Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Apr 2014

Pesawat MH192 mendarat cemas



PESAWAT MH192 yang menuju ke Bangalore terpaksa berpatah balik ke KLIA dan melakukan pendaratan cemas selepas satu tayarnya pecah semasa berlepas. Gambar kecil, tayar pesawat yang pecah.


KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA semalam kerana salah satu tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pecah semasa kapal terbang itu berlepas.
Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, kejadian tersebut dikesan pada pukul 10.25 malam iaitu 16 minit selepas pesawat itu berlepas.
Berikutan itu, kata beliau, pesawat yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu diarahkan berpatah balik ke KLIA.
Selepas berlegar-legar selama empat jam di udara, pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan cemas dengan selamat pada pukul 1.56 pagi.
Khairunnisak memberitahu, semua penumpang dan anak kapal tidak cedera.
Semasa kejadian, pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak bersama dengan pembantu juruterbang, Prakash Kumar.
Semua penumpang kecuali tujuh orang kemudian berlepas dengan penerbangan lain ke Bangalore dari KLIA pada pukul 3.30 petang dan tiba di sana pada pukul 5 petang pada hari sama.


Baca Lagi