Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Nov 2012

Jeriji pembunuh , tiga beranak mati gagal buka tingkap !!



Hmmmm..


Nak pasang jeriji pun ada teknik dia , kena pasang yang boleh buka dan tutup dan letak pad lock . Kunci dia pun kena letak tempat yang senang nak dicapai semasa kecemasan . Time tu semua dah kelam kabut , cari kunci pun tak jumpa dah . tengok kisah ni .....


Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.

Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri. Laporan penuh sini

Rumah aku sendiri pun jeriji  tak dak kunci  kalau jadi apa-apa  ada 2 jalan ja , samada pintu depan atau pintu belakang. Semua kunci diletakkan di satu tempat . Jadi kalau berlaku kecemasan harap tau tempat mana nak cari , hmmmm.
Baca Lagi

29 Nov 2012

Bagaikan Harimau yang luka , benam Laos 4-1 , syabas !!



Benam Laos 4-1 macam Harimau yang luka sedang mengamuk , haa lepas ni Indon pulak , berapa ? 4-0 ? Macam tu lah , Dato K Raja pun plan taktikal macam tu lah , jangan dok asyik guna taktik sama ja , ayuh Harimau , auuuumm !!
Baca Lagi

Satu lagi ? Belum masa nya lagi kot ?


Ikut hati memang nak pasang 2 tapi , kena sabar dulu kot , bagi boleh tarik nafas panjang sikit.
Baca Lagi

Thanks Blin.gd , cashout ke -2 dan tak lupa thanks to all friends yang banyak bagi sumbangan...



Ni cashout ke-2 dari Blin.gd , lambat juga nak dapat ni , selepas 2 bulan kena email ingatkan mereka , gitulah aku buat dulu. Anyway thanks to all my friends . Aku tak lupa untuk balas jejak u all dan derma juga , yang penting , tinggalkan jejak . Thanks...
Baca Lagi

Dah Cashout .... Thanks my friend !!


Terima kasih diucapkan kepada semua kengkawan yang sudi derma sampai  selalu boleh cashout , jangan bimbang aku akan cuba bayar balik hutang tertunggak u all .  Yang penting , tinggalkan jejak anda !!
Baca Lagi

Jadi kan 'tebusan' untuk dihantar pulang



Macam-macam cara orang nak tarik perhatian kan ? Ni cerita sorang buruh binaan  Indon , ada masalah keluarga di kampung , tapi majikan tak bagi dia balik , jadi apa lagi dia  ugut lah mangsa kat atas tu , ( lakonan semula tu ) macam tu lah dia acu pisau . Tujuannnya ? Nak tarik perhatian polis supaya menghantar dia balik kampung , SEGERA !! Huuh  orang macam tu pun ada , nak balik kampung ka nak masuk penjara ? Berita penuh sini
Baca Lagi

28 Nov 2012

Jadual Gaji Penjawat Awam 2013


Info berguna gak ni aku ambik dari www.ammboi.com  khas untuk penjawat awam ja ..
Baca Lagi

Kenduri lauk basi ...




Pelik la no , masak pukul 6 pagi , pukul 12 dah basi, nampak pelik  .......

Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini Ahad lalu yang berakhir dengan lauk-pauk menjadi basi manakala nasi yang ditanak pula mentah.

Lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.

Semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.

"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah.Berita penuh sini

Macam kena buatan orang ja .....macam-macam dunia sekarang ni ..
Baca Lagi

27 Nov 2012

Confom susah nak tidor....


Confom susah nak tido malam ni , bertukar tempat tido lah katakan......

Bezanya Taiping ni sejuk , dulu masa aku belajar Geografi , sinilah tempat yg paling tinggi taburan hujan tahunan.

Tak pa esok dah nak balik dak , bye Taiping . Geng kata nak meronda malam ni , aku ikut ja .

Jadi bujang sekejap 2 hari , tak pa la bukan selalu . Haaa bila berkeluarga, outstation mcm ni , terasa macam bujang kembali .
Baca Lagi

Nasib baik ada U Mobile


Nasib baik ada U Mobile , dapat gak update belog, kalau tak ..... dua hari la tak berupdate.

Tak pa lah janji boleh update guna phone . Aku ada bawa P1 kat tempat kursus ni . Tapi malam malam ni kalau free aku guna ja .

Malam ni tak ada xtvt , haa aktiviti tu , nak merayau sat lah . Kalau free baru layan P1, kpd kengkawan yang menderma tu , selamat menderma , aku akan derma balik , dan bayar semua hutang korang.

Nak wat camna , ada urusan kerja di Taiping la 2 hari . Harap ada signal P1 malam ni . Esok dah nak balik dah ....
Baca Lagi

26 Nov 2012

Harimau kalah dengan Singa , 0-3 , memang dah agak dah


Tengok sikit ja semalam , setakat  gol pertama tu , keciiiiiiiwa ,tiada persefahaman , macam-macam lagi , dok makan ikan bakar semalam , dah kena   sebiji gol , lepas tu tak tengok dah , confom kalah.

Memang kalah pun , pertahanan lemah , keeper pun , dok ' honeymoon ' lagi . Cam na ni apek , baru lepas kawin ja dah lepas banyak gol .

Banyak gak dari kesilapan penjaga gol ni ....


Baca Lagi

Penyamun serah diri kepada saiful apek !!



Suspek yang dikehendaki polis menyerah diri hanya kerana nak bergambar dengan Saiful Apek  dalam satu sekatan jalanraya , di mana Saiful apek terlibat bersama-sama kerana mengedarkan risalah pencegahan jenayah yg tertera tandatangan dia . 

Nak tergelak juga aku baca Metro hari ni  Lelaki itu menyerah diri sebaik saja hasrat untuk merakamkan gambar dengan 'idolanya ' tu tertunai . 

Macam ni best lah , bawa mai PSY Gangnam Style , gerenti ramai yang serah diri ...........ok tak cam tu ?


Baca Lagi

25 Nov 2012

Misi balas dendam


Semalam terkena makan ikan bakar tak sedap , hari ni balas dendam kat kedai yang kitorang selalu makan tu .......hmmm.....
Baca Lagi

Kat Klinik jumpa doktor sat


Kat bawah mata dia ada putih ...tah apa benda tak tau . Ramai orang , lama sangat tunggu....
Baca Lagi

Ronaldo sumbang ' kasut' kepada Palestine



Tak semua orang kafir tu jahat , ada yang baik macam Ronaldo ni  , lelong ' kasut emas ' untuk Yayasan Real Madrid , untuk diberi kepada rakyat Palestine . Tapi ni bukan kali pertama , dia dah menderma banyak kali dah .

Musuh umat Islam yang nyata adalah YAHUDI  laknatullah .Berita penuh sini
Baca Lagi

Kolam pancing dangdut boleh mengail ' ikan darat '



Di KL pun ada  ' kolam pancing dangdut '  , lepas penat mengail ikan dalam kolam , mengail ' ikan darat  ' pulak . Kolam pancing tu ada karaoke kat sebelah .  Haa sambil mancing boleh karaoke .

Kebanyakan yg datang sini bukan nak memancing pun , nak berkaraoke ja . Moralnya cerita ini ingat Tuhan sama no , dunia ni sementara je.  Baca berita penuh sini
Baca Lagi

Seri dengan Bangla , ada hikmah !!


Skuad bolasepak Malaysia akan memulakan kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki  malam ni menentang Singapura di Bukit Jalil. Seri  1 -1  dengan Bangla ? Itu tidak menjadi ukuran , dalam game yang sebenar barulah pulun .

Harap-harap pemain handalan seperti Safee , Safiq , Aidil , Zaquan , dan banyak lagi kan main betul-betul malam ni . Jangan lupa melekat  kat depan TV malam ni bagi sokongan kepada Harimau Malaya .


Baca Lagi

24 Nov 2012

Tersilap tempat makan ...oh Koma Laut





Asalnya nak gi makan kat Zaina Ikan Bakar , tapi aku pulak gatal nak tukar kedai , mana tau kot sedap, jemu lak tempat lama tu , dalam dok jemu tu bantai licin gak .

Aku ni gatal nak pi try tempat lain  di Koma Laut tu , walhal dah penah try dah tempat tu , Mona Ikan Bakar  , bagi org lain tu sedap , tapi bagi kami sekeluarga , Zaina Ikan Bakar lagi sedap . Dalam kereta , tukar plan , pi try makan kat Mona , ikan bakar letak garam kunyit ja .

Rupanya rasa dia lain , tak sesedap Zaina ,  udang dia pun ciput , sotong dia pun ciput , sekali serbu kami 4 beranak , habis , tapi nasi belum sampai lagi . Menyesal dah , lain kali , kalau dah terbiasa dengan satu-satu kedai tu , tak yah gi kedai lain lah kalau jemu , gi saja kedai tu , lebih baik jemu dari tak leh nak makan langsung macam semalam .......dalam tak sedap tu....tapi licin gak !!!
Baca Lagi

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com




Follower aku sekarang tak lah banyak mana pun .....haha sikitnya ....


Tag line dia pun nampak dia memang peramah dan tak sombong ......
Smile... Smile... Smile..  tag line mialiana.com 

Yang aku paling suka adalah , mia  dia peramah , tak kedekut ilmu , tak sombong , banyak memberi pendapat yg membina , blog dia pun sarat dengan ilmu blogging . Kalau otai-otai blogger yang lain sahih tak teringin nak balas jejak ke blog-blog newbie mcm aku ni , tapi mia ok , tak sombong ....walaupun dia setaraf dengan blogger otai yg lain .

Kalau kita tinggal jejak dalan Cbox mia , confom dia akan balas , lambat dgn cepat je bergantung pada masa , sure dia akan balas jejak .....

Jom kita join Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Baca Lagi

Pening dah dengan Android ni !!



Pening dah aku dengan Android ni , kalau tak sabar , memang aku baling la , aku ni pelik sikit , waduh makan masa woo nak biasakan diri dengan Phone Android ni , nampaknya aku terpaksa hadiahkan kepada wife aku , aku terpaksa pakai phone lama aku tu , susah betul nak update blog , dah la tu tak detect aku punya U-Mobile WAP pula .

Tadi dekat 2 jam aku nak update blog pun tak leh , lagi pun aku dah pening kepala la nak guna keyboard yg touchpad ni , biarlah nak kata apa pun aku ni ' jakun' ? Kena guna phone yg ada butang gak .....
Baca Lagi

23 Nov 2012

Pabila nafsu mengatasi segalanya...


Aku baca Harian Metro  hari ni tergamak seorang anak lelaki menghalau ibunya semata nak melampiaskan nafsu bersama kekasih baru di dalam rumah , tak guna punya anak , ibu sendiri jadi mangsa nafsu serakah dia .


Di Jitra, seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.

Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.

Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.

“Maklumat itu kami peroleh daripada pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya terpaksa menumpang di rumah jiran.

“Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang,” katanya.

Syurga kat bawah telapak kaki ibu , haa derhaka kat ibu tak cium bau syurga la . Hati ibu kena jaga , tak buat main-main dengan ibu ni , kalau kata ' huh ' pun tak boleh , derhaka tu namanya . Inikan pula halau ibu tu , memang anak tak guna tu . Ada juga orang macam ni dalam masyarakat kita ni .....hmmmm .....
Baca Lagi

Kemalangan pelik membabitkan 100 biji kereta !! Macam tak caya...


Ni kali pertama terbaca berita hari ni di Berita Harian , kemalangan membabitkan  100 biji kereta ,,,,,


Di Texas , amerika, dua terbunuh manakala berpuluh mangsa cedera apabila sekurang-kurangnya 100 kenderaan bertembung di lebuh raya Texas susulan kabus tebal.

Kejadian turut mengakibatkan kenderaan berat seperti trak dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
"Ia adalah bencana buruk. Kelihatan kereta bertindih di atas kereta lain," kata Timbalan Syerif Pejabat Daerah Jefferson, Rod Carroll di sini, awal pagi tadi.

Sementara itu, pegawai perkhidmatan Ambulans Acadian, berkata sekurang-kurangnya 51 mangsa dibawa ke hospital berdekatan dan lapan daripada mereka cedera parah.

Kemalangan itu yang bersempena cuti sambutan Hari Kesyukuran di AS berlaku di 128 kilometer, timur Houston. Sumber dari sini

Kat Malaysia aku dok dengar paling banyak pun 5 biji kereta , ni tak , 100 biji kereta , perggh , kat Amerika mmg logik la sbb highway kat sana mmg sibuk . Berhati-hati di jalan raya.

Gambar hiasan ambik dari Google

Baca Lagi

22 Nov 2012

Salam takziah untuk keluarga mangsa ' Nahas Gopeng '



Salm takziah untuk keluarga mangsa ' Nahas Gopeng ' .....


Dalam tragedi semalam, empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke Gopeng di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan.

Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke HRPB.

Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.Berita penuh sini

Kat atas highway , jam 12 malam hingga 5 pagi dalam keadaan hujan mmg bahaya . Time tu kebanyakan pemandu mengantuk , jalan pula licin , macam-macam boleh jadi , itulah risiko yg perlu ditanggunng oleh pekerja lebuhraya , takziah untuk keluarga mangsa.
Baca Lagi

Model baru smartphone Samsung 2013 , haha boleh lipat masuk poket



Samsung nak keluarkan smartphone baru yg fleksible dan boleh dilipat masuk poket, tak caya ? Aku pun tak caya tapi tue la realiti nya memang Samsung akan keluarkan tahun 2013 nanti . Teknologi semakin canggih , dulu phone besar gedabak , sekarang ni phone dah jadi macam kad ATM ja ....

Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan. Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu-satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.

Tak caya tengok gambar bawah ni ...




Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun, Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.

Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran.Sumber dari Harian Metro

Dah lah kelmarin baru beli phone Android baru , tahun depan nak keluar lagi baru , siap boleh lipat masuk poket lagi , huh , tak caya gak aku , sama-sama kita tunggu tahun depan ....

Zaman anak-anak kita nanti , camna lah rupa phone tu nanti ? .....

Baca Lagi

Tergoda juga angkara phone Adroid


Hari ni beli phone baru , Adroid , brand tak femes, brand apa ? CSL Switch Black Hole MI355 , dah lama dok geram tengok kengkawan dok layan Android . Lama dah dok teringin phone ni , tak kisah jenama apa pun janji Android . Dok simpan duit lama2 wat apa kan ? Setelah survey selama 2 minggu , aku wat keputusan nak sambar satu phone baru .

















Harga dia asal RM699 , tapi disebabkan tak laku , aku dapat harga RM399 , sapa nak beli kan CSL ? , tak main la kan ? Memang tak leh lawan dengan phone otai-otai lain seperti Samsung, HTC, Sony Experia , Blackberry dan lain2 lagi . Ni spesifikasi dia kat bawah ni ....



Cuma satu ja tak da kat sini , Wifi Hot Spot , tak pa lah aku kan guna P1 Wimax kat rumah , kalau outstation guna phone ja sudah la . Warranty setahun , baru keluar tahun 2012 tapi turun harga sbb tak da orang berminat .

Aku minat sebab murah haha , sesuai la dgn aku dengan bajet yg kurang ni , yg penting ada 2 sim . Nombor telefon aku Celcom guna Postpaid , aku ada sim satu lagi U-Mobile Prepaid  utk internet , memang murah guna U-mobile ni , top up RM10 tahan sebulan , mana nak dapat . Kalau Celcom tahan 5 hari ha kalau topup RM10 . Kalau guna Celcom postpaid lagi parah , RM2 sehari utk 100 mb , RM8 seminggu , mana tahan ?

Sebagai blogger part time ni kena la ada phone Andriod tak kisah la mahal ke murah , ikut kemampuan la , dok mana pun boleh access internet , kalau nak guna tablet tu nampak besar sangat , pompuan sesuai la sbb dorang ada beg duit besar , boleh sumbat kat dalam , kalau aku nak sumbat penuh dalam poket , nak kasi org gelak kat aku ?

Tak tau la boleh tahan lama mana brand CSL ni , tapi ada kawan aku dah guna phone CSL ni 4 tahun dah , masih elok lagi , tawakkal ja lah . Tapi aku ada tanya saleman dia , kalau habis warranty , rosak susah ka nak dapat spare part , dia kata tak susah sebab guna je spare part Samsung , ....kan senang .

Baca Lagi

21 Nov 2012

Terkejut tengok harga minyak di Thailand !!



Kredit kepada  kasihsalina.com . Terbaca blog ni tadi , terkejut gak tengok    harga minyak di Thailand tu , anggaran dalam RM 3 ke RM4  seliter . Harga yg kita tengok atas tu , harga dalam Bath   watawang Siam . Patut la org Siam dok seludup minyak dari kita .

Kerajaan bagi subsidi minyak untuk rakyat Malaysia , yang dok bagi kat dorang tu wat apa ? Ada gak lintah darat dalam masyarakat kita ni  , nak untung cepat , satu hari , sepandai tupai melompat , tejerat gak !!

Haa kalau nak gi jalan-jalan belah Siam tu isi minyak kasi penuh kat Malaysia ni , tak yah lah dok isi sebelah Siam tu , mahal wooo....


Sekarang ni pun ada stesyen minyak dah letak notis , cam ni

  " Tagki yang dah diubahsuai boleh si minyak siang RM60 saja dan malam RM 50 saja "

Ha tak leh isi banyak-banyak dah  bye ....
Baca Lagi

Jujurnya drebar teksi ni , RM2.7 juta tertinggal dalam teksi dipulangkan



Jujurnya dia , jarang jumpa orang macam ni , kalau di Malaysia , tak tau apa nak jadi , kalau berjumpa dengan yang jujur tu nasib baik , kalau yg tak jujur nasib tak baik , lesap duit tu . Orang Singapore memang berdisiplin kat negara dorang , naik kereta pun cermat , tak leh buang sampah merata, tak leh langgar trafik lights, tapi kalau dorang mai Malaysia , haa bawa kereta macam pelesit , dah tu samseng lak tu , tak caya gi lah area JB waktu weekend , boleh tengok lah kerenah dorang , mmg berlagak , taula Dolar Singapore tinggi .  Kat Malaysia ni ,di Car Wash pun duit boleh lesap , haa sat gi aku cerita ....



Di Singapura , seorang pemandu teksi warga tempatan diumumkan sebagai wira selepas dia memulangkan wang tunai Sg$1.1 juta (RM2.74 juta) kepada pasangan pelancong Thai yang tertinggal wang itu dalam teksinya.

Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang dalam beg kertas hitam di tempat duduk penumpang belakang semalam selepas dia menurunkan pasangan itu di sebuah pusat beli-belah.

“Bila saya lihat wang itu, saya menyangka berdepan masalah. Saya pasti sekurang-kurangnya ada $200,000 (RM499,749) dalam beg itu,” kata pemandu teksi veteran yang sudah memandu teksi selama 31 tahun sepertimana dipetik daripada Straits Times.

Namun, bila dia membawa wang itu ke pejabat syarikat pengangkutan ComfortDelGro, rakannya yang menghitung wang itu terkejut mendapati ada RM2.74 juta dalam bentuk not kertas 1,000. Baca lagi sini

Dapat gak dia ganjaran atas kejujuran tu , pergh !! Jarang  jumpa org jujur  macam ni , nak sambung cerita atas tu , kat Car Wash pun hilang , ada la kawan aku cite , dia tertinggal RM 1000 dalam peti  dashboard , hantar la Car Wash , lepas tu hilang , tanya la budak yg cuci tu , dia wat tak tau ja , tak dak bukti nak tuduh orang pun, malas nak panjang cerita , tak buat report polis pun , blah gitu je ...

Baca Lagi

20 Nov 2012

' Tak dapat 5A ' punya pasal , takut nak balik rumah


' Tak dapat 5A '   punya pasal budak ni sanggup lari dari sekolah . Sebenarnya dia dapat 5A , tapi cikgu tercicir nama dia , jadi tak diumumkan lah , sanggup dia lari sembunyi di Dewan sejauh 1 kilometer tu .



Menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam.

Hafeq Shakirin Abd Halim, 12, bersembunyi di dewan itu dua jam sebelum ditemui menangis oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40, dan ibunya, Norlida Mohd Yusof, 37, yang sebelum itu menghubungi polis apabila mendapati anaknya hilang. Berita penuh sini

Kekadang tu harapan tinggi dari mak dan ayah tu membuatkan tekanan yang tinggi berada atas bahu anak kita . Tu lah sebab dia lari agaknya , dia takut nak balik rumah , takut kena marah . Bebudak ni hati dia lembut , mudah tersentuh , cepat nangis . Budak-budak tak pandai mohong (bohong)  , haa orang tua pandai bohong . !
Baca Lagi

Tahniah Farid , Diana dah hamil !




Tahniah Farid , bakal timang anak , sebab Diana dah mengandung .....

Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.

Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember. Sumber dari Kosmo Online

Bukan senang nak bunting pelamin ni , rezki tu mananya , belum sempat kenduri lagi dah mengandung , tahniah !! Aku sendiri pun dulu anak pertama , 3 bulan lepas kahwin baru hamil . Tengok gambar bawah aku ambik dari yanmieonline.com


Baca Lagi

19 Nov 2012

Keputusan UPSR 2012 Online dan SMS


Dengar kata Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada Hari Isnin , hari ni 19 Nov 2012 . Jam 10 pagi dah boleh ambik keputusan dah. disamping tu , boleh juga disemak secara online dan SMS.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS membolehkan kita semak results secara online . Boleh klik sini SAPS


Caranya :

1.Pergi ke laman web SAPS, http://sapsnkra.moe.gov.my/
2.Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
3.Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
4.Semak Keputusan UPSR Secara SMS

Cara SMS :

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Tahniah kepada semua calon yang berjaya , yang tak berjaya cuba lagi sewaktu ambik SPM nanti .
Baca Lagi

Exabytes dah email script kontrak baru


Nampaknya Exabytes baru balik cuti Deepavali ni , cepat gak dorang reply , dah email script untuk kontrak baru bernilai RM55 untuk 3 bulan , jadilah , huh kena mantain trafik pulak dah , garu kepala , trafik aku teruk sikit la ni .....


Siapa kengkawan nak apply boleh tengok sini ,Cara nak mohon tengok sini
Baca Lagi

Mereka diserang , kita tengok saja , bantulah....



Palestin diserang teruk  oleh Israel .Mereka sedara seagama kita .Setakat mana kita dapat bantu ? Wang ringgit ? Tenaga ? Solat hajat ? Lakukan apa yang terdaya .....
Baca Lagi

Temujanji dengan Dr Aishah , pakar sakit puan




Bukan ada masalah apa, cuma nak sunatkan Huda je , .....selepas sunat masih mampu tersenyum walaupun dalam bilik Dr tadi meraung sakan .Anyway , ni  alamat dia klinik tu  ...

Poliklinik Dr. Aishah Dan Dr. Fisol. Business Listing. 3, Komplek Seri Temin, 08000, Sungai Petani, Kedah. Tel 04-421 2878; Tel 04-425 126

Dr Aishah ni sebenarnya popular dengan produk dia , nak tau produk dia , tengok ni Facebook Dr Aishah  . Haa tu dia Dr Aishah Solution (DAS ) , bagi siapa yang nak kurus cepat bolehlah try DASTO Green Tea , harga dia ? Call lah tanya sendiri dengan Dr Aishah .

Ada sorang kawan aku ada masalah dapat anak , dah setahun setengah kahwin , belum ada tanda-tanda hamil , dorang pun try lah produk Dr Aishah yg mana satu aku tak pasti , 2 bulan lepas tu hamil .  Nak kata kebetulan ka atau apa ? Kuasa Allah ye kita cuma berusaha .....

Baca Lagi

17 Nov 2012

Penagih ni tergamak sembelih anak sendiri !!


Sedih campur kesian kat budak tu , baru umur 11 bulan , aku tengok TV3 tadi , dan terbaca blog ni buatbest.blogspot.com . Sedih memang sedih kat budak tu ....

Di Kuantan , seorang bapa di bawah pengaruh dadah mengalami halusinasi tergamak sembelih anak sendiri yang sedang tidur di rumah dia jam 9.30  malam di Felda Panching Selatan , Kuantan . Kejadian disedari ibu mangsa bila , suspek bawa parang berdarah keluar dari bilik .  Namun mangsa dah terbaring kaku dengan kesan kelar di leher. Suspek berjaya ditangkap dekat lampu trafik berdekatan.

Hasil ujian kencing memang positif dadah , ada jenayah lampau seperti merusuh , mencuri dalam bangunan dan buat seks luar tabii. Orang macam ni pun boleh buat suami . Kasi hukuman berat sama dia . Takziah kepada keluarga mangsa .


Baca Lagi

Gempar !! Bayi ghaib dalam kandungan ibu ...



Di Pokok Sena , Kedah  seorang ibu melaporkan kehilangan anak kembar dalam kandungannya yang berusia sembilan bulan . Macam mana boleh jadi macam tu ? Makhluk ghaib ? Aku tak nafikan benda tu , mereka memang wujud .....


Kosmo! semalam melaporkan Norliana kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.

Norliana dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mendakwa, kehilangan bayi kembar perempuan itu ketika dia bermimpi dikunjungi lima wanita berjubah semasa tidur di rumah ibunya, Cik Som Endut. Baca sendiri sini Baca lagi berita penuh sini

Mimpi ni memang sinonim dengan alamat benda baik atau jahat . Kalau mimpi ular , tanda dia nak dapat bala. Mimpi kucing ? ada orang kata nak dapat bala gak ...tapi ni mimpi wanita berjubah , mungkin makluk halus atau bunian   kot , Allah saja maha mengetahui ....
Baca Lagi

Sondol di Plaza Tol , kereta langgar bontot ...



Di Plaza tol Sentul menghala Seremban , sebuah kereta langgar bontot kereta depan dia semasa nak bayar tol , terlupa nak brek ka apsal pun tak tau .Baca je la sini  Berita penuh sini . Ni yang buat aku kekadang tu nak je beli smart tag , harga dia lebih kurang RM60 ja , tapi aku jarang naik highway , sekali-sekala ja . Kalau beli pun jarang guna . Kad Toch N Go ada la , tapi dah rosak , lama tak guna .

Hari tu gi Sg Petani pun bayar tol guna tunai ja . Tapi dok beringat gak , dok tengok gak cermin belakang kot ada kereta sondol belakang . Kalau ada nampak lori kat belakang , haa dok perati gak kot dia tetiba brek tak makan ka .

Dulu ada kes macam ni kat Plaza Tol Alor Setar Utara ( Hutan Kampung ) , lori tu brek tak makan , habis beberapa biji kereta dia rempuh , kalau tak silap plaza tol pun kena rempuh , ada gak beberapa orang jadi  korban , tapi tak ingat berapa orang . Hissh takut gak dok berenti bayar duit lama-lama kat plaza tol ni .

Macamana perasaan pekerja plaza tol tu ? , mereka lagi bahaya , dok bersabung nyawa kat tu , sepanjang masa terdedah kepada rempuhan . Kena ada insuran ni , tapi aku ada sembang dgn sahabat dok keja Tesco dulu , dia penah keja Plaza Tol , memang lebat duit , OT hari-hari kena buat , duit masyuk tu , tapi dia terpaksa berhenti sebab dapat kerja kerajaan , dapat jadi warden penjara .

Ahad ni dok plan nak gi Sg Petani pulak , naik highway lagi , nak gi sunat Huda ,hari tu Doktor Aisyah tak ada ,  baca doa naik kenderaan dan......tawakkal kepada Allah ...
Baca Lagi

16 Nov 2012

Sepetang di Amanjaya Mall



Petang kelmarin gi makan kenduri kat Sg Petani , bawa bebudak ni jalan kat Amanjaya Mall , perggh best , sat gi aku cerita , layan gambar dulu.

Pasaraya ni baru buka  bulan September  2012 , jadi tengah top la  ni . 


Baru sampai , gi food court dulu , makan sizzling chicken , kenyang sampai malam . Yg syok tu kat depan food court u ada GSC ha , leh tengok wayang , tapi kelmarin malam Jumaat , tutup awal . 


Kat mall ni ada C-Mart , macam tak caya harga dia , murah gila , kalah Tesco tu , Pet-Pet yg aku selalu beli hara RM 35.90 , kat sini cuma RM30.90 , Tisu Premier harga biasa RM 11.90, sini harga RM8.90. 
Dynamo biasa beli RM 24.90 , kat sini harga biasa RM22.90 , Downy harga biasa RM22.90 kat sini RM20.90 , Bagi aku murah la ....  


Dan anak aku 2 orang ni mesti diletakkan dalam troli , nak main lari ja , takut sesat ...


Sempat bergambar kar Ground floor tu , luas betul , 4 biji padang bolasepak tu ...dok berkenan handphone Android kat sini lak .....




















Ni yg buat aku tabik kat pengurusan Amanjaya Mall ni , ruang solat yang selesa dan besar , dan tak berbau , .........syukur... selamat sampai rumah ..
Baca Lagi