Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Sep 2012

' Kereta terbang ' rempuh rumah


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Di London,satu kemalangan membabitkan dua kenderaan bukan saja mencemaskan orang ramai, malah turut menyebabkan mereka kehairanan.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu, sebuah kereta Lexus berwarna perak melayang sebelum merempuh dinding bilik tidur sebuah rumah di tingkat satu yang terletak kira-kira 24 meter dari situ.

Menurut saksi, sebelum itu, pemandu kereta Lexus berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan sama. Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melambung dan melayang merempuh rumah berkenaan.

Rempuhan itu menyebabkan dinding tingkat atas rumah berkenaan berlubang. “Penghuni rumah itu sedang tidur apabila kereta berkenaan merempuh bangunan mereka kira-kira jam 3 pagi,” katanya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri serta dua anak mereka yang ada di situ ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu kereta Lexus itu pula, katanya, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dua lelaki yang jadi penumpang juga dihantar ke hospital kerana kecederaan ringan,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis Epsom di Surrey berkata, selain bilik tidur utama, bilik air di sebelahnya juga rosak. “Lima kereta, satu peti surat dan pagar juga rosak,” katanya. Seorang jurutera struktur menyiasat tempat kejadian bagi memastikan bangunan itu selamat ketika polis menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana ia boleh berlaku.-metro






Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

miz ruha said...

wah!!kereta terbang~~~
merasa driver bawa 'kapal terbang'...
kesian tuan rumah.. tak pasal2 rumah berlubang..

miz ruha said...

wah!!kereta terbang~~~
merasa driver bawa 'kapal terbang'...
kesian tuan rumah.. tak pasal2 rumah berlubang..

arau blogger said...

rumah berlubang tak pe , jangan nyawa melayang

Post a Comment