Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 May 2012

NASIB AGEN HARTANAH YANG DIBOGEL DIIKAT DICABUL DAN DIPUKUL TERBELA !!




KUALA LUMPUR: Polis malam tadi menahan sepasang kekasih yang didakwa mencabul dan menyamun seorang agen hartanah di sebuah kondominium di Mont Kiara pada 10 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mereka yang masing-masing berusia 33 tahun ditahan pada jam 11 malam hasil maklumat orang ramai.

Dalam kejadian itu, agen hartanah tersebut yang berusia 34 tahun dilapor telah membawa pasangan berkenaan yang menyamar sebagai bakal penyewa, bagi melihat unit kondominium untuk disewa sebelum mangsa diikat, dibogel, dicabul dan dipukul oleh pasangan itu. Mangsa turut disamun dan kemudian ditinggalkan di unit kondominium itu.

Dia telah diselamatkan oleh anggota polis bantuan yang membuat rondaan rutin mereka di kawasan kondominium itu pada keesokan harinya, iaitu kira-kira 10 jam selepas kejadian tersebut.

Penghuni kondominium itu telah membuat aduan kepada polis apabila terdengar tangisan dan jeritan meminta tolong mangsa. - Bernama
Baca Lagi

( EDISI PANAS !! ) GURU WANITA DIRABA GURU LELAKI SEHINGGA TRAUMA NAK PERGI SEKOLAH !! (18SX)



KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.


“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.-METRO

AB-patut cikgu tu kahwin je !!
Baca Lagi

30 May 2012

BILA ' POWER OF LOVE ' MENGATASI ' LOVE OF POWER ' DUNIA AKAN AMAN



ARAU BLOGGER  - BILA ' POWER OF LOVE ' MENGATASI ' LOVE OF POWER ' DUNIA AKAN AMAN !!



Baca Lagi

Anak lelaki beli iPhone, anak perempuan beli iPod, isteri beli iPad TAPI BAPA YANG ' IPAID ' !!!




Anak lelaki beli iPhone, anak perempuan beli iPod, isteri beli iPad  TAPI BAPA YANG ' IPAID ' !!!


AB- sekadar berkongsi lawak !!
Baca Lagi

SYED ZAINAL SAH LETAK JAWATAN PENGARAH URUSAN KUMPULAN PROTON !!




Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuatkuasa 4 Julai ini.

“Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuatkuasa 6 Julai.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan menyambung tugas menerajui syarikat itu. - BERNAMA
Baca Lagi

GAJI NAZMI FAIZ RM300,000 SEBULAN !! BETUL KE ??




JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.-SINAR

AB-gaji Nazmi RM 300,000 sebulan !! banyak wooo !! makan tak habis !!
Baca Lagi

WWW 1 SAH JADI MILIK SULTAN JOHOR




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.

Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.

Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.

Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).

Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.

Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.

Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..

Harga WWW 9 ialah RM350,000.-KOSMO
Baca Lagi

29 May 2012

' AWAK ROGOL ADIK SAYA KE !! ' DITUDUH ROGOL ADIK SEBELUM DIROMPAK !! ( JENAYAH )




GOMBAK: Dua beradik lelaki menuduh seorang remaja lelaki merogol adik mereka sebelum mengumpan untuk berjumpa bagi berbincang sebelum disamun dan ditinggalkan di tepi jalan membabitkan kerugian hampir RM8,000, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, remaja terbabit berusia 17 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Caves dengan menunggang motosikal terkejut apabila didatangi dua lelaki bermotosikal memintas dan mengarahkannya berhenti.


Menurut sumber, mangsa yang ketakutan pada mulanya enggan berhenti namun selepas diacu pistol dan diarahkan berhenti menyebabkan dia yang ketakutan akur arahan mereka.

“Kedua-dua lelaki terbabit menyerang mangsa dan mendakwa kononnya merogol adik mereka menyebabkan mangsa terkejut dan menafikan kejadian itu.


“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan mempercayainya sebelum seorang daripada mereka merampas beg duitnya dan menyuruh mangsa bersemuka dengan gadis yang didakwa dirogolnya,” katanya.


Sumber berkata, pada mulanya mangsa enggan namun beralah kerana diacukan pisau ke pinggang dan mendesak mengikut mereka jika tidak mahu dicederakan.

“Lelaki itu menunggang motosikal sambil dibonceng mangsa kononnya untuk berjumpa adik mereka yang didakwa dirogolnya.


“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Damai, Kepong, mangsa terkejut apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dan menyuruhnya turun. Lelaki terbabit memecut motosikal mangsa dan meninggalkannya keseorangan,” katanya.

Mangsa menyedari terpedaya dan diumpan mengekori mereka sebelum disamun kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.-METRO

Baca Lagi

( EDISI 18SX !! ) WARDINA TERIMA DUA PANGGILAN LUCAH DARI SEORANG YANG TIDAK DIKENALI !! ( 18SX)




“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.-METRO

AB-sapa la buat kerja tak senonoh ni !!

Baca Lagi

27 May 2012

( EDISI AGAMA !! ) AMALAN SUNAT BULAN REJAB SEBELUM TIBA BULAN RAMADAN




REJAB bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah.

Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa.” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu seperti mana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Adalah masyhur dalam kalangan masyarakat disunatkan untuk berpuasa pada hari pertama Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, 15 Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.

Selain itu, ada juga yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Imam Ibnul Qayyim berkata: “Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan itu secara terus menerus seperti dilakukan sebahagian orang dan Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan Baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada Rejab. Bahkan diriwayatkan bahawa baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti diriwayatkan oleh Ibnu Majah.”

Walaupun begitu jika seseorang itu berpuasa pada Rejab tanpa niat mengagungkan bulan berkenaan tetapi berpuasa bertepatan dengan hari disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) pada Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan syarak.

Ada juga pandangan bahawa pada Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadat umrah. Namun begitu, menurut Aisyah, Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada Rejab.

Tarikh 27 Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj dan pelbagai program diatur bagi mengingati peristiwa itu.

Ia adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam supaya mengambil pengajaran daripadanya.

Banyak amalan sunat umum belum kita amalkan boleh dipraktikkan pada Rejab sebagai persediaan menanti kedatangan Ramadan dengan membanyakkan solat malam, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tadarus al-Quran.-BERITA HARIAN

AB-banyakkan latihan beramal ibadat di bulan Rejab ni nanti tiba Ramadhan tak lah kekok sangat nak beribadat 
Baca Lagi

( PELIK !!) WANITA INI TIADA RAHIM , TAPI AKHIRNYA DAPAT JUGA LAHIRKAN ANAK ,ADA ORANG DERMA RAHIM !!




ANTALYA, Turki 26 Mei - Sekumpulan doktor dari Hospital Universiti Akdeniz di sini berjaya melakukan pemindahan rahim ke atas seorang wanita bagi membolehkannya menjadi seorang ibu, pemindahan pertama seumpamanya yang berjaya di dunia.

Pembedahan yang dilakukan ke atas Derya Sert, 22, (gambar) yang dilahirkan tanpa rahim, pada Ogos tahun lalu dilaporkan berjaya selepas wanita itu selesai menjalani rawatan selama enam bulan.

Pemindahan tersebut dilakukan menggunakan rahim yang diterima daripada seorang wanita yang maut dalam satu kemalangan jalan raya.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas Sert mendapati rahimnya kini berada dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.

Sert yang berkahwin dengan seorang mekanik menjadi wanita pertama berjaya menjalani pembedahan tersebut.-utusan

AB-semoga dia dapat melahirkan anak yang sihat .Amin!!
Baca Lagi

( EDISI PANAS !! ) GADIS JADI HAMBA SEKS RAKAN SEKOLAHNYA SENDIRI !! (18SX)




TELUK INTAN 26 Mei - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menempuh detik-detik hitam dalam hidupnya setelah diugut dan diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol oleh rakan sekolah di rumahnya sendiri sejak beberapa bulan lalu.

Episod malang remaja berkenaan bermula apabila dia diugut untuk dicederakan oleh seorang rakan lelaki di sekolahnya jika enggan membenarkan rumahnya dimasuki ketika semua ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut terbongkar apabila jiran mangsa menyerbu rumah berkenaan Selasa lalu selepas terdengar jeritan remaja terbabit sehingga menyebabkan suspek melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika mengesahkan kejadian itu berkata, susulan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat sebelum menghantar anaknya ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menjalani pemeriksaan lanjut.-UTUSAN

AB-Gambar hiasan je atas tu!! kesian budak ni , kenapa lah tak bagitau parents awal2 !!
Baca Lagi

( GEMPAR !! ) NENEK 63 TAHUN TAWAR KHIDMAT SEKS ( 18SX)




SEREMBAN 26 Mei - Seorang nenek berusia 63 tahun antara 25 wanita yang ditahan polis semalam selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran pada serbuan di tiga buah hotel murah di sekitar bandar ini.

Dalam serbuan yang dilancarkan secara serentak kira-kira pukul 3.20 petang itu, wanita berkenaan sedang menunggu pelanggan manakala sebahagian lagi sedang melayan pelanggan di bilik hotel berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.-utusan

AB-gambar hiasan je atas tu !!

...
Baca Lagi

JOHAN RAJA LAWAK ' DIBOIKOT ' ANGKARA BERSIH 3.0




Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.

Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.

Berhent i berlako n?

Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk sementara waktu.

Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.

“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM. Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di televisyen.

Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh menguar-uarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya.-SINAR
Baca Lagi

' KALAU BEGINI, BIAR AKU MATI ' KATA-KATA TERAKHIR MANGSA LEMAS DI DUNGUN




DUNGUN: “Kalau begini, biar aku mati.” Itu kata-kata terakhir Mohd Arafi Che Hayusof, 22, sebelum ditemui lemas ketika mandi di kawasan air terjun berhampiran Tasik Bukit Besi, di sini, kelmarin.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang sapu dengan kontraktor pembersihan Majlis Perbandaran Dungun didakwa mengucapkan kata-kata itu selepas rakannya melarang dia mandi kerana tidak pandai berenang.


Dia tidak timbul selepas terjun ke dalam kawasan air terjun, jam 4 petang.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik bersama 20 pekerja syarikat terbabit bercuti di kawasan peranginan itu sebelum memaklumkan rakannya untuk mandi di situ.


Bagaimanapun, beberapa rakan mangsa melarangnya mandi berikutan dia tidak tahu berenang. Namun, mangsa tidak mengendahkan apabila menukar pakaian mandi lalu terjun.


Apabila mangsa tidak timbul, seorang rakannya terjun untuk mencari tetapi gagal sebelum memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Bukit Besi.

Sebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota polis dan bomba dan penyelamat Al-Muktaffi Billah Shah bergegas ke lokasi kejadian sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.


Jenazah mangsa berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar tasik terbabit, jam 6 petang dan dibawa ke Hospital Dungun (HD) untuk bedah siasat.

Sementara itu, kakak mangsa, Norhayati ,28, berkata arwah adiknya yang gemar berjalan-jalan tidak pernah membantah atau melawan kata-katanya, sebaliknya hanya mendiamkan diri.


“Sehari sebelum kejadian itu, saya memarahinya kerana lewat pulang ke rumah berikutan dia perlu bekerja pada keesokan harinya. Namun, teguran saya membuatkan arwah marah dan meminta saya tidak mencampuri urusannya.


“Ketika itu, saya terkejut apabila mendengar kata-kata arwah dan sama sekali tidak menyangka itu kata-katanya yang terakhir sebelum dia meninggal dunia.


“Malah, pada pagi kejadian, arwah turut bersikap pelik apabila menyimpan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg sebelum menyertai perkelahan itu, sedangkan sebelum itu arwah memaklumkan tidak sihat dan mahu tidur,” katanya yang menggalas cabaran sebagai ketua keluarga selepas kematian bapa mereka akibat kemalangan tahun lalu.


Dalam kejadian berasingan, seorang pemancing tidak menyangka objek pelik yang disangka tunggul kayu adalah mayat seorang lelaki yang terdampar di Pantai Teluk Lipat di sini, semalam.


Mayat lelaki dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui pemancing terbabit dalam keadaan berbogel sebelum menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, jam 1.30 tengah hari.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang dihubungi di sini semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kedua-dua kejadian.


Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Bilik Forensik HD untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.-METRO
Baca Lagi

SUKHOI SUPERJET 100 DISYAKI DISABOTAJ AMERIKA !!




MOSCOW: Perisikan Russia dilapor mengesyaki pesawat Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak, Indonesia awal bulan ini, mungkin disabotaj oleh Amerika Syarikat.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, beberapa pihak yang tidak disebutkan namanya berkata, pesaing Russia ingin melihat pesawat itu gagal dan teori bahwa kemalangan itu disabotaj kini disiasat.
Pesawat Sukhoi Superjet 100 adalah pesawat penumpang yang pertama dikeluarkan oleh Russia sejak perpecahan Soviet Union.

Ia terhempas di lereng Gunung Salak ketika dalam penerbangan promosi pada 9 Mei.

Semua 45 penumpang dan kakitangannya terbunuh. - Agensi
Baca Lagi

( PELIK !!) LELAKI INI MEMASAK ALAT SULITNYA SENDIRI DIHIDANG KEPADA TETAMU



TOKYO: Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima tetamu.

Mao Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan untuk membuang kemaluannya.


Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti.

Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di Tokyo.


Sebelum menikmati makanan itu, tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan, lapor CalorieLab.com.

GAMBAR ATAS SEKALI :: Sugiyama memasak sendiri kemaluannya dengan dipantau seorang chef.

AB-dah la tukar jantina , masak bagi orang makan pulak tu !!


Baca Lagi

' KALAU YOU MAU AWEK CUN ...SAYA OFFER YOU AMBIL MODEL , TAPI YOU KENA BAYAR LEBIH ' ITULAH TAWARAN DARI LAMAN WEB GADIS SEKSI DAN BERAHI !! ( 18SX)





KUALA LUMPUR : “Kalau you (kamu) mahu awek cun... saya offer (tawar) you ambil model, tapi you kena bayar lebih.”
Itulah tawaran diterima wartawan Metro Ahad ketika berhubung dengan individu yang mengendalikan laman web memaparkan gadis seksi dan berahi sebagai ‘teman pengiring’.

Siasatan dibuat selepas mendapat maklumat daripada pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Razmi, 30, yang tidak tahan menerima puluhan e-mel dihantar secara rawak menawarkan gadis pelbagai kategori untuk teman asmara atau sekadar bersosial.

Individu berkenaan menawarkan teman pengiring yang didakwa sebagai model dengan bayaran RM450 untuk sejam, RM650 untuk tiga jam berikutnya dan RM1,200 selama enam jam seterusnya.-METRO

AB-tu dia satu jam RM 450 boleh dibawa ke mana saja termasuk tempat tidur !!
Baca Lagi

ARTIS TABUR JANJI PALSU TIPU ORANG BAWAHAN




“Pekerja dijanjikan habuan lumayan seperti sebuah banglo atau kereta bernilai bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja,” kata Ahmad, 35, yang mendakwa ditipu seorang artis tanah air apabila tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.


Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.

“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.


“Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.


Menurutnya, program itu ternyata indah khabar daripada rupa apabila artis berkenaan yang bertindak sebagai pengarah teknikal gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Dia yang dibantu seorang lagi artis komedi popular tanah air turut mendakwa program berkenaan mendapat tajaan ratusan ribu ringgit selain sokongan dan kerjasama sebuah kementerian dengan majlis pelancaran disempurnakan wakil kerajaan negeri.


“Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan,” katanya.

Dia mendakwa, beberapa program lain yang diadakan sempena festival itu seperti pertandingan memancing turut berdepan masalah apabila penganjur langsung tidak menyerahkan hadiah kepada pemenang.


Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.


Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.


Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.


“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.


“Saya juga terkilan dengan sikap artis itu yang langsung tidak menjawab apabila dihubungi menerusi telefon bimbit. Kemudian seorang daripada kami bertemunya tapi dia buat tidak tahu, seolah-olah tiada apa berlaku,” katanya.


Dia berharap mangsa lain tampil mengemukakan bukti membabitkan penyelewengan artis itu. Selain mengemukakan masalah kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak, dia mempertimbangkan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu tidak diselesaikan.


“Saya tidak kisah sangat soal wang... cuma bimbang jika perkara ini tidak dipandang serius, ia akan berlaku kepada orang lain pula pada masa akan datang.


“Sepatutnya sebagai majikan serta menjaga reputasi sebagai artis, dia harus mencari jalan penyelesaian sewajarnya,” katanya.


Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Maulad, 20, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka pengalaman pertama menempuhi alam pekerjaan menjadi igauan buatnya apabila tidak dibayar gaji.


“Ini kali pertama saya bekerja... apabila ditanya soal gaji, semua senyap, seolah-olah tiada apa berlaku. Saya masih memegang kunci pejabat, namun selepas membuat tinjauan di situ, semua barang dan dokumen penting milik syarikat dipindahkan,” katanya.-METRO
Baca Lagi

' SAYA TAK PERNAH MENGAKU CUCU SULTAN ' TEGAS RAJA MOHD SYAZNI TENTANG SKANDAL DENGAN SYAHRINI




“Saya tak pernah mengaku saya cucu sultan. Saya cuma beritahu mereka, saya adalah kerabat diraja.”

Demikian penjelasan Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid, 24, yang namanya tiba-tiba menjadi topik hangat di kalangan media Indonesia berikutan hubungan cintanya dengan penyanyi terkenal negara itu, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.

Dalam pertemuan dengan Metro Ahad di sini, malam kelmarin, Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu oleh kekasihnya mendakwa, media negara terbabit memutar belitkan kenyataannya ketika dia bersama Syahrini mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta pada 13 Mei lalu.

Metro Ahad minggu lalu menyiarkan kenyataan bapa Syazni, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin yang merestui hubungan anak keempat daripada lima beradik itu dengan Syahrini, selain turut mengesahkan mereka berketurunan kerabat diraja.

Syazni turut ditemani ibunya, Shamim Khanam, 50, dan serta dua kakaknya iaitu Raja Nor Shakerah, 27, dan Raja Nor Zafirah, 26.-METRO
Baca Lagi

' GADIS SERBAGUNA 3 IN 1 ' INI BOLEH JADI PENGIRING PELANCONG DAN BOLEH DIBAWA KE TEMPAT TIDUR !! ( 18SX )




Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.

Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.

Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.

Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.

Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.-METRO

AB-gadis model pun ada 3 dalam satu ,ingatkan nescafe je !!
Baca Lagi

26 May 2012

(GEMPAR!! ) INILAH GAMBAR GADIS PALING GEMUK DI BRITAIN ,BOMBA TERPAKSA PECAH DINDING UNTUK BAWA DIA PERGI HOSPITAL




LONDON: Sepasukan penyelamat terdiri daripada bomba, jurutera dan anggota separa perubatan memecahkan sebahagian rumah untuk menyelamatkan seorang remaja belasan tahun yang dipercayai paling besar di Britain selepas dia berdepan dengan masalah sukar bernafas.
Dinding rumah terpaksa dipecah untuk keluarkan gadis ini

Ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Georgia Davis, 19, dari rumahnya di Aberdare, Wales Selatan dan dibawa ke hospital.

Menurut beberapa rakannya, Georgia mempunyai berat badan 400 kilogram.

Usaha menakjubkan untuk menyelamatkan gadis itu memakan masa lapan jam dan membabitkan 40 orang

Operasi dilancarkan apabila Georgia pengsan kerana masalah pernafasan dan sakit dada di bilik yang sudah sekian lama menjadi penjaranya.-metro
Baca Lagi

25 May 2012

' RAHSIA ATAS KATIL MAT NIGERIA TERBONGKAR ' SELEPAS TERBERAK ATAS KATIL HOSPITAL !!




MELAKA – Siapa sangka rahsia seorang keldai dadah Nigeria yang telah beberapa kali berjaya meloloskan diri menyeludup bahan khayal itu ke negara ini akhirnya terbongkar selepas dia terbuang air besar di atas katil Hospital Melaka setelah tiga jam dirawat.

Tembelang lelaki berusia 33 tahun tersebut terbongkar pada pukul 3 pagi kelmarin apabila petugas hospital yang cemas melihat keadaannya hairan sebaik ternampak 11 objek pelik turut terkeluar bersama najis di atas katil.


Bagaimanapun, selepas diteliti, mereka mendapati ia merupakan kapsul dadah yang telah ditelan oleh suspek untuk diseludup dan dijual kepada penagih syabu di negeri ini.

Selepas ujian X-ray dilakukan, doktor mengesahkan sebanyak 16 kapsul dadah lagi masih berada di dalam perutnya. Ia kemudian dapat dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pembongkaran berlaku apabila suspek yang mendakwa dirinya pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur ditahan ketika berkelakuan seperti orang tidak siuman berhampiran Rumah Batik, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada pukul 10.30 malam.-KOSMO

AB-mujur tak mati ,mabuk je dadah meletup dalam perut !!
Baca Lagi

KEMENTERIAN HARAMKAN BUKU IRSHAD MANJI




Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ”Allah, Kebebasan dan Cinta” dan versi Bahasa Inggeris ”Allah, Liberty and Love” kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya.

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.

Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.

Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. — BERNAMA

AB-nampaknya buku ini buat akidah umat Islam terpesong , haramkan terus !!
Baca Lagi

( PELIK !! ) INILAH GAMBAR TASIK YANG AIRNYA TIBA-TIBA HILANG DALAM MASA SINGKAT !!




SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.

Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.

Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.

Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.

Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.

"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.

Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP


Baca Lagi

KES BUDAK HILANG DI SRI AMAN DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA




SRI AMAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang budak lelaki yang dipercayai diserang buaya di Sungai Linggang, Engkilili dekat sini lewat petang kelmarin terpaksa diteruskan selepas mayatnya yang timbul seketika hilang semula dihanyutkan arus.

Mayat Peter Heerema Sadan, 13, pada mulanya dilihat terapung pada pukul 6.55 petang semalam, namun gara-gara takutkan buaya yang banyak menghuni sungai itu, penduduk setempat sekadar membiarkannya sahaja sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Sewaktu menunggu, mayat mangsa kembali hilang dihanyutkan arus dan gagal ditemui sehingga operasi mencari diteruskan pada pukul 8 malam.

Sumber polis memberitahu, sebelum itu mereka telah dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan oleh penduduk kampung.

“Kami akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga mayat mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, pergi ke tebing sungai yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka untuk mandi-manda.-KOSMO

AB - bahaya betul rumah kat tepi sungai ni !!
Baca Lagi

( KES MAT AFRIKA LAGI !! )' JANDA TUA KAYA ' RUGI 5 JUTA DEMI CINTA PADA ' JENERAL TENTERA AMERIKA '




Demi cinta terhadap seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenali menerusi internet, seorang janda tua sanggup menjual harta dan menyerahkan wang miliknya yang kesemuanya berjumlah RM5 juta kepada kekasihnya itu yang merupakan ahli sindiket penipuan.

Ibu tunggal warga tempatan berusia 63 tahun itu mengenali suspek pada 2010 menerusi satu ruangan sembang sebelum mangsa dijerat dengan kata-kata manis warga asing itu yang dipercayai didalangi oleh warga negara Afrika.

Mangsa yang memiliki sebuah firma audit di ibu negara dipercayai turut tergoda dengan ahli sindiket itu selepas suspek menunjukkan gambar-gambar wajahnya yang kacak dan mendakwa berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, dalam perkenalan itu, suspek mengambil kesempatan menawarkan peluang pelaburan di luar negara kononnya menjanjikan pulangan berlipat ganda.

Mangsa yang teruja untuk mendapat kekayaan segera telah menyerahkan wang walaupun tidak pernah menemui suspek.

"Kesemua wang tersebut dimasukkan secara berperingkat sebanyak 30 kali ke dalam beberapa akaun sebelum wang itu dipindahkan ke akaun sindiket," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Izany, kali terakhir mangsa membuat transaksi sebanyak RM50,000 ke dalam akaun suspek adalah pada Ahad lalu.-KOSMO

AB-biar betul, bagi kat orang sampai 5 juta !!
Baca Lagi

MAWI BUAT MAJLIS AKIKAH CAHAYA MALAIKA




Kehadiran Cahaya Malaika, mencecah usia tiga bulan melengkapkan kehidupan Mawi atau Asmawi Ani, 31 dan isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33.

Pagi semalam, bertempat di banglo mewah pasangan itu di Kelab Golf, Bandar Baru Bangi, Mawi dan Ekin bersama anak mereka buat pertama kali hadir dalam sesi fotografi eksklusif bersama akhbar ini.


Sebelum ini, Mawi dan Ekin pernah muncul di khalayak ramai ketika perkahwinan anggota kumpulan Elite, Azza, bagaimanapun Cahaya Malaika tidak dibawa bersama. Ketika berita kelahiran Cahaya, Mawi mengedarkan gambar mereka berdua tanpa Ekin yang memohon tidak dirakamkan wajah kerana masih dalam pantang.

Ahad ini, selepas solat Asar, Raja SMS yang juga Juara Akademi Fantasia 3 akan mengadakan majlis akikah di rumahnya.-metro

AB-baguslah Mawi tu buat akikah cepat-cepat!!

Baca Lagi

( EDISI PANAS !!) GADIS SEKOLAH SAMSENG BELASAH PELAJAR PEREMPUAN SAMPAI MASUK HOSPITAL




KLANG: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.


Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.

“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.


“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.


Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.

Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.

Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.-metro


AB-samsengnya pelajar tu !!


Baca Lagi

( TERKINI ) AMBIL ANAK KAT SEKOLAH KENA TUNGGU 2 JAM SUSULAN KES NAYATI KENA CULIK




 Niat murni pengurusan sebuah sekolah antarabangsa di sini mengetatkan kawalan keselamatan demi melindungi pelajar daripada menjadi mangsa jenayah terutama penculikan bertukar sebaliknya apabila ibu bapa terpaksa menunggu dua jam untuk mengambil anak mereka.

Kawalan ketat di sekolah berkenaan bermula sejak penculikan Nayati Shamelin Moodliar, 12, penuntut sekolah antarabangsa di Bukit Kiara pada 28 April lalu.


Pihak pengurusan sekolah berkenaan mengambil langkah drastik dengan membuka satu pintu untuk mengambil dan menurunkan pelajar.

Malah, setiap ibu bapa dan penjaga yang mahu mengambil anak mereka perlu beratur untuk masuk ke sekolah dan tidak boleh lagi berjalan sebaliknya perlu menggunakan kenderaan masing-masing yang disertakan pengenalan berbentuk pelekat.


Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Lee, 42, berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah pengurusan sekolah yang didakwa tidak berbincang mahupun mendapatkan pandangan ibu bapa sebelum melaksanakan sistem keselamatan baru. “Kami diberitahu pengurusan menukar sistem baru ini menerusi e-mel lebih dua minggu lalu dan tiga hari kemudian mereka menukar semua laluan masuk untuk mengambil pelajar, malah kami tidak lagi dibenar mengambil secara ‘walk in’.


“Setiap ibu bapa atau penjaga perlu masuk sekolah menggunakan kenderaan dan hanya satu pintu masuk dibuka, malah kami menunggu lebih lama daripada sepatutnya.

“Sebagai bantahan, satu memorandum ditandatangani 150 ibu bapa sudah dihantar minggu lalu, tetapi pihak sekolah langsung tidak mengambil tindakan. Kami mahukan dialog bagi membincangkan perkara ini,” katanya.-metro

AB- tu dia ketatnya kawalan keselamatan sekolah !!
Baca Lagi

23 May 2012

SUBHANALLAH !! BAYI INI LAHIR BERSAMA AL-QURAN




Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.


Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.

Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.-HARIAN-METRO-ONLINE.COM

AB-sesungguhnya Allah itu maha berkuasa menjadikan apa yang dikehendakinya, begitu juga dengan kisah ini, perkara menakjubkan berlaku apabila bayi ini lahir bersama Al-Quran.
Baca Lagi

KISAH NONI YANG MELAHIRKAN ANAK ZINA YANG KE-EMPAT DENGAN LELAKI YANG TIDAK DINIKAHINYA




Kisah Noni – Hidup Kaya Dosa | “Tak pernah saya lihat ibu menangis seperti itu hanya kerana mempunyai anak tak berguna seperti saya. Saya berasa diri ini begitu bodoh kerana mengikut kata teman lelaki yang mahu berseronok.

“Bukan saja perlu menjaga anak-anak seorang diri, saya terpaksa menanggung kehidupannya (teman lelaki) kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menghabiskan masa dengan tidur di rumah,” kata Noni, 26 yang kini hamil anak keempat hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.

“Sejak dua bulan lalu saya tidak lena tidur memikirkan dosa-dosa saya yang terlanjur dengan teman lelaki sehingga melahirkan tiga anak. Saya sedar semua ini salah, tetapi saya harap diberikan peluang kedua.

“Disebabkan kesempitan hidup, saya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menyara kehidupan mereka tambahan pula hidup sendiri pun tidak terurus,” katanya yang menyerahkan tiga anaknya kepada keluarga angkat termasuk yang dikandung kepada sebuah pertubuhan hasil hubungan terlarang sejak enam tahun lalu.

Noni ditemui ketika membuat aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhd Khairul Hafiz Abdullah di sini, semalam.

AB-Sedih bila memikirkan wujud juga manusia seperti ini di kalangan kita umat Islam di Malaysia. Hidup bebas, zina sana sini seperti tiada Hari Akhirat pulak nanti. Mari kita doakan agar mereka semua kembali insaf dan bertaubat dengan dosa-dosa yang lampau. Ingatlah, walau dosa sebesar gunung pun (kecuali dosa syirik), dengan rahmat dan kasih sayang Allah, akan diampunkan jua. Bersangka baiklah dengan Allah. AB harap Noni taubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah




Baca Lagi

( KISAH BENAR ) KUBUR HAJJAH SIAH BERCAHAYA TERANG BENDERANG




Kisah ini adalah mengenai sebuah kubur yang dikatakan bercahaya di sebuah kampung Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Kubur yang dimaksudkan adalah kubur Hajjah Siah. Terdapat saksi yan menyaksikan tentang kejadian ini. Cerita ini juga telah menunjukkan salah satu bentuk kekuasaan Allah SWT. Sesungguhnya amalan tetap dihitung walaupun ia hanya sebesar zarah. Ikuti kisah di bawah ini.

Selepas berbuka puasa pada malam 1 Ramadan 2002, Tajuddin Ali, 31, berbual-bual dengan seorang rakannya bernama Ahlid di halaman rumahnya sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul.Entah apa yang dibualkan mereka tapi mereka berdua rancak bercerita sementara menunggu masuknya waktu solat fardu Isyak.

Sedikit demi sedikit malam mula berlabuh, suasana jadi kelam. “Fuuuhh!” Tajuddin menghembus asap rokok melepas ketagihan sejak siang tadi. Matanya memandang kearah tanah perkuburan yang terletak di depan rumahnya di Parit 1C, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak yang mula diselubungi malam.

Keadaan tanah perkuburan itu kelam, tiada apa yang kelihatan melainkan beberapa batang pokok kayu yang tinggi menjulang dan rendang nampak berbalam. Namun, dalam kegelapan malam tu tiba-tiba Tajuddin terlihat muncul satu cahaya aneh berwarna biru dari kawasan perkuburan.

Cahaya aneh berbentuk bulat seperti disuluh lampu limpah itu menjadi semakin besar dan menaik sehingga menjulang melebihi tiga meter. Cahaya itu tidak jauh dari mereka, lebih kurang 100 meter sahaja dari halaman rumahnya. Kawannya, Ahlid turut menyaksikan perkara yang sama, ternampak cahaya itu muncul dari batu nisan disalah sebuah kubur di situ.

Terkedu Tajuddin menyaksikan peristiwa itu sehingga sebahagian kawasan tanah perkuburan menjadi terang benderang seperti disuluh dengan lampu limpah. Hampir lima minit mereka berdua menyaksikan cahaya aneh itu bermula dari warna biru, berubah menjadi kekuningan, kemerahan kemudian beransur-ansur sirna.
Cahaya apakah itu?

Menggigil dan berpeluh Ahlid sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Sebaik sahaja cahaya itu hilang mereka berdua berlari ke dalam rumah. “Kau nampak tak apa yang aku nampak tadi Lid?” soal Tajuddin.
“Ya, aku nampak Din,” beritahu Ahlid terketar-ketar.
“Ishhhk…! Pelik betullah cahaya apa tadi tu?” soal Tajuddin lagi.
“Entahlah Din, jangan-jangan hantu tak?” balas Ahlid.
“Ishhhk…! Merepeklah, bulan puasa mana ada hantu!” balas Tajuddin.
Akibat terlalu takut, malam itu Ahlid tidak berani hendak balik tidur ke rumahnya sebaliknya bermalam di rumah Tajuddin. Keesokan harinya hebohlah seluruh pekan Teluk Intan memperkatakan tentang kejadian kubur bercahaya di Sungai Manik.

Malam berikutnya, berduyun-duyunlah penduduk kampung berkumpul berhampiran tanah perkuburan Islam Parit 1C selepas berbuka puasa. Mereka tergiur ingin melihat cahaya apakah yang telah disaksikan Tajuddin dan Ahlid, semalam.

Masing-masing bersidai didepan tanah perkuburan Islam itu dengan harapan dapat melihat cahaya muncul dari kubur tersebut. Masing-masing tertunggu-tumggu bilakah cahaya itu bakal muncul!
Ada juga yang merasa ragu-ragu, kalau-kalau Tajuddin sengaja mahu memperdayakan orang-orang kampung dengan mereka-reka cerita berkenaan. Kira-kira pukul 8.00 malam, tiba-tiba muncullah cahaya aneh yang ditunggu-tunggu. Maka bertambah gemparlah seluruh penduduk Sungai Manik apabila menyaksikan peristiwa aneh itu.

Benarlah dakwaan Tajuddin dan Ahlid apabila sebahagian besar penduduk dapat menyaksikan sendiri cahaya yang terpancar, muncul dari celah-celah batu nisan seorang wanita tua bernama Hajah Siah Haji Tamin.

Malam tersebut, cahaya aneh muncul lebih kurang dua hingga lima minit dan menerangi hampir sebahagian tanah perkuburan Islam Parit 1C, Sungai Manik. Peristiwa pelik ini sangat menakjubkan dan tersebar dengan begitu cepat bukan sahaja ke seluruh pelosok negeri Perak tetapi seluruh Negara.
Sejak itulah juga kubur Hajah Siah menjadi tumpuan ramai. Pengunjung tidak kira dari Melaka, Pulau Pinang mahupun Johor turut datang semata-mata mahu menyaksikan cahaya yang didakwa terbit dari batu nisan di bahagian kepala milik arwah Hajah Siah.

Tapi… dalam keajaiban kejadian Allah ini terdapat pula yang cuba berniat jahat. Geram betul Tajuddin apabila ada pihak tertentu yang datang bertujuan cuba mendapatkan nombor ekor.
Orang luar yang tidak dikenali siap membawa pen dan kertas. Malah ada desas-desus menyatakan ada pihak ingin mencuri batu nisan tersebut! Tajuddin mengakui kejadian yang berlaku hampir lapan tahun lalu amat menakjubkan sepanjang hidupnya.

Peliknya, cahaya tersebut biasanya muncul antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam dan jangka masa muncul antara dua hingga lima minit sahaja. Pada mulanya ramai yang pelik mengapa cahaya ini muncul pada waktu berkenaan. Tetapi selepas mendengar cerita sebenar barulah ramai yang merasa takjub dengan allahyarham Hajah Siah.

Sebenarnya pada waktu berkenaanlah, arwah Hajah Siah suka membaca al-Quran semasa hayatnya. Ceritanya lagi, Allahyarham Hajah siah yang berasal dari Parit 4A, Sunga Manik merupakan seorang yang warak dan alim ketika hidupnya. Arwah seorang yang memiliki budi pekerti yang baik dan gemar ‘bersahabat’ dengan al-Quran.

Untuk mendapatkan kepastian, Tajuddin membawa kami menemui dua anak arwah, Haji Muhammad Haji Othman, 69, dan anak bongsunya, Jamaliah Haji Othman, 67.

