebih baik pokai dari bankrup , boleh tengok gambar bawah ni , nak baca selanjutnya boleh klik link sebelah ni......Courtesy of: iMoney.my







Baca Lagi

Menarik dari iMoney.my !! Inilah cara memilih kad kredit terbaik !



Baru-baru ni saya pergi ke  KL dan saya terlupa nak bawa duit cash yang mencukupi untuk membayar sewa hotel , tetapi hotel itu menerima kad kredit . Mesin ATM pun tiada berdekatan dengan hotel itu .  Pening juga sebab terlupa bawa duit mencukupi  , dalam fikiran saya pada waktu itu , kalaulah saya  mempunyai kad kredit  ia mungkin berguna pada waktu itu . Jadi saya terpaksalah tidur di bilik rakan saya.

Setelah balik dari KL , saya fikir , adalah penting bagi saya memiliki kad kredit , tapi kad kredit yang manakah yang sesuai untuk saya ? . Saya pun Google dalam internet , dan....

Saya terjumpa halaman ini , http://www.imoney.my/ms/kad-kredit  , saya dengan mudah sekali membandingkan semua kad kredit dan mencari kad kredit yang terbaik untuk saya. Sekarang saya telah memiliki satu kad kredit yang terbaik untuk saya , terima kasih  iMoney.my. !!

Anda semua pembaca sekalian dijemput mengunjungi  laman ini   untuk membandingkan kad kredit dan mendapatkan yang terbaik untuk anda .

Anda boleh juga klik gambar di bawah untuk melihat laman itu ...






Baca Lagi

Gempar !! Kubur misteri tak mengadap kiblat ditemui , mai tengok sini !!



Di Alor Setar, penduduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad.

“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.

“Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.

Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia mengetahui lokasinya.

"Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.

”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara tiba-tiba.

"Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu," katanya.-Sinar

Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali. -Sinar
Baca Lagi

Al-Fatihah!! Inilah SMS terakhir Arwah Sumaiyah yang maut di Jordan , takziah buat family dia !!



Sumaiyah Romli, pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di Jordan Jumaat lepas, sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapanya memberitahu mahu melawat tempat peninggalan para nabi bersama rakan-rakannya, pada awal pagi hari kejadian.

Bapanya Romli Hasan, 53, berkata Sumaiyah, 21, menghantar SMS itu kira-kira pukul 10 pagi (waktu Malaysia) dan memaklumkan sudah bersarapan di rumah seorang pelajar Malaysia di Jordan, sebelum bertolak mengikuti lawatan tersebut.

Katanya Sumaiyah, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, berada di Jordan sejak seminggu lepas dan dijangka pulang ke London Khamis ini, sebelum pulang ke tanah air Jumaat ini bagi menghabiskan cuti semester.

Romli yang bertugas di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), berkata anak perempuan tunggalnya itu juga merancang menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga di tanah air kerana cuti semesternya sehingga September ini.

"Saya dapat tahu mengenai kejadian ini dari kawan Sumaiyah pukul 4 pagi semalam (Sabtu). Lepas tu saya hubungi pegawai Pelajaran Malaysia di Jordan sebelum mereka sahkan anak saya dah meninggal dunia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Mutiara, Jalan Pipit, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Romli berkata beliau juga turut menghubungi seorang rakan anaknya yang terlibat dalam kemalangan itu untuk mengetahui keadaan sebenar tetapi rakan anaknya enggan bercerita lanjut.
Katanya anak keempat daripada enam beradik itu mempunyai hubungan erat dengan keluarga dan sering menghubunginya dan keluarga menerusi laman sosial 'Skype' setiap minggu sejak belajar di London.

"Saya selalu berhubung dengan anak saya melalui Skype. Adalah sekali atau dua kali dalam seminggu kami akan berhubung bertanya khabar dan sebagainya," katanya.

Romli berkata jenazah anaknya akan tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang malam esok sebelum dibawa ke rumahnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary di sini pada malam itu juga.

Dalam kejadian antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Sumaiyah dan empat pelajar Malaysia terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan.

Kemalangan itu meragut nyawa Sumaiyah dan menyebabkan empat yang lain cedera iaitu Muhammad Nazirul Mubin Nasruddin, Mohamad Shukri Alias, Nur Ili Dayana Mazlan @ Masgelan dan Humairak Ibrahim.

Muhammad Nazirul, Humairak dan Muhamad Shukri merupakan pelajar tahun tiga di Universiti Yarmouk, Jordan. Muhammad Nazirul dan Humairak mengikuti pengajian dalam jurusan ekonomi dan perbankan Islam.- Sinar

Nur Ili Dayana pula pelajar tahun empat di UCL tajaan Bank Negara Malaysia. - Bernama
Baca Lagi

23 Jun 2013

Gadis ini siang jadi amah , malam dijamah !!



Siang jadi amah, malam tubuh dijamah. Itu yang dilakukan segelintir pembantu rumah warga asing untuk mencari wang tambahan.

Bagaimanapun, perbuatan keji mereka terbongkar apabila sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu sebuah pangsapuri di Lebuh Maccalum, awal pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seorang wanita yang juga ‘ibu ayam’ serta dua wanita disyaki pelacur ditahan ketika berada dalam premis terbabit untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Seorang daripada wanita yang ditahan itu mendakwa kononnya bekerja sebagai pembantu rumah ketika siang dan bertukar profesion menjadi pelacur ketika malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata, dalam operasi enam jam yang bermula jam 9 malam itu, pasukan polis turut menyerbu premis yang menjalankan aktiviti perjudian di negeri itu.-Metro

Baca Lagi

Stacy makin gemuk !! Main futsal untuk kurus balik !!



Penyanyi Stacy mengakui gemarkan sukan yang popular dikalangan golongan lelaki iaitu futsal sebagai salah satu cara untuk dia mengurangkan berat badannya.

Stacy berkata, dia gemarkan aktiviti lasak seperti sukan futsal dan selain itu dia juga gemar bermain badminton sekiranya mempunyai waktu terluang.

"Sebelum ini berat saya 53 kilogram dan ramai yang menegur bentuk badan saya semakin berisi dan berazam untuk kuruskan badan.

"Selain bersukan saya juga mengatur cara pemakanan supaya proses penurunan berat badan itu dapat dilakukan dengan cepat," jelasnya.

Stacy mengakui sebelum ini dia kurang menjaga berat badannya kerana selain sibuk dengan kerjaya seninya dia juga banyak memberikan tumpuan kepada anak angkatnya, Bella Valentina.

Selain itu jelasnya, kekurangan menjalani latihan tarian juga menyumbang kepada peningkatan berat badannya sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Stacy berkata, dia tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana dia kini memberikan tumpuan penuh kepada anak dan kerjaya nyanyiannya.

"Saya tiada masa bercinta kerana Bella adalah perkara pertama yang perlu diberi perhatian dan hubungan kami sangat rapat dan jarang berenggang untuk masa yang lama," katanya.

Dalam perkembangan lain, Stacy berkata, dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu dengan kumpulan Smash dari Indonesia dan lagu berjudul Hello itu bakal dimuatkan dalam album terbaharu mereka.-Mstar
Baca Lagi

Aneh !! Inilah pokok pisang yang bercabang !!



Di Rantau Panjang , seorang surirumah teruja dan kagum melihat pokok pisang yang ditanamnya sejak sebulan lalu, bercabang di batang kerana itu pokok pertama yang dilihat dalam keadaan sedemikian.

Menurutnya, keunikan itu hanya disedarinya minggu lalu ketika melihat tanaman yang ditanam di sekitar halaman rumahnya.

Wanita dikenali Ros, 50, itu berkata, dia kagum dengan keunikan pokok tersebut dan menganggap itu sebagai salah satu rahsia keagungan tuhan yang sukar untuk ditafsirkan.

Katanya, benih pokok pisang itu diambilnya dari rumah saudaranya di Kuala Terengganu.

“Saya tidak menyangka pokok pisang ini bercabang, memandangkan induknya sama seperti pokok lain yang saya temui sebelum ini.

“Saya akan terus menjaga pokok ini sehingga besar dan mahu melihat perkembangan selanjutnya sama ada mengeluarkan buah atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian. -Sinar
Baca Lagi

Pemandu Bas terkejut disaman penumpang sendiri , tengok sini !!



Di Seremban , tindakan dua pemandu bas ekspres yang memandu melebihi had laju akhirnya memakan diri apabila disaman anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyamar sebagai penumpang dalam satu operasi kelmarin.

Pemandu bas ekspres yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur itu disaman sejurus tiba di Terminal 1 di sini dalam satu operasi yang bermula pukul 9 malam.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah berkata, dalam operasi penyamaran itu, dua pemandu bas berkenaan didapati memandu sehingga 120 kilometer sejam (km/j) melebihi had yang dibenarkan iaitu 90 km/j. - Kosmo

Baca Lagi

22 Jun 2013

Najwa Latif kini Duta UNITAR !



Penyanyi lagu Cinta Muka Buku iaitu Najwa Latif menafikan dia menerima sejumlah bayaran daripada Universiti Antarabangsa UNITAR ekoran pelantikannya sebagai duta universiti berkenaan.

Najwa, 18, sebaliknya berkata, pelantikan itu hanya membolehkan dia menerima tajaan biasiswa penuh daripada universiti berkenaan untuknya melanjutkan pengajian peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun.

"Saya tidak menerima sebarang bayaran untuk pelantikan saya sebagai duta UNITAR sebaliknya hanya menerima tajaan biasiswa penuh daripada pihak universiti bagi melanjutkan pelajaran," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Najwa bakal memulakan pengajiannya di universiti berkenaan pada Isnin depan di Bandar Sunway di sini.

Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, sebelum dipilih menjadi duta universiti tersebut dia memang ingin melanjutkan pelajaran di UNITAR dan menganggap pelantikannya itu sebagai satu rezeki.

Mengakui bakal menggalas tanggungjawab besar, Najwa bersedia untuk membantu pihak universiti mempromosikan jenama UNITAR di kalangan remaja sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

"Alhamdulillah ia adalah rezeki untuk saya dan tanggungjawab ini besar dan saya akan pastikan kepercayaan diberikan itu akan dilaksanakan dengan baik.

"Bagaimanapun buat masa ini masih belum ada apa-apa perancangan daripada pihak universiti dan mungkin ia akan bermula selepas pengajian bermula minggu hadapan," jelasnya.

Dalam pada itu, Najwa berkata, dia memilih bidang Pengurusan pada peringkat asasi kerana tertarik dengan beberapa subjek Bahasa Inggeris yang ditawarkan dalam kursus tersebut.

Jelas Najwa, selepas tamat kursus asasi, dia mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan subjek dalam kursus pengurusan memudahkan dia membuat permohonan itu nanti.

"Walaupun bidang asasi yang saya pilih tiada kena mengena dengan cita-cita asal tetapi tidak mengapa. Selain dapat meluaskan ilmu pengetahuan ia juga memudahkan saya untuk membuat permohonan kursus TESL selepas tamat kursus asasi ini nanti," katanya.

Sementara itu, Najwa berkata, dia teruja untuk memulakan sesi pembelajaran bermula Isnin ini dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Dalam perkembangan lain, Najwa baru sahaja melancarkan single berjudul I Love You dan sedang sibuk dengan aktiviti promosi lagu berkenaan.

"Alhamdulillah lagu itu telah mendapat tontonan sebanyak 200,000 di laman YouTube sejak dua minggu lalu dan Insya-Allah saya kini sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi dan bertemu peminat,"jelasnya.

Tambah Najwa, dia tidak merancang untuk memperlahankan aktiviti seninya selepas memulakan pengajian sebaliknya yakin dapat membahagikan masa dengan baik di antara pelajaran dan nyanyian.

"Paling penting kena bijak menguruskan jadual supaya kerjaya dan pengajian tidak bercanggah dan saya yakin ia tidak akan menjadi masalah," ujarnya.
Baca Lagi

Inilah kereta mainan menyamai harga Ferrari !!



Seorang lelaki Britain mempunyai koleksi kereta mainan Dinky yang menyamai sebuah kereta Ferrari berharga £100,000 (RM496,525), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Dia telah mengumpul kereta mainan itu sejak 60 tahun lalu.

Semua koleksi kereta mainan Dinky yang dikumpulkan itu masih berada dalam keadaan baik di dalam kotak asalnya.

Keseluruhan koleksi kereta mainan itu akan dilelong pada harga bermula dari £100,000 (RM496,525).

Koleksi-koleksi tersebut yang terdiri daripada kereta, trak dan treler mainan Dinky itu di simpan di dalam 80 buah kotak.

Pemilik koleksi tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan mula mengumpul kereta permainan itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Koleksi itu akan dijual oleh firma lelongan Vectis Auctions, pada 11 Julai depan.

Seorang kakitangan firma Vectis, Nick Letherbarrow berkata, koleksi seperti itu amat jarang didapati.

"Ia merupakan satu koleksi antara yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan," katanya.-Kosmo

Baca Lagi

" Tidak perlu solat Jmaat sebab jerebu ! " Mufti Singapura..



Pejabat Mufti Singapura semalam mengeluarkan fatwa bahawa penganut Islam di republik itu tidak perlu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat berikutan masalah jerebu yang semakin serius.

"Ini kerana jerebu memberi kesan negatif kepada kesihatan dan mungkin boleh mengancam nyawa," kata pejabat Mufti Singapura.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menunaikan solat Zohor di rumah atau di mana-mana sahaja.

Berdasarkan kepada data tahun 2012, umat Islam di Singapura mewakili kira-kira 13 peratus populasi keseluruhan Singapura.

Indeks jerebu Singapura semalam mencatat tahap kritikal iaitu 401 yang dilihat mampu mengancam nyawa mereka yang mengalami masalah kesihatan dan warga emas sekiranya keadaan kekal selama 24 jam.

Para pegawai Singapura dan Indonesia telah mengadakan perbincangan khas bagaimana untuk memadamkan api di kawasan perladangan di Sumatra yang menjadi punca jerebu.

Beberapa buah helikopter milik Indonesia juga telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan aktiviti pembenihan awan bagi menghasilkan hujan. - Kosmo
Baca Lagi

'Awak gemuk tapi comel' !



“Awak ni gemuk tapi comel." Itulah antara ungkapan diucapkan seorang pemandu teksi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah di bandar ini, kelmarin.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasaannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali menaiki kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk bersebelahan pemandu kerana lebih dekat dengan penghawa dingin.

Tambahan pula katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindak sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.

“Pada awalnya, kami hanya berbual kosong. Namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.

"Perbuatan pemandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling pada saya," katanya.

Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.

"Selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suami.

"Dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.

“Saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan seboleh bolehnya elak menaiki teksi seorang diri. Kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang.

"Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita. Ambil pengajaran dengan apa yang terjadi pada diri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.-Sinar
Baca Lagi

21 Jun 2013

Ini komen Shila pasal isu baju KET4T !! Jom baca.....!!



Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.

"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.

"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.

"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya.

Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.

Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.

"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.

"Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.

Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.

"Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.

Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.

Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat.-Mstar
Baca Lagi

SU4MI saya BAR4N !! Derhakakah saya lari dari rumah !?



 Soalan :

Saya ada soalan berkaitan masalah rumah tangga. Perkara ini berlarutan sejak empat tahun lalu apabila suami sudah pandai bermain kayu tiga di belakang saya iaitu bercinta dengan janda beranak lima.

Lebih dua tahun saya bersabar dengan perangai dan alasan tak munasabah yang diberi oleh suami seperti kawan sejak dari bangku sekolah rendah yang sudah lama terpisah.

Saya terbaca SMS rindu dan sayang, gambar yang diberi oleh janda itu dan suami sorokkan di bawah baju yang disimpan di dalam almari dan macam-macam lagi.

Boleh dikatakan setiap kali suami bekerja luar kawasan mesti janda itu turut sama. Saya juga sudah menemui pengamal perubatan Islam dan diberitahu yang suami saya disihir. Malah, saya turut disihir supaya membenci suami dan nafsu terhadap suami hilang.


Saya ingatkan selepas suami tahu apa yang sudah dilakukan janda itu dia akan menyesal, tetapi sangkaan saya meleset. Dia beralih arah kepada wanita lain pula.


Kali ini lebih teruk apabila suami seolah-olah tidak berasa bersalah dan segan untuk memperkenalkan dan membawa wanita itu ke mana sahaja, contohnya ke Kuala Lumpur untuk menemaninya yang kononnya ada urusan perniagaan.

Semuanya terbongkar apabila perempuan itu memuat naik gambar dia sewaktu ke Kuala Lumpur bersama suami saya di Facebook. Saya mengumpul bukti lalu bertanya kepada suami dan akhirnya dia mengaku.

Malah, saya juga dipukul banyak kali oleh suami sama ada di depan ibunya atau ahli keluarganya. Saya sudah membuat aduan dan menjalani sesi kaunseling di pejabat agama bersama suami.

Bagaimanapun, apa yang saya nampak seolah-olah tidak memberi kesan kepada suami. Dia menggunakan sepenuhnya kuasa seorang suami untuk menyekat hubungan saya dengan ahli keluarga terutama adik kembar saya.

Ini kerana saya selalu menceritakan perihal dipukul suami kepada adik saya itu. Apabila suami dapat tahu dia terus menghalang saya berjumpa adik atau pergi ke rumahnya.

Suami juga mengharamkan adik saya daripada menjejakkan kaki ke rumah saya iaitu rumah yang suami dirikan. Apa tindakan yang harus saya lakukan?

Selepas suami memukul, saya keluar dari rumah bersama anak. Suami mengatakan saya derhaka dan akan masuk neraka.

Berdosakah saya Dr? Tolonglah jelaskan tindakan yang wajar diambil untuk menyelesaikan masalah yang terbeban di bahu saya ini.

Muslimat
Terengganu

Jawapan :

Sebenarnya anda sudah melakukan beberapa tindakan atau mengambil jalan tersendiri berikutan tindakan suami yang berkelakuan curang. Ini termasuk berjumpa pengamal perubatan Islam, membuat aduan di mahkamah dan lari dari rumah.

Suami pula memberi reaksinya tersendiri termasuk bertukar pasangan dengan wanita lain, bertindak memukul anda, menghalang dan menyisihkan keluarga daripada membantu anda serta menuduh anda sebagai derhaka (nusyuz).

Jelas, semuanya mengarah kepada perpecahan dan kehancuran rumah tangga apabila dibiarkan.

Dalam hal ini, sewajarnya ibu bapa anda berdua turut masuk campur memberikan nasihat agar keretakan itu tidak berlarutan.

Ini kerana ia tidak dapat diselesaikan lagi secara baik antara anda berdua saja. Ia boleh dilakukan dengan melantik hakam daripada kedua-dua keluarga yang akan menyelesaikan perbalahan.

Semoga langkah yang diaju nanti dapat menyelamatkan rumah tangga anda dan mengembalikan semula keharmoniannya.

Seterusnya anda boleh terus bersabar dengan kerenah suami dan menyerahkan semuanya pada Allah. Ini kerana Allah sahaja yang dapat menentukan apa yang akan berlaku.

Jika suami mahu hasrat berpoligami, anda perlu meredakannya. Ia lebih baik daripada suami melakukan hubungan sumbang.

Tindakan yang lain ialah memfailkan permohonan cerai apabila suami tidak lagi bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan anda. Namun, ia adalah jalan terakhir apabila semuanya tidak lagi mampu mengubah keadaan.-Metro

Gambar Hiasan
Baca Lagi

PER0MPAK ni sapu licin !! Termasuk Teddy Bear !!



Bukan saja komputer riba dan televisyen, anak patung beruang, tilam serta kereta mainan turut ‘disapu’ tiga geng pecah rumah dianggotai 17 pelajar sekolah ditumpaskan polis hasil beberapa tangkapan sepanjang bulan ini.

Tiga geng berkenaan iaitu Geng Amirul dan Geng Simpang Ampat yang setiap satu dianggotai enam ahli serta Geng Belalang yang mempunyai lima ahli disyaki terbabit dalam 13 kes pecah rumah di sekitar Seberang Prai Selatan (SPS) sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah SPS Superintendan Shafien Mamat berkata, 17 remaja terbabit berusia antara 15 dan 17 tahun dan masih bersekolah di beberapa sekolah menengah di SPS.

Menurutnya, mereka antara 34 orang, termasuk pembeli barangan curi, yang dicekup pasukan khas polis SPS bagi membanteras jenayah pecah rumah diketuai Inspektor Mohammad Saiful Lal Mohammad.

“Kumpulan remaja terbabit aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar SPS sejak Mei lalu. Hasil pasukan khas yang ditubuhkan mereka dan 17 yang lain ditahan di beberapa lokasi termasuk di rumah dan tempat melepak menerusi beberapa siri tangkapan,” katanya pada sidang media, semalam.-Metro
Baca Lagi

BL4CK0UT 5O5 ! P0lis minta bantuan TENTER4...



Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan  perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil  langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di sini hari ini.

Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu.

Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet.

Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbbait kegiatan itu.

Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet. Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan.- Bernama
Baca Lagi

20 Jun 2013

Gambar kereta terjunam !! Inilah akibatnya kalau pedal minyak disangka brek !! Takziah !!



Seorang pekerja kedai buku di Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda di sini, tergamam apabila Proton Saga FLX warna emas dipandunya terjunam dari tempat letak kereta setinggi satu meter,di sini, semalam.

Mangsa, Zanariah Abu Bakar, 35, yang baru selesai menghantar dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun ke sebuah tadika swasta di sini, bersyukur kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Zanariah yang ditemui berkata, dia bekerja di kawasan berhampiran sejak 2009 dan menggunakan tempat letak kereta itu sejak dua bulan lalu selepas membeli kereta berkenaan.

"Saya tidak sangka tersalah tekan pedal minyak ketika meletak kereta dalam kotak menyebabkannya terus ke depan lalu terjunam menyebabkan kerosakan enjin.


"Sebenarnya hari ini saya mahu menghantar kereta ke pusat servis untuk kali kedua selepas singgah sebentar di pejabat, namun tidak menyangka tersilap menekan pedal minyak.


"Rasa terkejut dan tergamam selepas terjunam bersama kereta ke jalan raya, namun apakah daya ia sudah berlaku dan bersyukur kerana umur masih panjang," katanya.

Menurutnya, dia hanya sakit tengkuk dan bahu serta terkilan kerana kereta yang baru dibeli sejak dua bulan lalu mengalami kerosakan teruk.

Katanya, dia bernasib baik kerana tiada kereta melalui jalan di bahagian bawah kerana jika tidak boleh mengakibatkan kemalangan maut.

