Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

2 Mar 2013

Kelebihan Tadika Swasta berbanding Tadika Permata


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Tadika Swasta ada kelebihan dan kekurangan berbanding Tadika Kerajaan . Anak aku sendiri dihantar ke Tadika Swasta  kerana sebab-sebab tertentu . Dulu dah mohon Tadika Permata , Jabatan Perpaduan Negara kat hujung taman aku tu , tapi dah lulus , aku pula tak jadi nak hantar . Bukan sebab apa , jiran taman aku cakap , anak dia selalu lapar saja  waktu balik , that means , makan sana tak cukup .  Lepas tu dia pula hantar anak ke Tadika Swasta . Biar lah keluar duit sikit , janji puas.

Lepas tu , aku  mohon pula dengan Tadika KEMAS , tapi dia mau anak kita dah berdikari , tak pakai lampin dah , maksudnya dah boleh basuh berak sendiri , maaf cakap ye . Kensel nak hantar Tadika KEMAS .

Last sekali hantar ke Tadika Prasis Bistari , swasta punya . dah sekarang pra-sekolah pun situ , tak ada masalah pasal makan , dah boleh basuh berak sendiri dah,semua dah boleh buat sendiri , yang best tu , bacaan Al-Quran dia semakin baik . Dari pagi sampai petang , aku balik kerja baru ambil , RM 250 sebulan  ok tak ? Boleh tahan juga , ' alah membeli menang memakai  '  mana ada menda free dalam dunia ni , nak servis lebih kena bayar lebih betul tak ? Apa yang servis lebih tu ? Aku manjang ambil anak lewat , patut ambik pukul 5 , tapi 5.45 baru ambik , tak kena bayar lebih pun , tapi kalau Tadika Permata ,kena bayar setengah jam RM2, mana tahan woo ......


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Eca Dwinky Asha said...

tadika swasta mmg mahal tapi impaknya pada perkembangan anak2x memang kita boleh nampak.

Post a Comment