Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

7 Mar 2013

Senaman yang berterusan berjaya turunkan berat badan


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Anda berminat nak turunkan berat badan ? Banyak cara boleh digunakan , samada cara yang melibatkan kewangan atau cara percuma , terpulang  kepada anda . Bagi sesetengah orang yang nak turunkan berat badan , cara terbaik adalah diet , sampai sanggup berpuasa semata-mata nak diet , tak makan itu dan ini  , itu tak boleh makan , ini tak boleh makan , sampai satu tahap , orang itu nampak macam orang sakit . Tak boleh lah macam tu , kalau nak diet pun biarlah perlahan-lahan .

Mesti makan juga , jika tidak , dari mana badan anda nak dapatkan tenaga yang cukup untuk menampung aktiviti harian? . Dari pembacaan yang saya baca di internet , setiap empat jam , manusia mesti makan , walaupun sedikit , nasihat saya , makanlah dalam kuantiti yang sedikit , dan tidak terlalu kenyang dan tidak terlalu lapar . Jika anda nak tidur lewat , anda makanlah lewat , dan jika nak tidur awal , makanlah awal , selalunya pada pukul 7 malam.

Sesetengah orang suka makan ubat pelangsing , memang amat berkesan , dan terbukti , dan disahkan oleh pakar kesihatan , tetapi ia juga ada kesan sampingan , dan kesan ini akan muncul dalam jangka msa panjang . Anda tidak akan nampak kesannya sekarang , tapi pada hari tua anda . Dengan mempraktikkan cara begini anda akan dapat turunkan berat badan dalam masa yang singkat , tetapi akan memberi kesan jangka panjang .

Cara terbaik anda amalkan cara semulajadi , senaman berterusan untuk mengeluarkan peluh , ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap . Senaman mesti dua atau tiga kali seminggu dan setiap sesi ambil masa sejam . Amalkan cara hidup sihat , sentiasa mengeluarkan peluh seperti berjogging , pergi gymnasium ,  senaman ringan boleh juga dibuat di rumah anda , seperti pumping dan skipping , ini adalah cara mudah yang anda boleh buat di mana-mana saja .

Cuba lah curi-curi masa dengan bersenam , ubah cara hidup anda , daripada bersiar-siar di pasaraya , lebih baik bawa keluarga anda ke taman permainan , dapat juga mengeluarkan peluh . Amalkan , insyaAllah anda akan berjaya turunkan berat badan . Teknik yang betul menurunkan berat badan adalah sedikit demi sedikit , bukannya secara mendadak .
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Hati nak kena cekal, tabah dan kuat kalau betul2 nak kurus ni... ^_^

Zainal said...

kena focus , dan senaman berterusan

Puteri Kasih said...

bersenam ini memang elok untuk kesihatan. tapi sekarang ni memang ramai yang malas bersenam kan

Zainal said...

malas dan kena paksa juga

hainom OKje said...

betullah b cik...lama dah tak bersenam treadmill kat tingkat atas...siang dah bizi berblogging... malam dah mandi malas nak berpeluh cam ne tu huhu

Post a Comment