Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

27 Nov 2013

Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3


  • Usia kahwin tak cecah setahun, kini cerai talak 3
 1 / 1 
SHAH ALAM - Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.-Sinar Harian 
Baca Lagi

22 Nov 2013

Macau Scam akhirnya ditangkap



SEBAHAGIAN warga asing terlibat dengan sindiket penipuan Macau Scam di Melaka semalam.


MELAKA - Tindakan satu sindiket Macau Scam dianggotai warga Taiwan dan China menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan itu terbongkar apabila 10 ahli sindiket berkenaan dicekup polis di Taman Puncak Bertam, Cheng di sini semalam.
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor kira-kira pukul 11 pagi itu berjaya menahan sembilan warga Taiwan dan seorang warga China berusia 20 hingga 30-an termasuk empat wanita yang mempunyai pas lawatan sosial.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sindiket berkenaan menjadikan dua rumah kedai yang disewa di situ sebagai pusat untuk memperdaya mangsa yang kesemuanya warga Taiwan dan China sejak bulan lalu.
"Mereka mempunyai beberapa pusat komunikasi berasingan untuk menghubungi mangsa menggunakan teknik spoofing menerusi Suara Melalui Protokol Internet (VoIP).
"Sindiket ini dipercayai menggunakan taktik sama iaitu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman dan bank untuk menipu mangsa.
"Ahli sindiket ini menyatakan kononnya wang dalam akaun bank mereka dibekukan dan mangsa perlu memasukkan semua wang ke dalam akaun diberikan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini semalam. -kosmo


Baca Lagi

16 Nov 2013

SPPBS : Guru tertekan , syukur jika ditambah baik



SHAH ALAM – Usaha kerajaan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) disambut baik para guru.

Capaian SPPBS akan ditangguhkan mulai 30 November hingga 31 Disember ini dan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyebut bahawa kementerian memandang berat isu capaian SPPBS oleh guru-guru ketika mengisi prestasi pelajar bagi tahun ini.

Seorang guru dari Perak akui sistem SPPBS yang lembap menyumbang kepada bebanan para guru setiap kali mengisi data pelajar.

“Kami memang berdepan macam-macam masalah. Lagi-lagi jika pelajar ponteng sekolah sampai berbulan-bulan atau pelajar dari sekolah agama yang bukan kerajaan kemudian mendaftar masuk ke sekolah kerajaan.

“Untuk cikgu yang pegang banyak kelas memang terbeban,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, masalah ‘server’ yang diperkatakan sejak kebelakangan ini memang berlaku setiap kali  guru mahu memasukkan data pelajar.

"Masalah utama saya rasa ‘server’ sebab kita nak bergerak dari satu petak ke petak lain untuk seorang pelajar pun akan sangkut. Kadang-kadang apabila kita ‘log in’, ia akan ‘log out’ semula.

“Kalau masa tengah teruk, seorang pelajar pun kita tak mampu nak masukkan datanya. Tengah-tengah kita isi markah pun, ia boleh ‘log out’ semula dan tak ‘save’ pun data yang kita isi dari awal.

“Sekarang ini saya nampak mereka fokus pada sistem yang lembap. Mungkin mereka akan ‘upgrade server’ di sana, itu saya tak pasti. Yang beban di sekolah ini mereka tak peduli,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak menolak bahawa perancangan sistem itu memang bagus namun gagal dalam pelaksanaan.

“Cakap tentang perubahan, dah banyak kali mereka buat tapi tak ada kesan yang besar sangat.

“Dalam kementerian ini, perancangannya bagus tapi pelaksanaan di bawah yang bermasalah. Orang bawah tidak bersedia untuk melaksanakan arahan orang atas,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru dari Johor Bahru mengakui berdepan masalah sama ketika menggunakan sistem tersebut.

“Sistem sedia ada wajar dipertingkatkan lagi. Mungkin akhir tahun ini guru-guru serentak mengisi penilaian, sistem semakin bermasalah.

“Apabila masukkan data pelajar, sampai dua, tiga pagi masih ‘loading’,” katanya.

Beliau mengharapkan penambahbaikan itu bakal menyelesaikan masalah sedia ada.

“(Kementerian mahu memastikan sistem itu lebih efisien) itu yang kita harapkan. Kalau boleh tak ada masalah.

“Sebab ia berpanjangan. Setiap bulan perlu masukkan data pelajar, jadi, saya harap selepas ini ia lebih baik dan berkesan,” katanya. -sinar
Baca Lagi

11 Nov 2013

Man United masih berpeluang rangkul trofi Barclays



MANCHESTER: Manchester United masih dalam pertarungan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mengalahkan Arsenal 1-0, awal pagi tadi.
Tandukan Robin van Persie pada minit ke-27 terhadap kelab lamanya itu mencukupi untuk menolong United ke tangga kelima selepas kekalahan Manchester City dan Tottenham sebelum itu. 
Kemenangan ini dikatakan paling bermakna bagi pengurus United, David Moyes, selepas mengambil alih daripada Alex Fergusan. 

"Ini merupakan kemenangan besar bagi kami. Arsenal hebat musim ini," kata Moyes.

"Secara keseluruhan, tiga mata ini sangat penting bagi kami.”

United kini terletak hanya lima mata di belakang Arsenal. 

Kekalahan kedua bagi Arsenal ini juga menyaksikan jurang dengan Liverpool yang terletak di tempat kedua dikurangkan kepada dua mata. - AP
Baca Lagi

7 Nov 2013

PRIMA kini dibuka untuk pemohon rumah kedua


KUALA LUMPUR: Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan membuka permohonan kepada mereka yang sudah memiliki rumah tetapi mahukan rumah kedua di ibu negara.

Peruntukan RM88 Juta Untuk Kurangkan Jurang Pendapatan Rakyat KUALA LUMPUR: Sebanyak RM88 juta telah diperuntuk bagi melaksanakan pelbagai peningkatan keupayaan dan kebolehan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dalam tempoh 2011 hingga kini.

Melaka Kaji Semula Syarat Pemilikan Harta Warga Asing -Idris Haron MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula syarat pemilikan harta bagi warga asing di negeri ini dalam usaha menambah pemilikan harta di kalangan warga tempatan terutamanya anak Melaka.

Baca Lagi

5 Nov 2013

Aku dapat satu email. Boleh caya ka email ni ?!




Salam,

Saya Norazah Binti Abu Bakar dan sekarang bekerja di London sebagai Pegawai Pemasaran (Marketing Officer) di sebuah syarikat pemprosesan batu permata di London.Untuk pengetahuan anda terdapat peluang perniagaan yang hendak saya perkenalkan dan keuntungannya akan diperolehi daripada kerjasama dan bantuan segera yang saya perlukan daripada anda.

Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu lepaskan peluang yang ada di dalam syarikat kami buat masa ini dan juga pada masa hadapan. Saya perlukan anda sebagai pembekal (supplier/agent) kepada syarikat kami supaya kita boleh sama-sama merebut peluang perniagaan yang terbuka sekarang ini.

Syarikat kami memerlukan produk bernama (DANBURITE LIQUID). Produk Danburite Liquid ini merupakan bahan cecair kimia saintifik yang baru dan merupakan pelincir yang digunakan di dalam makmal permata (gemological laboratory) untuk rawatan penulenan berlian (purification of diamonds clarity treatment). Pelincir yang digunakan semasa rawatan tersebut akan menembusi jauh ke dalam berlian dan semua kotoran hitam kecil di dalam berlian dan batu permata akan meruap keluar.

Pembekal utama produk ini berada di Malaysia tetapi pembekal produk terus kepada syarikat kami telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia di UK, beliau merupakan Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan semenjak kemalangan tersebut, monopoli perniagaan telah terputus.

Sesiapapun boleh membekalkan produk dan bergabung untuk membuat perkongsian dengan syarikat kami dan ini adalah sebabnya saya menulis email kepada anda untuk meminta bantuan, di mana saya memerlukan anda untuk bertindak sebagai ejen perantara yang akan mengisi kekosongan di antara pembekal utama dan pembeli iaitu syarikat kami.

Ini adalah perniagaan yang besar dan akan memberikan dividen yang baik kepada kita berdua. Saya hanya memerlukan kerjasama anda untuk menjadikan perniagaan ini berjaya. Maklumat lanjut akan saya berikan sekiranya anda sanggup menjadi ejen yang membekalkan produk ini kepada syarikat kami. Pertama, saya akan mendapatkan satu perjanjian bekalan kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada syarikat di mana saya bekerja. Berdasarkan peratusan, harga belian produk daripada syarikat adalah 4,000.00 USD per karton, manakala di Malaysia harga jualan produk adalah 2,100 USD. Jumlah yang diperlukan oleh syarikat adalah tidak kurang daripada 200 karton.

Tujuan mengapa saya mahu anda untuk menjadi ejen kami adalah untuk menjadi pautan yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secara langsung kepada syarikat yang membeli. Maka margin keuntungan akan dikongsi oleh kita berdua 40% untuk anda manakala 60% untuk saya.

Bantuan utama yang diperlukan daripada anda adalah supaya anda memberitahu kepada pengurus saya bahawa anda boleh membekalkan produk ini kepada syarikat kami dan juga untuk mendalami butiran tentang harga dan cara bayaran. Kemudian, kami akan ambil langkah selanjutnya daripada situ.

Hubungi saya setelah terima emel ini supaya saya boleh berikan nama dan butiran pembekal utama di Malaysia. Setelah menerima butiran pembekal utama ini, anda perlu menghubungi pembekal tersebut untuk bertanya samada, sekarang ada stok atau tidak untuk bekalan segera kepada kamu, sebelum saya maklumkan kepada Pengarah Syarikat (Company Director) kami tentang anda. Seterusnya Pengarah Syarikat akan hubungi anda dan membuat persediaan kepada Pengurus Pembelian (Purchasing Manager) terbang ke Malaysia. Purchasing Manager ini akan membeli produk daripada anda dan bayaran adalah secara tunai melalui bank di Malaysia.

Harap boleh balas dengan segera.

Yang Benar
Norazah Binti Abu Bakar
Baca Lagi

3 Nov 2013

Huda pergi bercuti


Huda pi bercuti ikut ibu dan baba dia ke kl sana nuh . Dekat 2 minggu juga la . Tak pa la sesekali pi jalan , tapi kalau tak pi jalan pun tak la aku nak bawa pi kerja di pejabat ? . Tol tak .

Sunyi sekejap rumah kalau dia tak ada , hilang kejap riuh rendah . Moga perjalanan diberkati Allah , selamat pergi dan balik ,amin ...........

Baca Lagi