Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

14 Apr 2012

' TERKINI KES BUNUH AMAH KEMBOJA ' SUAMI ISTERI DIDAKWA MEMBUNUH DENGAN NIAT BERSAMA (KEJAM)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !


Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas tuduhan membunuh seorang amah Kemboja, 1 April lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh Soh Chew Tong, 43, dan isterinya, Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan pembunuhan terhadap Mey Sichan, 24, antara 1 Januari hingga 1 April lalu hingga menyebabkan kematiannya.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis  dekat Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, namun kedua-dua mereka dilihat tunduk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan.

Majistret Chang Kian Hong menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menanti laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Michael K.L Chee sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurdeenie Abdul Rashid.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis kini sedang berbincang dengan pihak Kedutaan Kemboja untuk urusan membawa pulang mayat ke negara asalnya dan sehingga kini mayat masih lagi berada di bilik mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Katanya, pihaknya memandang serius akan isu berkenaan kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara.

Mangsa merupakan seorang pembantu rumah yang digaji sejak September lalu.

Hasil siasatan awal polis ke atas mayat mangsa menemui beberapa kesan calar di bahagian belakang badan, lebam di tangan selain luka di telinga dan kaki.

Majikan mangsa yang menjalankan perniagaan pertukangan dalam laporan polisnya memberitahu ada memberi makan kepada mangsa ketika berada di tingkat bawah rumah kedai berkenaan sehari sebelum kejadian, namun tidak disentuh mangsa.-SINAR
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment