Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

10 Sept 2012

Wakil rakyat ditumbuk di Kuala Perlis , kawasan sendiri pulak tu ..


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Kes ni jarang berlaku , ADUN ditumbuk kerana tak puashati terhadap sesuatu perkara oleh rakyat di kawasan sendiri pula tu . Puncanya ? masih dalam siasatan , suspek dah kena reman tiga hari . Kena pakai bodyguard lepas ni , tumbuk tak pe lagi , setakat tumbuk boleh minta maaf  lagi .  Ikuti petikan ni ...

ADUN Kuala Perlis , Mat Hassan,  ditumbuk seorang nelayan yang tidak berpuas hati apabila perniagaan di pasar di sini didakwa terjejas gara-gara kewujudan pasar Burma di kawasan sama.

Mat berkata, walaupun ditumbuk di khalayak ramai dalam kawasan sendiri, semangatnya sama sekali tidak luntur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membela nasib rakyat.

Menurutnya, isu pasar yang didakwa bukanlah masalah utama beliau ditumbuk lelaki terbabit.

Kata Mat, lelaki itu dipercayai daripada parti pembangkang dan tidak puas hati apabila ramai penduduk di sekitar kawasan berkenaan memilih perjuangan yang dibawanya.

Mengenai kes tumbuk itu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak, tetapi tidak mahu mana-mana individu cuba bertindak membelanya akibat dendam.

“Kita ada undang-undang, jadi biarlah undang-undang menentukan. Perjuangan akan diteruskan, cuma kita perlu lebih berhati-hati semasa berada di luar memandangkan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Sebenarnya pasar Burma itu bukan di bawah kuasa saya. Ia di bawah kuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Mereka di situ hanya berniaga pada sebelah malam. Mereka rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Bidara dekat sini, sempena rumah terbukanya, petang semalam.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat, beliau hanya mampu menyuarakan hasrat peniaga kepada pihak majlis.

“Saya tidak menyangka sama sekali perkara seperti ini akan berlaku, tambahan lagi di kawasan sendiri.

“Keadaan ketika itu tidak tegang dan hanya seperti biasa. Tiba-tiba sahaja lelaki itu bertindak agresif dan menumbuk bahagian bawah mata kiri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, seorang suspek telah ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut.

Bagi aku , kalau tak puas hati jangan le jadi mcm budak sekolah , bagi pumunbuk , tak pasal kena tahan polis kan , guna saluran yang betul , semasa pilihanraya nanti , gunakan kuasa anda , mengundi  pangkah je ,

p/s : tapi bagi sesetengan orang , bagi penumbuk dan penampar adalah satu kepuasan untuk mengajar orang yang cakap tak serupa bikin kan !!
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment