Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Mar 2013

Roh Pengganas Sulu berkeliaran pada waktu maghrib di Kg Tanduo



Roh pengganas Sulu dilihat berkeliaran di Kg Tanduo pada waktu maghrib . Di kampung berkenaan terdapat tiga kubur besar yang menempatkan ramai mayat pengganas Sulu . Roh pengganas Sulu itu kelihatan seperti 3 orang sedang berjalan di celah pokok sawit , dan salah seorang dari mereka memakai serban putih, dan selepas beberapa saat mereka hilang  . Perkara ini nampak tidak dapat diterima akal, tapi itulah sebenarnya yang berlaku kepada pegawai keselamatan kita . Mereka memerlukan ketahanan mental yang kuat . Kebanyakan pengganas Sulu memakai tangkal yang membuatkan mereka kebal , rasanya tangkal ilmu hitam itulah yang membuatkan syaitan mudah mempengaruhi mereka .
Baca Lagi

30 Mar 2013

Terkejut besar pergi Gym tadi !


Mana tak terkejutnya , gym penuh dengan geng perempuan , body macam ahli bina badan pulak tu . Ada  gambar mereka tu tapi terpaksa di keluarkan kerana menjolok mata , saya pun tak lama kat gym tu , 2 jam saja , 4 - 6 petang , kasi  ' can ' geng perempuan pulak , tapi body hebat-hebat juga , ingat kalau pukul saya , komfom lembik punya ...haha.  Nasib baik la saya bawa anak saya pun perempuan , boleh la cover line sikit . Sesekali mencuci mata......!
Baca Lagi

Asalnya nak beli susu saja.....tapi...


Pagi tadi keluar makan kat kedai makan depan tu . Untuk Jannah bungkus je sebab dia dah sarapan pagi tadi , saya sorang ja makan situ , lepas tu pergi kedai , beli susu, pampers , gel rambut dan buku (gambar atas ), kalau tak beli buku , dah tentu bising , tak dapat apa yang dia nak , nak senang nak pergi kedai , tak payah bawa dia .

Lepas tu bawa lah barang balik , saya angkat pampers bawa masuk bilik , aikkk ! Apasal ada 2 pampers ? Semalam aku dah beli rupanya , saya pergi kedai tu semula , nak refund balik , banyak sangat pampers pulak ! Settle !
Baca Lagi

29 Mar 2013

Bukan tak sedap ....tapi cuma....


Ada satu burger bakar kat Arau ni , dah try malam tu , bukan tak sedap tapi , kurang sayuran , saya ni jenis makan sayuran , saiz dia kecik , tak padan dengan harga , kalau nak banding dengan Pulai Burger Bakar , jauh beza , terutama dari segi saiz........
Baca Lagi

Ronaldo berminat dengan Islam ? Ikuti fakta menarik ini...


Harap dia masuk Islam suatu hari nanti , dengar kata dia berminat tengok Mesut Ozil solat , semoga dia dapat mempengaruhi peminat dia untuk mendalami Islam . Dia pun berminat melelong kasut emas dia untuk membantu Palestin , tengok entri saya ni Ronaldo Jual Kasut Emas Bantu Palestine.


Baca Lagi

Demam Burger Bakar !!


Sekarang ni tengah popular burger bakar , sana sini orang memperkatakan pasal burger bakar, ada macam-macam versi burger bakar , baru-baru ni makan di satu burger bakar tu  RM7 , tapi nak bezakan , tengok kedai la , sebab lain kedai lain saiz dan perasa , tapi yang paling sedap dan besar adalah Burger Bakar depan Taman Desa Pulai , namanya ' Pulai Burger Bakar '   itu yang terbaik , dekat je dengan opis saya ....

Gambar dicedok dari Pulai Burger Bakar
Baca Lagi

28 Mar 2013

Tak yah gi Gym dah !!


Kalau macam ni tak yah pergi gym dah , dalam rumah pon jadik , asalkan ada TV atau komputer dan internet , atau download je dari youtube !! Tengok video bawah ni ....
 


Buat satu sudut kat depan rumah tu , tempat training , tak payah buang masa kat gym dah , ok tak ?




Baca Lagi

Selamat Tinggal Kampung Tanduo !!


Selamat Tinggal Kg Tanduo !  Penilaian oleh Majlis Keselamatan  Negara  mengesahkan  kampung itu mengalami kerosakan teruk , 12 buah rumah musnah sama sekali , kampung itu akan ditutup terus dan tidak dibenarkan diduduki .

Kampung itu yang menjadi lokasi pendaratan  pengganas Sulu  itu telah diduduki penduduk sejak 50 tahun dulu , ditutup terus . Penduduknya kini menghuni penempatan sementara , dan mereka akan dipindahkan ke penempatan baru yang belum diputuskan lagi .
Baca Lagi

27 Mar 2013

Nak pi KL sat !


Minggu depan pi KL seminggu , Huda pun ada di KL , biar dia dengan ibu dan baba dia , nak jaga dia kena ambik cuti , kalau tidak susah nak berkepit , bukan tak tau perangai dia , pantang tengok benda , semua nak ambik , yang jadi mangsa , HP saya , dah jadi barang mainan dia , nak buat camna , sapa tak sayang anak . Agaknya dekat setengah bulan juga tak tengok Huda , dia pergi KL dah 10 hari , lepas tu aku pergi kursus pulak seminggu , tak setengah bulan ?
Baca Lagi

Itulah yang terbaik , Ronaldo !!


Selepas perlawanan antara Portugal dan Israel baru-baru ini , Ronaldo menolak untuk menukar jersi dengan pasukan Israel , dan apabila ditanya , ' Anda berpijak di bumi manakah sekarang ni ? '  lantas jawab Ronaldo  ' Saya berpijak di bumi Palestine  ! ' dan Ronaldo juga diberitakan pernah memberi sumbangan dengan menjual kasut emas , dan hasil jualan itu  didermakan kepada Palestine !! Tengok juga entri pasal Ronaldo Sumbang Kasut Emas semata-mata nak membantu rakyat Palestin .

Semoga Allah memberi cahaya untuk membuka hati Ronaldo  untuk memeluk Islam suatu hari nanti .....
Baca Lagi

26 Mar 2013

Bila ada masa lapang.....


....saya akan habiskan masa di gym, gambar atas nampak macam gambar tahun 80an saja , macam gambar lama , kamera rosak ,  sesekali datang gym ni , rasa rindu juga pada gym ni , kalau hari-hari , jadi jemu , kena selang-selang juga , bagi lama tak datang , sesekali datang terasa puas.

Minggu lepas sibuk dengan majlis perkahwinan adik, teramat sibuk , hari ni baru siap , punggah kanopi , dan sapu sampah , bersihkan mana yang patut , esok nak kerja balik , cuti dari hari Jumaat hari itu , sampai Selasa , Rabu kerja balik , minggu depan akan habiskan seminggu di Shah Alam .Mesti workout juga kalau ada masa .......dalam bilik pun jadik.......


Baca Lagi

Tak jemu-jemu


Asyik tempat ni lagi , tak dak tempat lain dah , Zaina ikan bakar juga . Kalau pergi tempat lain nyesal pulak , sebab tak sedap , layan je kat sini , jemu pun tak pa , janji masuk dengan selera tekak .
Baca Lagi

25 Mar 2013

Kek kahwin 2013


Seperti di janjikan dalam entri sebelum ini , ini lah gambarnya ....Bagi saya , paling cantik pernah saya jumpa , tengok gambar pun dah terpikat , tapi saya tersilap , ambik kek vanilla , rupanya ramai orang suka kek coklat , tak pe lah janji cantik , sedap tu nombor dua , nak buat hantaran je , cantik nombor satu !! Harga dia RM57 , berat dia 1.5 kg , oklah tu , padan dengan harga !! Beli di mana ? Sape duduk di Kedah Perlis ni , tau tak Garden Kek House !! ?  Haa .. kat situ saya beli ...
Baca Lagi

Bagi mereka main adalah ' kerja ' !


Perkataan ' main ' tak pernah lekang dari mulut mereka , main adalah ' kerja ' , lepas penat ' kerja ' , tertidur , itulah rutin harian mereka , asalkan ada benda yang boleh main , itu dah kira ' bekerja ' .

Pantang mereka tengok benda tersusun , mesti gatal tangan nak sepahkan , pantang tengok kertas , mesti nak koyakkan , koyaklah selagi tak jemu ! Dan selagi ada tukang sapu !

Baca Lagi

24 Mar 2013

Akibat tidak pakai tali pinggang , inilah jadinya ! ....


Inilah jadinya jika degil tak pakai tali pinggang , duduk tak diam , nak drive pun susah , kalau pasang tali pinggang tu senang , pasti melekat kat kusyen kereta tu , terpaksa 'berkas' mereka di situ memandangkan mereka berebut nak duduk di depan . ....
Baca Lagi

Tadaaaa , Selamat Pengantin Baru !


Gambar 'eksklusif ' pengantin baru , di 'snap' di rumah pengantin perempuan . Bertambah besar lagi bilangan ahli keluarga bapa saya ......moga cepat dapat zuriat . .....
Baca Lagi

Debaran akad nikah


Akad nikah sudah , debaran sudah berakhir , sudah sah bergelar suami isteri , dah dapat ' lesen ' , boleh pergi honeymoon sudah !
Baca Lagi

Serba sikit persiapan majlis kahwin


Pagi sampai malam sibuk , nak mandi ? Tak sempat , sirih junjung cantik , saya yang uruskan , bunga hidup tu , so pagi esok , nak ambik kek saja nanti saya update , cantik kek tu , bentuk 'love' bertindan , esok bermulalah fasa baru dalam hidup adik yang bongsu . Akan akad nikah lepas zohor. Syabas bro , selamat pengantin baru Hakimi & Mastura......
Baca Lagi

23 Mar 2013

Teramat sibuk !


Mulai 8 pagi tadi , teramatlah sibuk , bermula dengan dirikan khemah , pergi ambil ayam 150 kg , nak goreng siap-siap esok nak buat masak ros , lepas tu gantung banting , banner , lepas tu goreng ayam , teruk juga , camna lah orang yang buat kerja tu hari - hari , sebelah petang pergi beli tembikai 50 kg , malam ni sesi menghias meja pengantin kot .
Baca Lagi

22 Mar 2013

Penangan pulut kuning



Malam ni makan pulut kuning , pergh !! Sedap , guru tadika bagi lebihan pulut kasi ibu dan bapa rasa , memang sedap ,walaupun ramai pelajar tadika kata pedas , sebenarnya tak lah pedas sangat , rasa pulut memang lemak , 'baik' untuk kesihatan , dah la baru lepas buat medical check up pagi tadi , saya ada buat entri pasal pulut kuning kelmarin  , sebab jannah dah baca surah , dulu baca alif ba ta saja , sekarang dah teror , dah baca surah . Apa salahnya raikan tanda kesyukuran dengan pulut kuning .

Hari  ni banyak benda urgent kat tempat kerja , dalam masa 2 jam mau setel semua , cuti minggu depan , adik kahwin , memang tak le pergi mana , kena tolong , tak kan nak tengok saja , memang letih kenduri kahwin ni , tenaga pun letih , duit pun letih , darah saya dah naik pagi tadi , tapi saya masih di tahap mampu kawal diri  lagi . Sebelum kenduri memang letih , lepas kenduri pun letih juga.

Selagi tak setel majlis kawin adik saya ni , memang setiap malam dok fikir yang tu saja , saya ditugaskan buat  dua hantaran , semuanya saya tempah saja , sirih junjung dan kek kahwin . Ada kerja extra yang saya buat , tadi tempah banting ( banner) majlis kahwin  , supaya orang tak tersilap rumah , bukan tak kasi makan , cuma orang lebih yakin kalau ada banner atau banting ni , terutama sekali bagi terima jemputan dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan !!!! . Nak harap peta di kad jemputan kahwin, kadang tu ringkas sangat , tak menggambarkan keadaan sebenar , lebih baik letak banner. 
Baca Lagi

Pemeriksaan kesihatan dan ambik darah


Hari ni pergi klinik buat total check dan ambil sample darah untuk periksa paras kolestrol dan gula serta rakan yang sewaktu dengannya . Kelmarin dah datang tapi lewat pulak , dah pukul 10 dah , nurse kata , kena ambik darah sebelum pukul 10 , nanti bacaan lari .

Oklah kebetulan hari ni saya ambik cuti , pukul 8.45 saya dah sampai klinik . Berat 76 kg , tinggi 165 cm , BMI 28 , UMUR ? 40 tahun , tekanan darah 140 , 88 , nurse tanya , selalu tekanan tinggi , kenapa ? Selalu senaman kot ? Jogging ? .

Ok , sekarang sedang tunggu turn ambik darah , keputusan , 2 minggu baru tau , nanti saya update keputusan bacaan darah .

Tengok juga netri saya pasal cek darah ni yang saya buat pada tahun lepas ....Tinggi kolestrol dan gula

Kalau pergi klinik swasta , nak buat total body cek dan ambik sample darah , antara Rm 80 - 120 , bergantung kepada pakej . Keputusan boleh dapat dalam masa 2 hari , tapi klinik kerajaan Rm 1 saja , keputusan dapat dalam masa 2 minggu , mana satu pilihan anda ? Terpulang ......

Baca Lagi

21 Mar 2013

Pulut kuning sebab dah baca Surah


pulut kuning

Hari ni booking pulut kuning untuk Tadika Jannah , raikan dia , bagi semangat kepada dia sebab dah boleh baca Surah , harap dapat khatam Al-Quran dengan cepat , mudah saja , bayar duit je , bagi pengusaha kantin yang buatkan , kalau nak buat sendiri tak tau dan tak ada masa , bagi duit saja kat Tadika , bagi mereka yang buatkan .

Sebenarnya pulut kuning ni bukannya wajib buat bagi anak kita yang dah baca Muqaddam , tapi  niat saja nak buatkan kenduri , bak kata Cikgu , saja nak naikkan semangat dia sampai khatam Al-Quran .Dari segi adat orang Melayu , pulut kuning ni dihindangkan sewaktu majlis cukur jambul juga.

Saya tanya cikgu , wajib ke buat pulut kuning ? Cikgu kata , tak lah wajib , niat kita saja nak buat kenduri kesyukuran sebab dah boleh baca Al-Quran , tengok pelajar lain pun buat gitu , saya pun buatkan juga pulut kuning , niat kenduri saja , bukan pasal nak ritual apa-apa .
Baca Lagi

Punca sakit kepala



Ramai orang sakit kepala sekarang ni , sudah lah tak hujan selama seminggu sudah , dalam rumah terasa panas terlampau , bahangnya amat terasa , walaupun kipas angin telah dibuka , tapi tetap panas , kena pasang air cond juga , datang bil elektrik hujung bulan , boleh tahan juga . sudahlah kita stress kat tempat kerja , balik rumah panas pula dah tentu sakit kepala , satu saja kebaikan panas terik ni , baju di ampaian cepat kering.

Berbalik kepada cerita sakit kepala , pagi tadi sakit kepala menyerang kembali , sudah lah baru hari tu sakit kepala , tengok entri ini ,  Sakit Kepala   . Waduh sakitnya , tak tidur lewat pun , tidur awal juga , sudah tau puncanya , apa punca sakit kepala ?  Jawapannya ROKOK !! Kalau saya merokok sebelum tidur memang bangun pagi sakit kepala , macam pagi tadi , nasib baik cepat makan ubat , hari tu ambil dari DR Othman dan kena saman pulak tu . Memang mujarab ubat Dr Othman tu , dan murah pula , kalau DR Menon , siap duit !!

Dah lama bertekad nak stop smoking ni , dah berpuluh tahun , tak boleh berhenti juga , boleh kurangkan saja , tapi memandangkan sakit kepala dah sampai tahap gaban , memang cadang nak stop terus , sekarang ni pergi mana pun tak bawa rokok dah , kalau rakan sekerja dok hisap rokok , saya tak teringin langsung , boleh tengok je , dulu minta juga , sekarang tak lagi , sebelah  siang lagi saya tak boleh hisap , sebab nak senaman , mana boleh hisap rokok , tak selesa , malam memang selesa hisap , tapi kesannya , pagi esok saya akan sakit kepala tahap gaban , memang nak berhenti terus ,  doakan saya .....

Baca Lagi

20 Mar 2013

Jogging berterusan boleh diamalkan bersama diet yang seimbang



Senaman berterusan amat perlu untuk melihat penurunan berat badan yang seimbang , diet juga perlu diambil dengan sebaiknya , senaman seperti jogging  perlu berterusan disamping mengambil diet yang seimbang dan tidak keterlaluan .

Jangan terlalu kecewa , jika anda senaman hari ini , dan anda mahu lihat keputusan esok , makan masa berbulan-bulan juga kalau anda nak turunkan berat badan . Jogging pun mesti dilakukan dengan betul , kalau setakat jogging sekejap dan berhenti , lupakan saja , jogging mesti dilakukan secara berterusan tanpa henti . Barulah anda nampak perubahan pada diri anda .

Kalau anda pergi gym , hendaklah secara berterusan , barulah nampak kesannya , jangan nak kurus tapi senaman ikut musim , kalau malas, tak pergi dah senamam , kalau hujan , kat rumah pun boleh , yang penting mesti ada usaha dari diri anda sendiri .

Setkan masa senaman anda , setengah jam atau empat puluh minit . Dalam tempoh itu , jangan berhenti , teruskan sehingga anda rasa tercungap-cungap , sehingga sampai tempoh masa yang anda tetapkan , barulah dapat bakar lemak dalam badan anda .

Jangan lupa , minum air banyak selepas senaman dan , makan dalam kuanti sedikit saja , cukup sekadar kenyang , ada banyak lagi entri saya pasal jogging ni , tengok sini Jogging cara terbaik nak kuruskan berat badan


Baca Lagi

19 Mar 2013

Orang Perempuan akan cerewet bila ......



Orang perempuan adalah satu makhluk ciptaan Allah yang istimewa , mereka boleh melahirkan anak , tampa orang perempuan , tak bertambahlah manusia di dunia ini , mereka amat special ! Mereka dikurniakan Allah dengan nisbah nafsu dan akal  9 : 1 , maksudnya 9 nafsu  dan 1 akal. Mereka amat cerewet dalam banyak perkara . Saya akan kupas perkara-perkara yang dicerewetkan oleh mereka .

Orang Perempuan akan cerewet bila rumah kotor , memang pantang bagi mereka nampak kotor , habuk kecil pun mereka nampak , inikan pula sampah . Pantang ada sampah dan bau busuk mesti kena leteran punya . Berbeza dengan kaum lelaki , ada setengah tu pemalas sangat . Memang patutlah kena leter dengan isteri .

Orang Perempuan akan cerewet bila berbicara tentang kecantikan ! Memang betul , sanggup berhabis duit beratus ringgit beli kosmetik , ada yang tak guna pun simpan saja , tapi nafsu beli mereka tinggi , nak beli juga , asalkan boleh layan nafsu beli tu . Berbeza dengan orang lelaki , pasal kecantikan tak ada pun tak pa , asalkan kemas saja . Beli setakat mana yang perlu saja . 

Orang Perempuan akan cerewet bila nak beli baju . Kalau nak tunggu mereka beli baju tu , jenuh tunggu berjam-jam nak pilih sehelai baju pun . Last sekali tak beli juga , sama juga dengan tudung , nak tudung jenis apa , tudung bawal ka , tudung ikan paus ka ! Semua nak beli , asalkan bertukar , baju pun sama , tiap-tiap bulan mesti tukar baju baru , koleksi baju saja dah boleh muat satu lori , pakai je dua tiga kali , dah tak nak pakai dah .

Itu saja buat masa ni , nantikan Orang Perempuan akan cerewet bila ......(Episod 2 )  dari saya ....
Baca Lagi

Panduan membeli baju murah


Ramai yang tergoda pergi pasaraya , tak tahu macamana nak pilih baju , dalam fikiran tu , semua nak beli, habis semua dibuka , lepas tu sepahkan , try tak pun ,salesgirl tu pun geleng kepala nak lipat balik  , mana satu nak beli ni , sini saya nak kongsi tips berguna kepada anda yang pening nak pilih baju bila pergi pasaraya.

Pertama sekali tengok harga dia dulu, kalau mahal jangan gatal nak beli , ikut kemampuan sendiri saja, jangan ikut nafsu semata-mata. Selalunya , baju yang murah  adalah stok lama , jualan penghabisan stok , baju itu ada brand , ada jenama , tapi cuma stok lama , hendak dihabiskan , inilah masa anda nak beli barang jenama yang mahal dengan harga murah , macam saya selalu pergi ke pasaraya , kalau offer 70% baru beli , selagi tak offer , saya tak akan beli , itu prinsip kedekut namanya , gurau saja, kalau tak ada offer biarlah pakai baju lama saja .

Tengok jenama baju tu , pilihlah jenama yang bagus sikit , Cheetah , B.U.M. , Forest , Orlando , John Master dan macam-macam lagi baju berjenama , bukan nak berlagak , tapi fikirkan kualiti , saya bukan nak suruh anda beli dengan harga mahal, anda tunggu sampai ada jualan murah , masa itu lah anda beli baju itu .

Pakai dulu baju yang hendak dibeli itu , pergi dressing room dan pakai dulu , tengok cermin , padan tak dengan anda , labuh, atau tak cukup panjang ,anda boleh tengok , bawa semua size masuk dressing room , anda try semua size L,XL dan XXL , nak beli biar puas hati . Dah try jangan tak beli pula , malu juga kepada salegirl tu .  

Pilihlah baju yang belum diusik orang lagi , kalau anda ambil baju yang berlonggok di bahagian atas , dah tentu ramai orang dah pegang dan try pakai , anda ambil lah bahagian bawah punya , dah tentu fresh , andalah orang pertama yang try baju tu . 

Teliti jahitan baju tu , mana tau ada butang terkeluar ke , terbertas jahitan ke , terkoyak ke , pastikan anda tengok dulu  sebelum anda buat bayaran.

Itulah seba sedikit panduan yang saya dapat ceritakan kepada anda , pengalaman dan panduan saya nak beli baju , dulu suka juga baju bundle , tapi tengok harga baju bundle pun sama saja dengan baju baru , baik beli baru . Ok sampai sini saja , moga entri ni memberi manfaat kepada anda .   
Baca Lagi

Bila anda tergopoh-gapah inilah akibatnya...


Orang tua-tua selalu pesan jangan gopoh , jangan gopoh , bertenang , nanti rugi , penah dengar tak ? Tarik nafas , kalau rasa nak terkalut , stop dulu .

Kelmarin akibat kelam-kabut nak cepat jumpa Doktor ,saya lupa nak letak kopun parking , hari ni bayar saman parking RM10 , kan dah rugi !

Anda juga mungkin pernah hadapi situasi yang sama , sudah jatuh ditimpa tangga , tapi perkara ini boleh dielakkan jika anda bersabar , jangan kalut , tarik nafas , ambil oksijen sikit , berfikiran waras sikit . Bawa bertenang ok !
Baca Lagi

18 Mar 2013

Petua hilangkan sakit kepala



Ramai yang sakit kepala tapi tak tau cara mengubatinya , ramai yang migrain , tapi tak tau cara nak sembuhkannya , ramai yang kepala berdenyut tapi tak tau cara mengatasinya . Dalam 3-4 hari ni memang saya pun sakit kepala sangat , dan di sini saya nak kongsi petua nak hilangkan sakit kepala .

Caranya mudah saja , urut kepala di bahagian tempat yang sakit tu , urutan itu adalah untuk menghilangkan angin , anda akan terkentut dan sendawa jika angin itu nak keluar . Letakkan minyak cap kapak sikit di kepala tu , lepas tu urut saja di tempat yang sakit tu , InsyaAllah anda akan sendawa dan terkentut . 

Buat senaman ringan  dalam rumah , apabila anda bersenam , degupan jantung bertambah , dan oksijen akan banyak dipam ke otak anda , jadi sakit kepala anda akan hilang , anda patut tahu , punca anda sakit kepala adalah kekurangan oksijen. Senaman ringan yang boleh anda buat adalah pumping , sit-up , lari setempat , senaman perut dan macam-macam lagi . Ingat !! saya tidak bertanggungjawab jika berlaku apa-apa pada anda , dapatkan nasihat doktor dulu sebelum mencuba teknik ini.

Akhir sekali , pergi berjumpa doktor , doktor lebih tahu tentang sakit yang anda alami , mungkin sakit kepala biasa , mungkin migrain , dan mungkin juga petanda awal barah otak , biasanya doktor akan bagi ubat yang paling rendah dos  kepada anda , jika sakit kepala anda tidak sembuh , jumpa doktor yang sama juga , dan tanya pendapat dia , apakah rawatan susulan yang perlu anda buat . Jangan biarkan sakit kepala menghantui diri anda , pesanan ikhlas dari saya .
Baca Lagi

Pintu kereta setelah dibaiki


Dah ok ! Pergi kedai spare part , pemegang pintu kereta Proton Persona , nasib baik ada , kalau tak , masuk ikut sebelah tempat duduk penunpang la , nasib baik tak gemuk , kalau tak , susah juga nak masuk ikut tempat penumpang tu , ada teknik tertentu , harga ? Harga barang Rm7 ,upah Rm 10 , ok lah tak mahal sangat , itulah kebaikan kereta proton ni , spare part murah dan ada di mana-mana.
Baca Lagi

Kualiti kereta kita


Pemegang pintu kereta tercabut. Sudah 5 tahun guna kereta ni , hari ni pemegang pintu tercabut , sebab silap buka , mungkin sebab selalu berjemur tengah panas terik , esok kena pergi kedai spare part , baiki ....
Baca Lagi

17 Mar 2013

Beribadat waktu malam


Lama juga tak menghadiri ceramah agama ni , jadi malam ni berpeluang , jangan lepaskan . Sesekali bersihkan hati , hati yang kotor perlu disucikan , kurang menghadiri kuliah agama , akan membentuk titik hitam dalam hati . Amalkan selalu menghadiri kuliah agama
Baca Lagi

15 Mar 2013

Senaman untuk Abdormen yang murah


Kelmarin pergi pasaraya , ada promosi abs workout , boleh duduk atas tu , buat abs workout , tak rasa apa apa pun , sama saja kalau tak guna benda tu pun , kalau tak guna peralatan pun sama  juga . Lebih baik tak payah guna peralatan , boleh buat di mana-mana saja , bila ada masa terluang .

Harga dia RM 199 , rasa macam tak berbaloi beli , macam gambar bawah ni , tak guna sebarang peralatan pun , boleh kempis juga perut tu , yang penting , kena bersungguh-sungguh , dan all out , kalau hangat tahi ayam tak boleh  kempis juga perut tu. Beli macam-macam jenis suppliment, Herbalife ? Saya belum try lagi . Herbaife bukan ubat kurus , ia adalah suppliment , jangan silap.

Ramai orang , beli barang tu , beli barang ini , dah habis duit  dah beli barang , tapi senaman tidak pun , dah penuh rumah dengan barang gym , dah jadi mini gym dah , tapi tak senaman pun . Sekarang tak payah beli apa pun , anda pum ping saja dalam rumah , gerenti peluh , cuba try . Tengok juga entri lama blog ni pasal senamam Senaman yang berterusan berjaya turunkan berat badan  selamat membaca.



Baca Lagi

Hari Jumaat memang trafik kurang , tau kenapa ?



Memang trafik kurang pada Hari Jumaat  ,tau kenapa agaknya ? Pekerja dari  negeri seperti Kedah , Kelantan dan Trengganu bercuti pada hari ini , ramai orang offline , jadi anda sudah kehilangan banyak pelawat dari negeri pantai timur , yang selalu online adalah kakitangan pejabat , mereka ni lah yang selalu blog walking .

Lagi pun Hari Jumaat , bagi yang bekerja , masa untuk online adalah singkat , dan ini membataskan pergerakan anda untuk blogwalking , bagi kaum lelaki , masa solat Jumaat  bermula dari 12.30 hingga 2.30 petang , nak online semula pukul 3 petang pula .

Dan , Hari Jumaat , ramai yang tak pergi kerja , sebab , ....faham sendiri  bagi yang dah berumahtangga , ramai yang bercuti sebab bangun lewat kerana 'aktiviti semalam' , ada yang bercuti sebab dapat cuti 3 hari sekaligus iaitu Sabtu dan Ahad . Dan, Hari Jumaat juga merupakan hari perantau balik kampung , yang nak balik kampung , mereka akan bertolak pada petang Jumaat selepas habis kerja , macamana nak online ?

Amalkan doa yang anda hendak pohon pada hari Jumaat selepas solat , sebab pada hari Jumaat ada satu detik yang Allah akan makbulkan doa anda. Amalkan zikir yang banyak pada hari Jumaat , seperti yang anda maklum , Jumaat adalah penghulu segala hari.

