Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

( SUSULAN GEMPA ACHEH ) BANDUAN YANG TAK SERAH DIRI AKAN DITEMBAK


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Pihak berkuasa Indonesia memberi amaran akan menembak banduan yang melarikan diri ketika gempa bumi melanda Aceh Rabu lalu sekiranya mereka cuba mengelak daripada ditangkap.
Beberapa penjara di wilayah Aceh memindahkan banduan selepas gempa bumi berlaku bagi mengelak mereka terperangkap dalam tsunami, seperti yang berlaku pada 2004.

Dua puluh sembilan banduan dari Penjara Sigli, 50 kilometer dari Banda Aceh, mengambil kesempatan melarikan diri dan masih belum berjaya ditangkap atau menyerah diri sehingga semalam.
Warden, Djoko Budi Setianto berkata: “Kami memberi masa hingga petang ini untuk mereka pulang. Sekiranya ditemui tetapi cuba melarikan diri, anggota keselamatan dan polis dibenarkan menembak mereka.

“Kebanyakan mereka adalah pesalah dadah. Seorang terlibat dalam kes rompakan dan ada pula kerana kesalahan pedofilia,” katanya.

Menurut Djoko, dua banduan menelefon dan berjanji untuk kembali ke penjara.

Pengawal penjara berdekatan pesisiran pantai itu memindahkan semua 221 banduan ketika amaran tsunami dikeluarkan. Kejadian tsunami 2004 yang menyebabkan bangunan penjara musnah, masih segar dalam ingatan warga Aceh.

“Dua anggota pengawal yang membuka pintu pagar untuk banduan keluar pernah terperangkap dalam tsunami 2004.
“Mereka masih lagi trauma dengan kejadian itu,” kata Djoko. Menurutnya, gempa bumi Rabu lalu hanya menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan penjara.

Penjara Banda Aceh yang terletak di pinggir ibu negeri wilayah itu juga mengalami kerosakan. - AFP
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment