Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Apr 2012

' SAYA MASIH HIDUP ' UJAR BOB KUMAN SUSULAN BERITA KEMATIANNYA TERSEBAR DALAM INTERNET ( ARTIS )


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

“Saya kesal ada pihak sanggup menyebarkan berita mengenai kematian saya, tapi biarlah... saya tak kisah orang nak buat apa,” kata pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman.

Beliau berkata demikian selepas berita palsu mengenai kematiannya tersebar luas di Internet, termasuk di laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Bob ketika dihubungi Metro Ahad semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan pernafasannya yang tersekat-sekat akibat penyakit dihidapinya.

Sehubungan itu, dia menyerahkan telefon kepada seorang wanita yang mengakui isterinya, namun enggan memperkenalkan diri ketika ditanya nama dan menjelaskan keadaan kesihatan suaminya beransur pulih berbanding sebelum ini dan masih meneruskan rawatan.


“Saya terkejut selepas mendengar berita itu dan terkilan kenapa ada orang tergamak menyebarkan kenyataan seperti itu. Sepatutnya pihak terbabit perlu merujuk kepada sumber atau mereka yang terdekat untuk mengesahkan keadaan sebenar.-metro
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment