Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

15 Apr 2012

LAGI PEMAIN BOLASEPAK MATI AKIBAT SERANGAN JANTUNG


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

LIVORNO, Itali 15 April - Pemain Livorno yang beraksi dalam Serie B, Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan berdepan Pescara tengah malam tadi.

Dia rebah secara tiba-tiba ketika tiada pemain lain berhampirannya pada minit ke-31, dia bangun semula namun seperti berasa keliru sebelum rebah sekali lagi dan pasukan perubatan masuk memberikan rawatan sebelum dibawa ke hospital.

``Kami telah cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi dia tetap tidak sedar biarpun telah dibawa ke hospital, ” kata doktor, Leonardo Paloscia.

Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) mengesahkan Morosini telah mengalami kegagalan kardiak dan semua program sukan telah bertafakur selama seminit bagi menghormati kematiannya.

Malahan, perlawanan antara AC Milan dan Genoa dan semua perlawanan Serie A dan Serie B turut ditunda sebagai menghormati pemergian Morosini.

Berita kematian Morosini itu hadir hanya beberapa minggu selepas pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba mengalami masalah sama pada perlawanan Piala FA namun dapat diselamatkan oleh pihak perubatan. - REUTERS
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment