Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

16 Jun 2013

Guru temui ajal ketika main badminton !


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Disangka mahu berehat akibat penat bermain badminton, seorang tenaga pengajar Pusat Giat Mara Ipoh Barat mengejutkan pasangan regunya apabila tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam di Dewan Besar Tambun, Ipoh, Khairul Nizam Ariffin, 31, meninggal dunia dipercayai diserang penyakit darah tinggi dan diabetes dihidapi.

Sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan lain bermain badminton di dewan bermula jam 11 malam sebelum meminta izin rakannya untuk berehat sejam kemudian.

Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Pantai, Ipoh.

Rakannya, Mohd Izmir Mohamad, 31, ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Attaduri, Langkap, di sini, berkata, dia yang berpasangan dengan arwah dalam permainan itu hairan apabila arwah meminta izin untuk berehat biarpun baru selesai menamatkan set pertama-metro.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment