Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

17 Jun 2013

Tragis !! Beginilah keadaan Viva yang terbabas libatkan 4 pelajar U !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Kegembiraan empat pelajar universiti bersiar-siar di sekitar bandar ini selepas mengunjungi Taman Tema i-City Seksyen 7 di sini tidak berpanjangan apabila tiga daripadanya maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri semalam.

Tragedi menjelang Subuh pada pukul 5.15 pagi di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini itu mengakibatkan Adam Ab. Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan maut di tempat kejadian. Adam merupakan pemandu kereta manakala dua lagi berada di tempat duduk belakang.

Seorang lagi mangsa, Nurfarina Mokhtar yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera ringan. Kesemua mereka yang berusia 18 tahun baru dua minggu belajar di universiti.

Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang; Ameer (pelajar asasi jurusan perakaunan di UiTM Shah Alam), Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia) dan Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam).-Kosmo


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment