Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Apr 2012

PUNCA SABAH DAN LABUAN TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK



KOTA KINABALU: Hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira jam 3.23 pagi tadi.

Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.

Menurut Pengarah Urusan SESB Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna
terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.

Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 6.40 pagi.

Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya. - Bernama
Baca Lagi

DATUK EMPAT CUCU MAHU TUKAR JANTINA JADI PEREMPUAN



LONDON: Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Britain akan menjalani pembedahan menukar jantina ketika dia berusia 80 tahun.

Datuk kepada empat cucu dan pernah dikenali sebagai James, Ruth Rose, bakal menjalani pembedahan berkenaan di hospital kerajaan dengan kos  13,500 (RM67,000).


Apabila prosedur itu selesai nanti, Ruth akan menjadi orang paling tua menukar jantina di Britain. Menurut Ruth, dia mula menyimpan keinginan menjadi wanita sejak berusia sembilan tahun.

Namun, katanya, impian itu hanya tercapai hampir 70 tahun kemudian dan selepas dia berjaya dalam kerjaya.


Berasal dari Newhaven, Sussex Timur, Ruth berkata, dia teruja apabila bakal menjadi wanita sepenuhnya tidak lama lagi.


“Sejak mengambil keputusan menukar jantina, hidup saya penuh ceria,” katanya.

Ruth adalah bapa kepada tiga anak dan bakal berusia 79 tahun bulan depan.


Dia mula membuat keputusan menjadi wanita secara rasmi dua tahun lalu.

Walaupun berusia lanjut, doktor menetapkan pembedahan itu dijalankan Oktober tahun depan - selepas dia berusia 80 tahun.


Prosedur itu akan dijalankan di Hospital Charing Cross di London.


Sementara menunggu waktu itu, dia dirawat dengan terapi hormon dibekalkan hospital kerajaan.


Kata Ruth, dia hanya mahu menjadi wanita dan keputusannya langsung tidak didorong faktor seks.


“Zaman ini, semua orang mampu memahami keadaan dan bertolak ansur.


“Justeru, anda tidak perlu berpura-pura menjadi seseorang yang anda tidak ingini,” katanya. Rekod penukar jantina paling tua di Britain sebelum ini dipegang bekas pelombong, Roy Colton, 75, yang melakukannya dua tahun lalu. - DM
P/S - GAMBAR ATAS CUMA HIASAN
Baca Lagi

SEORANG LAGI LELAKI MENYAMAR JUSTIN BIEBER GODA REMAJA PEREMPUAN BERAKSI LUCAH



MONTGOMERY (Alabama): Gara-gara menyamar sebagai Justin Bieber, seorang lelaki dari Montgomery berdepan sejumlah pertuduhan memujuk remaja perempuan melakukan aksi seks serta bergaya separuh bogel untuknya di Internet.

Christopher Patrick Gunn, didakwa atas kesalahan eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak menggunakan Facebook sebagai perantara.


Menurut pertuduhan, Gunn, 31, menggunakan Facebook untuk berhubung dengan mangsa dan meyakinkan mereka supaya mengikut kehendaknya.

Aksi separuh bogel itu dirakam dalam bentuk gambar dan video.


Gunn kemudian mengancam menyiarkan imej berkenaan di Internet jika mereka enggan melakukan aksi seks seperti dituntutnya.


Dokumen mahkamah menunjukkan, mangsa Gunn berusia antara sembilan hingga 16 tahun.

Dia menghubungi remaja perempuan di sekurang-kurangnya enam negeri lain, termasuk Florida, Virginia dan California.


Jika mangsa mengikut kehendaknya, Gunn menjanjikan ‘tiket percuma’ untuk menyaksikan konsert dan pas ke belalang pentas.

Awal bulan ini, seorang lelaki Kanada turut didakwa di mahkamah atas kesalahan sama. - TS
Baca Lagi

ZIZAN ( RAJA LAWAK ) DIMASUKKAN KE HOSPITAL AKIBAT KERADANGAN OTOT



Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai pada 29 April akibat keradangan otot.

Menurut pengurusnya, Marina Juki, ketika kejadian, Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh, Perak bagi menjayakan siaran langsung program Melodi bersempena Karnival Jom Heboh di negeri tersebut.

"Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali.

"Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami 'Acute Myositis' atau lebih dikenali dengan keradangan otot.

"Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil," ujarnya.

Dalam pada itu, Marina berkata, doktor telah menasihatkan supaya Zizan berehat selama dua minggu sebelum kembali bekerja.

"Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih," katanya.

Sementara itu, Marina berkata, Zizan menyampaikan salam terima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di Twitter dan Facebook yang mendoakan kesejahteraannya.

"Dia berjanji akan kembali pulih dan amat terharu dengan sokongan para peminatnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan akan berehat sebelum menghabiskan baki penggambaran yang tinggal tujuh atau 10 hari lagi.

Manakala, keputusan untuk terlibat dalam program Super Spontan hanya akan diketahui selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital.-MSTAR
Baca Lagi

GADIS 15 TAHUN JADI ' HABUAN ' BOYFRIEND DAN RAKAN-RAKAN (18SX)




GOMBAK: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.

Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.


Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.

“Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.


“Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran,” katanya.


Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan,” katanya.


Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.

Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.


Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.


Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-METRO

Baca Lagi

KES BUNUH SOSILAWATI : PATHMANABHAN DAN 3 PEKERJA LADANG DIPERINTAH BELA DIRI (KEJAM)




Mahkamah Tinggi Shah Alam  memerintahkan bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor, sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong manakala Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo. - BERNAMA
Baca Lagi

GADIS SAMBUT HARI JADI BERAMAI-RAMAI DI MEXICO ( PELIK )




Seramai 348 orang gadis menyambut hari jadi ke-15 mereka secara beramai-ramai di ibu negara Mexico di sini kelmarin.

Acara meriah yang dikenali sebagai Quinceanera itu diadakan bagi mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa mereka telah memasuki fasa usia dewasa.

Pada pesta berkenaan, gadis-gadis sunti itu mengenakan gaun petang berwarna-warni sebelum berkumpul untuk menyertai satu perarakan.

Quinceanera merupakan acara tradisi di Mexico yang bermula sejak era kolonial Sepanyol pada kurun ke-16. - Agensi
Baca Lagi

29 Apr 2012

' BERSIH 4.0 ' AKAN MUNCUL JIKA KERAJAAN TAK PENUHI TUNTUTAN




SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.-SINAR
Baca Lagi

LIVE STREAMING MAN CITY VS MAN UTD



MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED 

30 APRIL 2012


Baca Lagi

LIVE STREAMING KEDAH VS KELANTAN DAN SIME DARBY VS TRENGGANU SEMI FINAL SECOND LEG 1 MEI 2012 FA CUP



Separuh Akhir kedua Piala FA 1 Mei 2011 

SIME DARBY VS TRENGGANU LIVE AT RTM1

KEDAH VS KELANTAN LIVE AT ASTRO ARENA



p/s: anda pilih sendiri channel mana anda nak !!
Baca Lagi

BAYERN MUNICH VS CHELSEA LIVE STREAMING


Akhirnya Chelsea mara ke final Champion League setelah beberapa kali terkandas di separuh akhir. Chelsea akan menentang Bayern Munich pada 19 May 2012 di Allianz Arena , Munich, Germany. Di bawah ni saya sediakan live streaming perlawanan tersebut . Pilihlah channel mana yang anda suka.



Baca Lagi

27 Apr 2012

' POLIS TEMBAK POLIS ' GADUH PUNYA PASAL SAMA RAKAN SATU SHIFT SANGGUP DIA BUAT MACAM TU (KEJAM)




ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.

Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.

“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.

“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.-KOSMO
Baca Lagi

' USTAZ INDON ' PUKAU WARGA EMAS SAPU LESAP RM8,000 (SERAM)



ALOR GAJAH: Niat murni seorang warga emas membantu warga asing menumpang tidur di rumahnya dibalas tuba apabila lelaki itu lesap bersama wang tunai mangsa berjumlah RM8,000 dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, di sini.

Mangsa, Abd Rashid Jamal, 67, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada Februari lalu melalui seorang rakannya.

“Saya mengenali lelaki itu yang mendakwa dirinya bomoh ketika menghadiri satu majlis kenduri di sebuah kampung. Dia meminta kebenaran menumpang tidur di rumah saya satu atau dua malam dan saya membenarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang lelaki itu menginap di rumahnya, dia berasa pelik dengan kelakuan tetamunya itu.


“Pada malam pertama, saya terhidu bau kemenyan, namun tidak mengesyaki sesuatu. Seminggu selepas itu, saya terhidu lagi bau kemenyan dan mengintip perlakuannya.

“Saya melihat dia menjampi sesuatu dengan hanya berkain pelikat dan badannya dipenuhi tatu. Malah, dia turut menghiris jari manisnya hingga luka dan darah dititiskan di atas bara itu,” katanya. -METRO
Baca Lagi

' JANDA KU KAHWIN LAIN ' BEKAS SUAMI GERAM TERUS CULIK JANDA DAN SUAMI BARU (18SX)


 
 Jika tidak kerana kereta penculik rosak di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sepasang suami isteri warga Indonesia mungkin menemui ajal apabila diculik dua lelaki menyamar polis di rumah mereka di Sungai Chua, Kajang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan suami isteri warga Indonesia berusia 30-an itu ditemui anggota polis membuat rondaan dalam keadaan tangan diikat manakala tubuh mereka cedera dalam kereta yang ditinggalkan di depan sebuah kondominium di Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut sumber, sebelum itu dua lelaki datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam dan menyamar sebagai polis sebelum menggari suami isteri itu kerana mereka kononnya akan dibawa ke balai berikutan melakukan kesalahan.

“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.

“Sejurus tiba di satu kawasan berhampiran masjid Kampung Sungai Kayu Ara, dua suspek terbabit menyerahkan kedua-dua mangsa kepada tiga lelaki lain dan seorang daripada mereka bekas suami mangsa wanita.

“Pasangan suami isteri itu dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta lain dan gari pada tangan mereka dibuka sebelum diikat pula dengan tali. Selepas itu, mangsa wanita dibelasah manakala mangsa lelaki dicekik sehingga pengsan,” katanya.-METRO
Baca Lagi

' GADIS CANTAS ANU PEROGOL ' YANG NAK MEROGOL DIA BARU PADAN MUKA SENJATA MAKAN TUAN (18SX)



KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.

“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.-METRO
Baca Lagi

' JANTAN MIANG INTAI JIRAN WANITA MANDI KANTOI ' SEBAB NAMPAK BAYANGAN KAT LUAR BILIK AIR (18SX)



AMPANG: Seorang lelaki miang sanggup menceroboh masuk rumah jiran wanita bujangnya di Pandan Indah, di sini semata-mata untuk mengintai jiran wanita terbabit mandi, kelmarin.

Bagaimanapun, sumber berkata, tindakan lelaki terbabit disedari wanita berusia 28 tahun itu yang berasa tidak sedap hati sebaik melihat bayangan hitam dari pintu bilik air rumahnya.

“Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai masuk ke bilik air untuk mandi sebelum ke tempat kerjanya. “Namun, ketika mandi, mangsa berasa tidak sedap hati selepas melihat ada satu bayangan hitam di luar pintu bilik airnya. Mangsa kemudian membuka pintu dan terkejut melihat seorang lelaki sedang mencangkung di depan bilik airnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang juga jiran mangsa kemudian bertindak melarikan diri.

Katanya, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Pandan Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.-METRO
Baca Lagi

26 Apr 2012

TAHNIAH HATTAN !!! DAPAT GELARAN DATUK DARI SULTAN PAHANG ( ARTIS )



PEKAN - Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Panching Datuk Mohd Zaili Besar.

Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.

Penerima lain -- Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar.

Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.

Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36).- Bernama
Baca Lagi

( 7 FOTO SRI WANI ) UNTUK TATAPAN ANDA NILAI SENDIRI DIA LELAKI KE PEREMPUAN ? (18SX)


Anda nilai lah sendiri dia lelaki ke perempuan . Apa pendapat anda ?
Baca Lagi

' BERTUNANG DALAM INTERNET ' GURU WANITA TERIMA HABUAN TERTIPU OLEH WARGA ASING



KUALA LUMPUR – Seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM3,550 ekoran terpedaya dengan seorang lelaki yang baru dikenali selama dua minggu yang turut mengaku meminatinya.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 36, berkata, dia mengenali lelaki tersebut, Adrian Steve yang mendakwa dirinya sebagai peniaga berbangsa British melalui laman web www.badoo.com pada awal April lalu.

“Adrian pernah meluahkan perasaannya serta melamar saya seminggu selepas kami saling berkenalan.

“Namun saya tidak menerima lamarannya dan hanya mahu berkawan memandangkan saya tidak pernah bersemuka dengannya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Jelasnya, selama ini, mereka hanya berhubung melalui kamera web dan telefon namun lelaki terbabit masih tidak berputus asa memujuknya untuk menerima lamaran itu.

“Pada 19 April lalu, Adrian memberitahu, dia akan menghantar satu bungkusan yang mengandungi wang sebanyak AS$3,000 (RM9,186) dan beberapa barang kemas sebagai tanda cinta dia terhadap saya.-KOSMO
Baca Lagi

' SAYA BUKAN BINI BANG SHAFIE ' UJAR ZAHIDA RAFIK KATANYA DIA MASIH SOLO



Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.-KOSMO
Baca Lagi

' PATUNG SEKS ' SERUPA TUBUH PEREMPUAN DIJUAL RM50 UNTUK LAMPIAS NAFSU ANTARA PRODUK BERAHI DIRAMPAS MPK ( 18SX )



KLANG: Sebuah patung getah yang menyerupai tubuh perempuan yang dijual pada harga RM50 dan menjadi kegemaran lelaki untuk melepaskan nafsu antara pelbagai produk berahi yang dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tujuh siri serbuan di sini, 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan dan ubat seks yang dianggarkan bernilai RM10,000 kerana dijual secara terbuka.


“Antara kawasan yang terbabit dalam operasi ini ialah Taman Klang Jaya, Taman Bayu Perdana, Persiaran Raja Muda Muda, Jalan Kapar, Lorong Cungah, Taman Klang Utama dan Taman Sentosa.

“Serbuan dijalankan pada jam 4 petang di tujuh kawasan secara serentak selepas kami melakukan risikan dan hasil aduan awam,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.


Andry Arman berkata, peniaga terbabit menjadikan pelanggan di premis nombor ekor berhampiran sebagai sasaran utama berikutan premis berkenaan tumpuan orang ramai.


Katanya, rungutan orang awam yang melalui kawasan itu terutama ibu bapa disalurkan kepada MPK yang kemudian membuat serbuan dan merampas hampir 300 produk berahi termasuk barang perhiasan wanita selain menyita peralatan berniaga.-METRO
Baca Lagi

' SAYA KENAL SHAFIE SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN NEGARA, TAK LEBIH DARI ITU ' KATA ZAHIDA RAFIK ( GOSSIP ARTIS )



“Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie.

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.

“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.

“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.-METRO
Baca Lagi

' SUAMIKU SEPERTI HAIWAN ' AKU DILAYAN SEBEGITU SEJAK BERKAHWIN ( 18SX )



KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.

Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.

Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.

“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.

“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya ibarat dalam neraka kerana saya bukan saja selalu dipukul, malah turut dipaksa mengambil dadah,” katanya.  -METRO

p/s: Perangai dia macam haiwan. Tak de perasaan langsung.
Baca Lagi

' SIANG HAPRAK MALAM BERGAYA ' BEGITULAH GELAGAT ' PENGEMIS ' WARGA CINA DI KL ( KESIAN )



KUALA LUMPUR: Pada siang hari berpakaian koyak rabak dan berjalan seperti orang kelainan upaya (OKU) untuk meraih simpati orang ramai menghulurkan sedekah, namun pada sebelah malam berpakaian cantik serta boleh berjalan dengan baik tanpa sebarang kecacatan.

Itulah lagak beberapa lelaki warga China dipercayai sindiket pengemis warga asing yang bergiat aktif mengemis di sekitar ibu negara.


Bagaimanapun, kegiatan penipuan itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan hasil aduan orang ramai yang berasa curiga dengan gelagat warga asing berkenaan, tiga daripada 'pengemis tipu' itu berjaya dicekup ketika sedang leka mengira 'hasil' mereka di sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini, Isnin lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) kira-kira jam 11.30 malam selepas intipan dan pemantauan selama seminggu terhadap pergerakan kumpulan pengemis warga asing terbabit.


Penolong Pengarah JIMWPKL, James Musa Singa, berkata maklumat mengenai kegiatan kumpulan pengemis warga asing itu diperoleh daripada orang awam yang mendapati kumpulan terbabit hanya berlakon menjadi orang gelandangan dan OKU ketika keluar mengemis, sedangkan ketika berada di kediaman mereka berpakaian elok serta tidak cacat.


“Ketika serbuan dijalankan di premis kediaman mereka, penjaga premis enggan membenarkan penguat kuasa Imigresen masuk dan kami terpaksa memohon bantuan polis barulah penjaga premis yang juga seorang wanita tempatan membuka pintu.

“Ketika pemeriksaan di premis terbabit dilakukan, terdapat tiga lelaki warga China berpakaian comot dan separuh bogel didapati sedang leka mengira wang syiling hasil mengemis sekitar kawasan Brickfields, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di situ, namun dia tidak ditahan tetapi diberi notis untuk hadir ke pejabat JIMWPKL untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki warga China termasuk seorang kudung tangan kiri yang berusia 31 hingga 71 tahun itu, didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun sudah tamat tempoh dan tinggal lebih masa.

Katanya, kumpulan pengemis berkenaan dipercayai didalangi individu tertentu atau sindiket yang bertanggungjawab membawa masuk 'pengemis tipu' itu bagi tujuan mengemis dan mendapatkan wang mudah hingga mencecah puluhan ribu sebulan.


“Jika benar warga asing berkenaan adalah pengemis, tidak mungkin mereka mampu datang ke Malaysia. Pihak Imigresen percaya kumpulan pengemis warga asing terbabit dibawa masuk ke negara ini oleh sindiket tertentu yang mungkin terdiri dari warga tempatan dan kumpulan ini beroperasi di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya.-METRO
Baca Lagi

25 Apr 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS SRI LANKA



Malaysia akan menentang Sri Lanka Sabtu ini 28 April 2012 ni. Kat bawah ni disediakan link live streaming untuk siaran langsung melalui internet perlawanan tersebut . Perlawanan akan bermula pada jam 8.45 malam  

Baca Lagi

JIMMY SHANLEY NAFI SINDIR MERTUA DALAM TANAH KUBUR ( ARTIS )



PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley menolak tuduhan kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya yang juga usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis pada Jumaat lalu.

Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, itu berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana watak gigolo yang dilakonkannya itu mengikut skrip yang dihasilkan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd.

“Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir.

“Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain,” katanya kepada mStar Online, di sini, petang Selasa.

Jimmy berkata demikian bagi mengulas dakwaan terbaru kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya apabila wujud watak Datin Iroh, seakan-akan singkatan nama pemilik produk kecantikan Natasya itu yang dilakonkan oleh Rozita Rohaizat.

Ditanya mengenai dakwaan hubungannya dingin dengan keluarga mertua dan berkelakuan tidak manis apabila memanggil ibunya itu dengan nama Datin, bekas pengacara Trek Selebriti itu berkata dia tidak pernah mendengar tuduhan tersebut.

“Saya jarang berkomunikasi dengan ibu mertua. Kami sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tiada apa pun yang keruh atau dingin berlaku antara kami.

“Saya tidak mahu komen lebih, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan pada kehidupan sendiri sahaja,” katanya.

Jimmy yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan memberitahu, selepas pelbagai kecelaruan timbul dalam kehidupannya, dia tidak mahu lagi untuk bercerita mengenai soal privasi.

“Saya tidak mahu lagi untuk ulas apa-apa melainkan keadaan memerlukan untuk saya bercakap. Sebelum ini, sudah terlalu banyak hal peribadi dan rumah tangga saya diperkatakan.

“Kini, saya mahu melangkah ke hadapan dan serahkan sahaja kepada pihak mahkamah bagi menentukan hal rumah tangga kerana mereka lebih arif,” katanya.

Keputusan hak penjagaan ke atas anak perempuannya Zahrah Shanley hasil perkahwinan dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy akan diumumkan pada 30 April ini.

Sebelum ini, Jimmy pernah memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010.-mstar
Baca Lagi

24 Apr 2012

' RUMAH AKU JADI SARANG ULAR TEDUNG '



BALING - Sebuah keluarga terkejut setelah mendapati rumah yang dihuni selama ini merupakan sarang ular berikutan penemuan 12 ekor anak tedung senduk di lubang lantai rumahnya di kawasan Jalan Bakar Sampah, di sini, kelmarin.

M Krishanabeni, 37, berkata, dia dan suaminya, Budik, 44, terkejut setelah menjumpai seekor anak ular keluar dari lubang lantai rumahnya awal pagi kelmarin.

“Pada mulanya saya hanya lihat seekor anak ular. Kemudian, suami tangkap dan buang ular itu ke dalam hutan.

“Keesokannya, terdapat seekor lagi anak ular keluar dari lubang sama. Disebabkan risau terdapat lebih dari seekor ular di dalam lubang itu saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, lima anggota JPAM dikerahkan ke tempat kejadian dan mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan 12 anak ular yang terdapat di dalam lubang lantai itu.

Krishanabeni berkata, sebelum ini dia perasan kucingnya sering menghidu dan mengorek sesuatu di lubang lantai itu dan tidak menyangka ia rupanya petanda bahawa terdapat sarang ular di rumahnya.

Katanya, dia dan suami serta enam anaknya terpaksa tidur di ruang tamu sejak malam kelmarin kerana bimbang dengan kehadiran ular itu.

“Hati saya tidak tenteram dan tidak mustahil terdapat ular besar di dalam rumahnya berikutan penemuan anak ular itu.

“Saya ingin berpindah, tetapi saya tidak mampu menyewa di rumah lain. Kami sekeluarga terpaksa tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPAM cawangan Baling berkata, semua anak ular itu dipercayai berusia antara setahun berdasarkan saiz anak ular tersebut.

Kesemua anak ular itu di bawah ke Pejabat JPAM cawangan Baling sebelum dibuang ke dalam hutan.-SINAR
Baca Lagi

' GENG BAKAR MOTOSIKAL ' PULA SERANG KL SELEPAS ' GENG BAKAR KERETA ' SUATU KETIKA DULU



KUALA LUMPUR: Selepas 23 kes membakar kereta mewah berlaku di sekitar ibu negara pada Mac lepas, perbuatan khianat itu kini menyasarkan motosikal pula dengan 32 kenderaan itu dibakar di kawasan kediaman di sini dalam tempoh 24 jam lepas.

Kejadian terbaru dilaporkan pada 1.23 pagi Isnin apabila 21 buah motosikal milik penduduk Flat Seri Selangor, Jalan Sun Peng, di sini rentung selepas dibaling dengan minyak petrol di kawasan meletak motosikal sebelum si pelakunya melarikan diri.

Empat jam selepas kejadian itu, sebuah bengkel motosikal di Kampung Padang Balang, Gombak, di sini pula dibakar dipercayai angkara perbuatan khianat hingga menyebabkan dua buah motosikal rentung.

Awal pagi Ahad lepas, dua buah motosikal dan sebuah kereta milik penduduk Flat Sri Tioman, Taman Melati, di sini dibakar dalam kejadian pada 5.58 pagi sebelum enam lagi motosikal pelbagai jenis rentung selepas dipercayai dibakar suspek yang sama di Blok 61, Bandar Baru Sentul, tiga jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata berdasarkan siasatan awal Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur, polis percaya terdapat unsur khianat dalam kesemua kejadian itu.

Beliau berkata polis percaya kesemua kejadian ini dilakukan empat lelaki bertopi keledar berdasarkan keterangan beberapa saksi.

"Beberapa saksi memberitahu melihat kelibat kesemua suspek sebelum kejadian berlaku namun kita masih menjejaki mereka berdasarkan beberapa petunjuk," katanya.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya dapat menyalurkan maklumat segera kepada Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

"Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api," katanya.

Pada Mac lepas, kejadian membakar kereta mewah dilakukan lelaki berumur 42 tahun, yang turut dipercayai terbabit dalam kejadian membakar kereta mewah seperti Skoda Octavia, BMW 523i, Kia Sorento dan Honda Accord dengan sekurang-kurangnya 23 kes dilaporkan.

