Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Sep 2012

Kesian , bayi 7 bulan menangis berjam-jam di sisi mayat ibu yang kena serangan jantung


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Di Bagan Datoh , Perak ,seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, di sini, pagi kelmarin.

Mayat Normaya Mokhtar, 33, yang juga guru Bahasa Jepun di sekolah berkenaan dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemui rakan yang ke rumahnya jam 8 pagi kelmarin.


Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menghantar SMS, malam Rabu lalu, namun tidak dibalas, menyebabkan dia beranggapan mangsa sibuk.

“Saya pelik apabila mendapat tahu dia tidak hadir ke sekolah (pagi kelmarin) menyebabkan saya ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah itu. Sebaik tiba di rumahnya, saya dapati pintu rumah tertutup rapat biarpun berkali-kali dipanggil, namun tiada jawapan.


“Saya segera memeriksa keadaan sekeliling rumah dan mendapati kunci pendua disimpan di hadapan rak kasut rumah berkenaan sehingga membolehkan saya membuka pintu hadapan rumahnya,” katanya.


Menurutnya, sebaik melangkah masuk, dia terus mencari rakannya di setiap ruang sebelum mendapati mangsa terbaring di ruang bilik tidur utama dan bayinya berada di sisi.

“Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.


Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Arwah seorang guru bahasa Jepun dan sudah mengajar di sekolah berkenaan sejak lebih dua tahun lalu. Dia sangat disenangi rakan-rakan dan suka membantu,” katanya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.


“Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah,” katanya.

Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.

Sementara itu, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar bagi warga pendidik.

“Saya dimaklumkan pengurusan sekolah berkenaan mengenai perkara itu. Saya sepatutnya mewakili Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, namun terpaksa menghantar wakil kerana terbabit dengan program lain,” katanya.-metro

gambar hiasan




Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Anonymous said...

she's my teacher. sama sama lah kita doakan agar dia ditempatkan di kalangan orang orang yang dirahmati dan diredhai Allah. Al-Fatihah

Post a Comment