Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

3 Nov 2012

Selamat pengantin baru Farid dan Diana


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Tahniah Farid dan Diana  selepas sah bergelar suami  isteri  di Flamingo by the Lake  , Ampang , KL. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Jaim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.


Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala ibu dan bapa pihak lelaki iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid turut hadir.

Majlis itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Diana, 21, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM20,000 nilai pelaburan emas.

Aktres berdarah kacukan itu mengenakan baju tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa manakala Farid, 31, segak dengan sut putih rekaan Andy.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.Baca berita penuh sini

Semoga berkekalan ke ahkir hayat , jgn lupa Farid , buat la satu lagi kenduri buat peminat di Jitra, Kedah ni , haaa jangan lupa nooooo !!

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

1 comment:

OKje said...

Selamat pengantin Baru untuk mereka semoga bahagia hingga ke Syurga!

Post a Comment