Bagaimanapun, lelaki itu meninggal dunia pada 29 Mac di Hospital Kuala Lumpur selepas enam hari menerima rawatan akibat cedera ketika cuba melarikan diri daripada polis di persimpangan Kampung Pauh, Sentul. - BERNAMA
Baca Lagi

TERKINI !! ROGOL REMAJA BAWAH UMUR : IMAM DIPENJARA 15 TAHUN DAN 12 SEBATAN (18SX)



JOHOR BAHARU: "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian.

"Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.

Tertuduh didapati bersalah merogol mangsa di rumahnya di Jalan Camar 3, Taman Perling, di sini pada 21 Februari tahun lalu.

Hakim berkata tertuduh hanya menafikan dakwaan dia melakukan perbuatan jenayah tersebut dan gagal menyakinkan mahkamah dengan mengemukakan bukti prima facie

Nur Akmal yang telah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang namun gagal menahan emosi serta mengalirkan air mata ketika dia dipeluk oleh ahli keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya diwakili oleh Afif Ali sementara peguam bela Sukhaimi Mashud mewakili Nur Akmal. -BERNAMA
Baca Lagi

' KERAJAAN LANGIT ' AYAH PIN DIWARTAKAN SEBAGAI AJARAN SESAT OLEH KERAJAAN TRENGGANU



Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata tiga yang lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa' Corporation, dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.

"Sehingga kini Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin, termasuk pengasasnya Ariffin Mohammed.Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat, kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Khazan menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang)yang meminta kerajaan negeri menyenaraikan ajaran sesat yang wujud di Terengganu serta pendakwaan yang telah dilakukan. Menurut Khazan, kategori ajaran sesat itu diputuskan oleh jawatankuasa fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berdasarkan hakikat ajaran itu bercanggah dengan akidah Islamiah mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. -BERNAMA
Baca Lagi

( TERKINI KES SRI WANI ) SUSULAN ' ISTERIKU LELAKI ‘- KEPUTUSAN TENTU JANTINA 19 JUN




KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 19 Jun ini untuk memberi keputusan sama ada pengusaha kosmetik, Sri Wani Abdullah perlu menjalani pemeriksaan jantina atau tidak.

Pendaftar Mahkamah Nurul Wazeera Ahmad Dahlan menetapkan tarikh itu berikutan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan yang menghakimi kes berkenaan berada di luar daerah atas urusan rasmi.

Sri Wani yang berpakaian sedondon merah jambu hadir ditemani ibu saudaranya Connie Chee, 47, dan peguam syarie  Boestaman Ahmad.

Mereka dilihat masuk ke pejebat pendaftar pada jam 9 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.

Bagaimanapun, suaminya Bahrom Sunagi, 61, dan peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Sri Wani berkata, prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk keputusan mahkamah sama ada dia perlu menjalani ujian jantina atau tidak.

"Saya ada dapat mesej mahkamah Jumaat lepas yang menyatakan prosiding hari ini tangguh. Saya datang ke mahkamah untuk proses wakalah iaitu melantik peguam untuk mewakili saya dalam kes ini," katanya.

Sri Wani berharap media memahami situasinya ekoran Bahrom turut memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalangnya dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes terbabit.

Sementara itu, Boestaman memberitahu, mahkamah menetapkan 25 Mei untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan akhir berkaitan isu ujian DNA yang difailkan Bahrom.

Sri Wani, 37, menjadi tarikan umum apabila suaminya, bekas dekan universiti memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan kerana mendakwa dia lelaki.

Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan DNA dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.

Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.

Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Mengulas mengenai isu saman malu yang pernah disuarakan Sri Wani sebelum ini, Boestaman berkata, mereka sedang mengumpulkan bukti dan akan memfailkannya dalam masa terdekat.-SINAR
Baca Lagi

KEPUTUSAN MUET DIUMUM KHAMIS 24 APRIL 2012 ( TERKINI )



Keputusan Malaysian University English Test (Muet) sesi Mac 2012 akan dikeluarkan Khamis ini, demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam.

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi tempat mereka mendaftar mulai jam 10 pagi, manakala calon persendirian memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan menghantarnya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam Khamis ini.

“Calon juga boleh menyemak keputusan melaui sistem dalam talian melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai jam 9 pagi pada tarikh berkenaan,” katanya.-metro
Baca Lagi

ZAHIDA RAFIK KATA ' BIARLAH TUHAN YANG HAKIMI SAYA ' (GOSSIP ARTIS )



SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.

Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.
Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey."

Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.

Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.

Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.

Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.

Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.

Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang."

Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.

Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini.-metro
Baca Lagi

23 Apr 2012

' GATAL JUBUR KANTOI ' SEBAB ADA HEROIN DALAM PUNGKOQ (18SX)



CAMERON HIGHLANDS: Sikap aneh seorang penganggur yang asyik menggaru punggung dipercayai kerana tidak tahan gatal membongkar rahsia apabila dia sebenarnya menyembunyikan 8.90 gram heroin dalam duburnya, petang kelmarin.

Ketika ditahan pada jam 3.30 petang di depan sebuah kedai gunting di Tanah Rata, di sini, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diperiksa sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata sebelum itu, polis memeriksa seluruh tubuh penganggur terbabit, namun tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Menurutnya, penganggur terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Cameron Highlands untuk disoal siasat bagi mengetahui lokasi sebenar dia menyembunyikan dadah.


Katanya, ketika didesak supaya mengaku penganggur terbabit tidak berdiri dengan betul apabila asyik menggaru punggung selain menggeliat sebelum mengakui menyembunyikan sepeket heroin dalam duburnya.


“Bagaimanapun, polis kemudian memaksa lelaki terbabit mengeluarkannya sebelum mengesahkan terdapat satu peket plastik lut sinar yang mengandungi serbuk heroin seberat 8.90 gram,” katanya.


Katanya, penganggur terbabit kini ditahan reman selama empat hari di lokap IPD bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-METRO
Baca Lagi

LORI SURATKHABAR PUN KENA ROMPAK DI SUBANG JAYA



DI lokasi Jalan PJS 7, Bandar Sunway, Petaling Jaya inilah lori yang membawa 5,000 naskhah akhbar Kosmo! Ahad dilarikan penjenayah semalam.

SUBANG JAYA – Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan 5,000 naskhah akhbar Kosmo! Ahad untuk edaran di Lembah Klang lesap dilarikan sekumpulan lima penyamun bersenjatakan parang di Jalan PJS 7, Bandar Sunway di sini semalam.

Kejadian pada pukul 2.40 pagi itu berlaku ketika pemandu lori, Rassdan Daud, 36, sedang memunggah akhbar Kosmo! Ahad untuk diletakkan di hadapan sebuah kedai yang menempah bekalan akhbar tersebut.

Semasa itu, kedai tersebut belum dibuka.

Bagaimanapun, Rassdan berkata, ketika dia sibuk memunggah akhbar tersebut tiba-tiba dia dihampiri dua lelaki bersenjatakan parang dari arah belakang.

“Bimbang dicederakan, saya terus melarikan diri menuju ke hadapan lori namun sekali lagi saya terkejut apabila muncul seorang lagi suspek juga bersenjatakan parang yang sudah menunggu di hadapan lori.

“Saya yang cemas terus melarikan diri ke seberang jalan tanpa sempat mengambil telefon bimbit dan dompet yang berada di dalam lori,” cerita Rassdan ketika dihubungi di sini semalam.-KOSMO


Baca Lagi

' BISIKAN MISTERI ' PUNCA PELAJAR UPSI BUNUH DIRI ( SERAM )



ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu. 

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.-kosmo
Baca Lagi

TIADA RAYUAN BR1M SELEPAS 30 APRIL


 Keratan Kosmo 18 April 2012

Orang ramai yang ingin mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 30 April ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tempoh tersebut dianggap memadai untuk memberi peluang kepada pemohon membuat rayuan bagi mendapatkan wang bantuan RM500 tersebut.

Katanya, kerajaan sudah memberi masa yang bersesuaian bagi memastikan pemohon mengemukakan rayuan dan mengelak keciciran mereka yang layak mendapatkan bantuan berkenaan.

“Kita sudah bagi tempoh lama untuk membuat rayuan, jadi kita perlu tutup buku. Saya juga pernah memberitahu sebelum ini, pada bulan ini (April) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan itu akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.

“Jadi, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan proses kutipan cukai berkenaan,” katanya.-kosmo
Baca Lagi

PENYOKONG TRENGGANU NAIK ANGIN BALING BATU ATAS RUMAH CHE MAT SEBAB KALAH



KIRA-KIRA 500 peminat meluahkan kemarahan mereka setelah pasukan Penyu tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Peminat bola sepak Terengganu bertindak luar kawalan selepas berang dengan kekalahan pasukan negeri itu yang tewas 1-2 kepada Sime Darby dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, kelmarin.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang serta poster yang meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Mereka bukan setakat membuat kecoh di pekarangan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat malam kelmarin, malah kira-kira 100 penyokong bertindak lebih agresif dengan membuat kecoh di hadapan rumah Che Mat.

Tindakan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat penyokong di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah skuad Penyu itu tumbang kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila penyokong beramai-ramai pergi ke rumah Che Mat yang terletak di Kampung Panji Alam dekat sini dengan membuat bising mendesak Che Mat meletak jawatan selain menekan loceng rumah, menggoncang pintu pagar dan membaling batu.

Tiada kecederaan berlaku, namun, kejadian menyebabkan bahagian bumbung di bahagian rumah tersebut mengalami sedikit kerosakan dalam kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu.-KOSMO
Baca Lagi

VIDEO GOL WOLVES VS MANCHESTER CITY ( 0-2 )






Manchester City menghidupkan peluang rebut takhta liga  dengan kemenangan 2-0 ke Wolves yang menggerakkan  jurang  tiga mata daripada pendahulu, Manchester United . 

Sergio Aguero jaring gol pertama dan  Samir Nasri jaring satu lagi gol  16 minit dari masa tamat.
Tengok video kat bawah ni


 


Baca Lagi

22 Apr 2012

PELAJAR PEREMPUAN UPSI MAUT TERJUN BANGUNAN ( SEDIH )



TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.-METRO
Baca Lagi

GADIS DICEKUP BOGEL DENGAN NELAYAN (18SX)



KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan,  19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, gadis itu ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.-METRO
Baca Lagi

IKAN PUYU TERCEKIK DALAM MULUT BUDAK UMUR 4 TAHUN SELAMA 4 JAM




KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.

Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.

Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya.

Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.

Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II.

“Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” katanya.

Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut.-METRO
Baca Lagi

' SUAMI HUJUNG MINGGU ' TINGGAL BERASINGAN DENGAN ISTERI SELAMA 30 TAHUN



KUALA LUMPUR: Sepanjang lebih 30 tahun berumah tangga, Shamsuddin Sulaiman, 56, tidak pernah tinggal sebumbung bersama isteri sebagaimana pasangan lain.

Selayaknya dia digelar ‘suami hujung minggu’ kerana hanya bertemu isteri tercinta, Sakinah Mat Ali, 54, pada hujung minggu sama ada seminggu atau sebulan sekali.


Itupun selepas menempuh perjalanan hampir 500 kilometer kerana Shamsudin bertugas di ibu kota, manakala pasangannya bekerja di Kota Bharu.

Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguat kuasa) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu berkata, sehingga kini, beliau terpaksa berulang-alik ke Kota Bharu menggunakan bas.


“Saya pernah ditukarkan ke JPJ Kota Bharu selama enam tahun dan berharap dapatlah bersama keluarga tapi ditakdirkan, isteri pula dihantar berkursus tiga tahun di Pulau Pinang.


“Selama isteri menjalani kursus jururawat, saya menjadi ‘Mr Mama’ dan menjaga dua anak yang masih bersekolah ketika itu, iaitu si abang dalam tahun enam manakala adiknya di tahun satu.

“Bayangkan, sebelum Subuh saya bangun untuk menjerang air bagi memandikan anak sebelum menyediakan sarapan dan pakaian mereka ke sekolah.


“Kalau tak sempat masak, kami hanya makan di kedai kerana perjalanan pergi balik ke tempat kerja sejauh 40 kilometer setiap hari memaksa saya bijak mengurus masa.

“Pengalaman menjaga anak bersendirian sebenarnya bukan mudah kerana saya terpaksa menjadi ‘suri rumah’ bagi memastikan mereka terurus, biarpun ada kalanya terasa seolah-olah ‘patah’ sebelah kaki,” katanya.


Kesibukan dengan tugas dan terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk menemui keluarga setiap minggu tidak menghalang Shamsuddin meneruskan cita-citanya bergelar siswazah dengan mengikuti kursus Sains Kemasyarakatan dengan pengkhususan dalam Sains Politik melalui Program Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Walaupun kursus pengajiannya secara jarak jauh selama enam tahun, dia juga perlu menjalani program sepenuh masa di kampus selama setahun.


Sebaik isterinya menghabiskan kursus, beliau pula terpaksa ke kampus USM di Minden, Pulau Pinang bagi memenuhi tuntutan pengajian akhirnya demi menggenggam Ijazah Sarjana Muda yang diidam.


Sepanjang perkhidmatan, Shamsuddin ditukar ke pelbagai destinasi termasuk Muar, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh, Kota Bharu dan terkini di Setapak, Kuala Lumpur.


Sepanjang tempoh perkahwinannya, beliau tidak pernah ditukarkan di lokasi sama dengan isteri. Bagi lelaki berasal dari Rantau Panjang, Kelantan ini, komitmen terhadap kerjaya adalah segala-galanya.


Walaupun tinggal berjauhan, beliau tidak pernah cemburu atau menaruh syak wasangka terhadap isteri kerana kejujuran menjadi asas dalam perkahwinan mereka.


Begitu juga si isteri yang tidak pernah curiga kerana setiap hari mereka saling berhubung menerusi telefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar anak, selain menyatakan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain.


Tegasnya, walaupun tinggal berjauhan dan bergantung harap kepada isteri untuk mendidik anak, beliau bersyukur kerana kedua-dua cahaya mata mereka berjaya ke menara gading.


Anak sulung, Shamsa Syazwan, 28, graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam Kejuruteraan Bioteknologi, manakala si bongsu, Shamsa Syuhada, 24, memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Teknologi dari Universiti Tun Hussein Onn.


Ditanya pengalaman pahit sepanjang menjalankan tugas, Shamsuddin tidak menafikan pernah dimaki dan diugut pengusaha bas kerana menyaman dan mendenda mereka yang tiada permit di Muar, Johor pada awal 1990-an.


“Selain mengugut, lelaki itu juga berdoa supaya saya ditimpa bala. Saya yang berpegang kepada prinsip tidak pernah gentar dengan apa saja cabaran kerana sebagai penjawat awam, apa dilakukan itu mengikut undang-undang,” katanya.

“Pada saya, kita hidup bukan kerana doa dan mati bukan kerana sumpah orang,” katanya-METRO
Baca Lagi