Dia mengakui kejadian itu disebabkan kecuaiannya tetapi berharap pihak berkuasa memasang penghadang atau tembok setinggi setengah meter bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Sebelum ini ada beberapa kenderaan lain hampir terjunam apabila meletakkan kereta di kawasan berhampiran.

"Saya berpendapat lebih selamat sekiranya kawasan itu mempunyai penghadang besi atau tembok kerana dapat menghalang kereta daripada terjunam," katanya. -Metro

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan memberitahu ia akibat kecuaian.
Baca Lagi

Caya tak SPAM SYIRIA ni ? Dapat duit 4.5 Juta !!!


Macam tak percaya kan ? Inilah yang dinamakan SPAM  , dah le guna nama kita , lepas tu nak  share 70% 30% , haha lepas tu duit tu entah dari mana dia dapat , entah betul entah tidak . Tapi ada juga orang yang percaya .....
Baca Lagi

Sian ! Rugi RM46,400 ditipu ' PEGAWAI ' Bank Negara !!



Sabak Bernam: Seorang guru berusia 34 tahun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM46,400 apabila ditipu seorang individu yang mengaku ‘pegawai’ dari Bank Negara kerana mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit, 14 Jun lalu.

Seperti kes yang dilaporkan media sebelum ini, mangsa juga dihubungi ‘pegawai’ bank berkenaan yang menyatakan dia perlu membayar tunggakan kad kredit berjumlah RM4,630 sekiranya tidak mahu akaun banknya dibekukan.


Tanpa berfikir panjang selain bimbang akaunnya benar-benar dibekukan, mangsa kemudian mengeluarkan semua wang simpanan miliknya di dua bank berjumlah RM42,000.

Suspek yang dipercayai sudah berpengalaman menjalankan penipuan menggunakan modus operandi sama hanya memberi arahan melalui telefon dan meminta mangsa mendepositkan wang simpanannya ke dalam sebuah akaun sementara.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum memasukkan wangnya ke dalam satu akaun, mangsa dihubungi seorang wanita dan lelaki yang kedua-duanya mengaku daripada sebuah bank terkemuka.


Menurutnya, wanita dan lelaki terbabit mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit dengan bank berkenaan sebelum mangsa dihubungi seorang lagi lelaki yang mengaku sebagai ‘pegawai’ daripada Jabatan Siasatan Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara Malaysia.

“Mangsa pada mulanya curiga selepas didakwa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit kerana mangsa tidak pernah memohon kad kredit,” katanya. -Metro

Gambar hiasan
Baca Lagi

Sharnaaz dah temui pengganti ! Inikah orangnya ?...



Sejak mengambil keputusan untuk melepaskan ‘cinta’nya pergi, nama Sharnaaz seakan-akan sepi dari dada media. Malah aktor yang terkenal dengan watak sebagai Lan Todak ini dilihat lebih senang menumpukan diri dalam kerjaya. Tiada lagi sebarang komen yang mahu diberikan.

Apatah lagi Sharnaaz juga dilihat seolah-olah lari dari media apabila gagal hadir ke beberapa lokasi majlis melibatkan dirinya. Namun Khamis lalu, Sharnaaz akhirnya muncul di majlis pelancaran filem terbarunya, Sindiket. Peluang itu juga digunakan media untuk bertanyakan khabar terbarunya.

Lantaran baru-baru ini timbul pula cerita  kononnya anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini sedang mengenali hati seorang pelakon kelahiran Singapura yang sedang rancak membina nama di sini iaitu Elfaeza Ul Haq. Persoalannya, benarkah Sharnaaz sudah temui pengganti Shila Amzah?

“Hah? Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Saya kenal dia pun kita penggambaran drama Mukhliz yang akan ditayangkan di TV1 tak lama lagi. Rasanya semua orang kenal saya. Saya ni jenis, kalau ada saya cakap ada. Kalau tak ada, saya cakap tak ada. Dan jawapan saya... tak!,” tegasnya.

Menyentuh mengenai kehidupannya kini, Sharnaaz berkata dia mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya dan diri sendiri serta menyerahkan segalanya kepada takdir.

Ditebak mengenai hubungannya dengan Shila, Sharnaaz berkata dia tidak pernah memusuhi bekas kekasihnya itu.

“Tak ada apa yang nak saya komen lagi kat sini. Saya sibuk dengan kerja saya, dia (Shila) sibuk dengan kerja dia. Bagi saya, saya nak nikmati hidup saya yang sekarang ni. Umur saya pun dah 28. Saya nak buat yang terbaik untuk diri saya. Biarlah apa yang saya rasa dalam diri saya ni menjadi satu rahsia dan biarlah saya simpan rasa itu.

“Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi,” jelasnya tenang.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata peluangnya untuk berlakon dalam filem Sindiket sebagai Inspektor Rudy akan digunakan sepenuhnya untuk membersihkan namanya. Ini ekoran pengaruh seorang remaja yang meniru perwatakannya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana.

“Satu benda yang tak baik dan saya minta maaf serta simpati pada nasib yang menimpa budak yang kena buli itu. Kalau perlu, saya sanggup turun padang dan beri kerjasama betulkan pemikiran terpesong budak-budak kaki buli berkenaan. Sebenarnya Lan Todak ni adalah sebagai pengajaran tapi tak sangka mereka terikut-ikut.

“Diharap watak saya sebagai Inspektor Rudy dalam filem Sindiket pula nanti, dapatlah memberi contoh yang baik. Saya akan ambil tanggungjawab ini sebaik mungkin. Saya harap orang boleh terima watak ni ke arah kebaikan dan pembaikan,” katanya.

Tidak sekadar menjadi ikutan, ada pula dakwaan mengatakan Sharnaaz menggunakan nama Lan Todak menerusi laman sosial Twitter, dan menulis kata-kata makian serta berlagak seperti seorang gengster.

