Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Sept 2012

Isteri ini tergamak guna darah haid dan air mani gajah sihir suami



Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.


Pengakuan mangsa kepada penulis

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.-sinar
sumber
Baca Lagi

Pesawat Aerobatik Bandung Air Show 2012 terhempas


Sesuatu yang jarang berlaku , pesawat terhempas semasa pertunjukkan ....Di Bandung , Indonesia ,sebuah pesawat ringan 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas semalam mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.

Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).

Anggota penyelamat memadamkan kebakaran pesawat ringan 202 Bravo yang terhempas di bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia di Bandung semalam.


Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU. Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.42 pagi, lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik.

Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukan udara seterusnya sebagai tanda berkabung. Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 Kota Bandung yang memasuki hari ketiga semalam diteruskan hanya dengan acara pameran.

Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian pada pertunjukan udara yang dijadual berlangsung selama empat hari mulai 27 September lalu.
sumber
Baca Lagi

Bapa terlanggar anak sendiri berusia 13 bulan


Di Padang Terap , Kedah kes ni menyayat hati , bapa terlanggar anak sendiri , bapa mana tak sedih ....


Sedangkan kucing pun kalau boleh kita elak, ini kan pula anak sendiri,” kata Muhammad Uzair Zul, 22, bapa kepada Auni Iylia Aifa, 13 bulan, yang meninggal dunia selepas digilis kereta dipandu bapanya di pekarangan rumah mereka di Felda Lubuk Merbau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar kawasan rumahnya yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya sebelum dilanggar oleh kereta dipandu bapanya yang tidak menyedari kehadiran anaknya.

Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad Uzair berkata, dia baru pulang dari Sik ketika itu dan tidak menyangka akan melanggar anaknya sebaik selesai mengisi minyak di stesen minyak keluarganya.

“Sebaik mengisi minyak, saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti terlanggar kerusi.

“Saya segera menoleh ke belakang bagi melihat apa yang dilanggar, namun tiada apa berlaku hinggalah terdetik melihat di bawah kereta lalu ternampak tubuh anak saya di bawah kereta dengan kesan darah yang banyak.

“Ketika itu, saya hanya mampu bertakbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga yang berehat di rumah,” katanya di rumahnya, semalam.

Dia berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah ketika kejadian, segera mendukung anaknya menuju ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, 50 meter dari rumah mereka.


lokasi dia terlanggar anak sendiri

Katanya, anaknya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu akibat cedera parah di muka dan kepala.

“Saya terkilan namun menerima takdir ini dengan tabah,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu manja dan sentiasa berada dalam kawalannya jika bermain di luar rumah.

Namun, katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar tanpa dikawal dan kejadian yang berlaku benar-benar di luar dugaan serta menyedihkan mereka sekeluarga.

“Saya meraung bagaikan ‘dirasuk’ selama satu jam sebaik melihat keadaan anak saya yang berlumuran darah sebelum ditenangkan ahli keluarga lain,” katanya.-metro
Baca Lagi

29 Sept 2012

Hari ni gi ikut rombongan meminang


Hari ni aku ikut rombongan meminang keluarga aku untuk adik bongsu, tinggal sorang tu belum kahwin , mmg hajat kami nak kahwinkan dia cepat2.

Selesai sudah majlis meminang tunggu majlis kahwin je lah , tahun depan kot , semoga bahagia hingga ke anak cucu....
Baca Lagi

Hari ni keluar semua toksik dari badan , bila keluar peluh...




































Hari keluar semua toksik dari badan , bila keluar peluh..., dah dekat 3 minggu aku tak berpeluh kaw kaw punyer, maknanya dah 3 minggu toksik dalam badan aku tersimpan , dan ...setelah memaksa diri sendiri , aku buat senaman ringan kat depan rumah , ..guna tali skipping , yang tu lah paling murah , nak gi Gymnasium ? Jauh sangat tu ...

Selama sejam aku bertungkus lumus untuk keluar kan peluh dan menguatkan otot , 10 minit pertama dah berpeluh  , aku teruskan dengan senaman menguatkan otot tangan , seperti tekan tubi  atau nama saintifiknya ' pum ping ', diteruskan lagi dengan senaman kempiskan perut , nama saintifiknya ' sit up ' . Bila berpeluh bukan saja toksik yang keluar , tapi masalah aku kat rumah dan opis semua keluar hi hi , release stress kan ?

Perancangan aku masa depan mmg aku nak jadikan mini Gymnasium kat depan rumah aku ni , ade serba sedikit peralatan senaman tak yah gi Gym dah , so kalau ada masa yang singkat pun boleh senaman . Cuma perlukan sedikit modal...
Baca Lagi

Bajet 2013 , teks ucapan boleh di download di sini



Kelmarin teks ucapan secara live , aku tak dapat dengan sbb sibuk dengan kerja itu dan ini di opis , so malam semalam aku layan berita TV3 , dan aku layan laman Perbendaharaan Malaysia atau dikenali sebagai treasury nak tengok teks penuh  Bajet 2013 , ha sapa nak teks penuh bajet 2013 boleh download di sini , Teks Bajet 2013  . Yang malas nak download boleh gi ambik   hard copy di  Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya ,  aku pun tak sempat baca habis lagi , yang aku tau , yang kena batang hidung aku , apa dia ? , baca sini ...

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," 

Amboi , dia kira dengan bonus aidilfitri sekali no , ingatkan dah lupa , jadi dapat sebulan je lah nanti , tak pa lah janji dapat .Hak tu saja yang aku ambik tau pasal bajet 2013 ni , yang lain aku tau tapi tak berkenaan tak yah ambik tau sangat .
Baca Lagi

Akhirnya penerbit Innocence of Muslims ditahan tanpa dibenarkan ikat jamin



Barulah adil , orang yang menghina Islam ditahan , harap dapat hukuman setimpal...
Seorang lelaki yang dipercayai penerbit dan pengarah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kelmarin.
Nakoula, 55, yang berketurunan Mesir dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini selepas ditangkap kerana melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Dia dihukum penjara 21 bulan dan dibebaskan pada Jun 2011 setelah didapati bersalah menipu bank pada 2010.
Pendakwa raya Robert Dugdale berkata, Nakoula dituduh melakukan lapan kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu kepada para pegawai perunding cara dan menggunakan tiga nama berlainan.
Hakim Suzanne Segal memutuskan Nakoula ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri selain dianggap berbahaya kepada masyarakat.

Dia ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di sini dan mungkin dipenjarakan selama dua tahun jika dia didapati bersalah melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Nakoula yang merupakan penganut Kristian Koptik bersembunyi sejak dua minggu lalu selepas peranannya dalam pembikinan filem tersebut dibongkar.
Penduduk Islam di serata dunia menyertai tunjuk perasaan bagi membantah penyiaran filem itu selepas ia disebarkan di laman YouTube baru-baru ini.
Pada Rabu lalu, seorang pelakon filem itu, Cindy Lee Garcia memfailkan saman di sebuah mahkamah persekutuan di Santa Clarita, California terhadap pembikin filem berkenaan dan syarikat Google Inc. yang memiliki laman YouTube.
Dia menuntut sejumlah ganti rugi dengan mengemukakan dakwaan perlanggaran hak cipta dan diperdaya supaya berlakon dalam filem tersebut. sumber
Umat Islam seluruh dunia menjadi marah atas tindakan dia ...
Baca Lagi

Wanita dakwa dipukau sebelum dicabul oleh lelaki dalam kereta Viva



Teknik terbaru pukau , panggil mangsa masuk ke dlaam kereta dan dlaam perjalanan menghantar ke rumah , masa tu lah dia meraba ...

Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.

Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.



“Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.

“Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. “Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi,” katanya.

Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.

“Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang,” katanya.

Pelik ,sambil cakap  dan bertentang mata pun boleh pukau . sumber
Baca Lagi

28 Sept 2012

Mahu tambah isteri ? Baca ini dulu ....


Kepada yang berhajat, cerita ini mungkin boleh jadi iktibar. Petikan dari kolumnis akhbar Sinar Harian ni best juga baca ....




Saya bukan penentang poligami. Jangan salah anggap. Kepada yang layak, saya malah mengalu-alukan. Saya cuma mendokong pegangan bahawa untuk berpoligami, syaratnya  sangat ketat.

Justeru, kalau benar berhajat, jangan fikir singkat. Kesanggupan untuk berpoligami perlu bersama kesediaan untuk menambah tanggungjawab. Poligami bukan semata-mata untuk berseronok atau memenuhi syahwat yang tiada had.


Kerana itu, sebelum buat keputusan, kena fikir masak-masak. Ambil keputusan yang tidak masak, bimbang nanti kepala sendiri yang semak. Yang sesak akan bertambah sesak.

Jika kail panjang sejengkal, jangan duga lautan dalam. Kalau tidak sanggup atau tidak ada kemampuan yang cukup, terimalah kenyataan “bahawa aku  tidak layak berpoligami!”

Seperti sudah jadi kitaran hidup, lelaki biasanya akan terfikir mengenai poligami apabila usia mencecah 40.


Kononnya umur  40 sesuai untuk  tambah ‘cawangan’. Dan untuk itu, pengurus cawangan yang baharu semestinya seorang yang mampu membawa idea-idea  kontemporari, bawa semangat baru kepada suami.


Untuk itu, calonnya mestilah muda berbanding pengurus cawangan induk yang sedia ada,. Malah ada kemungkinan jika pengurus yang baharu itu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dia berpeluang cerah untuk mendominasi keseluruhan syarikat dengan tuan punya

syarikat sekali. Ini berkemungkinan besar akan berlaku dan memang sudah banyak berlaku!

Namun, untuk menguruskan banyak cawangan, bukannya mudah. Tuan punya syarikat jangan fikir, apabila usia meningkat, ini masa untuk berehat.

Apabila sudah ada tanggungjawab, mahu tidak mahu, penat tidak penat, tenaga perlu diperah. Kalau pun pengurus cawangan induk juga mahu berehat, kederat untuk cawangan yang baharu masih perlu dikerah. Kena pula yang jenis banyak kerenah!


Itulah yang dikata orang, walau berjalan dipapah, tongkat jangan patah!

Seorang kawan saya, Azmin yang berniaga ubat kuat untuk lelaki di Shah Alam menceritakan mengenai seorang lelaki berusia hampir 80 tahun dari Kedah, yang datang ke KL dengan bas semata-mata untuk beli ubat kuat.

“Pakcik itu telefon minta saya tunggu dia di stesen Jalan Duta. Selepas dapat ubat, dia naik bas balik ke Kedah. Katanya, dia tak pandai nak beli secara online lagi pun bimbang ubat tidak dihantar selepas dia bayar duit.


“Dia terpaksa buat begitu sebab ada isteri muda. Katanya bukan senang nak maintain isteri muda,” cerita Azmin.


Nah! Siapa kata lelaki tidak sanggup berkorban untuk isteri?


Namun, satu lagi kisah, saya percaya boleh jadi pengajaran yang sangat berguna bagi sesiapa yang berhajat mahu beristeri muda.


Kita sering dimomok dengan soalan sama ada masih sanggup berjaga malam, tukar lampin, bangun buat susu jika ditakdir beranak kecil dalam usia yang sepatutnya sudah boleh bersenang lenang, tidur nyenyak waktu malam. Bagaimana pula dengan cerita ini, seperti yang diceritakan kawan saya, Isa Teksi?


Kata Isa, dia kenal seorang warga emas yang setiap hari tunggu anaknya balik sekolah.


Katanya, pakcik itu dulu menunggu di kantin tetapi kebelakangan ini, dia  tunggu di tepi jalan, di luar kawasan sekolah.


“Apabila aku ajak masuk dalam teksi, dia menolak. Katanya, takut anak dia tak nampak,” cerita Isa.


Pada mulanya, kata Isa lagi, dia sangka dirinya yang tersalah dengar apabila warga emas itu menyebut ‘anak’.


“Aku tanya dia pasal apa tak tunggu di kantin macam dulu. Jaga larang masuk ka? Kata dia, bukan jaga, tapi anak dia yang tak bagi. masuk.”


Kata pakcik itu kepada Isa, ini  bermula apabila suatu hari, anaknya balik dalam keadaan marah-marah.


