Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

13 Apr 2012

PESANAN TERAKHIR MANGSA LEMAS ' KALAU SAYA ADA LAGI PASTI SAYA AKAN PERGI ' (SEDIH)


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
“Kalau saya ada lagi, pasti saya akan pergi.” Itu pesanan terakhir Muhammad Syaiful Radzi, 12, kepada rakannya ketika diajak bermain futsal pada hujung minggu ini sebelum dia lemas ketika memancing di pintu kunci air Jalan Rejo Sari, BATU PAHAT petang kelmarin.

Malah, perwatakan Syaiful yang bertukar pendiam beberapa hari sebelumnya dianggap sebagai petanda dia akan pergi buat selamanya.


Hal itu diceritakan ibunya, Zakiah Kasidi, 45, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Seri Bahrum, semalam.

“Arwah yang mesra dipanggil abang di kalangan ahli keluarga sempat menjamah nasi lemak dibeli atuknya untuk makan tengah hari pada hari kejadian.


“Selepas makan tengah hari, abang keluar secara senyap-senyap bersama rakannya,” katanya.


Menurut Zakiah, dia hanya mengetahui berkaitan kejadian selepas beberapa penduduk mengunjungi kediamannya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus tiba, dia mendapati Syaiful sudah meninggal dunia dan dinaikkan ke darat oleh orang ramai.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakan memancing sebelum bergerak ke tengah tali air berkenaan.

Bagaimanapun, pakaian mangsa tersangkut pada besi di dasar tali air sebelum ditarik arus. Panik dengan kejadian, rakan Syaiful cuba membantunya namun gagal, mereka kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat.


Bapa Syaiful, Abdul Rahim Ibrahim, 46, berkata, ketika kejadian dia bekerja dan menerima panggilan daripada abang iparnya supaya membawa pulang kakak mangsa, Nur Jannah Zafira, 15, yang ketika itu berada di asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Senggarang.


“Saya tidak dimaklumkan berkaitan kejadian dan hanya mengetahuinya daripada ahli keluarga yang lain selepas menjemput Jannah.


“Syaiful sangat manja dengan ibunya. Walaupun sedih, saya reda dengan pemergiannya,” katanya.


Jenazah Syaiful dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bahrum kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dikatakan baru selesai memancing sebelum terjun ke tali air terbabit untuk mandi.


“Mangsa tiba-tiba tenggelam dan maklumat awal mendapati bajunya tersangkut pada besi di dasar tali air. “Rakan mangsa cuba membantu namun gagal. Dia berjaya dibawa naik setengah jam kemudian namun sudah meninggal dunia,” katanya, semalam.


Menurut Din, mangsa dikatakan pergi memancing pada jam 2 petang dan sehingga 15 orang awam membantu untuk menyelamatkan mangsa namun gagal.


“Kejadian terbabit pertama kali berlaku di lokasi terbabit dan orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelak daripada ditimpa kejadian tidak diingini,” katanya.-METRO
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment