Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

23 Nov 2012

Pabila nafsu mengatasi segalanya...


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !
Aku baca Harian Metro  hari ni tergamak seorang anak lelaki menghalau ibunya semata nak melampiaskan nafsu bersama kekasih baru di dalam rumah , tak guna punya anak , ibu sendiri jadi mangsa nafsu serakah dia .


Di Jitra, seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.

Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.

Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.

“Maklumat itu kami peroleh daripada pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya terpaksa menumpang di rumah jiran.

“Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang,” katanya.

Syurga kat bawah telapak kaki ibu , haa derhaka kat ibu tak cium bau syurga la . Hati ibu kena jaga , tak buat main-main dengan ibu ni , kalau kata ' huh ' pun tak boleh , derhaka tu namanya . Inikan pula halau ibu tu , memang anak tak guna tu . Ada juga orang macam ni dalam masyarakat kita ni .....hmmmm .....
Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

Bunda_nora said...

begitu lah jadinyer sekiranya nafsu mengatasi akal...nauzubillah..

Post a Comment