Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

22 Jun 2012

INILAH GAMBAR IKAN PELIK YANG DITANGKAP OLEH SEORANG PEMANCING DI TEXAS,AMERIKA


Kejadian ini berlaku di Texas , USA . Brent Crawford nama pemancing itu  telah menagkap ikan atau buaya gambar di atas tu , tengok sekali macam ikan , tengok sekali lagi macam buaya.

Berat binatang pelik ni lebih kurang 300 paun. Beratnye !! . Ikan ini ditangkap oleh pemancing ini guna anak panah , lihat kat tangan dia tu.

Ikat itu telah menarik dia jatuh ke dalam kolam sebab tali anak panah itu telah terikat kat kaki dia . Jadi adegan tarik menarik berlaku kat dalam sungai yang cetek tu.

Adegan tarik menarik itu berlaku selama 45 minit , lamanya. Lepas tu dia pun tak tahan tak ada tenaga dah , dia terus call kawan dia minta tolong tarik ikan tu ke darat.

Lucu betul, kawan dia siap bawa pistol sebab terlalu takut. Bagus juga tu sebagai langkah keselamatan .Ikan itu pun keletihan. Mereka telah menarik ikan itu ke daratan dan terus bawa balik rumah.

Sampai sekarang saintis tak tau ikan apa ni !!

Araublogger-sesungguhnya hanya Allah saja maha mengetahui atas apa yang diciptakanNya !!


grindtv.com

Baca Lagi

PELIK !! KUCING INI BERKAWAN BAIK DENGAN TIKUS



RANAU: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan.

Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.


“Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.
 Pelik .....kucing ini melayan tikus seperti adik beradik



“Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.


“Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.

“Malah, ibu kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya.


Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.

“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.


“Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan,” katanya.


Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.

Araublogger-Pelik !! jarang didengar kes ini berlaku , tapi itulah kuasa Allah , benda yang pelik pun boleh jadi 

Sumber hmetro.com.my
Baca Lagi

27 May 2012

( PELIK !!) LELAKI INI MEMASAK ALAT SULITNYA SENDIRI DIHIDANG KEPADA TETAMU



TOKYO: Seorang lelaki menjalani pembedahan membuang kemaluannya sebelum memasak senjata sulitnya itu dan menyajikannya kepada lima tetamu.

Mao Sugiyama, 22, lelaki aseksual, secara sukarela menjalani pembedahan untuk membuang kemaluannya.


Bagaimanapun, pelukis ilustrasi itu membawa pulang kemaluan dan buah zakarnya dari hospital dan mengadakan parti.

Dia mengenakan bayaran sebanyak RM640 terhadap setiap tetamu untuk memakan kemaluannya yang dihiasi dengan cendawan dan daun parsli di Tokyo.


Sebelum menikmati makanan itu, tetamu duduk untuk mendengar mainan piano dan mengambil bahagian dalam satu perbincangan, lapor CalorieLab.com.

GAMBAR ATAS SEKALI :: Sugiyama memasak sendiri kemaluannya dengan dipantau seorang chef.

AB-dah la tukar jantina , masak bagi orang makan pulak tu !!


Baca Lagi

26 May 2012

(GEMPAR!! ) INILAH GAMBAR GADIS PALING GEMUK DI BRITAIN ,BOMBA TERPAKSA PECAH DINDING UNTUK BAWA DIA PERGI HOSPITAL




LONDON: Sepasukan penyelamat terdiri daripada bomba, jurutera dan anggota separa perubatan memecahkan sebahagian rumah untuk menyelamatkan seorang remaja belasan tahun yang dipercayai paling besar di Britain selepas dia berdepan dengan masalah sukar bernafas.
Dinding rumah terpaksa dipecah untuk keluarkan gadis ini

Ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Georgia Davis, 19, dari rumahnya di Aberdare, Wales Selatan dan dibawa ke hospital.

Menurut beberapa rakannya, Georgia mempunyai berat badan 400 kilogram.

Usaha menakjubkan untuk menyelamatkan gadis itu memakan masa lapan jam dan membabitkan 40 orang

Operasi dilancarkan apabila Georgia pengsan kerana masalah pernafasan dan sakit dada di bilik yang sudah sekian lama menjadi penjaranya.-metro
Baca Lagi

25 May 2012

( PELIK !! ) INILAH GAMBAR TASIK YANG AIRNYA TIBA-TIBA HILANG DALAM MASA SINGKAT !!




SANTIAGO, Chile - Dalam tempoh kurang 24 jam Tasik Cachet II di Dataran Tinggi Patagonia, selatan Chile 'ghaib' dengan hanya meninggalkan beberapa lopak besar dan kawasan dasar yang luas.

Air tasik berkenaan berasal daripada ais cair dari Glasier Colonia yang terletak di padang ais Patagonia Utara, sekitar 2,000 kilometer ke selatan ibu kota Chile, di sini.

Glasier berkenaan bertindak sebagai empangan yang menakung air tasik tersebut tetapi peningkatan suhu menyebabkan dinding glasier itu pecah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari dan 31 Mac lalu.

Menjelang 2 April lalu, tasik seluas lima kilometer persegi bertukar kontang.

Sejumlah 200 juta liter padu air Tasik Cachet II mengalir ke dalam sungai berhampiran, Sungai Baker.

"Apabila kami bangun, kami terkejut melihat lembah di bawah kami dibanjiri air dan ketulan ais," kata seorang pembantu penyelidik, Daniela Carrion.

Saintis berkenaan melakukan kajian di kawasan sekitar tasik Cachet II bersama sekumpulan penyelidik apabila tasik tersebut kering. - AFP


Baca Lagi

20 May 2012

EDISI PELIK !! LELAKI INI MAKAN BANGKAI BINATANG YANG KENA LANGGAR SEBAGAI MAKANAN EKSOTIK !!




Bangkai haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.

Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.

Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.

“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.

“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.

Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.

Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.

“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.

Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.

Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.

“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.

“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.

Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.

Eksotik

“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.

Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain.

Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.

“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.

Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.

Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.

Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.

“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.

Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.

Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?

“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.-KOSMO
Baca Lagi

EDISI KANTOI !! SOROK DADAH DALAM SELUAR DALAM POUN POLIS JUMPA JUGA !!




KULIM: Dua lelaki berusia 20-an dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa, ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Padang Serai, jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, kedua-dua lelaki ditahan sepasukan polis yang membuat rondaan rutin selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan di Jalan Padang Estate.


Katanya, suspek yang menaiki Proton Wira cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan sebelum dipintas polis di Jalan Bunga Raya.

“Suspek bertindak agresif dengan memecut kenderaan sebelum ditahan polis di Jalan Bunga Raya. Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk ujian air kencing dan disahkan positif dadah jenis ganja,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan badan, polis menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah yang disorokkan di dalam seluar dalam seorang suspek.-METRO
Baca Lagi

18 May 2012

EDISI PELIK !! ' ORANG BATU ZAMAN MODEN MASIH ADA LAGI DI PAHANG HIDUP DI CELAH BATU




KUALA LIPIS: “Si orang batu.” Itu gelaran paling sesuai untuk menggambarkan corak kehidupan seorang warga emas di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini, yang memilih untuk tinggal di celah batu.

Bukan sehari dua, tetapi sudah lebih 50 tahun Chang Kee, 73, menjadikan kawasan berbukit batu di kampung berkenaan sebagai kediamannya, tanpa memperdulikan apa pun kata orang di sekelilingnya.

“Walaupun rumah saya ini tidak sempurna, ia syurga bagi saya dan tidak sedikit pun berasa apa-apa kekurangan,” katanya yang lebih mesra dipanggil Ah Kee ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Berdindingkan batu gunung dan beratapkan beberapa keping zink usang, Ah Kee yang masih bujang, tinggal dan menguruskan kehidupan hariannya seperti memasak dan sebagainya dengan sumber air diperoleh dari sungai berhampiran serta air hujan.


Menurutnya, walaupun ada yang memandang sinis dan mencemuh ‘rumahnya’ itu, ia tidak sedikit pun menjadi ‘kudis’ buatnya, malah pernah menolak tawaran seorang individu yang ingin memberi rumah kepadanya.-METRO

AB-dah selesa tinggal tempat macam tu memang susah nak ubah environment dia !!

