Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

29 Feb 2012

AZEAN IRDAWATY MOHON ADAKAN SOLAT HAJAT SEMPENA HADIAH HARI JADI KE -62



AZEAN IRDAWATY MOHON ADAKAN SOLAT HAJAT SEMPENA HADIAH HARI JADI KE -62 |
Solat hajat memohon Allah mengurangkan kesakitan Azean akan diadakan di tiga buah masjid di Ampang pada Khamis malam .

Penganjur majlis berkenaan yang enggan disebutkan namanya berkata, solat berkenaan akan dibuat secara serentak selepas solat Maghrib melibatkan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Kelang, Masjid Taman Dagang Avenue, Ampang dan Masjid Bukit Antarabangsa.

Kata penganjur tersebut, majlis berkenaan akan turut disertai oleh beberapa selebriti tempatan antaranya Datuk Rahim Razali, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Memey Suhaiza, Farhan, Den Wahab, Razali Hussein, Sharifah Sahora, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Ziela Jalil.

“Artis-artis berkenaan akan berada di salah satu daripada tiga masjid tersebut,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Tambahnya, selain para artis, orang ramai juga dijemput untuk menyertai solat hajat tersebut selain digalakkan memberi sumbangan ikhlas masing-masing untuk majlis berkenaan.

Katanya, selain solat hajat, majlis bacaan tahlil akan turut diadakan untuk para artis dan umat Islam yang telah meninggal dunia.

“Apa yang kami buat ini adalah sebagai satu sokongan kami kepada Azean Irdawaty selain untuk para artis yang telah meninggal dunia,” katanya.

Isnin lalu Azean Irdawaty yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun memohon orang ramai dan sahabat handai supaya memberikan “hadiah” hari jadinya dengan mengadakan solat hajat bagi memohon supaya keadaan kesakitan yang dihadapinya pulih.

Azean mendakwa badannya berasa panas, belakang badan sakit dan juga kakinya menjadi kebas kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini. -mstar online

p/s : Semoga Mak Cik Yan cepat sembuh  .......Amin.
Baca Lagi

SURAT TUN MAHATHIR KEPADA PM ISRAEL BENJAMIN NETANYAHU


Berikuat adalah surat rasmi dari Tun Mahathir kepada bekas PM Israel Benjamin Netanyahu pada tahun 1997 yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar.

14 Mac 1997
   
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
   
   
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
   
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar
daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap
orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
      
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
      
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak  bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
   
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi  sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
      
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
      
   
 DR MAHATHIR MOHAMAD


Sumber Sinar Harian
Baca Lagi

MAWI DAN EKIN DAPAT ANAK SULUNG



MAWI DAN EKIN DAPAT ANAK SULUNG |  Tahniah kepapda mawi dan ekin kerana dapat anak sulung, setelah menanti bertahun-tahun akhirnya dikurniakan juga oleh Allah S.W.T. Ekin selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8 kg  jam 4 pagi 28 Feb 2012 di Hospital Pakar An-Nur Hasanah , Bangi  .

Ekin dimasukkan ke wad pada jam 7.30 malam Isnin dan diberikan suntikan pelali kerana kompilasi semas bersalin . Alhamdulillah semuanya selamat. Pasangan ini belum mendedahkan gambar dan nama anak mereka. Ekin pernah keguguran sebanyak 2 kali 3 tahun lalu. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2008.

p/s : Tahniah Mawi ,selamat jadi bapa !!
Baca Lagi

28 Feb 2012

PEMINAT MISTERI DIANA DANIELLE DITANGKAP



PEMINAT MISTERI DIANA DANIELLE DITANGKAP ! Pelik juga tengok kisah ni .Teka -teki peminat misteri Diana Danielle yang menghantar macam-macam hadiah terjawab apabila polis menahan suspek berumur 33 tahun di Sri Rampai , Wangsa Maju . Lelaki ini dah berkahwin anak tiga sebenarnya jiran mangsa.

Suspek ini ingatkan mangsa adalah Diana Danielle sebenar jadi dia pun hantar macam-macam hadiah. Suspek mendakwa dia selalu berhubungan degan Diana dalam Twitter . Suspek kata dia bagi gambar, nota cinta dan ayam kerana sukakan mangsa , bukan ada muslihat lain.

Selain Diana Danielle, suspek turut menyertakan nota cinta kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Chinn Fei juga merupakan seorang wanita diminati suspek.

Sumber Kosmo

p/s : Tak sangka sampai begitu sekali dia syok kat Diana Danielle. Habis tu anak bini nak letak mana ?
Baca Lagi

Gempar !!Angkara Rokok Penerbit Filem dibelasah



Gempar !!Angkara Rokok Penerbit Filem dibelasah  | Seorang penerbit filem Hazil Izham dibelasah oleh 20 orang lelaki sehingga patah tulang pipi dan terseliuh bahu bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan  di Jalan Sultan Ismail.

Dia diserang oleh sepasukan yang mendakwa petugas keselamatan kerana merokok di zon larangan merokok. Dia dikatakan tiba di pusat hiburan itu pukul 5.30 pagi untuk membincangkan hal penggambaran dengan 4 krew jurukamera.

Dia dibelasah dari belakang dan dihentak dengan botol . Krew jurukamera telah membawa dia pulang ke rumah isterinya , pelakon Nadia Mustafa, dan membawa ke hospital pakar di Bangsar.

Dia tidak tahu motif sebenar kejadian itu dan menyerahkan kepada polis setelah laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi. Selain patah tulang pipi dan terseliuh bahu , kepalanya juga perlukan pemeriksaan lanjut.

p/s: apa motif pun tak tau , tapi beringatlah , kalau dah lewat malam tu tak payah la keluar rumah pi kelab malam , bahaya tu , ramai gangster.
Baca Lagi

27 Feb 2012

LAWAK !! LEMBU DICURI DISUMBAT DALAM PROTON WIRA


 LAWAK !! LEMBU DICURI DISUMBAT DALAM PROTON WIRA . Dua orang pencuri berputih mata apabila 2 ekor lembu yang dicuri dan disumbat ke dalam Proton Wira Aeroback terbabas di Kulim. Kajadian berlaku pukul 3.30 pagi .
 Gambar Hiasan je...

Polis menerima maklumat dari orang ramai ada kereta terbabas ke dalam longkang . Polis menjumpai 2 ekor lembu itu dalam keadaan lali kesan dari ubat pelali.Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubahsuai supaya mudag menyumbat lembu terabit.

Polis menjumpai 2 batang sumpit dan alat pelali dipercayai digunakan untuk melemahkan lembu itu.Gambar bawah kereta yang digunakan untuk mengangkut lembu itu.
Sumber Harian Metro
Baca Lagi

PELIK !! GADIS MIRIP DIANA DANIELLE TERIMA HADIAH PELIK


PELIK !! GADIS MIRIP DIANA DANIELLE TERIMA HADIAH PELIK  . Seorang gadis telah menerima 4 kiriman pelik dekat pintu pagar rumahnya di Wangsa Maju KL. Hadiah yang pertama adalah sepucuk surat bertulis "Diana Danielle-peminat misteri". Surat itu tidak berstem maksudnya pengirim letak sendiri dalam sampul surat.

Hadiah yang kedua adalah sehelai seluar dalam dan nota bertulis ayat cinta . Dia mula curiga . Dibuangnya seluar dalam itu dan terul membuat laporan di balai polis Wangsa Maju.

Terbaru gadis itu menerima sepucuk lagi surat bertulis "i love you' dan sebuah bekas cermin mata. Rasanya lepas tu dapat hadiah ayam kampung hidup pula 3 ekor kot . Pelik betul manusia ni kalau dah angau macam-macam sanggup buat.Gambar kat bawah inilah 3 ekor ayam yang dihadiahkan kepada gadis itu oleh pemuda misteri.


p/s: Kalau betul-betul minat masuk meminang je . Tak payah nak bagi hadiah pas tu sembunyi pulak .

Sumber Kosmo
Baca Lagi

GEMPAR : SUSU TIRUAN ADA DIJUAL DI PASARAN


GEMPAR :SUSU TIRUAN ADA DIJUAL DI PASARAN | Di Georgetown seorang bapa terkejut apabila susu yang dibelinya di sebuah pasaraya di Bayan Baru  rupanya hanya serbuk putih biasa , bukan susu. Mohd Faisal ,30 , nama dia , katanya susu biasa dibalut dengan aluminium paper, tapi susu tiruan ni dibungkus dengan plastik bungkus bihun sup je. Bau dan rasanya pun sama macam tepung buat cokodok je .Mujurlah tak sempat bagi minum anak lagi .Susu tu harganya RM16.99 bagi 700 gram. Tengok gambar kat bawah ni, packaging color biru biasanya .......anda teka sendiri. Kalau budak terminumlah susu ni tak tau apa nak jadi...

p/s: Hati hati membeli susu , pastikan anda laporkan kepada pihak bertanggungjawab kalau anda mensyaki apa-apa..

Sumber Kosmo
Baca Lagi

26 Feb 2012

Khairul Fahmi Che Mat atau Apex lancar logo kelab peminat


Khairul Fahmi Che Mat  atau Apex Lancar Logo Kelab Peminat |


SHAH ALAM – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex akan melancarkan logo Kelab Peminat Khairul Fahmi Malaysia pada Jumaat, 2 Mac 2012 di KB Mall, Kota Bharu jam 8.30 pagi.

Sempena pelancaran logo kelab peminat ini, Apex telah mengatur pelbagai program selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mac 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Antara program yang akan dijalankan termasuk pendaftaran ahli kelab, jualan, pertandingan kuiz mengenai isu semasa bola sepak dan pengetahuan mengenai Apex serta pertandingan timbang bola.

p/s : Bertambah besarlah empayar Apex ni , rezki pun mencurak-curah, tahniah !!

Sumber Sinar Harian
Baca Lagi

Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat


Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat  |

PETALING JAYA: Pemimpin Kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Baharon tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu.

Malah Badrul Amin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Badrul Amin berada di Kuantan bagi menghadiri temurapat atau retreat bersama pimpinan parti itu termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari bermula Jumaat.

Menurut Badrul Amin, beliau dihubungi wanita berkenaan pada petang Jumaat lalu yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.

Bagaimanapun Badrul Amin yang mengaku mengenali wanita berkenaan dan suaminya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.

"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa," katanya.

Selain itu Badrul Amin turut mendakwa bahawa kumpulan lelaki berkenan bertindak memukulnya sehingga pihak keselamatan hotel tiba menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.

Selain itu Badrul Amin memberitahu, beliau dipanggil bagi membantu siasatan Jaip pada Isnin dan akan hadir bersama peguam bagi memberi kerjasama.
Sumber Mstar Online
Baca Lagi

'Malaysia' Lawan Liverpool Final Piala Liga Sapa Memang Malam ni ?


'Malaysia' Lawan Liverpool Final Piala Liga Sapa Memang Malam ni ?


APA jua keputusan final Piala Liga antara Cardiff City dan Liverpool di Stadium Wembley malam ini, kemenangan tetap menjadi milik Malaysia kerana buat pertama kali dalam sejarah, nama negara terpampang di dada 11 pemain kelab milik syarikat tempatan itu.

Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata, tidak terlintas di fikirannya tiga bulan lalu betapa kelab dari Liga Kejuaraan yang baru diambil alih itu, akan beraksi di Wembley.

Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini. - Chan Tien Ghee, Pengerusi Cardiff City

“Peluang bermain di Wembley dan menentang pasukan hebat seperti Liverpool adalah satu pencapaian besar buat Cardiff dan Malaysia,” katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berada di London, semalam.

“Malaysia turut meraikan peristiwa bersejarah ini kerana nama negara terpampang di jersi pemain Cardiff, itu boleh dianggap satu kemenangan buat negara.

“Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini.”

Walaupun Cardiff belum mempunyai kumpulan penyokong yang besar di kalangan peminat di Malaysia berbanding Liverpool, Chelsea atau Manchester United, hakikat kelab berkenaan mempunyai pertalian rapat dengan negara, mampu menjadi asas kukuh untuk membentuk kumpulan penyokong yang besar di tanah air.
“Di Wales sendiri, sambutan terhadap Malaysia cukup besar dan sebahagian penduduknya mula mengenali negara kita sejak pemilikan kelab ini pada Mei 2010,” kata Tien Ghee. “Malah pemain Cardiff yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia, menganggap negara sebagai rumah kedua mereka.”

Menyentuh peluang Cardiff melakukan kejutan pada final pertama Piala Liga, Tien Ghee berkata, apa saja boleh berlaku tetapi yang penting skuad kendalian Malky Mackay yang diberi jolokan Bluebirds itu mempamerkan aksi berkualiti malam ini.

“Kami ada peluang dan pemain bersemangat tinggi untuk berjaya. Kami tahu harapan tinggi diletakkan peminat, terutama 32,000 penyokong dari Wales yang hadir ke London. Begitu juga peminat dari Malaysia. Saya harap ia menjadi kenyataan,” katanya.
Sumber Berita Harian
Baca Lagi

Surat Dr M kepada Israel didedah minggu depan


 Surat Dr M kepada Israel didedah minggu depan

SEKINCHAN - Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak awal minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau telah mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," katanya kepada pemberita di SJKC Yoke Kuan di sini.

Katanya, surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Beliau berkata isu surat itu telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyatakan sokongan terhadap Israel.-SinarHarian
Baca Lagi

25 Feb 2012

Luar Biasa !!! Lembu Jadi Atlet Bina Badan Masuk Gym Kot...



Luar Biasa! Lembu Yang Pandai Jaga Badan Masuk Gym Kot  | Kalau sebelum ni kita pernah lihat lembu terbesar dan terberat di dunia (LINK). Kini, pernah melihat lembu menjaga badannya untuk menjadi sasa? Kebiasaanya sasa ini dikaitkan dengan manusia berjantinakan lelaki yang mana ia merupakan impian mereka untuk berbadan seperti itu. Namun hal ini lain pula, beberapa ekor lembu dilatih untuk mempunyai badan yang berotot seperti prorgram bina badan. Lembu-lembu ini secara hakikatnya memang mempunyai saiz fizikal yang agak besar. Jom lihat gambar lembu yang pandai jaga badan ini.






P/S - Luar biasa kan? Tak sangka lembu pun boleh ada otot yang macam itu. Macam manalah pemilik lembu-lembu ini lakukan. Adakah menggunakan suntikan atau, sememangnya dia pergi ke gym, He 
He..

Sumber melayukini.net
Baca Lagi

Rahsia Buat Duit Mudah Dengan Facebook !!


Salam 1Malaysia... Hari ini saya nak kongsi Rahsia dan Tips buat duit mudah dengan Facebook . Mudah kan !!  sambil online dengan Facebook sambil menjana pendapatan. Betul ke ? Apa buktinya ? Nak tengok bukti kena try sendiri nanti dapat cek sampai kat rumah ....tu lah bukti dia . Kalau tak ada orang bagitau mesti tak tau kan ? Tengok lah bukti cek kat bawah ni dah sampai, tunggu dekat 45 hari ...Alhamdulillah sampai juga...

Klik gambar atas untuk besarkan

Baru-baru ni bulan Mei 2012 dapat satu lagi cek RM113.86 dari ChurpChurp hasil kerja keras selama dua bulan . Kantoi !! Tengok tu nama sebenar tuan punya blog ...tak pa la . !!


