Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

30 Nov 2012

Jeriji pembunuh , tiga beranak mati gagal buka tingkap !!


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Hmmmm..


Nak pasang jeriji pun ada teknik dia , kena pasang yang boleh buka dan tutup dan letak pad lock . Kunci dia pun kena letak tempat yang senang nak dicapai semasa kecemasan . Time tu semua dah kelam kabut , cari kunci pun tak jumpa dah . tengok kisah ni .....


Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.

Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri. Laporan penuh sini

Rumah aku sendiri pun jeriji  tak dak kunci  kalau jadi apa-apa  ada 2 jalan ja , samada pintu depan atau pintu belakang. Semua kunci diletakkan di satu tempat . Jadi kalau berlaku kecemasan harap tau tempat mana nak cari , hmmmm.

Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Unknown said...

x pasang gril, takut yg lain..dah pasang pun ade masalahnye sendiri kan?????yg penting kena sentiasa berwaspada....InsyaAllah...

OKje said...

Yelah bang cik ... kadang tu kalau ada kunci pun tapi bila emergency mesti panik!!! dijauhkan hendaknya!

OKje said...

Singgah malam sini...

Post a Comment