Baca Lagi

GERHANA MATAHARI CINCIN BAKAL BERLAKU 20 MEI 2012




Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini 20 MEI 2012 (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.
Baca Lagi

15 May 2012

' GERABAK KERETAPI JADI BILIK TIDUR ' SEORANG LELAKI YANG JATUH CINTA PADA GERABAK ITU




LONDON: Seorang pesara dari Buckinghamshire dianggap pemilik rumah paling aneh di Britain apabila menjadikan gerabak kereta api sebagai sebahagian daripada kediamannya.

Kini menetap di Ashton, Cornwall, Jim Higgins membina rumahnya dengan gerabak kereta api berusia 130 tahun yang pernah dimiliki syarikat Great Western Railway.

( GAMBAR ATAS SEKALI ) HIGGINS menunjukkan gerabak yang diubah suai menjadi bilik tidur.

Menurut bekas pengurus pengangkutan itu, dia mengambil alih gerabak berkenaan daripada bekas bapa mentuanya, Charles Allen, yang dipaksa membina kediaman di sekeliling gerabak itu. Menurut Higgins, 64, gerabak itu pernah didiami wanita tempatan, dikenali sebagai Elizabeth Richards sejak 1930.

“Gerabak ini kemudian dikenali sebagai Lizzies Place apabila Elizabeth meninggal dunia pada 1966,” katanya.

KEADAAN rumah Higgins tidak banyak berbeza daripada kediaman lain jika dilihat dari luar.(GAMBAR ATAS )

Sejak itu, kata Higgins, gerabak berkenan terbiar kosong selama beberapa tahun sebelum Allan - seorang tukang kayu mahir - tercari-cari tempat tinggal selepas dia bersara.


“Dia datang dari Middlesex dan terus ‘jatuh cinta’ apabila melihat gerabak ini untuk kali pertama,” katanya.

Bagaimanapun, kata Higgins, apabila Allen memohon kebenaran menggunakan gerabak berkenaan untuk menjadi sebahagian banglonya, pihak berkuasa tidak memberi kebenaran.


Kata Higgins, gerabak itu tersadai di situ terlalu lama dan tidak mungkin dialihkan ke tempat lain.

“Disebabkan koc ini tidak boleh dipindahkan, Allen memutuskan untuk membina rumah di sekelilingnya,” katanya.


Menurut Higgins, dengan kemahirannya sebagai tukang, bapa mentuanya membina rumah berkenaan dengan menempatkan bilik tidur di dalam koc itu.


Kini, kata Higgins, dia sibuk menyiapkan projek pemuliharaan koc berkenaan dan menjangkakan ia siap sepenuhnya beberapa bulan lagi. “Ia memerlukan kesabaran sangat tinggi bagi mengekalkan keasliannya.


“Pada masa sama, tetapi tidak banyak maklumat yang ada mengenai koc ini,” katanya.


Apabila siap nanti, Higgins berkata, dia akan mempertimbangkan kemungkinan untuk membukanya kepada orang awam. “Saya mungkin menjadikannya sebuah muzium, tapi saya belum pasti,” katanya. - DM

AB- minat punya pasal sanggup letak gerabak keretapi anti dalam rumah dia !!
Baca Lagi

14 May 2012

INILAH GAMBAR LELAKI PALING PENDEK DI DUNIA



SYDNEY - Lelaki paling pendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney di sini dari Kathmandu, Nepal semalam.

Dangi yang berusia 72 tahun diisytiharkan sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh beberapa pegawai Guinness World Records pada Februari lalu.

Dia hanya setinggi 54.6 sentimeter.

Dangi akan mempromosikan negaranya, Nepal sebagai destinasi pelancongan kepada penduduk Australia.

Ketika berada di lapangan terbang tersebut, seorang lelaki dilihat memikul Dangi di belakang badannya.

