Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

13 Jul 2012

' SEMUA AJARAN ISLAM SAYA BUAT KECUALI SERTAI PAS ' KATA CHE HASNAH YANG PERGI DENGAR CERAMAH DR HASAN ALI


Baru -baru ni gempar kisah suami cerai isteri kerana isteri tu pergi dengar ceramah Dr Hassan Ali. Si suami berang sbb isteri tak mau sertai PAS, terus cerai isteri , bini dia tu ustazah , semua ajaran Islam dia buat kecuali sertai PAS.

Kalau berlainan parti tak boleh tinggal sebumbung ke ? Habis tu kenapa pakatan pembangkang boleh duduk dalam dewan  campur aduk lain parti pun tak pa , tengok kat Kedah , PAS dan PKR bersatu bentuk kerajaan , tak pa pun, inikan pula suami isteri,
 
Kalau sorang sokong PAS, isteri pula sokong JATI ,tak pe le , undi anda rahsia , jgn terlalu taksub sangat , apa pun aku nasihatkan mereka ni rujuk semula la , tu benda kecik semua tu . Baca dulu berita penuh ni ....

KOTA BHARU 12 Julai - "Saya seorang guru agama, mengajar al-Quran dan saya mengerjakan solat. Semua ajaran agama Islam saya lakukan kecuali satu perkara sahaja iaitu tidak menyertai parti Pas".

Demikian luahan hati, Che Hasnah Che Ahmad, 61, yang terkejut dan sedih dengan tuduhan bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, yang mendakwa dia sesat kerana tidak mengikut ajaran Islam sehingga diceraikan talak satu.

Menurut Che Hasnah, selama 14 tahun mereka hidup bersama, suaminya tidak pernah langsung menegur amalan agamanya, sebaliknya tuduhan itu hanya timbul ketika hendak diceraikan.

Katanya, mereka juga tidak pernah bertengkar dalam perkara lain kecuali bersangkut-paut dengan Pas dan masa itu suaminya cuba mematahkan apa sahaja hujahnya.

"Tidak pernah bergaduh langsung. Kalau bertengkar pun sebab politik, itu pun kerana dia suka sangat 'berceramah', jadi saya pun bagilah pendapat.

Sumber dari utusan.com.my
Baca Lagi

4 Jul 2012

VIDEO PEJABAT MB SELANGOR TERSEBAT DI INTERNET



Ini kerja mamat mana ni upload video pejabat MB Selangor kot kat Youtube. Kamera itu dipercayai dipasang dlm pejabat kat belakang meja MB. Keja sapa ni kalau bukan musuh .

Sapa musuh MB Selangor ? Mungkin UMNO, mungkin org dalaman sendiri. Video ni bukan ada apa aksi pun cuma nampak dr belakang MB Selangor tengah buat keja atas meja tu .

Kalau ada aksi khalwat pun , khalwat dgn 4 biji kerusi je . Mungkin inikah kamera yg didedahkan MB Selangor pd 2010 dulu mengenai penemuan kamera tersembunyi kat blkg langsir tu . Mungkin kamera tu kot  , tp baguslah kalau dia aware benda ni .



Baca Lagi

14 May 2012

' JUAL BURGER DEPAN RUMAH AMBIGA DIBENARKAN ' TEGAS POLIS




Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, peniaga boleh berhimpun dan berniaga di hadapan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun.

"Mereka (peniaga) berniaga di hadapan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di 'public space', mereka tidak menganggu orang awam...jadi tidak menjadi kesalahan, kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lepas, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya.

Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas. - BERNAMA

Baca Lagi

' GAJI MINIMUM RM1100 ' ' TOL DIHAPUSKAN ' JIKA PILIH ANWAR JADI PM




SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum RM900 bagi pekerja-pekerja di Semenanjung dan RM800 bagi mereka yang bekerja di Sabah dan Sarawak.

Soal gaji minimum dilihat akan menjadi sebahagian daripada manifesto kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Dalam Bajet 2012, Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah PR mengumumkan gaji minimum RM1,500 bagi pekerja-pekerja syarikat berkaitan kerajaan.

Anwar berkata, mereka boleh menguatkuasakan kadar gaji minimum RM1,1000 kerana ia memadai dengan harga minyak dan barang diturunkan serta memberi pendidikan percuma.

“Gaji minimum yang diumum kerajaan Barisan Nasional tiada makna dengan harga gula dan barang melambung.

“Sebab itu saudara kena faham gaji minimum RM900 dengan harga barang melambung naik, dengan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dengan harga minyak tak turun memang tidak mencukupi bagi keluarga yang hidup di bandar,” kata beliau ketika berucap pada majlis Himpunan Pekerja bertemakan "Menjulang Martabat Pekerja" anjuran Kerajaan Selangor di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Anwar membidas kadar gaji minimum yang diumumkan oleh Najib akhir bulan lalu.Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang;

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Pengerusi Pas, Mohammad Sabu.

Kerajaan Pusat mengadakan sambutan Hari Pekerja peringkat nasional pada Sabtu lalu.

Anwar berkata, rakyat boleh menilai (kerajaan PR) dengan pengurusan ekonomi yang baik dan berhasrat membatalkan kos pengurusan PTPTN bagi memberikan pendidikan percuma sehingga ke institusi pengajian tinggi.

“Harga minyak turun, maknanya turun kos pengangkutan (dalam kadar) yang banyak, kaji semula perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) dan kuasa eletrik yang berat sebelah.

“Bagi keluarga di bandar, dengan gaji minimum RM1,100, anak tiga memang tak cukup. Tetapi kita jelaskan, ini hanya permulaan minimum kerana kita tidak mahu kemukakan cadangan yang tidak dapat kita pertahankan.

“Tapi ini peringkat awal, tetapi ini tidak berlaku tanpa perubahan keseluruhannya, kalau tak jimatkan belanja beli kapal selam ambil komisen, beli Sukhoi (jet pejuang) komisen, buat jalan RM1 bilion dia pakai RM44 bilion, buat stadium RM400 juta runtuh," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pekerja, petani dan nelayan antara majoriti rakyat yang boleh menjadi hakim dalam mahkamah demokrasi.

"Sebagai contoh golongan ini (pekerja) adalah golongan penting untuk merubah politik di sesebuah negara dan pemimpin takut pada golongan ini.

"Rakyat tidak tahu hak sendiri sebagai pekerja dan seringkali diperbodohkan oleh kerajaan sekarang," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan pekerja dari golongan bawahan kerana mereka yang menjadi nadi kepada kerajaan.

“Makanan akar umbi iaitu (pekerja) perlu dijaga kerana merekalah yang menyalurkan darah (tulang belakang) kepada kerajaan. Kita janji, jika kita dapat tawan Putrajaya kita akan bela nasib mereka secara langsung atau tak langsung dan bukan nak bagi subsidi untuk menang pilihanraya saja," katanya lagi.

Abdul Hadi turut menjanjikan jika PR menang pilihan raya nanti mereka akan menyediakan pendidikan percuma, rawatan kesihatan percuma dan tol dihapuskan.-SINAR

Baca Lagi

10 May 2012

INILAH PESERTA BERSIH 3.0 YANG DIBURU POLIS ' SERAH DIRI ATAU DIBURU DI RUMAH ' TEGAS POLIS KEPADA PESERTA BERSIH 3.0




Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini kepada individu yang gambar mereka disiarkan untuk membantu siasatan perhimpunan Bersih 3.0 sama ada menyerah diri atau akan diburu sehingga ke rumah masing-masing.

Peringatan itu dikeluarkan selepas polis berjaya mengenal pasti butir-butir peribadi individu berkenaan yang sebahagiannya dilaporkan oleh orang awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin menegaskan, polis telah memberi tempoh menyerah diri yang panjang kepada 141 individu termasuk 25 lagi yang terbaru dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 10.30 pagi ini hanya 12 orang yang menyerah diri atau ditahan dan daripada jumlah itu lapan individu telah didakwa manakala bakinya dibebaskan dengan jaminan dan 129 lagi individu masih dicari.

Araublogger-serah diri je polis nak ambil keterangan jea !!
Baca Lagi

9 May 2012

PESERTA BERSIH 3.0 DIBERI TEMPOH SEMINGGU UNTUK SERAH DIRI



KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan yang didakwa terbabit dalam insiden kekacauan pada perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang 28 April lepas diberi tempoh seminggu untuk menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap mereka yang enggan menyerah diri, mulai Rabu depan.

Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota bagi mengesan suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua 129 peserta perhimpunan yang gambar mereka telah disiarkan dalam media perlu hadir ke balai polis bersama peguam mereka, jika ada.

Daripada 141 gambar yang disiarkan di media, hanya 12 telah ditahan dan dari 12 orang itu, lapan telah didakwa manakala empat lagi dibebaskan, katanya. - BERNAMA
Baca Lagi

7 May 2012

KES VIDEO SEKS AZMIN ' JANGAN GANGGU IBU SAYA ' SUSULAN ADA PIHAK CUBA MENGHERET CHE TOM KE KANCAH POLITIK



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tetap akan meneruskan perjuangannya bersama parti itu serta enggan tunduk kepada tekanan fitnah musuh politiknya.

Bagaimanapun beliau berharap semua pihak termasuk media agar tidak mengganggu ibunya, Che Tom Yahaya, 78, semata-mata mahu menjatuhkan karier politiknya.

"Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik yang kotor dan jijik.

"Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media," katanya menerusi nota khas di sini, awal pagi Isnin.

Pada Ahad media melaporkan Che Tom meluahkan rasa kecewa dengan sikap anak keempatnya itu yang sudah sembilan bulan tidak menjenguknya.

Malah ibunya itu turut menyeru agar Mohamed Azmin bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga serta meninggalkan parti yang disertainya kini.

Selain itu menerusi nota khas enam perenggan tersebut, Mohamed Azmin berkata beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya sentiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.

"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya sentiasa berada dalam lindungan Allah dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga roh Allahyarham ayah saya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat.

"Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida (Shamsidar Taharin) yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami perjuangan yang murni ini," katanya.

Arau Blogger-Mana satu betul ni , media kata lain , Azmin kata lain !!! Che Tom  kata hati dia dah hancur, Azmin kata dia masih sayang kat mak dia !!
Baca Lagi

26 Feb 2012

Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat


Badrul Amin Nafi Ditangkap Khalwat  |

PETALING JAYA: Pemimpin Kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrul Amin Baharon tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu.

Malah Badrul Amin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Badrul Amin berada di Kuantan bagi menghadiri temurapat atau retreat bersama pimpinan parti itu termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari bermula Jumaat.

Menurut Badrul Amin, beliau dihubungi wanita berkenaan pada petang Jumaat lalu yang mengadu menghadapi masalah rumah tangga serta menyatakan hasrat untuk lari dari rumah kerana bimbang masalah keselamatan terancam.

Bagaimanapun Badrul Amin yang mengaku mengenali wanita berkenaan dan suaminya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.

"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa," katanya.

Selain itu Badrul Amin turut mendakwa bahawa kumpulan lelaki berkenan bertindak memukulnya sehingga pihak keselamatan hotel tiba menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik," katanya.

Selain itu Badrul Amin memberitahu, beliau dipanggil bagi membantu siasatan Jaip pada Isnin dan akan hadir bersama peguam bagi memberi kerjasama.
Sumber Mstar Online
Baca Lagi

24 Feb 2012

Pertemuan YB Nik Aziz dan YB Anwar Pasal Isu Palestin


Pertemuan YB Nik Aziz dan YB Anwar Pasal Isu Palestin | Berikut adalah kisah pertemuan antara YB Nik Aziz dan YB Anwar ...dipetik dari blogtokguru.com


Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.  Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi’ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

Sumber blogtokguru.com
Baca Lagi