Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Aug 2011

Bahagianya anak-anak Norman-Abby


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, Norman Hakim,35, dan Abby Abadi, 34, nampaknya berjaya menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ayah dan ibu.

Malah, kemesraan keluarga ini terbukti, apabila Abby memuat naik gambar Norman berbuka puasa dengan tiga anak mereka iaitu Marissa Damia, 8, Marissa Dania, 6, Maria Danisha, 3, di Facebook.

Ketika dihubungi, Abby berkata, seperti kebiasaan, Norman meluangkan masa bersama anak-anak di rumah, sekiranya tidak sibuk dengan tugasan.

“Gambar yang dimasukkan di Facebook ketika kami berbuka puasa di rumah saya pada 14 Ogos lalu.

“Norman akan datang berjumpa anak-anak seperti biasa. Malah, untuk bulan puasa ini, sekiranya tiada majlis berbuka puasa di luar, kami akan cuba luangkan masa bersama anak-anak.

“Anak-anak sangat seronok apabila kami satu keluarga dapat berbuka puasa bersama. Apatah lagi mereka semua manja sifatnya. Saya dan Norman juga tidak pernah menunjukkan masalah kami di hadapan mereka,” katanya dengan nada ceria.

Ketika diminta reaksinya berhubung komen peminat yang rata-ratanya gembira dan memuji kebahagiaan mereka,

Abby, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan mengucap terima kasih kepada mereka yang memahami.


Akur jodohnya dengan Norman hanya setakat itu, Abby mengharapkan agar hubungan baiknya bersama Norman akan terus terjalin demi anak-anak. Malah, dia juga berharap agar Norman tidak akan melupakan tanggungjawabnya, walaupun sudah berkahwin kelak.


“Papa, jangan lupa tanggungjawab terhadap anak-anak. Perjalanan hidup mereka masih jauh. Kalau Papa abaikan Mama tidak mengapa, tetapi jangan lalukan terhadap anak-anak,” kata Abby yang tidak tidak pernah menghalang Norman berjumpa dengan anak-anak.

Tambah Abby, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan menganggap segala berlaku sebagai ujian dan kekuatan kepada dirinya sendiri.

Sebagai manusia biasa, kata Abby, hidup perlu diteruskan, apatah lagi ada anak-anak sedang membesar.



Bakal kahwini Zul



Di sebalik kesibukannya melayan anak-anak dan juga perniagaan online di Z.A Asmara Online Butique, Abby masih punya masa mencari kebahagiaannya.

Kisah percintaan Abby dengan pelakon tampan, Zul Ariffin, bukan lagi rahsia.

Malah, kata Abby, hubungan mereka semakin serius dan akan perkahwinan.

“Ya, benar. Setakat ini, hubungan kami memang bukan main-main. Malah saya dan Zul sudah mula berborak tentang hal dan alam perkahwinan.

“Tetapi bila dan di mana majlis tersebut akan dilakukan masih belum ada kepastian. Jika ada jodoh, pasti perkhabaran tersebut akan dikongsi bersama,” kata Abby yang sudah mengenali Zul sejak tahun 2008.


Menurut Abby, buah hatinya itu juga masih berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya, sebelum berkahwin.

“Kedudukan yang dimaksudkan adalah dari segi persediaan memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Malah, kestabilan yang dimaksudkan juga tidak hanya menjurus pada soal kewangan, malah merangkumi soal kerjayanya yang baru hendak bertapak kukuh,” kata Abby yang berharap hubungannya kali ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan.

Dipetik melalui Facebook milik Abby Abadi Fan Page, gambar dibawah ini diambil ketika bulan Ramadhan baru-baru ini. Norman Hakim berbuka puasa bersama-sama anak-anaknya. Sehinggakan detik-detik manis ini diphoto oleh Abby sendiri. Anak-anak Norman masih lagi sayangkan papanya. Korang layan lah dulu foto kat bawah ni, manalah tahu ada buat korang sedih. Hehe. 

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:

Post a Comment