Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 May 2016

Banjir Kilat di Kuala Lumpur


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

"Air naik dengan pantas dan keadaan jalan sangat sesak ketika kejadian," kata seorang pengguna jalan raya, Syamim Nazida, 32, yang melalui Jalan Pantai Baharu di sini.

Beliau berkata hujan lebat di ibu negara, sejak pukul 7 malam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 buah kenderaan yang melalui jalan berkenaan tenggelam.

"Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Serdang dan saya melihat beberapa kenderaan di hadapan saya telah ditenggelami air.

"Ia sesuatu yang luar biasa, nasib baik kereta saya tidak tenggelam dan saya lihat orang ramai keluar dari kenderaan masing-masing untuk menyelamatkan diri," katanya kepadaBernama, Khamis.

Syamim berkata keadaan itu memaksa beberapa pengguna motosikal bertindak melalui laluan bertentangan untuk menyelamatkan motosikal masing-masing.

"Mereka terpaksa lawan arus kalau tidak motosikal mereka pasti akan tenggelam," katanya.

Seorang pengguna motosikal, Hafiz Ahmad, 25, berkata beliau terpaksa menolak motosikalnya berikutan enjin tidak dapat dihidupkan.

"Pada mulanya saya sangka air tidak dalam, sangkaan saya meleset apabila hampir separuh dari motosikal ditenggelami air.

"Akhirnya ia tidak dapat dihidupkan dan saya terpaksa menolaknya ke kawasan yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Nadzri berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir kilat yang berlaku di beberapa jalan utama di ibu negara.

"Keadaan masih lagi terkawal dan jika perlu kami akan membuat lencongan jalan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas akibat banjir itu.

"Kita akan bekerjasama dengan agensi lain seperti bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan situasi banjir kilat ini," katanya.

Terdahulu, sebanyak empat jalan utama dilaporkan terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

Sebanyak 28 anggota dan pegawai ditugaskan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Kristina Dunn said...

Thanks for sharing this wonderful article. These types of articles keep the users interested in the website, so keep sharing more ... best of luck. Have you ever tried the spacebar test? If not, then check out this article about the Spacebar Counter. Here you can test your spacebar easily. I think this is a very useful article.

Post a Comment