Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

21 Mar 2013

Pulut kuning sebab dah baca Surah


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
pulut kuning

Hari ni booking pulut kuning untuk Tadika Jannah , raikan dia , bagi semangat kepada dia sebab dah boleh baca Surah , harap dapat khatam Al-Quran dengan cepat , mudah saja , bayar duit je , bagi pengusaha kantin yang buatkan , kalau nak buat sendiri tak tau dan tak ada masa , bagi duit saja kat Tadika , bagi mereka yang buatkan .

Sebenarnya pulut kuning ni bukannya wajib buat bagi anak kita yang dah baca Muqaddam , tapi  niat saja nak buatkan kenduri , bak kata Cikgu , saja nak naikkan semangat dia sampai khatam Al-Quran .Dari segi adat orang Melayu , pulut kuning ni dihindangkan sewaktu majlis cukur jambul juga.

Saya tanya cikgu , wajib ke buat pulut kuning ? Cikgu kata , tak lah wajib , niat kita saja nak buat kenduri kesyukuran sebab dah boleh baca Al-Quran , tengok pelajar lain pun buat gitu , saya pun buatkan juga pulut kuning , niat kenduri saja , bukan pasal nak ritual apa-apa .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

x wajib buat pulut kuning ni...tapi biasanya masyarakat melayu akan buat sebagai menandakan kesyukuran...

Alhamdulillah... dah boleh baca surah...semoga khatam cepat... ^_^

abg cik said...

thanks farah

BUNDA a.k.a KN said...

memang tak wajib pun...saja masyarakat melayu kita ni lebih suka ikut adat dan dah terikut2 orang lain buat..seolah2 dah jadi satu kemestian..macamtu jugalah yang terjadi dalam majlis cukur jambul yang guna buah kelapa tu..

sampai turun temurun lah kita buat bende yang sama. Kalau ikutkan orang belah arab atau negeri2 lain tu buat pulut kuning jugak ke ?...atau buat ikut tradisi dan adat mereka pula kot..

Apa2 pun tak salah, jangan jadikan satu amalan bidaah pula sudahlah..niat jer sedekah atau tanda kesyukuran. Walau pun banyak lagi cara lain.

Wallahu'alam...

hainom OKje said...

Setuju dgn pendapat cikgu tu... macam doa selamatlah b cik...

Post a Comment