Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Tatkala orang lain  riang menyambut ketibaan 1 Syawal, lain bagi pemilik nama Mohd Ashraf  Muslim atau Ashraf Muslim, 30, apabila dia berdebar menanti hari  tersebut kerana bakal diijab kabulkan dengan tunangnya, Noor Dayana Hj.  Lokman, 24.
Ashraf yang popular menerusi watak Ustaz Amirul memberitahu, debarannya kian terasa menjelangnya hari bahagia mereka.
"Jujurnya,  semakin dekat hari tersebut semakin berdebar rasanya. Bukan apa, ini  adalah titik permulaan bagi saya untuk bergelar suami dan punya  tanggungjawab yang lebih besar terhadap bakal isteri dan rumah tangga  saya kelak.
"Perkahwinan itu  nampak mudah dan remeh, tetapi bukan senang sebenarnya mahu membawakan  'title' suami itu. Persediaan secukupnya perlu ada," ujar Ashraf kepada  MH Online.
Ashraf  dan Dayana yang mengikat tali pertunangan pada 23 April lalu akan  dinikahkan oleh Hj Lokman Abd Hamid, bapa Dayana pada malam 1 syawal  tersebut.
"Insya-Allah,  jika semuanya berjalan lancar saya akan dinikahkan pada sebelah malam  selepas waktu Isya', di Masjidil Haram, Mekah.
"Selepas  akad nikah, kami akan menunaikan tawaf sunat mengelilingi Ka'abah  sebanyak tujuh kali. Ini adalah amalan yang dilakukan para sahabat di  zaman Rasulullah SAW," ujarnya yang berangkat lebih awal bersama bakal  bapa mentuanya.
Ashraf  yang berangkat lebih awal bersama bakal bapa mentuanya pada 17 Ogos  akan mengerjakan Umrah terlebih dahulu dan diikuti rombongan daripada  kedua-dua pihak seramai 15 orang pada 26 Ogos nanti.
Di  majlis akad nikah itu nanti, tidak ada sebarang acara menyarung cincin  dan penyerahan hantaran kerana semuanya akan dilakukan di majlis resepsi  mereka nanti iaitu pada 17 September 2011 bertempat di rumah pengantin  perempuan, di Sri Gombak, Gombak.
Selepas  acara di sebelah pihak perempuan, majlis menyambut tetamu di sebelah  Ashraf pula akan diadakan pada 24 September bertempat di MiTC, Melaka.
Untuk  tatapan peminat setia Ashraf, MH paparkan kad jemputan perkahwinan  Ashraf di sebelah pihaknya yang berbentuk Al-Quran sesuai dengan  temanya, Islamik. Sumber dari mediahiburan.com.my
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

No comments:
Post a Comment