Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

5 Sep 2012

Al-Fatihah, Niat murni bantu kes ragut di Pekan Bedong , Kedah bertukar tragedi , seorang jadi korban


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Di Bedong, Kedah , niat murni seorang pegawai AADK untuk membenteras mangsa ragut bertukar tragedi , bila dia terjatuh  berlaku hentakan kuat di kepala dia , meninggal sudah , Al-Fatihah untuk dia ..


Niat murni seorang Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberkas peragut berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya akibat ditendang suspek di Bedong dekat sini.

Mangsa, Mohd. Majdi Abd. Hamid, 33, yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan, Kulim meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pagi ini, setelah koma lebih 17 jam.

Isteri mangsa, Nor Baizura Rohim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam semasa mangsa bersama anak perempuan mereka berusia lima tahun keluar membeli cendol di pekan Bedong.

Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.

Selepas dua hari mendapatkan rawatan, Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam.

Mengimbau kejadian itu, dua peragut berpura-pura sedang minum di sebuah kedai dekat pekan Bedong sebelum meragut beg mangsa yang juga pengunjung di kedai makan terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, suspek yang dikatakan seorang anggota tentera bersama seorang lagi rakan sedang minum sambil memerhatikan mangsa.

Selepas menghabiskan minuman, kedua-dua suspek terus menghidupkan enjin motosikal sebelum sempat mencapai beg tangan milik seorang wanita.

Difahamkan, ketika cubaan untuk melarikan diri, jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api melintas.

Kedua-dua suspek kemudian berpatah balik sebelum sempat dihalang pengunjung kedai makan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kata isteri arwah, arwah memang suka menolong orang.

“Sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia tidak pernah ungkapkan perkataan itu, namun malam sebelum kejadian dia ada memberitahu bahawa saya adalah isterinya dunia dan akhirat,” kata isteri Mohd Majdi.

Nor Baizura Rohim, 30, berkata, allahyarham suaminya seorang yang mudah simpati kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan suka menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Penolong Pegawai Anti Dadah, di C&C Rehab Center Kampung Selamat, Seberang Perai Utara itu berkata, dia tidak menyangka kata-kata itu merupakan petanda ajal suaminya yang juga bertugas sebagai Penolong Pegawai Anti Dadah di Klinik C&C 1Malaysia, Karangan.

“Kalau boleh, saya tidak mahu memikirkan bagaimana ia berlaku. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian ini dan menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga yang tinggal di Bandar Utama, Sungai Petani berkunjung ke rumah ibu Nor Baizura dekat Kampung Baru, Bedong.

Dia terjatuh ketika adegan tarik-menarik....

Sebelum kejadian, katanya, arwah keluar dengan anak kedua, Nur Asma Nuha, 5, tanpa memberitahu ingin minum di sebuah kedai makan dekat Pekan Bedong kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Bagaimanapun, ada orang kampung yang nampak kejadian datang memberitahu motosikal milik adik yang dinaiki arwah terlibat dalam kemalangan.

“Apabila saya sampai di tempat kejadian, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya difahamkan akibat terjatuh ketika ingin menarik beg ragut dari penjenayah dalam keadaan motosikal suspek sedang bergerak,” katanya.

Allahyarham Mohd Majdi yang koma sejak kejadian tersebut kerana kecederaan parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru, Bedong selepas solat Asar.

Hasil perkongsian hidup bersama Nor Baizura selama tujuh tahun, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Atip Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, dan Nahiz Nahfiz, 2.

Allah lebih sayangkan arwah , niat dia yang murni nak tolong orang , tapi dia yang maut , harap dia dapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah , Shahid ? Tak tau , tanya ustaz yang tu , itu kerja Allah .....



sumber utusan   dan sinar

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

Orkid awek said...

Semoga orang yang kurang bijak tersebut insaf dan kembali menjadi orang yang bijak..Kalau tiada minta bukan rampas

Teacher Basariah said...

innalillahiwainnailaihirajiun..semoga Allahh menempatkan arwah dalam kalangan org beriman..

nasrul said...

Semoga arwah paksu majdi ditempatkan dikalangan penghuni syurga.

arau blogger said...

harap ditempatkan bersama orang soleh

Post a Comment