“Apabila ditanya ayahnya pasal apa dia marah, budak tahun dua itu kata, kawan-kawannya ejek dan gelakkan dia kerana ‘atuk’nya tidak bergigi. Bila dia terangkan kepada kawan-kawan dia, itu ayah, bukan atuknya, lagilah mereka gelakkan dia.


“Mereka malah tanya, mengapa ayah dia macam atuk?"


Sejak kejadian itu, anak warga emas itu melarang ayahnya menunggu di kantin sekolah kerana malu dan tidak mahu diejek rakan-rakannya.


Bayangkan, apa yang dirasa jika kita sendiri berada di tempat pakcik itu. Kecil hati? Sudah tentu.


Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Ini kenyataan yang perlu dihadapi jika kita, yang berusia semakin lanjut ini bercadang hendak berbini baharu dan beranak kecil.


Namun anak bukanlah beban tetapi rezeki  dan anugerah ALLAH yang perlu disyukuri biar berapa pun usia kita.


Cuma kepada sesiapa yang berhajat, buatlah persediaan.



Amacam ! Dah sedia ?. Semoga hidup anda lebih bahagia, dunia dan akhirat! sumber
Baca Lagi

27 Sept 2012

Esok Bajet 2013 , hissh apa agaknya PM nak bagi kat rakyat ni ..


Esok hari Jumaat 27 September 2012 , semua orang tahu esok Bajet 2013 , ramai orang akan melekat kat depan TV, Radio dan  internet , dengan live bajet 2013, dan aku sendiri pun insyaAllah tak akan ketinggalan . Biasanya aku akan habiskan masa banyak untuk tengok rumusan berita pada sebelah malam .

Rasa macam nak bawa TV gi keja la , tapi tak leh lah kan nanti .....tak tau nak cakap le . Yang pasti aku sebagai rakyat mengharapkan yang terbaik dari kerajaan sekarang ni . Selepas ni kalau kerajaan yang sama pun aku harapkan yang terbaik juga .  Aku sokong mana ? Undi anda adalah rahsia  hi hi ....



Dan yang pastinya selepas pembentangan Bajet 2013  esok , akan heboh di Facebook , blog  dan lama sosial yang lain , tentang bonus, elaun tu elaun ni , berita tu berita ni , dan lusa Sabtu , suratkhabar tentu habis , laris dijual awal , tak da chance la aku nak beli suratkhabar .

Aku harap dapat bonus 2 bulan macam entri aku sebelum ni Bonus 2 bulan dalam bajet 2013  dan aku juga mengharapkan elaun perumahan dinaikkan macam entri aku ni Elaun rumah naik Bajet 2013 dan harap kerajaan luluskan apa yang Ceupacs minta . Dan kalau kerajaan luluskan , sanggupkah kita kerja lebih masa sebab itu lah janji Ceupacs kepada kerajaan macam entri ni 

Adakah Bajet 2013 ini adalah yang terbaik ? Aku pun tak tau , pendapat anda ? Sama-sama kita tunggu esok...
Baca Lagi

Hikmah Bertudung, Masyarkat China Sanjung Shila Amzah


Inilah hikmah bertudung , agaknya , Allah saja yang tahu ....

Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi juara Asian Wave 2012.

Shila berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar menghormati imejnya sebagai wanita Islam.

"Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.


Shila Amzah anggun bertudung
 "Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya," ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.

Pada Khamis lalu, Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala dinobatkan sebagai juara program Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai.

Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Kepulangan Shila bersama keluarganya turut disambut oleh peminat dan rakan-rakan media.
Tambah Shila, pihak produksi dan semua peserta yang terlibat juga turut memberikan layanan baik sepanjang berada di negara itu.

Katanya kejayaan yang dikecapnya itu adalah satu penantian berbaloi selepas hampir 12 tahun bergelumang sebagai anak seni selain menjadi bukti usahanya selama ini tidak sia-sia.

Shila Amzah bersama peminat
Sementara itu Shila berkata, kejayaan tersebut membutakan dia diberi peluang menjadi penyanyi jemputan untuk konsert bintang negara tersebut iaitu Eric Moo di Beijing pada 17 November depan.

Katanya ia satu penghargaan yang amat besar kerana mampu melangkah setapak lagi dalam mengembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih jauh.

"Kejayaan ini bukan bererti saya sudah boleh mendabik dada sebaliknya masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana cabaran yang akan datang lebih hebat selepas ini," jelasnya.

Shila memberitahu kemenangan itu juga membolehkan dia berkongsi dana bersama pemenang tempat kedua dan ketiga bernilai RM5 juta yang diperuntukkan oleh Shanghai Media Group (SME).

Wang itu bagi menjalankan aktiviti promosi, persembahan pentas dan juga dalam usaha menjadikannya artis terkenal di seluruh Asia.
sumber
Baca Lagi

Tragedi Gunung Tabai , emas punya pasal sanggup korban nyawa


Di Kuching ,keghairahan seorang peniaga yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan melombong emas secara haram di kaki Gunung Tabai, Bau dekat sini, bertukar tragedi apabila mangsa maut dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil awal pagi semalam.

Mangsa Lee Sze Chun, 37, dikatakan pergi melombong emas di kawasan tersebut kerana mahu memperoleh wang segera bagi memenuhi impiannya memiliki sebuah premis perniagaan sendiri.


Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Sze Chun yang maut dihempap bongkah batu di kaki Gunung Tabai, Bau, Sarawak semalam
Bagaimanapun, Sze Chun yang menjalankan perniagaan mi kolok meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai akibat hentaman kuat ketulan batu yang tiba-tiba menggelongsor lalu menghempapnya di dalam terowong sedalam kira-kira 12 meter dalam kejadian pada pukul 3 pagi.

Pak cik mangsa, Chin Jun Chong, 47, berkata, mangsa pernah menyuarakan impiannya untuk memiliki kedai mi kolok sendiri bagi mengembangkan perniagaan bersama isterinya, namun mereka kekurangan modal.
sumber
Baca Lagi

Sepandai tupai melompat , suspek kes tempak pengawal keselamatan diberkas


Persembunyian seorang lelaki yang disyaki menembak mati rakan setugasnya sebelum merompak wang sebanyak RM1.23 juta tidak ke mana apabila dia akhirnya diberkas selepas lebih tujuh hari hidup bagaikan pelarian di Thailand.

Pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang sebelum ini diburu bagi membantu siasatan kes itu diberkas pada pukul 11 pagi kelmarin di kawasan bukit di Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis dalam keadaan letih dan tidak bermaya kerana kebuluran.
sebahagian duit 1.23 juta yang ditemui semula


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum ditangkap, suspek dipercayai merancang untuk melarikan diri ke Thailand buat kali kedua melalui Perlis.

Katanya, dengan tertangkapnya suspek utama itu, pihaknya menganggap kes seorang pemandu van keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28, yang ditemui mati dengan empat kesan tembakan di dada di Jalan Tekah-Aulong di sini pada 18 September lalu sebagai selesai.
sumber
Baca Lagi

Dah jaga , siap aku , esok keja pening


Siap aku esok keja pening kepala ,kol berapa tak tau nak tidur ,kol 12 masih cergas dan sedang bagi pos istimewa hi hi , huda , kita tengok bola lah malam ni ....
Baca Lagi

26 Sept 2012

Huda tidur pukul 8 malam , siap nak berjaga malam ni


Malam ni Huda tertidur pukul 8 malam , jaga pukul 10 , siap nak berjaga aku malam ni , selalunya dia tidur kol 11 malam ,dan bangun kol 6 pagi , tapi mlm ni siap aku , mau kol 3 nanti baru dia tidur , siapkan kopi lah nak berjaga malam hi hi .......
Baca Lagi

IKLAN PENGAMBILAN GURU DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN 2013


IKLAN PENGAMBILAN GURU DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH   (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN 2013


                                              KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                                                   BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)
AMBILAN TAHUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

1. NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

2. MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

3. TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

4. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
4.1 Warganegara Malaysia.
4.2 Sihat fizikal dan mental.
4.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
4.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
4.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

5. KEUTAMAAN
5.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
5.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
5.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
5.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
6.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
6.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.3 Calon yang diisytihar bankrap.
6.4 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
6.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
6.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

7. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
7.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

8. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
8.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.
8.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
8.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
8.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
8.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
8.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM

10. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045

APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE DPLI-SR j-Qaf
http://apps1.moe.gov.my/smg/02/020002/dpli-jqaf2012/index.cfm

Baca Lagi

Wang Kelain jadi lubuk ubat batin



Tu dia , Wang Kelian , Perlis dah jadi lubuk ubat batin pula , jaga-jaga sebab ubat yang tak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan boleh merosakkan organ dalam .

Arked niaga di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dikesan menjadi lokasi lambakan pelbagai produk kesihatan, terutama pil perangsang seks dan kosmetik, tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang berbahaya kepada pengguna.

Tinjauan BH di Arked Niaga Padang Besar serta Wang Kelian di sempadan Perlis-Thailand mendapati, banyak produk berkenaan termasuk kosmetik dari Thailand dijual, dipercayai kerana permintaan tinggi di kalangan rakyat tempatan. Produk dijual disempadan

Selain itu, pil perangsang seks yang kononnya mampu memberikan lebih nikmat dan ketahanan ketika berasmara turut dijual walaupun mengundang pelbagai risiko seperti kerosakan organ dalaman penting terutama buah pinggang.

Pelanggan pula ada dari Kuala Lumpur, Melaka dan Johor – sama ada membeli untuk kegunaan sendiri atau secara pukal yang dipercayai mahu dijual kepada pelanggan masing-masing.

Tanpa mereka sedari, penggunaan produk kesihatan atau kosmetik yang tidak diketahui ‘asal-usul’ terutama bahan yang digunakan, boleh menyebabkan komplikasi serius kepada tubuh terutama pengelupasan kulit dan masalah buah pinggang.

Produk tiruan dikesan mengandungi racun, bahaya tu !

deretan kedai yang menjual ubat seks di Wang Kelian 

Kebanyakan produk perangsang seks tiruan mempunyai racun seperti sildenafil, tadalafil dan steroid. Selain itu, kandungan logam berat dan bahan asing lain yang tinggi boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna.

Lebih membimbangkan, produk yang kebanyakannya dibawa masuk dari Thailand, Indonesia dan Filipina walaupun dipantau Kementerian Kesihatan, mudah diperoleh terutama melalui peniaga sekitar kaki lima, pasar malam, kedai runcit, kedai ubat tradisional serta internet.

Ketaksuban kelihatan cantik terutama badan yang kurus, kulit halus atau memulihkan tenaga batin menyebabkan masyarakat gagal memilih produk berdaftar dan selamat digunakan.

Kandungan bahan tertentu dalam produk itu mungkin mampu memberi kesan yang diingini dengan pantas, tetapi ia amat berbahaya kepada kesihatan untuk jangka panjang, malah dalam sesetengah kes kesan sampingan berlaku lebih pantas. sumber
Baca Lagi

Bomoh boleh rawat pesakit di hospital , mereka wajib didaftar dengan Kementerian Kesihatan



Nampaknya , kerjaya bomoh maju setapak lagi apabila diiktiraf oleh kementerian kesihatan , dengan syarat mesti didaftarkan , lepas ni ramai lah bomoh yang datang merawat pesakit di hospital .

Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pesakit menerima rawatan perubatan tradisional dan komplementari selaras dengan perubatan moden di hospital.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berdasarkan peraturan sedia ada, pengamal perubatan terbabit tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital untuk memberikan rawatan.

"Sebelum ini, kita tidak tahu kualiti pengamal perubatan tradisional. Saya yakin dengan adanya akta baharu ini, kualiti perkhidmatan akan lebih teratur dan penerimaan lebih baik daripada pengamal perubatan moden," katanya.

Beliau menggulung perbahasan rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Dalam pada itu, Tiong Lai mengesahkan syarikat insurans telah menyatakan persetujuan untuk membolehkan pesakit membuat tuntutan sekiranya mereka mendapatkan rawatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pesakit tidak boleh membuat tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) manakala pengamal perubatan terbabit tidak dibenar mengeluarkan sijil cuti sakit.

"Pemberian sijil cuti sakit tidak boleh diberikan kerana ia tertakluk kepada akta yang lain," ujar beliau.

Sementara itu, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia yakin akta baharu ini mampu memberi perlindungan kepada masyarakat dalam mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.

Presidennya, Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dan tertipu dengan tukang-tukang urut dan pengamal perubatan Melayu.

"Dengan adanya pindaan seperti ini, kita harap mereka (pengamal) dapat mempraktikkan cara amalan yang betul," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga meminta kerajaan menyediakan satu pelan menyeluruh bagi mengkaji kadar bayaran yang wajar dikenakan kepada pelanggan ketika mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional.

Kosmo! semalam melaporkan semua pengamal perubatan Islam termasuk tukang urut dan bidan di negara ini akan diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 dikuatkuasakan. sumber

gambar hiasan  ashraf muslim rawat pesakit

Baca Lagi

Gambar kemalangan melibatkan 10 kenderaan di Ayer Keroh







Kemalangan di Ayer Keroh  menggambarkan betapa perlunya , lori-lori periksa keadaan brek sebelum memulakan perjalanan , kalau dah sampai masa servis brek tu kena servis , kereta aku pun 40 ribu km kena servis brek , tak leh tunggu dah . Tak tau lah apa punca kemalangan ni , tapi dari info yang aku dapat dari Google , masalahnya adalah brek lori ...tengok petikan bawah ni


“Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya,” kata R Sivakumar, 32.

Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.

Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.

Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran.

sumber

Baca Lagi

25 Sept 2012

Dia pun nak update blog....


Hari ni kena jaga Huda lagi , jadi mr mama lagi , harap esok dapat pi keja , lama dah tak gi keja .

Apa yang dia sedang fikirkan tu , tak leh cakap lagi , aku sedang buka internet , dia duduk kerusi sebelah , aha agaknya dia kata macam ni ....

" eleh abah aku ni , ingat orang tak paham ke dia cakap, abah ni tak de keje lain asyik update blog je "

ha ha mcm tu kot dia kata ....
Baca Lagi

Bajet 2013 : Sanggupkah anda kerja lebih masa kalau semua tuntutan Ceupacs dipenuhi ?


Berikut antara 6 tuntutan Cuepacs :

1.Kerajaan harus mewajibkan pemaju membina 35 peratus rumah mampu milik bernilai antara RM60,000 hingga RM150,000. Ia bagi memastikan lebih ramai rakyat termasuk kakitangan awam dapat membeli rumah di kawasan bandar kerana jika jarak pergi balik dari kediaman ke tempat kerja lebih 100 kilometer, ia tidak relevan dan tidak praktikal.
  
2.Pemberian bonus dua bulan gaji.
   
3. Menyambung kontrak lebih 45,000 kakitangan awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.
   
4.Mengkaji semula imbuhan tetap perumahan. Cuepacs juga menggesa kerajaan agar mengkaji imbuhan tetap perumahan serta inisiatif kakitangan awam di Sabah dan Sarawak yang disifatkan sudah tidak relevan.
   
5. Mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat Persekutuan.
   
6. Penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

Cerita atas aku dapat dari sini , Harrazdani blog  tah betul tah tidak .

Dan terbaru aku dapat dari Facebook , tuntutan terbaru Ceupacs , gambar kat bawah ni ,

Setakat ini terdapat 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan. Boleh kami katakan angka yang cukup besar. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok ini?

    1) Mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula sejajar perubahan tuntutan tugas dan cabaran golongan itu, selain peningkatan taraf hidup rakyat.

        Kajian semula gred minimum N17 bermakna kelompok itu akan menerima kenaikan gaji pokok yang kini dibayar RM926.60 sebulan
        Begitu juga gred (minimum) jawatan jururawat juga U19, jadi (gred bagi jawatan) pembantu tadbir kerajaan juga perlu dikaji semula

    2) Membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42

        kenaikan gred bersepadu memberi  mereka peluang kenaikan pangkat gred bersepadu yang mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan kepada organisasi tanpa  perlu merujuk kepada kelulusan akademik


        Maknanya (bagi gred bersepadu) tak perlu ada ijazah atau diploma tetapi ambil kira pengalaman, kemahiran dan sumbangan. Namun, bukan semua  boleh dapat gred ini, hanya mereka yang layak sahaja

    3) Mencadangkan gelaran jawatan itu ditukar kepada pegawai kerani atau pegawai hemat tadbir bagi melambangkan peranan kelompok itu selaku kumpulan sokongan yang melicinkan urusan pentadbiran (cadangan picisan seperti ini, bagi kami tidak perlu difikirkan tidak mengapa. Fikirkan cadangan dan tuntutan yang lebih penting daripada ini)
  petikan dari Beritasemasa.com

Dari petikan di atas , pemahaman aku , nampak gaya gred maksimum pembantu tadbir  bukan N26 lagi  tapi sekarang N42 , ha ha tak yah buat degree lah macam tue , tunggu kenaikan je dah boleh naik sampai gred 42. Marah le nanti orang yang berhempaspulas buat degree , orang keje lama pun boleh naik sampai gred degree.

Kalau  semua tuntutan Ceupacs di atas tu dipenuhi , atau 70 peratus dipenuhi , Ceupacs nak janji kita keje lebih masa . Mak aii , sekarang ni kita tak keje lebih masa ke ? kalau ada event sampai lewat petang tu tak keje lebih masa ke  , yang tue macam mana ? Tentang datang awal 15 minit tue isshhk tak tau nak cakap le , memang aku bukan jenis datang awal , kalau puch card kol 8 pagi tue , aku akan sampai 7.59 pagi ha ha , lepas tue Ceupacs kata nak kena balik lewat 15 minit , boleh ka , tadika anak kalau lewat denda seringgit macam mana tue ?  Tengok janji-janji Ceupacs kepada kerajaan kalau 70 peratus tuntutan dipenuhi bawah ni , sumber dari sini Blog Ceupacs

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.


"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.


Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.


Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.



Apa pendapat anda ?
Baca Lagi

Wang hantaran di Malaysia ikut taraf pendidikan ! Anda setuju ?