“Saya tak tahu tentang hal ini. Saya tak tulis apa-apa. Ia fitnah! Saya harap sebelum orang nak hentam saya, sila pastikan betul-betul. Sekarang ni sesiapa yang hentam dan fitnah saya, saya akan ambil tindakan mahkamah. Kalau ada pihak yang cuba-cuba nak fitnah saya dan maki saya, kalau terima surat peguam tu, faham-faham sahaja ya,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan kes saman antara dia dan penerbit filem Darah Panas, S Baldev ekoran dia didakwa ‘buat perangai’ di set penggambaran filem arahan Arjin Uppal awal tahun lalu, Sharnaaz menjelaskan, Alhamdulillah selesai luar mahkamah.

“Apa yang saya perjuangkan, saya dapat. Apa yang dia perjuangkan, dia dapat. Dua-dua puas hati tanpa menggunakan pisau, parang dan lembing,” ujarnya dalam nada bergurau.

Berkongsi perkembangan terkininya, Sharnaaz berkata, dia bersyukur selepas kontroversi tersebut rezekinya sebagai pelakon semakin melimpah ruah.

“Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu,” jelasnya.

Dalam filem sindiket arahan Bade Hj Azmi ini, Sharnaaz memainkan watak sebagai Inspektor Rudy iaitu anggota polis yang ditugaskan menyelesaikan kes memperdagangkan manusia.
Antara barisan pelakon lain ialah Daphne Iking, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci.-Sinar
Baca Lagi

Wah ! Shila dah jadi rakyat China , tengok sini...



Rezeki penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah selepas menjuarai Asian Wave di Shanghai, China tahun lalu semakin mencurah-curah.

Difahamkan, kerjaya Shila turut mendapat pengiktirafan masyarakat di sana apabila mendapat status penduduk tetap (PR) di negara itu, bulan lalu.

Menurut ibunya, Fauziah Sarman yang lebih mesra disapa Kak Zie, dia sangat gembira dengan penerimaan rakyat China terhadap bakat anaknya itu.

“Alhamdulillah sudah rezeki Shila.

"Buat masa sekarang dia kini di Malaysia dan sibuk merakam album terbaru yang bakal dilancarkan awal Jun depan,” kata Kak Zie.

Difahamkan, satu sidang media akan dilakukan sempena pelancaran album tersebut yang masih belum diberi judulnya itu. Menurut Kak Zie, sebanyak enam lagu yang akan dimuatkan dalam album
Melayu itu dan semuanya ciptaan Shila.

Malah katanya, Shila turut bekerja keras untuk menguruskan badan dengan aktiviti sukan setiap hari.

 “Sekarang jadual Shila dipenuhi dengan aktiviti sukan waktu siang. Dia memilih aktiviti climbing wall dan badminton sebagai cara untuk menguruskan badan.

“Manakala malam pula Shila sibuk dengan proses rakaman. Semua lagu dicipta sepenuhnya untuk kepuasan dirinya dalam bidang muzik,” katanya.

Sementara itu, Kak Zie berkata, Shila bakal terbang semula ke China minggu depan untuk menghadiri konsert di beberapa tempat seperti Macau dan Shanghai. -Sinar
Baca Lagi

Terkini !! Shila amzah khabarnya ' DIDER4 ' ?!



Shila Amzah yang sedang giat membina kerjayanya di Shanghai mengibaratkan hidupnya di sana bagaikan di kem tentera.

Sinar Harian Online berpeluang menemui anak gadis ND Lala ini di Majlis Pelancaran Anugerah Industri Muzik ke-20, hari ini.

"Saya rasa macam kat kem tentera," katanya sambil ketawa apabila diminta berkongsi cerita kehidupannya di Shanghai.

Shila memberitahu, terdapat beberapa tugas yang perlu dilaksanakan olehnya termasuk menurunkan berat badan.

"Pihak pengurusan di sana sangat teliti. Bos beri saya tugas-tugas tertentu yang saya perlu buat. Antaranya, belajar bahasa Mandarin, belajar lagu baru untuk persembahan dan turunkan berat badan.

"Saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg). Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan 5 kg. Saya perlu ke gimnasium selalu," katanya yang tidak mengambil sebarang daging sepanjang tempoh itu.
Shila juga memberitahu, dirinya mengambil masa seminggu untuk belajar lagu opera berjudul Time To Say Goodbye.

"Lagu opera memang tak pernah buat, jadi, itu cabaran untuk saya. Lagu itu untuk persembahan di majlis anugerah dan setiap majlis anugerah, lagu yang diberi berlainan.

"Pasaran opera di sana agak besar. Ia seolah-olah pendedahan buat saya kepada golongan selain golongan muda," katanya.

Mengulas soal perkembangan bahasa Mandarin yang dipelajarinya, Shila mengakui ia masih belum mencapai tahap standard.

"Untuk perbualan harian, saya dah lepas tapi untuk bahasa standard masih belum lagi.

"Sekarang saya 'disimpan' dulu. Mereka beri saya dua bulan untuk pelajari bahasa Mandarin sebab mereka ada projek besar untuk saya," katanya.

Menurut  Shila jadual hariannya kini sangat padat.

"Dunia saya, rumah, kerja dan gimnasium. Kalau nak berseronok, saya dan kawan-kawan akan ke taman tema," katanya.

Penyanyi Patah Seribu ini juga tidak lari daripada tekanan kerja.

"Kadang-kadang saya tertekan sebab mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap saya. Mereka anggap saya boleh buat apa saja," katanya.

Bercakap soal perkembangan albumnya, Shila bakal melancarkan album Melayunya yang kelima dalam masa terdekat dan album Mandarinnya pada bulan Ramadan nanti.