Sambil dihidangkan secawan kopi, kami bertanya apakah ibadah yang selalu diamalkan oleh arwah ketika hayatnya sehingga kuburnya mengeluarkan cahaya untuk dijadikan iktibar kepada pembaca?
Jamaliah tersenyum sambil memberitahu bahawa arwah ibunya meninggal dunia sebelum azan maghrib 8 Disember 2002 di Hospital Teluk Intan ketika berusia 80 tahun, beliau tidak mengamalkan apa-apa ibadah yang istimewa. Jamaliah juga tidak mahu terlalu memuji ibunya bimbang dianggap riak pula.
Pada Jamaliah, apa yang diamalkan arwah ibunya biasa saja seperti amalan umat Islam lain iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Misalnya, semasa hayatnya, arwah Hajah Siah sentiasa menjaga solat lima waktu sehari semalam sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada setiap hamba-Nya. Arwah ibunya juga sering kali bersolat sebaik masuk waktu tanpa melengah-lengahkan dengan hal-hal keduniaan.

“Misalnya, sebelum masuk waktu solat Maghrib lagi mak dah ambil air sembahyang, kemudian duduk menunggu di atas sejadah sambil membaca al-Quran. “Bila azan Isyak selesai, mak terus solat. Lepas solat sambung lagi mengaji al-Quran. Masa mak banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran!
“Tengah malam mak selalu bangun buat solat Tahajud dan waktu pagi solat sunat Dhuha. Tiap-tiap hari itulah amalan mak!” cerita Jamaliah. Kami juga dimaklumkan Jamaliah, dalam setahun ibunya berkhatam al-Quran, lima hingga enam kali. Pada bulan puasa sahaja arwah ibunya khatam al-Quran sebanyak dua kali.
“Mak selalu amalkan baca surah Yasin, al-Waqiah dan surah al-Mulk. Tiga surah ini pasti mak baca pada tiap-tiap hari. Kira amalan wajib bagi mak!” tambah Jamaliah.

Amalan lain yang turut menjadi darah daging arwah Hajah Siah ialah berzikir. “Mak berzikir tak kira waktu pagi, petang atau siang. Malam pula saya tengok mak berzikir. Tasbih memang tak lekang dibilang dan dibawanya ke mana-mana.”

“Tengah berkebun pun mak bawa tasbih juga, kalau dia nak mencangkul dan menebas dia sangkutkan tasbih pada lehernya!” beritahu Haji Muhammad pula.

Zikir yang selalu diamalkan arwah ialah zikir harian yang selalu diamalkan Imam al-Ghazali. “Setiap kali berzikir arwah mak buat seribu kali setiap hari!” beritahu Jamaliah.

Selain berzikir apa lagi amalan yang paling disukai arwah Hajah Siah?
“Ishhhk! Amalan ini memang berat, susah orang nak buat. Tapi arwah mak suka sangat buat. Mak suka sangat bersedekah kepada anak-anak yatim dan kepada masjid. “Mak sedekah bukan sikit tapi banyak. Arwah mak pernah sedekah sampai RM1000 untuk bina masjid. Kalau bab sedekah arwah mak memang tak sayang duit, hairan saya.

“Arwah mak ada pesan pada kami, kalau orang datang minta sedekah jangan dihampakan. Beri biarpun sikit!” ujar Haji Muhammad pula.

Semasa hayatnya, arwah Hajah Siah selalu berpesan kepada Haji Muhammad dan Jamaliah supaya rajin-rajinlah membaca al-Quran. Itulah saja penolong ketika berada di alam kubur.

“Kata mak, kalau kita rajin baca al-Quran, nanti bila dah meninggal, dalam kubur akan bercahaya terang-benderang seperti disuluh lampu. Sebab itulah saya tak terkejut sangat bila orang heboh bercerita kubur mak saya bercahaya!” jelas Jamaliah pula.

Begitulah cerita daripada anak-anak arwah Hajah Siah yang kami temui di rumah mereka di Parit 4A, Sungai Manik, Teluk Intan.

AB  Tuan Blog- Bagaimanalah dengan dengan amalan kita kan? Bolehkah kita menandingi kehebatan Hajah Siah, sembahyang lima waktu tepat pada waktunya, selalu baca al-Quran, setiap tahun khatam lima enam kali, berzikir seribu kali sehari dan memperbanyakkan bersedekah jariah? Al-Fatihah buat arwah Hajah Siah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Amin. Sedikit berlinang air mata apabila AB membaca kisah ini. Mohon share kisah ini supaya boleh dijadikan sebagai renungan kita bersama.

Sumber-melayukini.net
Baca Lagi

( EDISI PANAS !! ) GADIS DIIKAT, DIROGOL DAN SELUAR DALAM DIAMBIL UNTUK KOLEKSI PERIBADI (18SX)




KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM4,000, malah seorang lelaki berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di Setapak, di sini, selepas merogolnya, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai untuk dijadikan koleksi peribadi.


Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit dilaporkan mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali selepas merogolnya.

Mangsa yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.


Menceritakan kejadian itu, sumber berkata, lelaki itu datang ke kedai mangsa dengan berpura-pura mahu membuat rawatan muka.


“Mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki terbabit mengarahkannya masuk ke bilik rawatan,” katanya memberitahu ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedai berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum mengugut untuk membunuhnya.


“Mangsa yang cuba melawan dipukul. Ketika itu, mangsa menangis dan merayu dikasihani.

“Rayuan mangsa tidak diendahkan sebaliknya diarah menanggalkan pakaian sebelum merogolnya,” katanya.


Katanya, selepas merogol mangsa, lelaki terbabit mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali sebelum menggeledah kedai berkenaan.


“Selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki itu kembali kepada mangsa dan mengambil seluar dalamnya.


“Lelaki itu mendakwa mahu menjadikan seluar dalam mangsa sebagai koleksi peribadi,” katanya.


Sejam kemudian, majikan mangsa pulang ke kedai berkenaan sebelum mendapati pekerjanya itu berada dalam keadaan bogel dan terikat.


Mangsa menceritakan kejadian terbabit sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.


Sumber berkata, antara barangan berharga dilarikan ialah wang RM500, komputer riba dan cincin emas.


Difahamkan, sehingga kini, polis belum menahan suspek, namun usaha memburunya giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.-METRO
Baca Lagi

( EDISI CERAI !! ) ADI PUTRA NI KEJAP NAK CERAI KEJAP TAK NAK !! IKUTI KUPASAN PENUH




Pelakon Adi Putra menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dengan isteri, Zuhaida Yusof (Aida), 37, seperti sebuah drama yang sering dilakonkan tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 31, berkata, dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu.

"Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.

"Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah," katanya.

Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal di sini, kira-kira pukul 9 malam Selasa bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.

Kira-kira 50 media hadir untuk bertanya pelbagai persoalan dan ia berjaya dijawab oleh mereka dengan tenang.

Adi yang memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 11 Mei lalu telah membuat keputusan menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.
Tambah Adi, peluang selama sembilan hari yang diberikan pihak mahkamah sebelum meneruskan kes benar-benar membantu dirinya dan isteri untuk berfikir kembali mengenai hubungan mereka.

"Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain.

"Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya," ujarnya.

Sementara itu, Zuhaida yang kelihatan tenang berkata, dia dan suami telah mengambil iktibar terhadap masalah rumah tangga mereka dan berharap perkara sebegitu tidak lagi berulang.

"Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak," ujarnya.

Pasangan berkenaan yang pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu telah bernikah pada 14 April 2006 tetapi masih lagi belum dikurniakan anak.

Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).-MSTAR

Baca Lagi

GADIS CARI BEG DUIT DAPAT PENUMBUK DARI BEKAS KEKASIH




AMPANG: Beg duit yang dicari, penumbuk yang dapat. Itulah hadiah yang diterima seorang gadis daripada bekas kekasihnya dalam kejadian di sebuah bengkel di Ampang Jaya, di sini.

