Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

31 Aug 2011

Zizan Buka Rumah Terbuka di Terengganu


Setiap kali tibanya Hari Raya Aidil Fitri, keluarga besar Zizan Raja Lawak akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ke-3.

Tahun ini rumah terbuka akan diadakan di kediaman rasmi keluarga Zizan di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu. Zizan dengan penuh rasa hormat menjemput seluruh keluarganya yang terdekat dan juga peminat yang sentiasa menyokongnya tidak kira dekat mahupun jauh untuk menghadiri rumah terbukanya itu. Maknanya anda kena serbu ke rumah terbuka tersebut bagi menikmati juadah Raya daripada Zizan.
Baca Lagi

26 Aug 2011

Perubahan besar Irma Hasmie


Kangar Blogger ni minat juga tengok Irma pakai tudung semenjak break dengan Nabil tempohari.Dalam rancangan Syoknya Puasa terbitan OneHeart Creative Solution yang mempunyai channel tersendiri di laman sesawang YouTube, videonya banyak menampilkan rakaman secara live daripada selebriti dan juga pemimpin tempatan. Paling menjadi perhatian adalah Irma Hasmie menjadi jemputan rancangan berkenaan. Memang paling menarik, sebab Raya tahun ni, Irma memiliki perubahan yang besar terhadap dirinya. Jom lihat 'ngomong' Irma terhadap bulan puasa ini.






Baca Lagi

Gambar Keluarga Eizlan Yusoff


Kangar Blogger tengok comel sungguh melihat anak kepada pelakon, Eizlan Yusof, Vie Zaara yang kini dah berusia 3 tahun. Vie Zaara dikatakan amat bertuah kerana pada usianya yang cukup muda, ada sebuah syarikat sanggup menaruh harapan besar kepadanya untuk menjadi seorang pemodel peragaan. 


Emaknya Vie Shanty yang menjadi pengurus kepada Vie Zaara. Dengar cerita lagi, Eizlan sekeluarga akan beraya di KL kemudian raya ke-2 mereka akan terbang ke Sabah. Sebagai keadilan seorang suami terhadap isterinya. Kangar Blogger ucapkan Selamat Hari Raya

Baca Lagi

24 Aug 2011

Gambar di majlis Resepsi Salih Yaacob dan Samihah


Majlis kahwin dah buat, kali ni kita layan pula gambar semasa majlis resepsi Salih Yaacob dan isteri yang berlangsung semalam jam 8.30 malam di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru.. Majlis resepsi diadakan disebelah malam selepas majlis pernikahan diadakan, Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran kaum keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan artis..



Saya sekali lagi mengucapkan tahniah buat Abang Salih Yaacob dan Samihah kerana telah selamat menjadi suami dan isteri yang sah.. Menurut Salih Yaacob lagi, mereka berdua akan berbulan madu ke China bersama isteri-isteri Salih Yaacob yang lain… Wah.. memang adil layanan Salih Yaacob terhadap semua isteri-isteri dia yang lain kan… sorang dapat, semua pun dapat.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Resepsi Salih Yaacob dan isteri kat bawah ni…















Baca Lagi

Siti Nurhaliza bakal melanjutkan pelajaran di UITM


Satu sikap yang harus dipuji buat Datuk Siti Nurhaliza… Walaupun dia sudah bergelar diva dan juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih lagi berhasrat untuk menyambung pelajaranya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lama lagi..

Datuk Siti Nurhaliza akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan muzik yang sekarang ni masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan UITM bagi merealisasikan impian Siti…



Datuk Siti Nurhaliza yang sekarang ni hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memang bercita-cita melanjutkan pelajaran sejak 10 tahun yang lepas lagi.. tapi memandangkan ketika itu Siti sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi.. terpaksa la Datuk Siti Nurhaliza menanguhkan dulu cita-cita dia..

Mungkin sekarang adalah waktu yang sesuai untuk Datuk Siti Nurhaliza melanjutkan kembali pengajian beliau..Sayaharap segala perjalanan Datuk Siti Nurhaliza untuk menyambung pengajian berjalan dengan lancar hendaknya..
Baca Lagi

23 Aug 2011

Farah Anuar dan Johan - Gambar perkahwinan


Tahniah buat Farah Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF2 kerana dia telah selamat diijabkabulkan dengan Johan Johari pada 15 julai yang lalu di Putrajaya.. Apa yang lebih menarik, Majlis pernikahan Farah dan Johan diadakan di atas kapal Cruise dan disaksikan oleh 200 orang tetamu yang turut berada diatas kapal Cruise tu..



Farah AF2 juga menerima tujuh dulang hantaran beserta RM25,185 wang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM2,500.. Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran…

Pada 16 julai pula, Farah dan Johan telah melangsungkan majlis resepsi mereka di Tasik Maritim, Putrajaya dengan bertemakan Love Lake Wedding.. Majlis perkahwinan Farah diadakan dalam suasana yang sangat meriah..

Saya harap perkahwinan Farah AF2 dan Johan ni berkekalan sehingga ke hujung nyawa la hendaknya.. Apa-apa pun buat peminat Farah breep breep ni.. jom kita layan gambar persandingan beliau dibawah nie…



 Semoga bahagia ke akhir hayat
Baca Lagi

Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Cerai


Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.


Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.


"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.
Baca Lagi

Liyana Jasmay beraya di Australia


DALAM kebanyakan daripada kita mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman menyambut kehadiran Syawal yang bakal tiba lebih kurang seminggu lagi, lain pula ceritanya dengan aktres muda Liyana Jasmay.


Buat pertama kalinya, Liyana bersama 14 ahli keluarganya akan berangkat ke Australia untuk menyambut kehadiran Syawal di negara Kanggaru itu.
Jelas Liyana, perancangan berhari raya di luar negara itu tercetus apabila mereka sekeluarga mencari waktu yang sesuai untuk pergi bercuti bersama.
“Mulanya kami merancang untuk ke Australia pada tahun lalu, tetapi disebabkan pada waktu itu kakak ipar saya baru sahaja melahirkan anak, kami terpaksa membatalkan perancangan itu.

“Mana mungkin kami meninggalkannya di sini dan berseronok bercuti ke luar negara. Keluarga saya jenis yang kalau bercuti pasti semuanya mesti ada.
“Jadi sekarang ini, anak buah saya itu pun sudah besar sedikit dan boleh menaiki kapal terbang, kami sepakat untuk berhari raya di Australia.


“Bila lagi mahu beraya di tempat orang yang sudah tentu lain adat dan budayanya,” Jelas Liyana ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Restoran Ikan Sungai, minggu lalu.
Dalam majlis itu, seramai 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Rabeka, Hulu Klang diraikan oleh Liyana dan keluarganya.
Bukan sahaja meraikan, malah Liyana sempat bersama dengan anak-anak yatim berkenaan bermain berbunga api.



Keriangan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim tersebut apabila mereka dapat bersama dengan idola mereka dalam menanti kehadiran Syawal yang bakal menjelma.
Menyambung bicara berkenaan destinasi rayanya itu, jelas Liyana, mereka sekeluarga akan bertolak pada petang hari raya pertama nanti.
“Penerbangan kami pada pukul 6 petang, jadi sempatlah kami menyambut hari raya di sini. Seperti biasa pada pagi Syawal nanti kami akan menunaikan solat sunat Aidilfitri terlebih dahulu.
“Selepas itu kami mengunjungi saudara-mara terdekat sebelum bertolak ke lapangan terbang pada sebelah petang,” jelasnya yang kini sedang sibuk menyiapkan projek tahun akhir pengajiannya dalam Seni Persembahan dan Media, di Kolej Universiti Sunway.
Bagaimanapun, bicara Liyana lagi, bagi mengelakkan dia dan keluarga merindui rendang dan ketupat sepanjang berada di Australia, mereka akan membawa bekal.
“Kami memang merancang untuk membawa makanan tradisi itu ke sana tetapi memandang Australia tidak membenarkan membawa masuk makanan ke sana, cukuplah juadah hari raya itu menjadi bekalan sepanjang penerbangan ke Australia,” jelas Liyana.
Menurut Liyana, dia bersama keluarganya akan berada di Sydney selama 10 hari sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
“Namun ada juga perancangan adik-beradik yang lain untuk melawat Melbourne, tetapi ia tidak melibatkan kami semua.
“Seandainya mereka ke sana, saya akan tinggal dengan ibu dan ayah di Sydney kerana saya tidak selesa dengan cuaca di Melbourne yang terlalu sejuk dan hujan,” cerita Liyana yang tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya untuk beraya di Australia.
Baginya, pengalaman pertama berhari raya di perantauan itu sudah pasti akan menjadi kenangan terindah buat dirinya dan keluarga.
“Bagaimana rasanya beraya jauh dari negara sendiri, tentu lain rasanya dan sudah pasti itu akan menjadi kenangan yang sukar untuk saya dan keluarga melupakannya.
“Namun untuk mengekalkan mood raya, saya akan membawa baju-baju raya saya untuk dipakai ketika berada di Australia,” jelasnya.

Perkembangan terbaru Liyana Jasmay adalah baru-baru ini dia mengalami keracunan makanan, tidak dinyatakan oleh Liyana, cirit birit tapi muntah-muntah saja pada lewat pagi sebelum sahur. Liyana keracunan akibat berbuka puasa di sebuah restoran makanan laut. Akibat daripada itu, Liyana terpaksa terlantar dihospital 3 hari dan dimasukkan 13 drip air mengikut komennya kepada portal GUA.

Tue lah Liyana, hati-hati makan kat luar ni, kan bagus berbuka di rumah, masak sendiri, kang jadi isteri, kenalah belajar memasak. Hehe. Gambar Liyana bertudung diatas diamik sempena majlis berbuka bersama anak-anak yatim Rumah Rabeka di Restoran Ikan Sungai baru-baru ini. 

Baca Lagi

22 Aug 2011

Bahagianya anak-anak Norman-Abby


Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, Norman Hakim,35, dan Abby Abadi, 34, nampaknya berjaya menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ayah dan ibu.

Malah, kemesraan keluarga ini terbukti, apabila Abby memuat naik gambar Norman berbuka puasa dengan tiga anak mereka iaitu Marissa Damia, 8, Marissa Dania, 6, Maria Danisha, 3, di Facebook.

Ketika dihubungi, Abby berkata, seperti kebiasaan, Norman meluangkan masa bersama anak-anak di rumah, sekiranya tidak sibuk dengan tugasan.

“Gambar yang dimasukkan di Facebook ketika kami berbuka puasa di rumah saya pada 14 Ogos lalu.

“Norman akan datang berjumpa anak-anak seperti biasa. Malah, untuk bulan puasa ini, sekiranya tiada majlis berbuka puasa di luar, kami akan cuba luangkan masa bersama anak-anak.

“Anak-anak sangat seronok apabila kami satu keluarga dapat berbuka puasa bersama. Apatah lagi mereka semua manja sifatnya. Saya dan Norman juga tidak pernah menunjukkan masalah kami di hadapan mereka,” katanya dengan nada ceria.

Ketika diminta reaksinya berhubung komen peminat yang rata-ratanya gembira dan memuji kebahagiaan mereka,

Abby, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan mengucap terima kasih kepada mereka yang memahami.


Akur jodohnya dengan Norman hanya setakat itu, Abby mengharapkan agar hubungan baiknya bersama Norman akan terus terjalin demi anak-anak. Malah, dia juga berharap agar Norman tidak akan melupakan tanggungjawabnya, walaupun sudah berkahwin kelak.


“Papa, jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak. Perjalanan hidup mereka masih jauh. Kalau Papa abaikan Mama tidak mengapa, tetapi jangan lalukan terhadap anak-anak,” kata Abby yang tidak tidak pernah menghalang Norman berjumpa dengan anak-anak.

Tambah Abby, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan menganggap segala berlaku sebagai ujian dan kekuatan kepada dirinya sendiri.

Sebagai manusia biasa, kata Abby, hidup perlu diteruskan, apatah lagi ada anak-anak sedang membesar.



Bakal kahwini Zul



Di sebalik kesibukannya melayan anak-anak dan juga perniagaan online di Z.A Asmara Online Butique, Abby masih punya masa mencari kebahagiaannya.

Kisah percintaan Abby dengan pelakon tampan, Zul Ariffin, bukan lagi rahsia.

Malah, kata Abby, hubungan mereka semakin serius dan akan perkahwinan.

“Ya, benar. Setakat ini, hubungan kami memang bukan main-main. Malah saya dan Zul sudah mula berborak tentang hal dan alam perkahwinan.

“Tetapi bila dan di mana majlis tersebut akan dilakukan masih belum ada kepastian. Jika ada jodoh, pasti perkhabaran tersebut akan dikongsi bersama,” kata Abby yang sudah mengenali Zul sejak tahun 2008.


Menurut Abby, buah hatinya itu juga masih berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya, sebelum berkahwin.

“Kedudukan yang dimaksudkan adalah dari segi persediaan memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Malah, kestabilan yang dimaksudkan juga tidak hanya menjurus pada soal kewangan, malah merangkumi soal kerjayanya yang baru hendak bertapak kukuh,” kata Abby yang berharap hubungannya kali ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan.

Dipetik melalui Facebook milik Abby Abadi Fan Page, gambar dibawah ini diambil ketika bulan Ramadhan baru-baru ini. Norman Hakim berbuka puasa bersama-sama anak-anaknya. Sehinggakan detik-detik manis ini diphoto oleh Abby sendiri. Anak-anak Norman masih lagi sayangkan papanya. Korang layan lah dulu foto kat bawah ni, manalah tahu ada buat korang sedih. Hehe. 
Baca Lagi

20 Aug 2011

Gambar perkahwinan Siti Sarah dan Shuib Sepah


Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D’Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.



Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.


Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
“Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

“Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.

“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

“Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

“Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya,” tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke negara tersebut.

Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka. Sumber mediamalaya.com
Baca Lagi

19 Aug 2011

Khairul Fahmi Minta Putus Tunang


Penjaga gawang bola sepak kebangsaan negara, Khairul Fahmi Che Mat mengakui pada MH  bahawa dia yang meminta pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, diputuskan.

"Banyak masalah yang timbul antara kami. Adalah masalahnya... tapi bukan kerana orang ketiga. Oleh itu setelah berbincang dengan keluarga, jalan terbaik adalah memutuskan pertunangan ini.



"Sehingga hari ini (Ahad 31 Julai) pertemuan secara rasmi dengan kedua belah keluarga belum lagi dibuat. Insya-Allah tunggu saya selesaikan beberapa perkara dahulu," jelas Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek, 22.

Khairul Fahmi mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan sendiri, Elia pada 17 Mei lalu setelah berkenalan sejak Ogos 2008.
Baca Lagi

Awi Rafael Kemalangan: Songkok Selamatkan Kepala



Penyanyi yang semakin popular, Awi Rafael kemalangan pada hari Rabu lalu (3 Ogos) selepas pulang daripada sesi fotografi bersama majalah Media Hiburan.  Kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan sekitar kawasan berhampiran Petaling Jaya lebih kurang jam 5 petang.



Kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh rakannya telah dilanggar dari belakang menyebabkan keretanya berpusing dan terbabas sehingga melanggar sebuah pokok.  

“Awi dan rakannya bernasib baik kerana mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.  Awi diselamatkan oleh songkok yang dipakai selepas sesi fotografi untuk hari raya itu,” ujar Pegawai Perhubungan Awam Warner Music, Liyana yang dihubungi. Sumber MH
Baca Lagi

VIDEO EKSKLUSIF! Noraniza Idris Mengulas Perkahwinannya


Saya nak kongsi satu cerita .Noraniza Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ani meluangkan masa bersama MH untuk mengulas tentang perkahwinannya yang akan berlangsung pada 29 September ini.

 Semoga kekal ke akhir hayat.......dari mediahiburan
Baca Lagi

VIDEO EKSKLUSIF! Isteri Fedtri Yahya Keguguran


Ada satu cerita nak dikongsi. Ketika bertemu dengan Fedtri Yahya di sebuah majlis berbuka puasa dia hadir bersama isteri, Nur Anati Ismail. Semasa ditemubual Fedtri berkongsi cerita sedih apabila isterinya keguguran baharu-baharu ini. Nak tahu lebih lanjut saksikan klip video di atas.
Ketentuan Allah nak buat macamana bulan puasa ni kena reda...
Baca Lagi

Benjy Didenda RM5 Ribu Miliki Dadah



Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Benjy didenda RM5000 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki dadah awal tahun lalu. Anak lelaki dramatis terkenal Azean Irdawaty yang ditemani adik perempuannya, Elza Irdalynna telah membayar denda tersebut.

Sebelum ini, Benjy dituduh memiliki dadah jenis syabu di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan Segambut, Kuala Lumpur. Beliau yang juga menghidap penyakit asma dilaporkan akan menjalani pembedahan, hari ini (18 Ogos). Dari mediahiburan.
Baca Lagi

VIDEO EKSKLUSIF! Aishah Reda Bercerai


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah meluangkan masa bersama MH untuk menceritakan kisah keruntuhan rumah tangganya. Ikuti temu bual eksklusif ini.

Itulah ketentuan Allah .....sumber mediahiburan
Baca Lagi

18 Aug 2011

Keluarga Bahagia Rosyam




Rosyam Nor memang keberatan membenarkan pihak media merakam wajah keluarganya. Lebih-lebih lagi wajah isterinya, Runika Mohd. Yusuf. Bukan tak ada yang minta, tapi Rosyam memberi seribu alasan. Pihak media menghormati pendirian Rosyam yang tidak mahu mendedahkan dan mempopularkan keluarganya walaupun anaknya kini turut mengikut jejak menjadi pelakon.
Rosyam dan isteriRosyam dan isteri.
Rosyam tak pernah bersama isteri ketika menghadiri majlis glamor serta acara hiburan. Sorok isteri kata orang. Yalah isterinya pun cantik macam artis juga. Petua Rosyam nampaknya menjadi kerana rumah tangganya rukun dan tidaka ada cerita kurang enak didengar pasal rumah tangganya. Mangga Muda doakan agar kekal sebegitu selama-lamanya.
Tapi akhirnya wajah Rosyam dan isteri menjadi paparan di Internet. Gambar ini agaknya dirakam pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu sebab Rosyam dan isteri serta orang yang bergambar bersamanya juga mengenakan baju raya.
Agaknya gambar Rosyam dan isteri dirakam oleh tetamu yang datang ke rumahnya ataupun rakaman semasa Rosyam mengunjungi rumah kenalan atau keluarganya.

P/s:Agaknya selepas ini Rosyam sedia merakam gambar bersama keluarga. Bergambar di rumah barunya ke...


Baca Lagi

Mamat Sepah kahwin tahun depan?


ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan. Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.



"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat. "Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak. "Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.



"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin. Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida. Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.

Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.
Mula rapat "Saya harap dengan penjelasan ini terutama mereka yang menabur fitnah kononnya Fida perampas kekasih orang, hentikanlah kerja yang tidak berfaedah itu.
"Saya mula rapat dengan Fida setelah putus dengan Ada. Dalam soal ini tidak timbul merampas saya daripada sesiapa. Sebagai manusia saya ada naluri sendiri tentang siapa pasangan saya," ujarnya. Tambah Mamat yang baru tiga tahun bergelar artis, dia tertarik dengan sifat lemah lembut Fida dan sikap prihatin terhadap dirinya di saat ramai orang tidak menyedarinya.

Antaranya kata juara pertandingan Maharaja Lawak itu, Fida merupakan orang pertama yang menyedari tandatangannya adalah dalam tulisan Jawi di mana ia tidak disedari oleh sesiapapun termasuklah ahli-ahli keluarganya sendiri. "Fida adalah orang pertama yang perasan tandatangan saya dalam tulisan Jawi dan dia juga boleh membacanya. Tandangan itu saya cipta sejak saya di tingkatan lima Sekolah Agama Kulai," ceritanya. Sementara itu, Fida yang ditemui tidak menafikan menyenangi sikap dan ciri-ciri kemelayuan yang dimiliki oleh Mamat sehingga hubungan mereka semakin intim akhir-akhir ini. Hubungan itu bukan sahaja tidak menjadi rahsia lagi di kalangan para peminat dan media massa, malah kemesraan mereka itu dapat dilihat sewaktu rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 baru-baru ini.

Semasa ditemui pada rakaman yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim tidak menafikan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi pelawak itu. "Sebenarnya saya baru enam bulan mengenali Mamat. Hubungan kami kini semakin rapat. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Terus terang saya katakan, saya memang berminat untuk mengenalinya secara lebih dekat lagi," katanya. Menurut pelakon drama bersiri Kasih Alia yang kini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 ini, dia tidak menyangka perkenalan sebagai kawan biasa akhirnya menjadikan mereka semakin rapat. Jelas Fida, dia tertarik dengan Mamat kerana jejaka tinggi lampai itu mempunyai banyak ciri-ciri kemelayuan yang menjadi idamannya selama ini.

"Saya dapati Mamat seorang lelaki yang jujur. Sebab itu, pada awal perkenalan kami, saya memberi ruang dan peluang dia mendekati saya. Kami berkenalan terlebih dahulu. Semakin lama saya mengenalinya, saya dapati dia mempunyai banyak ciri kemelayuan. "Antaranya, saya tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan Jawi. Jarang saya tengok lelaki sekarang yang menulis tandatangan dalam tulisan Jawi. Sekarang ini kami terus berhubung melalui telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas)," ujarnya. Hubungan itu katanya, secara tidak langsung akan menambahkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang akan disambut bersama keluarganya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Fida yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama popular Cinta Tikar Sejadah bersama Farid Kamil berkata, dia sudahpun membuat persiapan raya lebih awal termasuklah membeli pakaian raya. "Saya sudah beli pakaian raya sejak awal puasa lagi tetapi kalau saya rasa tidak cukup saya akan beli lagi. Ini kerana saya mahu bercuti raya lebih awal. Tahun ini, saya akan bercuti sehingga raya yang kelima," kata Fida yang akan ke lokasi drama Amin Roger-Roger pada raya keenam. Sewaktu pertemuan itu, Fida dan Mamat tidak menolak ditemu bual dalam rancangan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya yang keenam dan ke-13 pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di mana ia turut dijayakan hampir 500 artis popular tanah air.
Baca Lagi

Dato' Siti Nurhaliza ke Mekah Ramadan 1432H


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Siti berkata, dia mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997 kerana merasakan banyak ketenangan dapat diperoleh apabila melakukan umrah. “Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa,” kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008. Siti ditemui ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.


Penyanyi yang popular dengan lagu Tahajjud Cinta dan Destinasi Cinta itu akan mengerjakan umrah bersama-sama suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini. Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini di samping mempromosikan SimplySiti, dia tetap berkesempatan untuk melakukan umrah. Setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat. “Saya rasakan perkahwinan yang dibina sejak lima tahun lalu seperti cepat sahaja berlalu. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang dilalui dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. “Majlis pada hari ini (Selasa) mengimbau semula kenangan saya ketika dinikahkan dengan suami di masjid ini.


Biasanya saya mengadakan majlis berbuka puasa di hotel tetapi kali ini saya rasa lebih sempurna diadakan di masjid. “Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah,” ujarnya. Siti juga berkata dia berharap semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru tentang pengesahan halal yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Saya merasakan dakwaan tentang produk keluaran SimplySiti tidak halal itu sebagai dugaan Ramadan dan pasti ada hikmahnya. Perkara tersebut telah pun berlaku dan memberikan kesan kepada penjualan produk tersebut. “Tetapi setelah kami memberikan jawapan bahawa produk itu halal, ramai juga yang memberikan respons positif dan mengucapkan syukur,” ujarnya selaku Presiden SimplySiti.  Selain suaminya majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Zamri selaku pengerusi majlis, penyanyi kumpulan Nowseeheart dan Yasin Sulaiman yang membuat persembahan nyanyian.
Baca Lagi

Rozita Che Wan Akui Jumpa Shahir Beri Nasihat



Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada bertemu dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) beberapa kali susulan pengakuan mengejut penyanyi itu untuk berehat dan mengundurkan diri daripada bidang seni baru-baru ini. Rozita berkata, sebagai teman apa yang dapat dilakukannya adalah dengan berbincang dan memberikan nasihat sekadar termampu. Bagaimanapun, dia menghormati keputusan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu untuk bersara. "Saya ada menemuinya dan berbincang tentang keputusannya itu. Siapalah saya untuk memberikan nasihat secara berlebih-lebih pula.
"Sebagai kawan, saya hanya boleh memberikan pandangan dan nasihat apa yang termampu saja," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Raya Astro di Saloma Bistro, baru-baru ini.


Ditanya adakah Shahir berkongsi dengannya akan sebab dan alasan sebenar di sebalik keputusan drastik itu, Rozita berkata, apa juga keputusan yang dilakukan oleh penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah hak peribadinya yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Mungkin dia masih muda dan baru dan tidak kuat untuk menghadapi liku-liku dunia seni ini. Apa pun, sebagai orang luar kita harus menghormati keputusan tersebut. "Dia hendak berehat ke, bercuti panjang ke atau bersara sekali pun, itu adalah haknya dan siapa kita untuk mempertikaikan?," katanya. Dalam perkembangan lain, Rozita yang baru pulang ke tanah air pada dua hari lalu selepas 12 hari mengerjakan umrah di Mekah kini kembali sibuk di lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia. "Ibadat umrah kali ini sangat istimewa kerana saya mengerjakannya bersama ibu, kakak dan abang ipar. Suasananya lebih meraih kerana saya dapat pergi bersama ahli keluarga yang lebih ramai berbanding sebelum ini.

 
"Kini saya kembali ke lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia sehingga 26 Ogos sebelum bercuti selama seminggu untuk sambutan Hari Raya nanti," katanya yang tampil menawan dengan imej bertudung. Sekadar diusik apakah dia akan memakai tudung selepas ini, Rozita berkata, hatinya memang teringin untuk bertudung sepenuhnya tetapi bukan dalam masa terdekat memandangkan imej sebegitu akan membataskan watak yang dilakonkannya buat masa ini. "Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. "Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami," katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal.
Baca Lagi