Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

22 Nov 2012

Model baru smartphone Samsung 2013 , haha boleh lipat masuk poket


Pendapatan lumayan dengan bekerja sambilan dari rumah klik sini !

Samsung nak keluarkan smartphone baru yg fleksible dan boleh dilipat masuk poket, tak caya ? Aku pun tak caya tapi tue la realiti nya memang Samsung akan keluarkan tahun 2013 nanti . Teknologi semakin canggih , dulu phone besar gedabak , sekarang ni phone dah jadi macam kad ATM ja ....

Syarikat Samsung dilaporkan semakin gigih menghasilkan telefon bimbit menggunakan skrin fleksibel dan tahan pecah sehingga ia boleh dilentur, digulung atau dilipat untuk disimpan dalam dompet. Menurut media, syarikat teknologi gergasi Korea Selatan itu kini dalam peringkat akhir pembangunan telefon pintar fleksibel itu dan dijangka sedia untuk dipasarkan tahun depan. Penemuan terbaru itu dibuat hasil penggunaan diod pemancar cahaya organik (OLED) yang amat nipis dan boleh dipasang pada bahan seperti plastik atau lingkaran tembaga. Sambung bukan satu-satunya syarikat yang membuat pelaburan besar dalam penyelidikan menghasilkan skrin menggunakan OLED.

Tak caya tengok gambar bawah ni ...




Selain Samsung, syarikat dari Jepun, Sony, serta LG Display - juga dari Korea Selatan - turut melancarkan prototaip seumpama itu. Bagaimanapun, Sambung menjadi syarikat pertama menjanjikan tarikh pengeluarannya dengan sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu Wall Street Journal, produk berkenaan akan dipasarkan pada separuh pertama 2013.

Melihat kepada tarikh pelancaran produk penting dalam siri S Samsung itu, pemerhati berpendapat, produk teknologi skrin fleksibel berkenaan mungkin dinamakan S4. Penghasilan itu dibuat ketika pengeluar telefon pintar dan tablet mencari jalan mencipta produk berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Pengarah Telefon Bimbit dan Paparan Baru IHS Electronics and Media, Vinita Jakhanwal, berkata AMOLED fleksibel boleh membantu Sambung menghasilkan produk unik di pasaran.Sumber dari Harian Metro

Dah lah kelmarin baru beli phone Android baru , tahun depan nak keluar lagi baru , siap boleh lipat masuk poket lagi , huh , tak caya gak aku , sama-sama kita tunggu tahun depan ....

Zaman anak-anak kita nanti , camna lah rupa phone tu nanti ? .....


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni .....

3 comments:

Unknown said...

ye ke??? cam x caya lak ek....huhu...
teknologi ni mmg x mampu dikejar..ade je teknologi baru yg kuar....
mgkin zaman anak2, tepon sebesar lalat je kot...

Unknown said...

wah... makin canggih sekarang... sy aje yang tak tukar2...

hotlink & exabytes untuk abg cik... ^_^

Mia Liana said...

biar betullll huhuhu... camne agaknya rupa mikrocip kat dalam tu ya...

Post a Comment