Sebelum kejadian, gadis berusia 22 tahun itu pergi ke bengkel tempat bekas kekasihnya bekerja kerana mengesyaki beg duitnya tercicir di bengkel berkenaan.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, mangsa yang sedang mencari beg duitnya tiba-tiba didatangi bekas teman lelakinya lalu memarahinya.

“Mangsa tidak puas hati dengan tindakan itu menyebabkan berlaku pertengkaran. Lelaki terbabit kemudian menumbuk muka mangsa bertubi-tubi,” katanya.


Sumber berkata, mangsa bernasib baik kerana sempat menghubungi rakannya bagi meminta bantuan sebelum dibawa pulang.


Keesokan paginya, mangsa dikatakan terpaksa pergi semula ke bengkel berkenaan kerana mahu mencari beg duitnya itu.

“Bekas kekasih mangsa yang berada di bengkel dan masih tidak berpuas hati kemudian bertindak mengugut mangsa supaya membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku malam sebelumnya.


“Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis kerana bimbang dicederakan lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-METRO
Baca Lagi

MACAMANA NAK JADI BLOGGER BERJAYA ??!!



Apa khabar semua !! tak tahu nak tulis entri apa hari ni !! sebelum ni asyik copy paste je , hari ada mood sikit nak buat entri sendiri . Macamana nak jadi blogger berjaya ?? Di sini saya nak huraikan beberapa kriteria nak jadi blogger berjaya .

1. Entri mesti power 
-apa maksud entri mesti power. Maksudnya entri itu mesti meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca dan kemungkinan dia akan membacanya berkali-kali. Dan seterusnya dia akan like dan kongsikan dengan kawan-kawan dalam facebook twitter dsb.

2. Tulis entri sekerap mungkin bukan copy paste macam blog ni !! 
-tulis entri sekerap mungkin pagi sekali tengahari sekali dan petang sekali dan malam sekali dan kalau boleh jadi macam ben asaari  kat mana saja dia akan buat entri sebab dia guna blogger mobile.

3. Pilih topik entri yang orang tak pernah buat tajuk tu 
-pilih topik yang orang lain belum buat dan kita orang pertama buat tajuk tu baru lah google senang jumpa blog kita dan ada kat rank first page google. 

4. Rajinlah blogwalking dan tinggalkan jejak kita supaya orangh kenal kita 
-Blogwalking adalah satu cara supaya orang kenal kita  dan orang tau apa yang kita update hari ni . Di samping tu pakat lawan follow lah supaya follower bertambah . Pakat lawan like lah kat facebook masing2.

5.Buat entri awal sebelum orang cari entri tu 
Buat lah entri tentang satu2 topik tu awal-awal contohnya KEPUTUSAN PRU13 . Walhal PRU13 belum ada lagi tapi keputusan kita dah buat . Jadi dapatlah trafik sikit sebelum blog kita terlepas ke belakang dalam google.

6.Jangan terlalu banyak sangat iklan dan pop up 
-Terlalu banyak iklan dap pop up akan membuatkan visitor bosan dengan blog kita macam ada setengah blog tu setiap kali nak buka entri baru akan keluar pop up paksa kita like fan page dia , apa ni , mengganggu la !!!Macam blog ni pop up akan keluar sekali je waktu mula2 masuk blog ni lepas ni kau like ke tak like dia tak tanya dah , ok kan !! Iklan kalau banyak tak pa , masalahnya iklan float  yang mengganggu ni.


7. Jangan banyak sangat gambar 18SX
- YANG 18SX NI CUKUP BAHAYA .bagi yang guna blogger kalau nasib tak baik google akan ban  atau haramkan akaun tu . kalau cerita 18 sx tak pa , tapi gambar memang sensitif. dengan gambar lucah ni visitor boleh duduk lama kat blog kita. Tapi fikir sma le , blog ni blog cari makan , tak elok lah ada gambar lucah . Bagi saya sendiri gambar pompuan tak pakai tudung pun saya dah rasa berdosa , inikan pula gambar lucah. Lagipun tak da keberkatan duit yang dapat tu nanti !!

8.Ping entri ke mana2 seperti busuk.org ni famous kat malaysia , guablog.com, apesal.com dsb 
-buat entri dan ping ke tempat tu , cara nak ping cari dalam google, sorry ye !!

9. Dan yang terakhir NIAT buat blog ini kerana Allah 
-insyaAllah akan berjaya . Penulisan blog ni pun jangan lah bercanggah sengan batas2 agama ye. Saya tuan blog mengucapkan selamat berblog dan selamat berjaya dan entri ini adalah hasil buat fikitan sendiri tak ambil dari mana2 sumber. Bye 


Baca Lagi

22 May 2012

NAZMI FAIZ SIGN KONTRAK KELAB PORTUGAL BIERA-MAR SELAMA 3 TAHUN




PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:

“Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu.

AB-tahniah Nazmi !! Bangga !!
Baca Lagi

( EDISI PANAS !! ) ASMARA DALAM RUMAH SEWA , DUA KALI DICEKUP JAIS DALAM TEMPOH SEBULAN , MASIH TAK SERIK !! (18SX)




AMPANG - Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.

“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian.

“Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai.

Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.-sinar

AB-kahwin je kat siam tu pas tu bayar je denda !!
Baca Lagi

CHEF WAN BUKA RESTORAN DI SINGAPURA


Tahniah Chef Wan sebab akan buka restoran pertama di Singapura atas desakan kawan2.!!

Restoran tersebut yang diberi nama Chef Wan In Style bakal dibuka di Plaza Singapura, Orchard Road, September depan. Premis itu boleh memuatkan 400 orang pada satu masa.

Makanan yang akan disediakan bukan makanan Melayu saja tapi 100 jenis makanan dari Asia Tenggara.

Yang penting makan tu halal semuanya. Chef Riz , anaknya trut terlibat menguruskan restoran ini. Tak lama lagi dia akan buka restoran di Indonesia dan KL pula - mstar
Baca Lagi

PIALA THOMAS : LEE CHONG WEI CEDERA TERPAKSA TARIK DIRI DARI KEJOHANAN




Perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas setelah cedera di buku lali kanan ketika beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan C di sini, hari ini.

Chong Wei yang sedang mendahului 2-0 dalam set pertama menentang perseorangan Denmark Peter Hoeg Gade, terseliuh ketika cuba menyambut pukulan lawannya di bahagian belakang gelanggang.
Chong Wei menerima rawatan awal di gelanggang daripada pasukan perubatan sebelum memutuskan untuk menarik diri.

Beliau kemudian dibawa keluar dari Pusat Sukan Gimnasium Wuhan menggunakan kerusi roda sebelum dilihat meninggalkan perkarangan venue perlawanan dengan ambulans.


Jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata buat masa ini beliau tidak mengetahui sejauh mana keadaan kecederaan pemain itu dan Chong Wei mungkin perlu menjalani 'x-ray' di pusat perubatan di sini.

"Kita terpaksa rehatkan dia sebab kena fikirkan persediaan Olimpik. Masih ada tiga bulan untuk Olimpik, jadi harap dia akan sembuh secepat mungkin," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kejohanan Piala Thomas itu.

Beliau turut mempertahan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan pemain nombor satu dunia itu pada kejohanan kali ini, meskipun ada pihak yang mencadangkan supaya pemain itu dikecualikan bagi mengelak kecederaan.

"Kecederaan begini terjadi tanpa kawalan kita sebab pemain kadang-kala tidak dapat mengawal pergerakan mereka.

