Pages

Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

18 Jan 2015

Sepagi di gym Rock Fitness


Dah 3 minggu x pi gym , rasa kekok pulak , sapa nak try Rock Fitness , Seriab, Kangar,Perlis

Baca Lagi

16 Jan 2015

Huda saja belum demam...


Semua orang dalam rumah ni dah demam, Huda belum lagi , harapnya tidak , aku mc 2 hari sebab sakit mata, doktor kata allergik, mungkin makan seafoodmalam tu kot .....tapi Huda demam sekejap je .....harap tidak ...

Baca Lagi

13 Jan 2015

Pengalaman Ditipu Sindiket Gores & Menang ..



Aku ada pengalaman dgn Sindiket Gores dan Menang ni , ada satu petang tu lepas balik keje, singgah rumah kakak di Taman Hijrah , Kangar. Sedang berbual di bangku batu depan rumah, kami didatangi 2 org wanita, sorang Cina dan sorang lagi India, mereka sedang buat survey kononnya , minta isi satu borang , lepas tu ada cabutan , ' hadiah utama ' , Toyota Camry, fuyoooo, abg ipar aku ( arwah ) dok berangan dah , jeng jeng goresan pertama , tak dapat apa2, dorang bg peluang buat cabutan kedua , ada gambar kereta dan duit , wahh ! Mereka melompat kegembiraan , telefon bos lah konon , bgtau ada org dah menang, tapi ada satu syarat , kena pergi ofis diorang di Sg Petani , masuk je opis tu , kena beli 3 set barang dulu, harga 3k lebih.... baru ada satu lagi cabutan, dia pon beli guna kad kredit , nak halang , duit dia , aku pun ikut je , bila cabut dan gores tak kena kereta Toyota  Camry pon , tapi tak palah dapat barang , mcm kena paksa beli je , angkut brg masuk dlm kereta anratanya tilam infra red , urut kaki , dan satu lagi aku lupa dah , gitulah caranya mereka berlakon dan menipu.....
Baca Lagi

12 Jan 2015

Huda semakin matang ?


Mmg nampak terserlah kematangan semenjak masuk tadika , susu pon dah kurang minum. Sebutan pon makin jelas. Sebutan Al-Quran pon semakin baik ,   cuma perangai ' kepala angin ' yg x leh nak ubah , tapi dia tak tunjuk lah depan cikgu . Waktu aku datang ambik, haaa ,time tu dia wat perangai ...... mmg bebudak lain , waktu balik tadika selalu wat perangai ka ?Nak itu, nak ini, nak drive pon susah ....
Ka, anak aku sorang je ?

Baca Lagi

11 Jan 2015

Kejang otot peha !?


Hari tu ada sukan di tempat keje , liga futsal , hampir sebulan tak berlari, tetiba nak lari terkejut dah tentu kejang otot, solat berdiri , haha amik ko !!

Baca Lagi

10 Jan 2015

Sepetang di Pasar Tani Kuala Perlis


Sebenarnya ,tak plan pon nak pi , kebetulan hari tu, wife kena kerja hari Ahad , so , aku kena jaga anak , lepas kerja dia bawak kitorang jln2 Kuala Perlis , saja tengok laut , tak lah bosan sangat bebudak ni dok kat rumah , JJCM lah pulak ......hrrm.....

Baca Lagi

8 Jan 2015

Edry Buat Keputusan Tepat Gantikan Aweera Dalam Mojo


Ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim menjelaskan pemilihan Ryan Brakhma yang berasal dari Jakarta, Indonesia bagi menggantikan Aweera yang mahu bergerak secara solo merupakan satu keputusan tepat.
Edry, 39, berkata, selain vokal yang mantap, pihaknya yakin kehadiran Ryan dapat memberi nafas baharu dan membuka peluang kepada Mojo untuk melangkah ke persada seni serantau seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Dengan vokal Ryan yang universal, dinamik dan unik kami yakin dia mampu membawa Mojo ke peringkat seterusnya dan Mojo sendiri berhasrat untuk menjadi sebuah kumpulan serantau dan bukan sekadar di peringkat tempatan.

"Ini juga salah satu strategi kami untuk terus bertahan lama dalam arena muzik dan evolusi ini adalah langkah pertama Mojo," katanya kepada mStar Online.

Edry ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu mereka berjudul Dahsyat dan sesi memperkenalkan Ryan sebagai vokalis terbaharu Mojo di Hard Rock Cafe di sini pada Rabu.
Ryan yakin peminat dapat menerima kehadirannya sebagai vokalis terbaharu Mojo.
Selain Edry dan Ryan, kumpulan yang popular menerusi lagu Andai Aku Bercinta Lagi itu turut dianggotai oleh Akhadiat Denny dan Johar Lucas.

Dalam pada itu, menjelaskan pemilihan Ryan, Edry memberitahu gitaris kumpulan itu, Denny memperkenalkan Ryan kepadanya dan dia tertarik dengan vokal lelaki itu selepas mendengar demo rakaman yang diberikan.

Tambah Edry, sebelum dia memilih Ryan, pihaknya turut mengadakan uji bakat dengan bakat lain namun kebanyakan daripada mereka cuba meniru gaya Aweera.

"Denny memperkenalkan suara teman baiknya dari seberang melalui rakaman demo dan tertarik dengan kemantapan vokalnya yang cukup berbeza daripada Aweera.

"Tanpa berlengah saya belikan tiket kapal terbang dan minta Ryan datang ke Malaysia untuk mengadakan sesi uji bakat sebelum mengambil keputusan memilihnya," jelasnya.

Ryan dan Denny sebelum ini pernah terlibat dalam projek band di Jakarta sebelum kumpulan itu dibubarkan.
Edry tertarik dengan keunikan vokal Ryan.
Sementara itu, Ryan ketika ditemui berkata, dia tidak bimbang sekiranya peminat akan membuat perbandingan diantara dirinya dan Aweera kerana menganggap ia perkara biasa dalam sesuatu perubahan.

Jelas Ryan, Aweera dan dirinya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan yakin peminat dapat menerima kemunculannya bersama Mojo.

"Menyertai Mojo dan dapat mengembangkan kerjaya di Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan kerana saya cemburu apabila melihat Denny berpeluang beraksi di negara ini selepas kumpulan kami dibubarkan.

"Biarpun sedar akan ada perbandingan dibuat namun saya optimis bahawa peminat dapat menerima kehadiran saya bersama Mojo," katanya.

Dalam perkembangan lain, majlis tersebut turut memperkenalkan bekas Pengurus Saluran Sinar FM, Mohd Rizal Mohd Shahimy sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) KRU Music yang baharu berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mohd Rizal, 32, menggantikan Edry yang memangku jawatan tersebut sejak tiga bulan lalu dipilih berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam penyiaran radio selain memahami selok-belok industri muzik mengikut cita rasa pendengar.
Baca Lagi