Bagi pihak lelaki , nak hala ke murah je , semua nak free , kalau boleh hantaran paling sikit je , pikir same itu nak jadi bini kite , kalau isteri tu baik hati , silap haribulan duit hantaran tu dia bawa laki gi honeymoon . Jaga standard bini kita sama ,jaga air muka kelarga bini kita sama ..Jaga juga air muka bakal mak bapa mertua , ..ok ?

Bagi pihak pompuan pula , dah belajar tinggi , hutang PTPTN pun melambak , ada yang belom mula bayor , tak kan nak letak belanja rendah , ni la masa nak pekena keluarga belah lelaki, ni belom dapat keja lagi , kalau dah dapat keja tinggi pulak tu , haa mesti hantaran jadi double atau triple , tak ke gitu ?

Pendapat aku sendiri je , apa pendapat anda ? ....adoi !
Baca Lagi

Tiga penulis blog dikenakan hukuman penjara di Vietnam



Seram juga baca cerita ni , di akhbar Kosmo Online , nak tulis blog pun kena beringat-ingat , jangan tulis sebarangan, tengok tu dah kena hukuman ...
Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.
Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.
Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.
Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.
"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.
Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.
"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.
Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.
Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.
Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.
Laman web itu diharamkan di Vietnam.
Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.
Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.
Memang le kena hukuman , sebab apa ditulis tu mengancam keselamatan negara , tak hairanlah......

Sumber


Baca Lagi

24 Sept 2012

Hari ni trafik blog ni boleh tahan jugak







Hari pecah rekod belog  tak femes ni , setakat entri ni diupdate jam 11.40 malam  trafik yang datang dari google  dah cecah  lebih 400 unik visitor.  Hari ni total visitor baru 700 , lebih 400 datang dari google , wah dah semakin meningkat belog ni , waktu aku mula berblog satahun yang lalu dulu trafik sehari nak cecah 100 pun susah , tapi malu lah nak tujuk kat blogger-blogger otai , kita ni blogger amatur je , mereka tu blogger profesional , dah boleh cari makan dengan blogger ni . .... teruskan mengupdate ... adoi !
Baca Lagi

Malam pekena ikan bakar di Kuala Perlis


Malam ni pekena ikan bakar di Kuala Perlis , terliur tengok OKje makan  , kedai feveret aku , tak dak tempat lain dah kalau datang Kuala Perlis ni .Hari ni ' bos besar '  belanja , agaknya sebagai upah , mengasuh Huda dua hari kot !! ha ha .  Harga dia pun memang murah , bayangkan ikan gerut seekor saiz sedang , udang  sambal, sotong goreng  tepung ,  air dan masi baru RM55 , murah bagi aku , sekali sekala boleh le , kalau selalu tak leh juga . Kedai nampak macam biasa je tapi makanan dia memang terangkat. Aku penah buat entri pasal Kedai Zaina Ikan Bakar  ni pertama  dan  Kedai Zaina Ikan Bakar  ni kedua 

Ini dia mercu tanda Restoran Zaina Ikan Bakar , no telefon 012-4607671 , telefon  order dulu baru datang , tak lah tunggu lama sangat , kalau nak makan petai bakar pun ada di sini . 


Kedai ni asalnya rumah kampung , tapi direnovate jadi kedai makan , dah jimat belanja situ tak yah sewa kedai kan ? patut lah dia jual harga murah . tu yang best tu .....
Baca Lagi

Nenek bangga gemggam ijazah pada usia 66 tahun


Jarang dengar warga emas sanggup nak buat ijazah lagi , waktu tu pun dah nyanyuk dah tak ingat apa dah , ingatan pun semakin lemah , tapi kali ni ada warga emas yang sanggup buat ijazah , ...

Tekad untuk menggenggam ijazah yang diimpikan sejak usia muda menjadi dorongan kuat seorang nenek, Derisah Maarof, 66, menghabiskan masa enam tahun untuk bergelar siswazah.

Lebih manis lagi, kegembiraan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) kali ke-46 semalam, dikongsi bersama anak keduanya, Mohd. Idzuan Razali, 34, yang turut menamatkan pengajian di USM dengan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

Sepanjang bergelar pelajar, Derisah berkata, dia bersama anaknya dibenarkan mengikuti pengajian secara dalam talian dan video di rumah mereka di Ampang, Kuala Lumpur sebelum menghabiskan masa selama dua minggu pada semester akhir di USM.

Ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu itu memberitahu, dia mendapat dorongan keluarga untuk menyambung pelajaran walaupun menghadapi pelbagai dugaan sepanjang pengajian termasuk kematian suami dua tahun lepas.

Aku ? tah bila nak buat ijazah , cukup setakat Diploma kot , tapi kalau kalau ada orang nak taja , why not ?
Sumber

nenek bangga terima ijazah pada usia 66 tahun
Baca Lagi

Cuti lagi , ehh melampau hang ni !


Terpaksa lagi cuti lagi 2 hari , sbb jaga Huda , nak wat camna pengasuh balik kampung  , org rumah tak dapat cuti ,  semua ni berlaku sbb  faktor kerja hubby dia tak dapat nak gi ambik  , apa nak buat dah keje gomen mcm tu , lebih lagi polis , kalau cuti beku tu , siap , tak leh nak cuti langsung . Huda terpaksa diletak di bawah jagaan aku dulu , aku kan senang cuti , hi hi cuti dulu baru isi , sementara mungkin Rabu ni harap dia balik , hari Khamis ni tak kira aku kena pi keja juga , asyik cuti je manjang , nasib baik aku spare cuti siap-siap tahun ni untuk jaga Huda , kakak dia aku tak risau sangat sebab boleh hantar ke tadika  kol 5 petang ambik le .Jadi Mr mama lagi hari ni dan esok ...

dah mula belajar pakai tudung

Baca Lagi

23 Sept 2012

Bonus dua bulan kepada penjawat awam harap jadi kenyataan dalam bajet 2013



Dok pikir gak gomen nak kasi apa kat penjawat awam tahun ni , tahun lepas dapat pelarasan gaji , sampai berapa persen ? tak ingat dah aku , kenaikan tahunan  sampai RM 150 , wow kerja 2 tahun dah dapat RM 300 , berbaloi  , mmg berbaloi , tapi tahun ni dengar kata mereka tu nak minta bonus sampai 2 bulan , dan ada khabar angin kata nak minta naik elaun tetap perumahan sbb sewa dan harga rumah makin naik sekarang ni , harga barang pun naik . Mmg dalam sejarah perkhidmatan awam gomen tak penah bagi bonus 2 bulan kpd penjawat awam, kalau bagi kali ni , ini satu sejarah , Malaysia book of record hi hi . apa pun berita penuh ada kat bawah ni aku ambil kat blog ceupacs

KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.


"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.


Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.
Baca Lagi

Huda : ' Nak dera abah malam ni '


Petang kelmarin dia tidur nyenyak , malamnye susah nak tido, pkl 3 pagi baru dia lelap , itu pun selepas dipaksa, pening kepala aku, ni dah kes dera ni , puas aku tidurkan dia kejap masuk dlm bilik , kejap keluar , last sekali lena kat depan TV , hurrm kalau hari2 gini camne agaknye , dapat tidur 4 jam je aku ni , bila pula aku nak update blog ?

Tapi lega gak , dia suka tidur depan TV , yang penting kasi dia mengantuk dulu , kalau dulu guna buaian , puas henjut  tangan pula lenguh , la ni tak yah guna buai dah , kasi dia baring je tak lah lenguh sangat tangan ni . Kesimpulannya ...esok bangun kat kol 12 tengahari  hi hi ...
Baca Lagi

Senarai kamera AES yang dipasang di lokasi maut ( Download Percuma )



Baru-baru ni JPJ dah pasang camera AES , Sistem Penguatkuasaan Automatik  di lokasi2 maut seluruh negara . Di PLUS aku tengok 3 biji je tapi kat KL dan Selangor banyak biji . Ini baru fasa percubaan , pilot test , semua sekali 14 lokasi  maut , nasib kat tempat aku tak ada , Perlis ni .  Tapi ini baru fasa pertama , ha ha ,ada 817 lokasi lagi pada fasa kedua nanti , tunggu je mereka pasang , yang seronoknya bolah tengok koordinat GPS sekali , boleh tanda siap-siap kawasan mana ada kamera AES ni , bagaimana kamera AES ni berfungsi ? Begini , imej yang dirakam kamera AES akan dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan direkodkan pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan, tu dia , mcm tu hari ni buat salah , esok smaan sampai , tak ke gitu ? Boleh download AES di link bawah..
Download lokasi AES di sini 

Untuk info lebih lanjut pasal AES , tengok gambar ni ,
 Sumber
Baca Lagi

Studio Edrie Hashim dipecah masuk pencuri



Studio rakaman milik gitaris terkenal tanah air, Edrie Hashim, 39, dipecah masuk petang semalam.
Studio beliau yang terletak di Damansara Perdana dipercayai dipecah masuk pada kira-kira pukul 6 petang.
Menurut Edrie, kejadian tersebut baru sahaja diketahuinya.

"Salah seorang kakitangan studio memaklumkan kejadian pecah masuk baru sebentar tadi. Saya tidak tahu apakah atau berapakah barangan yang dicuri. Setakat ini, komputer jenis Mac yang hilang," katanya kepada Utusan di sini semalam.

Beliau berkata, kejadian pecah masuk pernah terjadi beberapa kali.Katanya, beliau kini menuju ke studio bagi memastikan tiada peralatan muzik lain yang hilang.

Utusan difahamkan, terdapat lebih lima buah gitar disimpan di studio berkenaan yang baru dua tahun digunakan.Beliau menambah, beliau akan membuat laporan polis kelak.
Sumber
Baca Lagi

Harap sangat imbuhan tetap perumahan penjawat awam dinaikkan dalam Bajet 2013



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menambah imbuhan tetap perumahan kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, ia perlu kerana kos perumahan kini amat tinggi.
"Bagi kawasan bandar apabila wujudnya projek perumahan baharu timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat beli rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk satu jumlah yang besar sekali gus.

Sebagai contoh, katanya, ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji sebanyak 13 peratus baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ia membebankan.
Yim Pheng memberitahu, penjawat awam bagi kumpulan yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun juga diharap dapat diberi pelepasan cukai.

Sumber
Baca Lagi

Sharifah Khasif Fadzilah mendirikan rumah tangga dengan seorang Datuk Seri



Desas-desus naib juara Akademi al-Quran musim ketiga, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua seorang Datuk Seri akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan status perkahwinannya kepada Metro Ahad, semalam.

Gosip pernikahannya dengan VIP itu disiarkan dalam ruangan CAK, Selebriti, minggu lalu. Berikut isi kandungan e-mel yang dikirim Sharifah Khasif berserta gambar pernikahannya.

“Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.
Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.

Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.
Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.
Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.

Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.”
Sumber
Baca Lagi

22 Sept 2012

Hari ni kena bertugas jadi Mr Mama


Hari ni kena bertugas jadi Mr Mama, jaga anak aku dua org tu . Mmg cabaran jaga anak 2 orang ni sbb selalu bergaduh , kadang 2 ok , kadang bergaduh . Tak pa hari ni last dah , minggu depan 'mama' dia balik .
Baca Lagi

Solat hajat di rumah ‘Gadis api’ , mohon perlindungan dari Allah



Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.

“Saya tidak takut dengan apa yang dialami ini dan selagi ada hayat saya akan berdoa supaya api ini tidak muncul lagi. Kami tetap mencari jalan penyelesaian daripada gangguan yang dilalui sekian lama.

“Sekarang ini, dengan kemunculan api misteri di rumah ini, saya tidak boleh lemah semangat dan perjuangan untuk menghentikan semua gangguan tidak sewajarnya berhenti separuh jalan, apatah lagi mengalah begitu sahaja,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sempena lawatan tersebut beliau turut menyempurnakan solat Hajat dan berdoa semoga ALLAH SWT melindunginya daripada sebarang gangguan makhluk halus.

Wan Nor Fatihah juga memberitahu, semenjak kemunculan api tersebut keluarganya tidak putus-putus berikhtiar untuk melenyapkan api tersebut dan sejak pertama kali diekorinya kira-kira 77 pengamal perubatan sudah tampil membantu.

“Alhamdulillah jika sebelum ini saya dikejutnya dengan kemunculan api sebanyak 70 kali sehari sekarang gangguan terbabit semakin berkurangan dan ini adalah berkat doa serta izin ALLAH SWT untuk membantu saya.