"Lagipun kejohanan ini adalah sebahagian daripada persediaan Chong Wei untuk Olimpik," katanya.

Sementara itu, Gade yang ditemui selepas perlawanan, berkata beliau memahami serta bersimpati dengan kecederaan yang dialami Chong Wei.

"Saya tahu apa yang bermain di fikiran beliau sekarang, dengan Olimpik semakin hampir. Saya harap dia cepat sembuh dan bersedia untuk Olimpik," katanya. - BERNAMA
Baca Lagi

LELAKI CAMPAK DUA ANAK DARI BALKONI APARTMEN DAN DIA SENDIRI TERJUN KERANA KEHILANGAN KERJA




ROME: Seorang lelaki mencampak dua anaknya dari balkoni apartmen mereka sebelum dia sendiri melompat membunuh diri kerana tertekan akibat kehilangan kerja, lapor media semalam.

Marco Turrini mencampak bayi perempuannya - berusia 14 bulan - dan anak lelaki berusia empat tahun dari tingkat enam rumah mereka di Brescia, Lombardy, di utara Itali.


Saksi berkata, sebelum itu Turrini, 41, bertengkar dengan isterinya.

Sumber polis berkata, selepas mencampak anaknya ke bawah, bekas kakitangan pengiklanan yang kehilangan kerja 18 bulan lalu itu turut cuba menolak isterinya ke luar.


Selepas gagal, katanya, Turrini melompat dari tingkat enam apartmen berkenaan dan mati di tempat kejadian.


“Dua anak Turrini masih hidup selepas terhempas ke bawah, tetapi gagal diselamatkan kerana cedera parah,” katanya.

Sumber itu berkata, isteri Turrini bekerja sebagai jururawat dan berselisih faham dengan lelaki terbabit.


“Wanita itu kini dirawat di hospital kerana terkejut,” katanya.

Turrini tidak mempunyai sebarang rekod keganasan atau jenayah, tetapi dilaporkan semakin tertekan kerana gagal mendapat pekerjaan lain.


Jiran berkata, keadaan dirinya yang menganggur juga menyebabkan dia bimbang kehilangan isteri dan kediaman mereka apabila keadaan ekonomi mereka semakin parah.


Saksi, Elisabetta, berkata dia terdengar jeritan dan bergegas ke jalan di tingkat bawah apartmen berkenaan untuk melihat apa berlaku.


Di situ, katanya, dia melihat dua anak Turrini berlumuran darah dan masih bernafas, tetapi degup jantungnya sangat lemah.


Sepupu Turrini pula berkata, lelaki terbabit pernah cuba membunuh diri setahun lalu dengan menggantung dirinya. - DM

AB- kejam betul lelaki ni !!

Baca Lagi

( EDISI PANAS !! ) ADA LELAKI DALAM ALMARI ANAK GADISNYA !! BARU BUAT KERJA TAK SENONOH TU !! HANCUR LULUH HATI IBU NI !! (18SX)




KAJANG: Hancur luluh hati sepasang suami isteri selepas mengetahui anak gadisnya berusia 17 tahun membawa masuk teman lelaki ke dalam bilik dan melakukan hubungan seks dalam kejadian di Taman Alam Sari, Bangi, di sini.

Difahamkan, remaja terbabit beberapa kali membawa masuk teman lelakinya terutama ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Namun, perkara itu terbongkar pada jam 10 malam Jumaat lalu selepas ibu mangsa melihat motosikal di luar rumah mereka sebelum menyiasat dan mendapati ia milik teman lelaki anak gadisnya.

Sumber berkata, perkara itu dimaklumkan kepada suaminya yang berada di luar kawasan menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, keesokannya sebaik pulang ke rumah, bapa gadis itu mengetuk pintu bilik anaknya, namun tidak dihiraukan sebelum mereka menggertak memecahkan pintu.-METRO
Baca Lagi

( EDISI PANAS !! ) ' DIA MASUK BILIK MENEKUP MUKA DAN MENYENTUH KEMALUAN SAYA ' TEGAS MANGSA ROGOL RAKAN ABANG




KLUANG: “Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.

Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Selasa lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.


“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.

Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.


“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.


“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.
“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.


Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.


Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang, di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.-METRO

Baca Lagi

21 May 2012

( EDISI TERKINI !! ) ZIZAN DAN AWAL PENGACARA TETAP MELODI !! SUMBER DARI TV3




Stesen televisyen TV3 akhirnya mengesahkan secara rasmi aktor Awal Ashaari dilantik sebagai pengacara tetap rancangan Melodi bagi menggantikan Dira Abu Zahar.

Awal Ashaari akan berganding dengan Zizan Razak pada awal Jun depan.

Penerbitnya Azman Abd Gafar berkata, pemilihan Awal itu adalah satu strategi berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini.

"Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan tersendiri. Malah mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.

"Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton.” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, Isnin.

Tambah Azman, pihaknya juga telah melakukan perbincangan dengan Dira dan wanita itu akur dengan keputusan untuk berundur daripada Melodi.

"Dira membuat keputusan mengundur diri kerana ingin lebih menumpukan masa dan tanggungjawab kepada pelajaran dan juga perniagaannya.

"Pihak produksi dan TV3 akan terus menyokong Dira yang sememangnya berbakat bukan sahaja di dalam bidang pengacaraan malah juga lakonan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepadanya yang sentiasa komited bersama kami sejak Mac tahun lalu hinggalah ke penghujung bulan Mei ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Azman berharap, perubahan pengacara yang dilakukan tidak memberi pandangan negatif masyarakat.-MSTAR
Baca Lagi

( EDISI KEJAM !! ) BAPA TERGAMAK TIKAM ANAK SENDIRI SEBAB TAK ALIH KERETA KAT TEMPAT PARKING JIRAN .




JOHOR BAHRU – Hanya berselisih faham dengan anak yang meminta bapanya mengalihkan kereta di tempat meletak kereta milik jiran, seorang bapa tergamak menikam anak sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam semalam, di kawasan perumahan Taman Dahlia Tampoi di sini, mangsa, Muhammad Afiq, 22, cedera di bahagian belakang atas pinggang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suspek Zainuddin Hassan, 48, telah menikam anak sendiri dengan menggunakan sebilah pisau.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata merbahaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.-SINAR
Baca Lagi

( EDISI TERHANGAT !! ) ISTERI BALUN SUAMI KERANA MEMPERSOALKAN CARA ISTERI URUSKAN WANG BELANJA HARIAN




KUCHING: Hanya kerana mempersoalkan cara isteri menguruskan wang perbelanjaan harian, seorang suami menerima nasib malang apabila kepalanya dihentak dengan botol oleh wanita itu yang berang, menyebabkan tempurung kepala mangsa retak dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pada jam 11 malam, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan berbual dengan isterinya yang berusia 20-an di rumah, sebelum timbul isu wang perbelanjaan harian mereka, menyebabkan wanita itu mula naik angin.

Menurut sumber, berasakan suaminya tidak mempercayainya lagi, wanita itu tiba-tiba berang dan bergegas ke dapur sebelum keluar semula ke ruang tamu sambil memegang botol.

“Tanpa diduga, dia menghentak belakang kepala suaminya dengan botol itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak serta darah banyak keluar.


“Bukan itu saja, isteri muda itu dikatakan hanya melihat suaminya meraung, sebelum seorang jiran yang menyedari jeritan itu datang ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan,” katanya.-METRO
Baca Lagi