Dangi akan turut menjadi tetamu dalam program radio Fitzy and Wippa yang bersiaran pada waktu pagi. - Agensi
Baca Lagi

13 May 2012

INILAH KAMERA PALING MAHAL DI DUNIA YANG DILELONG DENGAN HARGA RM8.57 JUTA (PELIK)




VIENNA 13 Mei - Sebuah prototaip kamera Leica yang dihasilkan pada 1923, dijual dengan harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu acara lelongan di sini, semalam.

Jualan tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai rekod baru kamera paling mahal yang pernah dijual.

Dalam acara lelongan di Galeri Westlicht, kamera tersebut yang merupakan model untuk penghasilan kamera Leica 0-Series, pada mulanya dijangka hanya mampu dijual dengan harga antara 600,000 euro (RM2.3 juta) hingga 800,000 euro (RM3.1 juta).

Namun harga kamera itu, yang pada mulanya dibuka dengan harga 300,000 euro (RM1.1 juta), meningkat sehingga RM8.57 juta dan dibeli oleh seorang pembeli yang enggan dikenali.

Rekod kamera termahal yang pernah dijual sebelum ini berharga 1.32 juta euro (RM5.2 juta), juga merupakan kamera Leica 0-Series. - AFP-UTUSAN

Araublogger-barang antik semakin lama semakin mahal !! Tak lama lagi syilling 1 sen mungkin jadi harga !!

Baca Lagi

12 May 2012

' PELIK ' KERETA DISANGKUT ATAS POKOK SEBAB MEMANDU SECARA MERBAHAYA




WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.

Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.


Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.

Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.


Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.


Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.

“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.
Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.

“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.
Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.


“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM

Araublogger- kat Malaysia pun kena buat macam tu la kepada pemandu merbahaya !!
Baca Lagi

10 May 2012

WANITA LUMPUH INI LARI MARATHON MENGGUNAKAN SUT BIONIK (LUAR BIASA )



LONDON, Britain - Seorang wanita lumpuh, Claire Lomas menjadi manusia pertama menamatkan perlumbaan maraton dengan menggunakan sut bionik apabila tiba di garisan penamat di sini kelmarin, 16 hari selepas dia memulakan larian.

Lomas, 32, mengalirkan air mata kegembiraan ekoran berjaya menamatkan larian Maraton London sejauh 42.2 kilometer dengan bantuan sut bionik ReWalk.

Sut berkomputer berkenaan meniru tindak balas sendi manusia bagi membantu orang lumpuh bergerak.

"Pada mulanya, saya sangsi dapat menamatkan larian ini," kata Lomas yang lumpuh akibat terjatuh semasa menunggang kuda lima tahun lalu.

"Saya berusaha setiap hari dan setiap langkah membawa saya semakin hampir ke garisan penamat," tambahnya. Kehadiran suami dan anak perempuannya yang berusia 13 bulan, Maisie membakar semangat wanita itu untuk berjalan lebih dua kilometer sehari.

Dia yang bekerja sebagai pereka barangan kemas berjaya mengumpulkan sumbangan lebih £86,000 (RM426,034) untuk sebuah tabung amal bagi membiayai penyelidikan rawatan lumpuh akibat patah tulang belakang atau leher.

Berharga sekitar £43,000, sut ReWalk direka oleh seorang usahawan Israel, Amit Goffer. - AFP

Araublogger-canggih juga alat ini , eloklah harga dia pun sama harga sebiji kereta !!
Baca Lagi

9 May 2012

INILAH ' KAPAL SELAM ' BUATAN SEORANG PETANI DI CHINA ( PELIK )



BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.

Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.

Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).

Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters

Araublogger- Tahniah lah kepada petani ni kerana mempunyai kreativiti yang baik !!
Baca Lagi

' KUCING GEMUK LUAR BIASA ' MATI AKIBAT MASALAH KESIHATAN KERANA TERLALU GEMUK ( PELIK )



SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.

Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.

Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.

Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.

Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.

Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.

"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.

Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.

Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI

Araublogger-ni kali pertama tengok kucing gemuk macam ni
Baca Lagi

' COLI DAN SEPENDA WANITA ' DI CURI LELAKI MISTERI MEMPUNYAI TABIAT PELIK CURI PAKAIAN DALAM WANITA ( PELIK )



Kegemaran pelik seorang lelaki misteri mencuri pakaian dalam wanita di kawasan Salak Selatan menyebabkan seorang kerani dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee An, 40-an mendakwa sejak dua bulan lalu lebih 20 seluar dalamnya dilarikan dan lelaki terbabit tidak pernah takut untuk memasuki kawasan rumahnya yang berpagar untuk mencuri pakaian dalam berkenaan.


Dalam kejadian terbaru kelmarin, pakaian dalam mangsa yang disidai bersama pakaian lain dalam kawasan rumah berpagar didapati hilang manakala pakaian lain masih ada di jemuran.

Menurutnya, kehilangan pakaian dalam itu disedari bapanya yang bangun kira-kira jam 6 pagi apabila mendapati pakaian dalam miliknya sudah hilang.


“Saya kemudian mencari di seluruh kawasan rumah tetapi tidak menemui pakaian itu. Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku dan sejak dua bulan lalu, lebih 20 helai seluar dalam saya yang dijemur di ampaian dicuri lelaki misteri.


“Kami mendapat tahu daripada jiran yang ternampak seorang lelaki berpakaian hitam melompat masuk ke kawasan rumah dan dalam sekelip mata melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro. Katanya, dia yang bimbang pakaian itu digunakan untuk tujuan tertentu kemudian membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan.-METRO

Araublogger- ape agaknye dia buat dengan coli dan seluar dalam wanita tu !!! Gambar hiasan jea...
Baca Lagi

3 May 2012

' KUASA DARI BANTAL BUSUK ' TAK DAPAT DIPISAHKAN BAGAI AUR DENGAN TEBING ( PELIK )



KEPADA sesetengah individu terutama si kecil, fasa untuk melelapkan mata mungkin terganggu atau mengambil masa yang agak panjang sekiranya bantal busuk tiada di sisi.

Bahkan kepada si kecil, ada yang merengek-rengek, gelisah, menangis atau menyusu dengan selesa sekiranya kehilangan bantal busuk.

Fenomena bantal busuk hakikatnya bukan isu yang berlegar dalam kalangan si kecil. Sebaliknya, bantal busuk iaitu objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika mahu tidur ini juga berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Bantal busuk hanya istilah yang dilabelkan kepada objek yang menjadi peneman kepada seseorang ketika tidur. Bantal busuk juga boleh bermaksud selimut, sapu tangan, kain pelikat, kepala anak patung, patung beruang dan sebagainya.

Hari ini, masih ada dalam kalangan orang dewasa yang terbawa-bawa dengan tabiat bantal busuk yang menjadi kelaziman sejak kecil. Bahkan, tidak mustahil tabiat yang sama terbawa-bawa ke alam perkahwinan.

Walaupun objek yang menjadi bantal busuk sudah bertukar warna, kepam dan berbau, namun ia tetap menjadi pujaan kepada pemiliknya. Bantal busuk seolah-olah mempunyai kuasa yang luar biasa.

Pemilik dan bantal busuknya umpama isi dengan kuku. Barangkali kepada mereka yang memiliki bantal busuk, hidup mereka bukan sahaja tidak sempurna tanpanya, malah boleh menyebabkan si pemilik menjadi tidak keruan. Justeru, tidak hairanlah jika si pemilik dan bantal busuknya wajib bersama walau ke mana-mana saja.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menyifatkan tabiat itu hanyalah bersifat sementara iaitu pada zaman kanak-kanak sahaja. Namun, tabiat itu sebenarnya boleh berlarutan sehingga ke peringkat dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal sejak awal lagi.

Ammirul Ashraf, 18, mengakui masih menyimpan bantal dan selimut yang menjadi peneman tidurnya sejak dia berumur setahun.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui dia tidak berasa malu asalkan kedua-dua barangan itu berada bersamanya lebih-lebih lagi ketika waktu tidur atau apabila keluar dari rumah untuk tempoh yang lama.

Bercerita mengenai tabiatnya, segala-galanya bermula ketika Ammirul Ashraf berusia setahun apabila ibunya memberi sebiji bantal untuk dipeluk. Niat ibunya adalah supaya Ammirul dapat tidur nyenyak. Namun, lain pula jadinya.

Sejak itu, Ammirul Ashraf tidak pernah meninggalkan bantal busuknya itu. Bahkan, dia akan membawanya ke mana-mana sahaja apabila dia keluar rumah.

Bagaimanapun, tabiat gemar melekat dengan bantal busuk itu hanyalah bersifat sementara. Ammirul Ashraf mengakui apabila melangkah ke alam remaja, sifat malu datang dengan sendiri.

Justeru, bantal busuk itu terbatas penggunaannya iaitu hanya apabila dia berada di rumah sahaja.

"Saya rasa tabiat ini tidak memudaratkan kesihatan kerana saya hanya memerlukan bantal berkenaan sebagai peneman tidur sahaja dan bukanlah dikendong ke mana-mana saja seperti anak kecil," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu memberitahu, dengan adanya bantal tersebut, dia dapat tidur lena dengan memeluknya.

Ketika ditanya sama ada tabiatnya itu mendapat tentangan keluarga, Ammirul hanya melemparkan senyuman.

Ujar Ammirul Ashraf, ibu termasuk adik-beradiknya pernah membuat cubaan beberapa kali menyorokkan bantal kesayangannya itu.

Mengimbau pengalaman terpaksa berenggang dengan bantal itu beberapa kali, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak dapat tidur lena.

Semuanya gara-gara salah seorang kakaknya menyorokkan bantal busuknya itu supaya Ammirul Ashraf meninggalkan tabiatnya itu.

"Seingat saya, ia berlaku ketika saya masih kecil lagi. Masa itu memang susah untuk tidur. Saya cuba sedaya upaya mencarinya tetapi gagal dan akhirnya terlelap gara-gara penat," ungkapnya sambil memberitahu, dia jarang membasuh bantal busuknya.

Selain bantal, Ammirul juga memiliki selimut busuk yang dimiliki sejak tiga tahun lalu.

Akuinya, tabiat baharu itu wujud tanpa disedari sehingga dia ditegur ibunya.

"Saya memang tidak sedar, tahu-tahu sahaja saya tidak boleh berenggang dengan selimut ini ketika mahu tidur," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia malu atau tidak dengan tabiatnya itu memandangkan dia seorang lelaki, Ammirul Ashraf mengakui dia tidak berasa malu kerana kedua-dua barangan itu akan dibawa bersama sewaktu tidur sahaja.

Sehubungan itu, dia belum memasang niat untuk membuang bantal dan selimut busuknya itu kerana ia mempunyai nilai sentimental.

Sementara itu, bagi Munirah Salim, 27, mempunyai anak yang menggemari bantal busuk bukan satu masalah kepadanya.

Ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Qaid Ariff Mohd. Hafiz itu memberitahu, anaknya yang baru berusia setahun sudah mempunyai selimut busuk sejak berumur empat bulan lagi.

Tuturnya, selimut tersebut digunakan untuk menyelimutkan tubuh badan anaknya itu. Namun, selepas beberapa bulan dia mengambil selimut itu untuk dibasuh dan menukarkannya kepada yang lain, anaknya itu kelihatan tidak keruan.

"Ketika itu, Qaid asyik merengek sehinggalah saya berikan semula selimut terbabit barulah dia berasa tenang itupun selepas merenyukkannya dengan kain lain," ujar Munirah ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai tabiat anaknya itu, Munirah memberitahu, selimut tersebut akan dibawa ke mana-mana sahaja walaupun untuk seketika.

"Bayangkan, kalau hendak ke stesen minyak mahupun kedai runcit, selimut itu pasti akan dibawa. Jika tiada selimutnya, dia memang tidak akan duduk diam, ada sahaja yang tidak kena.

"Saya dan suami tidak akan lupa membawa selimutnya setiap kali keluar dari rumah," jelas Munirah mengakui dia juga mempunyai tabiat yang sama seperti anaknya ketika zaman kecilnya.

Semasa zaman kecilnya, anak jati Perlis itu turut memiliki kain pelikat milik ayahnya. Tabiat itu mula timbul apabila ayahnya berkursus beberapa hari.

Pada masa itu, Munirah terlalu rapat dengan bapanya. Ketiadaan bapanya menyebabkan Munirah sentiasa menangis. Justeru, untuk memujuk Munirah, ibunya memberikan kain pelekat bapanya.

Namun lama-kelamaan, Munirah, tidak dapat berenggang dengan kain pelikat tersebut sehinggalah umurnya berusia 12 tahun.

"Namun, apabila semakin meningkat dewasa, timbul rasa malu dalam diri dan secara tidak langsung saya berjaya membuang tabiat itu tanpa sebarang paksaan," jelas Munirah sambil berharap anaknya itu juga mengikut jejaknya.-kosmo

Ps-Anak saya pun tak boleh berenggang dengan bantal busuk 


Baca Lagi

HARLEY DAVIDSON YANG HILANG SEMASA TSUNAMI DI JEPUN DITEMUI TERDAMPAR DI KANADA ( PELIK )




TOKYO: Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang apabila tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui di sebuah pulau di Kanada, kira-kira 6,400 kilometer dari tempat asalnya.

Motosikal yang sudah berkarat itu ditemui dalam kontena besar berwarna putih, tempat pemiliknya, Ikuo Yokoyama menyimpannya.


Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat motosikal itu, lapor Fuji TV.

“Tidak salah lagi ia milik saya. Ia sungguh menakjubkan,” kata Yokoyama kepada Nippon TV apabila ditunjukkan gambar motosikal itu.


Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.


Motosikal itu adalah antara barangan pertama hilang akibat tsunami yang tiba di pantai barat Amerika Utara.

Mac lalu, seorang lelaki Alaska menemui bola sepak dan kemudian, sebiji bola tampar.


Pemilik mereka dikesan minggu lalu menerusi nama yang terdapat pada bola itu. Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.

Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.


“Ia sudah berkarat teruk,” kata Mark.


Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.


Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya. - Agensi

PS- Macamana le air boleh hanyutkan motor yang berat tu , itu kuasa Allah . !!! Apa pun gambar atas tu hiasan je , tak de kena mengena dengan cerita.

Baca Lagi

30 Apr 2012

DATUK EMPAT CUCU MAHU TUKAR JANTINA JADI PEREMPUAN



LONDON: Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Britain akan menjalani pembedahan menukar jantina ketika dia berusia 80 tahun.

Datuk kepada empat cucu dan pernah dikenali sebagai James, Ruth Rose, bakal menjalani pembedahan berkenaan di hospital kerajaan dengan kos  13,500 (RM67,000).


Apabila prosedur itu selesai nanti, Ruth akan menjadi orang paling tua menukar jantina di Britain. Menurut Ruth, dia mula menyimpan keinginan menjadi wanita sejak berusia sembilan tahun.

Namun, katanya, impian itu hanya tercapai hampir 70 tahun kemudian dan selepas dia berjaya dalam kerjaya.


Berasal dari Newhaven, Sussex Timur, Ruth berkata, dia teruja apabila bakal menjadi wanita sepenuhnya tidak lama lagi.


“Sejak mengambil keputusan menukar jantina, hidup saya penuh ceria,” katanya.

Ruth adalah bapa kepada tiga anak dan bakal berusia 79 tahun bulan depan.


Dia mula membuat keputusan menjadi wanita secara rasmi dua tahun lalu.

Walaupun berusia lanjut, doktor menetapkan pembedahan itu dijalankan Oktober tahun depan - selepas dia berusia 80 tahun.


Prosedur itu akan dijalankan di Hospital Charing Cross di London.


Sementara menunggu waktu itu, dia dirawat dengan terapi hormon dibekalkan hospital kerajaan.


Kata Ruth, dia hanya mahu menjadi wanita dan keputusannya langsung tidak didorong faktor seks.


“Zaman ini, semua orang mampu memahami keadaan dan bertolak ansur.


“Justeru, anda tidak perlu berpura-pura menjadi seseorang yang anda tidak ingini,” katanya. Rekod penukar jantina paling tua di Britain sebelum ini dipegang bekas pelombong, Roy Colton, 75, yang melakukannya dua tahun lalu. - DM
P/S - GAMBAR ATAS CUMA HIASAN
Baca Lagi