Klik gambar atas untuk besarkan


Sebagai pengenalan ChurpChurp adalah anak syarikat Nuffnang yang beroperasi di Asia Pasifik , Cawangan ada kat Kuala Lumpur, syarikat ini membuat promosi iklan melalui internet. Bayaran yang akan dibayar adalah RM0.20 perklik . Mula-mula join dulu saya tak sangka pun dapat kumpul duit sampai RM 188.66 dalam masa 4 bulan sahaja. Ok Lah tu !! Berminat ? Join kat bawah ....


Ada satu lagi syarikat Says.my Sdn. Bhd. beroperasi di Malaysia sahaja. Satu klik dia bagi RM 0.20 jugak. Mula-mula join dulu tak sangka dapat kumpul samai RM260.60 dalam masa 4 bulan saja. Bukti print screen kat bawah ni ....eleeeh bukti print screen siapa pun boleh tipu....tak percaya join dulu

Klik gambar atas untuk besarkan
 
 Nak join guna link kat bawah ...
 Join Says.my guna link ni   

Ada satu syarikat lagi Gushcloud pun boleh mendatangkan pendapatan juga . Anda akan dibayar dalam Dollar Singapore , banyak tu , tapi saya belum dapat bayaran lagi . Nak join dulu boleh guna link kat bawah ni...


Join gushcloud.com guna link ni



p/s : Saya bukan nak promote link saya tapi saya nak berkongsi dengan yang BELUM TAHU tentang ini kat sana. Sambil online dengan Facebok je boleh dapat duit. Kesimpulannya .... duit tak akan datang sendiri kalau anda tak mulakan langkah pertama...Ayuh join sekarang!!!
Baca Lagi

Berita Panas !! Pesta Seks dan Sarang Pelacur Dalam Hutan Rimba


 Berita Panas  !! Pesta Seks dan Sarang Pelacur Dalam Hutan Rimba |

JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.

Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.



Gambar Atas :  Jabatan Perhutanan menemui tilam dan kondom-kondom dalam pondok-pondok yang dibina.

Kawasan seluas hampir setengah padang bola, lengkap dengan susunan pondok yang teratur air dan tiga bangsal besar serta tandas berlantaikan simen.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.

Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.

Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.

Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.

Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.  Sumber- Kosmo

P/S : Lagi jimat kan ? Kedai pun tak payah sewa . Apa pun kegiatan tak bermoral ini memang bercanggah dengan prinsip Agama Islam.
Baca Lagi

Pelik !! Harta Karun Ditemui di Sepanyol


Pelik !! Harta Karun Ditemui di Sepanyol |


TAMPA - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan sejumlah duit syiling perak dan emas yang ditemui dari sebuah kapal perang Sepanyol yang karam pada tahun 1804 telah dihantar ke Sepanyol dengan dua buah pesawat semalam.

Kapal itu karam selepas dibedil sebuah kapal perang British.

Duta Sepanyol ke AS, Jorge Dezcallar de Mazarmen menyaksikan dua buah pesawat kargo Sepanyol membawa 594,000 keping duit syiling perak dan artifak lain di Pangkalan Tentera Udara MacDill di sini.

Gambar Atas : beberapa keping duit lama syiling emas dipegang oleh seorang pakar harta karun di sebuah lokasi rahsia di Sarasota, Florida kelmarin.

Sebelum ini hakim sebuah mahkamah mengarahkan firma Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di sini menyerahkan duit syiling dan artifak tersebut kepada kerajaan Sepanyol dalam satu perbicaraan berhubung pemilikan harta karun itu.

Firma itu menemui bangkai kapal Sepanyol, Nuestra Senora de las Mercedes di luar pantai Portugal dekat Selat Gibraltar pada tahun 2007.

Ketika itu, harta karun tersebut dianggarkan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Kapal tersebut dipercayai membawa 200 orang semasa ia karam. - Agensi
Baca Lagi

Tumpas !! Geng Seludup Tanduk Badak Ditangkap


Tumpas !! Geng  Seludup Tanduk Badak  Ditangkap|

LOS ANGELES – Tujuh orang ditangkap atas dakwaan menyeludup masuk tanduk haiwan badak sumbu di Los Angeles dan New York, kata beberapa pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Gambar atas : tanduk badak sumbu dan wang tunai yang dirampas oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar AS dalam beberapa serbuan dipamerkan di Torrance, California kelmarin.

Menurut seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara AS, Thom Mrozek, empat daripada mereka ditangkap di sini.

Salah seorang warga China, Jin Zhao Feng juga ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Pihak berkuasa mengesyaki dia memantau penghantaran berpuluh-puluh tanduk badak sumbu dari AS ke China.

Menurut satu kenyataan Jabatan Kehakiman dan Dalam Negeri AS, ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan termasuk pihak kastam serta imigresen telah membuat tangkapan di lima buah negeri.

Tangkapan itu dibuat selepas siasatan selama 18 bulan dilakukan berhubung sindiket penyeludupan tanduk badak sumbu.

Tanduk badak sumbu itu dipercayai boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser.

Pihak berkuasa juga menemui wang tunai sebanyak AS$337,000 (RM1.06 juta) daripada salah seorang yang ditangkap itu di Lapangan Terbang Long Beach di Florida pada 9 Februari lalu. – Agensi
Baca Lagi

KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad


Bayaran Dividen RM24.47b daripada Pendapatan Pelaburan Kasar RM27.24b

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP.”

KWSP terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.

“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global serta program pengurusan yang aktif.

“Prestasi kukuh selepas krisis kewangan 2008 membuktikan komitmen KWSP dan pendekatan berdisiplin dalam pelaburan. Walaupun KWSP tidak boleh menjamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini dalam suasana ekonomi global dan pasaran tidak menentu, KWSP komited untuk melindungi dan memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli khususnya dalam menghadapi tekanan inflasi,” kata Tan Sri Samsudin.

Setakat 31 Disember 2011, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan.

Selaras dengan tumpuan untuk memberikan pulangan yang stabil bagi jangka panjang, KWSP terus melabur sebahagian besar aset pelaburannya atau 60.79 peratus dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah dan stabil. Sejajar dengan pendedahan risiko yang boleh diterima, 35.64 peratus jumlah aset dilaburkan dalam Ekuiti sementara baki 3.18 peratus dan 0.39 peratus diperuntukkan kepada Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 1).

Ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. Ini diikuti oleh Pinjaman dan Bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrumen Pasaran Wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh Hartanah dan Pendapatan Pelaburan Lain. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 2).

“Oleh kerana pegangan KWSP banyak tertumpu dalam aset berpendapatan tetap, sebahagian besar pulangan dipengaruhi oleh arah aliran kadar faedah. Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah, ia merupakan satu cabaran kepada KWSP untuk memaksimumkan pulangan. Justeru, KWSP telah secara beransur-ansur dan berhati-hati beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima.  Strategi ini telah memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan KWSP kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap  dan faedah semasa,” kata Tan Sri Samsudin.

“Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan Kumpulan UEM) PLUS Expressway Berhad melalui  syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn. Bhd. Selain itu, KWSP juga telah meluaskan pelaburan global dalam Hartanah, Ekuiti dan Sukuk. Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP,” tambah beliau.

Berikutan bilangan ahli yang bertambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada 2011. Ini merupakan peningkatan sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus  kadar dividen bagi tahun 2010. (Rujuk Lampiran 2, Carta 1). Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus dividen akan terus meningkat 8 hingga 9 peratus setiap tahun.

“KWSP  menjangka saiz dana akan mencecah setengah trilion ringgit menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun hadapan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli,” kata Tan Sri Samsudin.

Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 20 Februari 2012.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Sumber dari www.kwsp.gov.my bertarikh : 19 Februari 2012
Baca Lagi

24 Feb 2012

Pertemuan YB Nik Aziz dan YB Anwar Pasal Isu Palestin


Pertemuan YB Nik Aziz dan YB Anwar Pasal Isu Palestin | Berikut adalah kisah pertemuan antara YB Nik Aziz dan YB Anwar ...dipetik dari blogtokguru.com


Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.  Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi’ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

Sumber blogtokguru.com
Baca Lagi

Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??



Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012?? |   Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……

Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :

        -Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
        -Datuk Omar Osman (Presiden Cuepecs)
        -dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara)

Akhirnya, Datuk Najib dijangka memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.


Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelangnya berlangsung Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi. -beritasemasa.com
Baca Lagi

23 Feb 2012

Adnan Sempit 2 Sekuel Yang Cemerlang Dari Pengarah Ismail Bob Hasim



Adnan Sempit 2 Sekuel Yang Cemerlang Dari Pengarah Ismail Bob Hasim | Mampukah Ismail Bob kembalikan aura seperti filem pertama tahun lalu. Selepas filem ditayangkan.....ok juga filem tu

Ismail Bob Hasim seperti mana rekod beliau yang jarang mengecewakan peminat filem Melayu, berjaya memberikan satu sentuhan tersendiri terhadap filem Adnan Sempit 2.

Filem ini masih mengekalkan teraju utama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham, Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak serta penampilan baru Syuk Balas.

Adnan Sempit 2 kali ini taruhkan jalan cerita yang lebih mendalam terhadap kehidupan Adnan yang beriya iya mahu mengahwini Nadia tetapi menerima syarat dari ayah Nadia untuk berubah kepada imej korporat.

Bermula dengan cabaran itu, Adnan mula melakukan pelbagai usaha untuk memenuhi permintaan keluarga Nadia & anda boleh bayangkan gelagat penuh kelakar Adnan belajar Bahasa Inggeris dari Bobby (Along Cham). Layan trailer kat bawah dulu...



Berani kami katakan di’sini selepas menonton filem ini, pengarah Ismail Bob Hasim tidak membunuh jenama Adnan Sempit & ada dengar dengar juga jika sekuel kali mendapat sambutan, akan ada yang ketiga. Heh. Sumber dari rotikaya.com
Baca Lagi

Lisa Surihani & Yusry Sah Bergelar Suami Isteri



Lisa Surihani & Yusry Sah Bergelar Suami Isteri |
Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

9 dulang hantaran telah diberi oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki manakala pihak pengantin lelaki membalas dengan memberi 7 dulang hantaran yang mana semua hantaran perempuan telah digubah sepenuhnya oleh COSRY dengan kerjasama Eliza Elies Wedding. 9 dulang daripada pihak perempuan berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Majlis akad nikah yang diuruskan oleh DZMS Events ini tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan “Winter Garden”.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.

Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. Yusry dan Lisa Surihani berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.Sumber dari  ohbulan
Baca Lagi

Video Proton Tuah Atas NKVE Akan Launch 15 Mac 2012



Video Proton P3-21a  Atas NKVE Akan Launch 15 Mac 2012 | Model terbaru Proton 2012 ini paling ditunggu-tunggu peminatnya. Proton P3-21a. Penasihat jualan Proton telah pun memilih & mendedahkan tarikh tidak rasmi untuk pelancaran Proton p3-21a ini….

Pelancaran Proton P3-21a (tidak rasmi) :

        * Tarikh : 15 Mac 2012
        * Hari : Khamis


Sumber-sumber yang ada, kuat mengatakan harga Proton P3-21a yang bakal ditawarkan adalah antara RM63,000 hingga RM73,000.

Di bawah ini pula video yang menunjukkan Proton P3-21a telah berjaya dikesan di lebuhraya NKVE yang mana sedang menghala ke Damansara.
beritasemasa.com
Baca Lagi

Tips Elak Bayi Tersedak Susu



Tips Elak Bayi Tersedak Susu | Salam Semua.. Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro ini mama ringkaskan untuk anda semua.

Sebab-sebab bayi tersedak susu

1. Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. 
2.lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
3.Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
4.Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

1.Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
2.Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
3.Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
 4.Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
 5.Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Sumber scaniaz.blogspot.com
Baca Lagi

JIKA ISU SBPA TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN...



JIKA ISU SBPA TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN... | ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:

* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)

* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)

* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)

* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.

Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.

Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.-Sumber ceupacs.blogspot.com
Baca Lagi

Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona



Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona | Gah bergayanya kebanggaan negara, membuktikan suatu wawasan, Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Protonnnnnn… Kalau korang sama zaman budak-budak dengan aku dulu, korang mesti ingat lagu Proton tu. Bermula dengan Proton Saga, kini Proton dapat mendabik dada dengan kebanyakkan variasi kenderaan keluaran mereka. Terbaru, Proton ada menunjukkan model terbarunya, Proton Tuah, yang akan menggantikan Proton Persona. Sampai sekarang aku masih tak paham, kenapa Proton suka guna banyak nama untuk keluaran variasi dia yang baru, takleh ke nak konsisten macam Honda Civic ke Honda City ke. Dari tahun 1980an lagi, nama variasi dia kekal je, cuma model rekabentuk je yang berbeza. Apa-apa lah labu. Gi tengok Proton Tuah ni, yang bagi aku satu paradigma baru dalam industri automotif Malaysia. Sekali tengok macam kereta Kia Forte la pulak. Dari depan dan belakang tampak lawa, tapi bila tengok dari sisi tepi, rasa kureng sket. Kenapa kereta Proton semua bentuk macam tu eh? Hmmm.




P/S: Dengar kata Proton Persona nak stop production , betul ke?
Baca Lagi

22 Feb 2012

SBPA: Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2500 Gred 1-54


SBPA: Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2500 Gred 1-54 |


PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

“Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. “Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka,” katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. “Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan,” katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

“Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,” katanya.-BERNAMA
Baca Lagi

21 Feb 2012

Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan



Ceramah PKR diganggu lagi, kereta Anwar dipecahkan | Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkena balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

Menurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, ceramah Anwar pada jam 11.30 malam itu  juga diganggu.

"Mereka juga membaling mercun di atas kepala anggota polis,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, hari ini.

Pada kejadian itu, Saifuddin berkata penyokong Pakatan juga dilempar dengan mercun, telur dan botol. Selain itu, mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Beliau berkata "samseng yang dibayar" itu berusia kira-kira 15-18 tahun dan mereka kemudiannya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai "orang Umno".

"Satu laporan polis dibuat oleh pemimpin PKR tempatan di balai polis Kluang kira-kira jam 3 petang ini," katanya, sambil menambah bahawa PKR telah mendapatkan permit polis untuk acara tersebut.

Menurut Saifuddin, gangguan mula walaupun sebelum ketibaan Anwar, dengan kira-kira 50 hingga 80 orang yang bermotosikal membuat bising dengan merempit.

"Ia berterusan. Daripada sebelum Anwar tiba sehingga akhir ucapannya," katanya, sambil menambah bahawa Anwar terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pengawal peribadinya  untuk tujuan keselamatan.

"Adakah polis membenarkan kejadian seperti itu semata-mata untuk melindungi masa depan politik Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein di kawasannya Sembrong? Jika tidak, mengapa tidak mereka menghentikannya, atau mengapa tiada tangkapan dibuat?" soalnya.

Parlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang  terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.

Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib. Sumber my.news.yahoo.com
Baca Lagi

Terkini !! Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!!



Terkini !! Formula Gaji Baru 2012 : Adakah Berita Gembira Atau Sebaliknya? Nantikan 22 Februari Ini!! |  Seperti diperkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….

Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012

Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :

1.Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi
 

2.Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21

3.Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
 

4.Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun
 

5.Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.
 

6.Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil

Pastinya kalau ditanya kepada kalangan kakitangan awam, mereka pastinya mengharapkan berita gembira daripada penambaikan formula gaji baru SBPA 2012 kali ini. Sama-sama nantikan apakah bentuk perkhabaran yang bakal diumumkan esok. Sumber beritasemasa.com
Baca Lagi

Subhanallah! Bayi Hidup Walaupun Dalam Lumpur


Subhanallah! Bayi Hidup Walaupun Dalam Lumpur | Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.







Moral- Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.Sumber - drysheet.blogspot.com
Baca Lagi