Dan , terakhir sekali hari seperti saya bagi tau tadi Jumaat merupakan penghulu segala hari , ramai orang tak dapat nak online lama sebab , masa dihabiskan dengan beribadat , InsyaAllah !! Tengok juga entri saya pasal Kelebihan Selawat Syifa



Baca Lagi

14 Mar 2013

Dah mula demand !



Amboi ! Dia dah mula demand, kalau makanan tak sedap dia tak akan makan , dia akan tolak mentah-mentah, komfom , dia nak makanan sedap saja , KFC ? Memang itulah perkataan yang selalu keluar dari mulut dia, kalau saya siap nak keluar , terus dia ingat saya nak pergi KFC , bukan saya nak pergi KFC, saya nak pergi tempat lain , terpaksa ubah topik lain ....

Budak-budak memang suka meneroka , silap teroka , takut terpegang seterika panas, minta simpang , mereka suka buat sampah , bukan kutip sampah , tapi kena turut juga , nanti bising ....Tapi satu saja perkembangan dia yang menarik , dia dah mula tidur ikut masa saya , maksud saya , kita mengantuk , dia pun mengantuk , tapi , wajib ,siang dia mesti tidur , kalau tidak dia tak tahan nak jaga malam.....mengamuk nanti ....
Baca Lagi

Semakan daftar pengundi SPR Pilihan Raya Umum Malaysia PRU13


Saya amat pasti anda semua sudah tahu tak lama lagi kita akan menghadapi  Pilihan Raya Umum 13 , jadi sudahkah anda buat   daftar semakan pemilih ? .

Kalau anda belum daftar lagi anda boleh daftar semakan pemilih  di sini   Daftar Semakan Pemilih . Adakah anda sudah  buat pendaftaran SPR? , jangan tunggu lagi , jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, tunai kewajipan anda  dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum 13 nanti. Semakan daftar pengundi SPR akan ditutup tidak lama lagi , anda kena cepat , sebelum mereka tutup, bila mereka tutup , anda tak boleh nak buat Semakan daftar pengundi SPR lagi .


Anda perlu ikut langkah di bawah ni :

Pertama sekali , anda klik link ini  Daftar Semakan Pemilih


 Masukkan IC tanpa jarak dan klik semak

Anda juga boleh buat semakan lebih dari seorang  , untuk semak isi rumah anda , klik 'Semakan Isi Rumah' 


Anda juga boleh buat semakan melalui SMS, caranya  begini ...

Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888   

Anda juga bolah membuat Semakan daftar pengundi SPR melalui telefon .Untuk semakan melalui telefon anda boleh gunakan cara di bawah ini ....
Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686


(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri


(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara


(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini


(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission


(f) Senarai Penolong Pendaftar

Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13.Inilah link laman web itu

Jangan lupa tengok juga entri lain saya pasal Pilihan Raya Umum 13  di sini
Anda juga boleh membuat carian dalam enjin carian Google pasal Pilihan Raya Umum ini, antara keyword yang selalu dicari adalah daftar pemilih , semak daftar spr , semakan daftar , semakan daftar pemilih , semakan daftar pemilih 2013 dan banyak lagi , itulah saja cara saya nak membantu anda dalam membuat carian .
Baca Lagi

13 Mar 2013

Semakan Keputusan STPM Online 2013




Keputusan STPM  bagi calon yang mengambil peperiksaan STPM sudah tentu berdebar-debar menunggu keputusan STPM  yang akan keluar minggu depan. Anda boleh jayari Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia.

Semakan STPM online  ini akan di buka sepenuhnya  jam 12 tengahari , jadi kalau anda pada tarikh sebelum itu , memang link itu tiada , selalulah melawat Laman Web Majlis  Majlis Peperiksaan Malaysia.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)  calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STPM mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT < jarak > No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. 


SPM result 2013  , jika dibandingkan dengan result 2012 , harap ada kemajuan, kalau nak diukur pencapaian  STPM trial paper , tak boleh dianggap betul , itu cuma STPM trial paper, saya harap semakan STPM secara online 2013 ini dapat membantu anda mendapat keputusan STPM dengan cepat.

Baca Lagi