“Biarpun kekerapan semakin kurang, namun gangguannya kadang-kalanya lebih teruk dan semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi ujian ini serta terus menamatkan masalah yang menghimpit diri ini,” katanya.

Akibat gangguan tersebut juga, fikiran Wan Nor Fatihah turut terganggu kerana ada yang mencemuh keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang luar.

Semalam bermula sejak pagi sehingga jam 7 petang kira-kira enam kali api mesteri tersebut muncul dan membakar pakaian di dalam rumah itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz menasihatkan keluarga supaya bersabar dan sentiasa berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala.

“Saya berharap keluarga ini tidak berputus asa dan saya berdoa semoga mereka dilindungi ALLAH SWT daripada sebarang gangguan makhluk halus. Hakikatnya, ALLAH  SWT maha berkuasa ke atas segala sesuatu,” katanya.

Sumber
Baca Lagi

'Gadis api' diajak lawan parang dengan jin



Selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ‘gadis api’ di Kampung Penambang Bunga Emas, Kelantan kelmarin, remaja itu mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu.

Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14, mendakwa mendengar bisikan halus itu ketika dia sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Cucu kepada keluarga Zainab Sulaiman itu, bukan sahaja berharap supaya gangguan ini dapat dihindari dari keluarganya kerana tidak tahan dengan tohmahan masyarakat, malah, dia terpaksa pula hidup dalam ketakutan apabila gangguan itu semakin serius sehingga mampu mengancam nyawanya.

Sementara itu, kunjungan selama dua jam yang diketuai oleh pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie bersama 15 pembantunya mendapati keluarga tersebut tidak diganggu secara langsung oleh jin berkenaan tetapi hanya berlaku ke atas rumahnya.

“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.

"Bagaiman pun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya.
Sumber
Baca Lagi

Shila Amzah menang Asian Wave 2012, harumkan nama Malaysia



Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.

Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.

“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.

Malam kelmarin, Shila berjaya menewaskan penyanyi dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Penyanyi itu yang juga anak kepada penyanyi ND Lala menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (lagu popular Jaclyn Victor), Grenade (lagu nyanyian Bruno Mars) dan sebuah lagi dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan akhir berkenaan.

Shila yang membuat ucapan selepas dinobatkan sebagai pemenang di pentas Asian Wave itu menegaskan dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang dalam kalangan penyanyi hebat lain yang turut bertanding.

“Saya berterima kasih kepada peminat serta pengundi dan pertandingan ini telah memberi peluang untuk menonjolkan bakat yang saya ada,” ujarnya dalam ucapan di laman YouTube.

Pada pusingan pertama Asian Wave 2012, Shila telah menyanyikan lagi penyanyi Adele, Set Fire to the Rain dan pada pusingan kedua dia mengalunkan pula lagu penyanyi Taiwan, Lee Hom iaitu Forever Love yang telah menarik perhatian juri dan komposer terkenal China, Eric Moo.

Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke pertandingan akhir yang telah berlangsung sejak 31 Ogos lalu dan pemilihan akhir seramai lima penyanyi sahaja.

Asian Wave merupakan pertandingan peringkat Asia Pasifik untuk mencari penyanyi bertaraf bintang yang mewakili negara masing-masing.

Shila yang kini berada di Shanghai akan pulang ke tanah air pada 26 September ini. Beliau bagaimanapun gagal dihubungi Kosmo! bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kemenangannya itu
Baca Lagi

21 Sept 2012

Akhirnya dibedah jua, dah bunyi lain macam ,....


Akhirnya setelah menunggu waktu yang sesuai , lepas opis kol 6 kelmarin , kereta masuk workshop , tukar minyak Castrol GTX, tukar oil filter , semuanya sekali upah RM 88 , murah berbanding kedai lain . Pssst : first time servis waktu senja ni , nak wat mcm mana , weekend kena jadi mr mama, jaga anak
Baca Lagi

Gadis lembam di buang ibu bapa kandung di tepi jalan



“Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu,” kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang’ keluarganya sendiri.

Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.


Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.

Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.


Difahamkan juga, ibunya kini tinggal di Kulim, Kedah, manakala bapanya pula menetap di Ampang Jajar, di sini Gadis berkenaan ditemui media ketika menerima kunjungan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua bersama pegawai JKM di rumah ibu saudaranya di Kampung Federal, di sini semalam.


Zuraini yang faham penderitaan dialaminya sesekali menitiskan air mata walaupun tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar sejarah hidupnya itu.

“Saya sayang mak...sayang bapa, tapi mak tak sayang saya,” katanya dalam keadaan sebak.


Ibu saudaranya, Zaiton Abu Ghany, 39, berkata, Zuraini adalah anak sulung daripada empat beradik pada mulanya dijaga ibu bapanya sejak dilahirkan sebelum dihantar ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru ketika berusia lapan tahun sehingga gadis itu berusia 26 tahun.

Menurutnya, selepas itu dia dijaga pula ibu tirinya sebelum dihantar ke Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini, pada 2010. Katanya, pengurusan pusat jagaan itu menyerahkan semula gadis terbabit kepada ibu tirinya pada Julai lalu disebabkan masalah tertentu.


“Saya diberitahu dia kemudiannya diserahkan pula kepada ibu kandungnya hinggalah saya menemuinya di tepi jalan di Taman Cantik bersama beg pakaian lalu membawanya pulang ke rumah,” katanya.


Menurut Zaiton, jika diberi peluang dia boleh menjaga Zuraini tetapi rumahnya sendiri juga sempit dengan hanya sebuah bilik selain mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa.


“Kami simpati nasibnya yang dibuang ibu bapa kandung dan tiri. Kalau saya orang senang, tentu saya akan menjaganya, tetapi masalahnya saya sendiri pun orang susah,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Mohd Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes Zuraini kerana gadis itu pernah ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah, di sini sebelum ke Darul Hanan.


“Setakat ini, dia masih mempunyai ibu bapa kandung serta ibu bapa tiri dan jika siasatan kami mendapati tidak diterima keluarga sendiri, kemungkinan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jitra di Kedah selepas ini,” katanya. -metro


Baca Lagi