Shila bakal menjalani ibadah puasa di Shanghai. -Sinar
Baca Lagi

19 Jun 2013

Gempar !! Sofi Jikan meninggal dunia hanya khabar angin , baca sini ....




Berita kematian Sofi Jikan yang tersebar di laman sosial Twitter dan Facebook pagi semalam, ternyata hanya satu khabar angin dan salah faham.

Menurut rakan terdekat pelakon itu, Sofi masih ditahan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi dan individu yang meninggal dunia itu adalah adik Sofi.

Sebelum ini, Sofi telah memenangi anugerah Watak Penyangak Terhebat menerusi lakonan beliau dalam filem Jalan Kembali Bohsia 2 di malam anugerah BlockBuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Sabtu lalu. -Sinar
Baca Lagi

Inilah PUNCA Rossa tanggalkan tudung !!



Penyanyi terkenal dari seberang, Rossa, 34, yang telah bertudung setelah mengerjakan haji pada tahun lalu kini kembali mendedahkan rambutnya.

Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat.

Rossa mengaku tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif namun dia terpaksa berbuat sedemikian kerana mematuhi kontrak dan persetujuan yang telah dibuat sebelum dia bertudung.

"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya kepada Berita Harian.

Walaupun kembali membuka tudung, Rossa berkata, dia tetap menjaga penampilannya supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.

"Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan." - sumber dari Yahoo.
Baca Lagi

Wah ! Giliran Perodua pula turun harga kereta , tengok sini ..



Bagi menyokong langkah kerajaan untuk menawarkan kos pemilikan kenderaan yang lebih murah tanpa mengabaikan kemudahan dan aspek keselamatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah memperkenalkan kereta daripada rangkaian S-Series yang memberikan penjimatan antara RM4,500 sehingga RM5,600 kepada pengguna.

Rangkaian S-Series meliputi model kereta Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S telah dilancarkan pada 14 Mac lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, syarikat telah menerima tempahan sebanyak 45,000 unit untuk varian berkenaan dan 32,000 unit kereta yang ditempah itu pula telah diterima pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penjimatan tersebut tidak terhad kepada harga kenderaan yang lebih murah, tetapi juga nilai tambah daripada aspek aksesori kenderaan, perkhidmatan servis dan alat ganti percuma dalam tempoh tiga tahun.

Mengambil contoh model Perodua Myvi SE, Aminar Rashid menjelaskan, pihaknya telah menyelaraskan harga kepada RM2,000 lebih rendah berbanding varian yang digantikan.

“Perodua turut menawarkan servis dan alat ganti percuma seperti minyak enjin, gasket dan palam pencucuh selama tiga tahun yang kesemuanya bernilai RM1,120.

“Selain itu, kami turut menambah beberapa kelengkapan baharu seperti bampar, skirting sisi dan spoiler yang bernilai RM2,500.

“Ini memberikan pengguna nilai tambah sebanyak RM5,620 berbanding varian sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo

Baca Lagi

Wahai blogger sekalian !! Ambil pengajaran dari cerita ni !



Seorang pengusaha laman sesawang hiburan yang terkenal iaitu www.jiwang.org (JWG) ditahan di Kelantan kelmarin selepas dia didapati menggunakan laman tersebut untuk memuat turun dan naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Hasil kegiatan haram sejak dia berusia 19 tahun dengan pendapatan adakalanya mencecah RM10,000 sebulan, lelaki itu yang kini berusia 35 tahun, mampu memiliki banglo, kereta mewah BMW dan lain-lain lagi.

Dia ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mendakwa industri kerugian RM10 juta akibat kegiatan lelaki itu.

Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ditahan di banglonya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 11.15 pagi.

Beliau berkata, banglo yang didiami suspek itu turut dijadikan pusat operasi haramnya.

“Serbuan dilakukan berikutan aduan oleh RIM mengenai laman web www.jiwang.org yang menjadi saluran popular untuk orang ramai memuat naik filem serta muzik Melayu tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

“Laman web ini disyaki beroperasi sejak tahun 1997 dan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil perkhidmatan iklan serta sumbangan ahli laman web yang disalurkan menerusi akaun bank isteri suspek,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.-Kosmo

Baca Lagi

' Abang Nepal ' punya pasal , janda sanggup nikah !



Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.

“Manakala, wanita tersebut  turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya.-Sinar

gambar hiasan


Baca Lagi

18 Jun 2013

Kantoi !! Sarjan ditangkap khalwat dengan kekasih gelap !


Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu.

Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.

“Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.

“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam  serbuan berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing.

“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan terbabit juga dikehendaki membuat laporan semula ke Pejabat Agama Kluang pada hari ini (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.

Operasi melibatkan 10 anggota Bahagian Penguatkuasa JAJ daerah Kluang dan Batu Pahat itu bermula jam 11 malam itu berakhir kira-kira jam 4.30 pagi. -Sinar


Baca Lagi

Pelakon baru diraba pengarah buat report polis !!



Seorang pelakon baru Ffarrah Ismail membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seni.

Ffarrah, 22, berkata, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus dilakukan seperti itu selain bimbang selepas menerima ugutan.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang kes itu akan berulang selain takut diugut pengarah drama itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara di sini kira-kira pukul 8.30 malam, Isnin.

Pelakon itu berkata, kejadian berkenaan berlaku antara Januari dan Februari lalu ketika dia terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan pengarah berusia lingkungan 60 tahun tersebut.

Katanya, kejadian berlaku ketika pengarah itu mendesak untuk menghantarnya pulang ke rumah dan cuba meraba bahagian dadanya ketika mereka dalam kenderaan.

“Pada mulanya saya menolak apabila dia hendak menghantar saya pulang selepas habis penggambaran tetapi saya terpaksa akur juga akhirnya. Ketika dalam perjalanan dia cuba meraba saya,” ujarnya

Ujar Ffarrah lagi, selepas dia menegur perbuatan itu, pengarah berkenaan mengugut untuk memusnahkan masa depannya sebagai pelakon selain meminta agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa.

“Saya bimbang dia akan guna pengaruhnya untuk menyekat periuk nasi saya kepada syarikat produksi lain kerana saya tidak menuruti kehendaknya.

“Bagaimanapun selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak termasuk rakan—rakan, saya tampil membuat laporan polis walaupun kes ini sudah berlalu kira-kira empat bulan lalu,” katanya.

Ffarrah yang pernah membintangi drama Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju itu, berkata, dia serik untuk menjadi seorang pelakon dan berharap kejadian berkenaan menjadi iktibar kepada pelakon baru lain.

"Saya tak sangka untuk menjadi pelakon perlu berhadapan dengan cabaran seperti ini. Jangan ingat saya seorang wanita yang murah dan mudah memberi apa yang diinginkan,” katanya. - Mstar

Gambar hiasan
Baca Lagi

Nahas 3 penuntut : Inilah Gurauan terakhir Adam !



“Adam yang kahwin, mak...Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya  majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan, awal pagi kelmarin.

Remaja berusia 18 tahun itu, sempat bergurau bersama ibunya menerusi panggilan telefon.

Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas  kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.

Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan  Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.

Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila  anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.

“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.

Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang kelmarin.- Sinar
Baca Lagi

Tragedi Sungai Golok ! Takziah !



Kebimbangan seorang ibu, Nor Asikin Abdul Rahman, 41, tentang keselamatan tiga anaknya selepas dimaklumkan mereka bermain berhampiran Sungai Golok terjawab apabila tiga beradik itu ditemui mati lemas hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Rahmat, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7; Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, ditemui penduduk kampung antara pukul 5.20 hingga 5.50 petang ini.

Nor Asikin ketika ditemui di rumahnya di sini berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas Kampung Rahmat menghadiri satu bengkel di kampung bersebelahan.

Dia kemudian menerima panggilan daripada rakan memaklumkan anaknya sedang bermain berhampiran sungai dan memintanya pulang segera.

"Saya meninggalkan ketiga-tiga mereka di rumah kakak berhampiran rumah saya. Rakan menelefon saya memaklumkan tiga anak saya itu bermain berhampiran sungai dan meminta saya segera balik. Ketika sampai di rumah, penduduk kampung sedang mencari anak-anak saya yang dikhuatiri lemas.

"Saya segera menunaikan solat asar dan berdoa agar semua anak saya ditemui," katanya.

Menurut Nor Asikin, kehilangan tiga beradik itu cukup menyedihkan kerana semua anaknya itu hasil perkahwinan dengan arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat barah usus.

Dia bagaimanapun mempunyai dua lagi anak selepas berkahwin lain dua tahun lalu.

Sementara itu, kakak ipar Nor Asikin, Nor Azizan Hassan, 41, berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai bermain di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka pada pukul 4 petang ini.

Menurutnya, selepas mengetahui aktiviti tiga beradik itu, dia bersama beberapa penduduk segera pergi ke sungai untuk membawa mereka pulang namun kesemua mereka hilang cuma yang ditemukan hanya selipar di tebing sungai.

"Penduduk kampung segera menelefon bomba. Ada yang terjun ke dalam sungai untuk mencari mangsa sementara menunggu pasukan penyelamat tiba," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nasuhafahd Ahmad Mijar berkata, mayat Muhammad Syahmi ditemui penduduk kampung pada pukul 5.20 petang diikuti Muhammad Irfan Rahman dan Muhammad Zulhilmi masing-masing ditemui pukul 5.30 petang dan 5.50 petang dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Jenazah tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat pagi esok. -Utusan

Baca Lagi

Subhanallah !! Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup !



Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

 Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. -Sinar
Baca Lagi

17 Jun 2013

Exsclusive dari Hip ! Punca parents larang Hafiz kahwin !



Ibu bapa kepada penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hafiz berharap agar anaknya melakar kejayaan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perhubungan yang lebih serius.

Ayah Hafiz, Mohd Suip, 52 dan ibunya Halizawati Mohd Salleh, 48 berkata, mereka tidak pernah menentukan siapa jodoh Hafiz dan tidak pernah melarang Hafiz dari berkawan dengan sesiapa namun mereka berhasrat untuk melihat penyanyi berusia 23 tahun itu membina kerjaya terlebih dahulu.

"Dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja malah dia selalu bercerita dan mengenalkan gadis yang berkawan dengannya. Kalau sudah tentu jodohnya, kami tidak akan menghalang" kata ibunya," katanya kepada Hip.

Ditanya pula mengenai kontroversi yang pernah menimpa anaknya, ibu Hafiz mengakui risau dan tidak dapat menerimanya namun lama-kelamaaan mereka memahami situasi Hafiz yang kini sudah menjadi milik masyarakat.

"Dulu kita cepat melatah, tetapi lama-kelamaan kami sudah boleh terima dan faham situasi dirinya sebagai artis. Bila ada gosip, kita tanya kepadanya dan minta dia terangkan hal sebenar."

Dalam pada itu, Hafiz yang mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi bagaimanpun enggan mendedahkan identiti gadis di hatinya itu.

"Memang saya sudah mempunyai teman istimewa, tetapi saya tidak mahu membabitkan dirinya kerana menghormati kehendaknya. Belum masa untuk saya mendedahkan siapa dirinya kerana dia masih belajar. Jadi saya tidak mahu mengganggu tumpuannya terhadap pelajaran," katanya yang turut memberitahu ketika ini dia mahu tumpu kepada usaha mengukuhkan lagi kerjayanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz telah muncul dengan album terbarunya yang memuatkan sebanyak Sembilan buah lagu yang diberi judul "Hafiz". SUMBER DARI YAHOO
Baca Lagi