Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Sept 2012

Wanita dakwa dipukau sebelum dicabul oleh lelaki dalam kereta Viva


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Teknik terbaru pukau , panggil mangsa masuk ke dlaam kereta dan dlaam perjalanan menghantar ke rumah , masa tu lah dia meraba ...

Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.

Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.



“Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.

“Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. “Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi,” katanya.

Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.

“Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang,” katanya.

Pelik ,sambil cakap  dan bertentang mata pun boleh pukau . sumber

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment