Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

20 Apr 2012

' DIJUAL SUAMI DENGAN HARGA RM130 ' (18SX)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.

“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.

“Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya,” dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.

Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut. -METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment